Tidur Asing

Romance Completed 28079

Malam sudah tiba. Nadia menyiapkan beberapa hidangan makan malam. Nadia membuat sambal ikan, gulai ayam dan sayur campur malam itu. Sudah dilarang Tengku Airil untuk memasak namun Nadia mengatakan itu merupakan tanggungjawab nya sebagai seorang isteri.

"Dah siap ayah. Jom makan" Kata Nadia

"Hm jom. Panggil suami kamu makan" Arah Tengku Airil

"Baik ayah" Nadia menurut perintah. Dia segera ke bilik Adam. Pembantu rumah telah membawa beg pakaian Nadia ke bilik Adam.

Nadia mengetuk pintu sebanyak 3 kali. Namun tiada sebarang jawapan. Nadia terus memulas tombol pintu kerana dia anggap Adam mungkin tidur akibat kepenatan. Namun dalam bilik itu kosong. Nadia melihat bagasinya di sebelah katil. Terus dia duduk di atas katil itu dan membuka beg pakaiannya. Nadia mengemas bajunya ke dalam almari baju Adam.

Adam yang baru selesai mandi terus keluar. Alangkah terkejutnya dia apabila perempuan tak guna itu duduk di atas katilnya

"Woi perempuan..yang kau duduk atas katil aku kenapa? Kau tu pembawa malang tahu tak! Habis katil aku nanti bawa nasib malang. Tempias dia kena kat aku!" Kata Adam perlahan. Dia tidak mahu ayahnya mendengar

"Ma..maaf..sa..saya tak tahu.." Kata Nadia sambil menundukkan kepala

"Maaf..maaf..tu je kau tahu..yang kau buat apa ni dalam bilik aku? Buang tabiat?" Tanya Adam

"Ay..ayah su..ruh masuk bilik panggil awak m..makan" Kata Nadia

"Hm sapa masak?" Tanya Adam secara tiba-tiba

"S..saya" Kata Nadia terketar-ketar

"Taknak la aku makan masakan kau..mesti kau letak something kan..entah sihir ke apa kau letak. Makan la sorang kau. " Kata Adam

"Apa bising-bising tu..ada masalah ka? Adam jom makan cepat..nanti sejuk" Kata Tengku Airil di sebalik pintu

Adam cuak. Minta-minta la ayahnya tidak dengar

"E..erm takpala ayah..ayah makan lah..rasa macam kenyang pula..tambahan lagi satgi Adam nak keluar jap..rasa 'panas' pula" Kata Adam

"Keluar la makan dulu..penat isteri kamu masak..Nadia jom makan.." Arah Tengku Airil

"Ye ayah..kejap lagi Nadia turun" Kata Nadia sopan

Setelah diyakini Tengku Airil turun, Adam terus mencengkam rambut Nadia. Terjerit kecil Nadia akibat kesakitan yang dia rasai.

"Sa..sakit....aw..awak" Rintih Nadia

"Kau jangan buat baik sangat lah..aku muak..nak termuntah..dah kau ni jenis datang dari lorong hina tu..buat cara lorong hina okay?" Kata Adam sebelum keluar dari bilik itu. Sebelum keluar dia mengatakan sesuatu

"Kalau ikutkan hati..aku taknak tidur dengan kau..so kalau boleh aku nak tidur luar atau tak balik langsung tapi aku taknak ayah rasa pelik so aku tak teringin nak tidur sekatil dengan kau. Ambil bantal nipis dalam almari tu tidur kat bawah. Tilam? Tak payah! Kau baik kan? Kau nak jadi isteri solehah kan? So isteri solehah tak kan ingkari arahan suami kan? Biar kau mati kesejukan tidur atas jubin tu!" Kata Adam sebelum turun dari tangga rumah. Rumah itu mempunyai dua tingkat dan satu taman bunga di luar rumah

Nadia terdiam. Dia mengeluh lalu turun ke meja makan. Nanti apa kata ayah mertuanya pula. Mak dan ayahnya sudah pulang ke kampung memandang esok ayahnya perlu turun ke laut dan emaknya perlu berniaga.

"Ha Nadia..jom makan..Adam tu haih..dilarang ayah makan..diajaknya makan di luar. Bila ditanya kenapa..dia kata dia tidak ada selera nak makan..padahal semua lauk Nadia masak ni..lauk favourite dia juga..haih pelik-pelik.." Kata Tengku Airil sambil tergeleng-geleng.

Nadia hanya mampu tersenyum tawar. Dia tahu sebab nya. Namun dia tidak boleh berbuat apa-apa. Selera makannya hilang. Hanya sedikit nasi dicedoknya. Dicedok nasi ke pinggan Tengku Airil. Tengku Airil senang dengan perwatakan Nadia. Sungguh baik dan sopan. Suka membantu orang lain dan sentiasa sabar dan tersenyum apabila dalam kesusahan.

"Sedap. Cukup rasa. Rasa macam arwah mak Adam masak. Sedap. Resepi sendiri or dari mak Nadia?" Tanya Tengku Airil. Sungguh! 99% sama!

"Oh bukan dari Nadia atau mak Nadia. Dulu Nadia ada satu jiran ni..emak Nadia selalu bawa Nadia ke rumah jiran ni. Nama makcik tu Aunty Julia. Dari kecil lagi..Aunty Julia dah ajar Nadia masak. Dalam umur yang muda..Nadia dah pandai masak semua ni. Resepi gulai ayam ni la resepi aunty Julia." Terang Nadia

Tengku Airil tersentak. Hm sedap.

"Habis mana aunty Julia tu?" Tanya Tengku Airil

"Entah lah. Kami terpaksa berpindah selepas tu. Tak tahu mana aunty Julia sekarang. Nadia rindu sangat dekat aunty Julia" Kata Nadia sambil tersenyum

Tengku Airil hanya mengangguk. Entah kenapa dia rasa seperti kebetulan.

Malam itu,Adam pulang lewat. Dia menghabiskan masanya dengan melepak di rumah Awie.

Masuk sahaja ke rumah nya, dia ditegur oleh ayahnya

"Kamu pergi mana Ash?" Tanya Tengku Airil. Panggilan 'Ash' hanya digunakan apabila mereka berdua sahaja ada. Apabila di khalayak ramai, mereka lebih biasa memanggil Adam

"Ash..ash pergi rumah Awie" Kata Adam tanpa berdalih

"Kamu tu sekarang pegang status suami! SUAMI..tanggungjawab kamu adalah di sisi isteri. Apa lah..sepatutnya pengantin baru habiskan masa malam pertama bersama-sama tapi kamu? Melepak! Astagfirullah..apa yang kamu buat ni!" Bebel Tengku Airil

Adam mengeluh kasar. Ergh

"Ye la..Ash naik dulu" Kata Adam meminta diri dari terus mendengar bebelan ayahnya

Buka sahaja pintu, dilihat Nadia masih menunggunya di atas sofa

"Awak..awak dah pulang? Saya tunggu awak untuk tidur" Kata Nadia

"Function? Untuk apa tunggu? Oh kau nak tunjukla yang kau ni isteri solehah? Hm pergi mampus lah! Dan kenapa kau duduk atas sofa tu? Kau ingat murah ka? Kau jual badan kau dekat 100 orang pun..kau belum mampu beli tau?" Sindir Adam

Nadia hanya mendiamkan diri. Terus diubah topik

"Awak nak makan? Saya boleh hidangkan" Kata Nadia

"Taknak. Takkan." Dua patah perkataan yang mampu merobek hati seorang wanita

"Dah aku nak tidur" Kata Adam sambil berbaring di atas katilnya

Nadia terus mengambil bantal yang nipis di dalam almari dan mengambil kain selimut kerana lantai itu berjubin dan Adam membuka penghawa dingin..maka lantai agak sejuk..

"Hey..kau buat apa tu dengan selimut? Bak sini" Kata Adam

"Tapi..bawah tu sejuk..saya takut saya demam..saya mudah demam bila terlalu sejuk" Kata Nadia

"Do i care? Ada nampak muka aku kesah?" Kata Adam. Dia terus menyambar kain selimut itu lalu merendahkan lagi suhu penghawa dingin itu. Bilik itu automatik sejuk tambahan lagi lantai jubin. Nadia tidur di atas bantal itu..dirasakan seluruh tubuhnya menggeletar dan dia memeluk dirinya.

Stay tuned for next update!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience