BAB 32

Romance Completed 13562

Di dalam kereta, mereka berdua hanya dihiburkan dengan alunan muzik dari radio dalam kereta Tengku Emran. Tengku Emran menoleh sekilas ke arah Aqisha, gadis itu hanya memandang lurus ke hadapan.

"Awak kalau hujung minggu, selalu dekat rumah je ke?"

Tengku Emran memulakan perbualan. Bosan juga apabila masing-masing berdiam.

"hmm kadang-kadang ada je kat rumah. Kadang-kadang saya keluar jalan-jalan cari makan atau cari angin.."
"Dengan Hakim?"

Tanya Tengku Emran. Aqisha menoleh ke arah Tengku Emran. Lelaki itu fokus memandu.

"saya kenal dia minggu lepas. Keluar bersama pun beberapa kali je. Tak lebih dari tu.."

Tengku Emran mengangguk tanda faham.

"maaf kalau bertanya.. Tapi.. Hakim tu kekasih awak ke?"

Aqisha tersentak namun dengan tenang menjawap.

"Bukan.. Saya dengan Hakim kawan aje. Takkan nak bercinta. Kenal pun tak sampai sebulan.."

Jawap Aqisha jujur. Tengku Emran menghembus nafas lega. Maknanya, sangkaannya terhadap Aqisha ada hubungan dengan Hakim sama sekali salah. Aqisha belum mempunyai kekasih bermakna dirinya mempunyai peluang. Hatinya diserang rasa gembira.

"Kenapa awak tanya?"

Tiba-tiba soalan Aqisha mematikan sorakan gembira dalam hati Tengku Emran.

"Saje tanya.."

Jawap Tengku Emran, ringkas. Tanpa syak wasangka, Aqisha kembali menatap ke hadapan. Dia terpandang signboard yang bertulis "Palm Beach". Jalan yang dilalui mereka berdua melewati pantai ini rupanya. Getus hati Aqisha. Cuma semasa dalam perjalanan ke taman tadi dia tidak menumpukan perhatian sangat ke arah selok belok jalan tersebut.

"Kalau awak nak tahu, saya selalu pergi Palm Beach kalau saya tertekan. Pantai tu bersih dari sampah kerana kebersihan amat dititikberatkan. Selesa sangat mata memandang. Sesuai dikunjungi bagi sesiapa pun yang ingin menenangkan diri.."

Tengku Emran mendengar dengan teliti.

"Awak nak pergi pantai tu ke? Kalau nak saya buat U-turn."

"eh takpayah. Kita terus pergi bengkel Aiman. Lama saya tak jumpa kesayangan saya.. Rindu sangat dengan nyawa saya tu.."

"siapa?"

Soal Tengku Emran sedikit kecewa. Aqisha sudah berpunya rupanya.

"Kereta saya lah."

Jawap Aqisha. Sekali lagi Tengku Emran menghembus nafas lega. Dimana ada peluang, aku takkan lepaskan. Getus hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience