BAB 54

Romance Completed 43461

Pandangan gelap mula bertukar kepada cerah. Serakan cahaya mula menerpa masuk ke dalam kornea mata milik Anis Raihanna. Kedua-dua belah tangannya naik mengusap matanya untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas. Tidak lama kemudian, matanya diliarkan ke sekeliling.

Bau ubat-ubatan mula menerjah masuk ke dalam rongga hidung. Dia menilik sekilas pakaian yang berada pada tubuhnya. Tangannya pula terdapat IV dripper yang menyalurkan air ke dalam badan. Kini, dia berada di dalam sebuah bilik yang serba putih.

Dahinya terkerut menahan kesakitan yang mula mencucuk pada bahagian kepala. Kejadian pahit itu mula berlayar di minda. Dia mulai panik. Titisan peluh mulai kelihatan pada bahagian dahi gadis itu.

"Akak, jangan risau. Semua dah okay." ucap Syafiq cuba menenangkan kakak iparnya.

Anis Raihanna mengalihkan pandangan ke arah Syafiq yang baru tiba. Di sebelah adik iparnya terdapat Fiqa, isteri kepada Syafiq.

Fiqa segera mendapatkan Anis Raihanna sebaik tiba. Kerisauan jelas kelihatan pada riak muka gadis itu. Anis Raihanna dibawa ke dalam pelukan Fiqa serta-merta.

"Akak, okay? Fiqa betul-betul risaukan akak tau. Semua orang risaukan akak. Fiqa lega bila akak sedar jugak akhirnya." ucap Fiqa gembira.

Akhirnya, Fiqa meleraikan pelukan antara mereka. Anis Raihanna menghadiahkan sebuah senyuman kepada Fiqa. Dia cuba menyelesakan diri.

"Fiqa akak dekat mana?" soal Anis Raihanna perlahan.

Tekaknya terasa kering pada ketika ini. Tanpa dipinta, Fiqa menghulurkan segelas air kepada nya. Lantas, gelas tersebut bertukar tangan. Tangan Fiqa mengusap lembut belakang badan Anis Raihanna. Dia meneguk air tersebut perlahan-lahan.

"Akak dekat hospital sekarang ni." jawab Fiqa.

Syafiq hanya tersenyum nipis kepada mereka berdua. Gelas tersebut diletakkan semula oleh Fiqa di atas meja kecil yang berdekatan. Anis Raihanna menghela nafas lega.

Belum sempat Anis Raihanna meneruskan kata-katanya, ketukan di pintu menarik perhatian mereka semua. Syafiq mengatur langkah untuk membuka pintu.

Sebaik pintu tersebut dibuka, terpacul dua orang gerangan di sebalik muka pintu itu. Puan Aimi dan Puan Zulaikha bergegas masuk ke dalam. Mereka segera mendapatkan Anis Raihanna yang sedang duduk berehat di atas katil hospital.

"Anak ibu, jangan buat ibu risau lagi macam ni." ucap Puan Aimi sebak.

Bagai mahu luruh jantungnya melihat keadaan anak perempuannya terlantar lemah di hospital untuk beberapa minggu. Mujurlah hari ini Anis Raihanna sudah menyedarkan diri. Tubuh lemah Anis Raihanna dipeluk erat oleh Puan Aimi.

Anis Raihanna membalas pelukan tersebut lalu mengeratkan lagi pelukan mereka. Puan Zulaikha memerhati keadaan mereka berdua dengan perasaan pilu dan sayu. Dia amat faham perasaan tersebut.

"Ibu, Anis nak Raihan. Mana Raihan? Mana Is?" rengek Anis Raihanna yang masih dalam pelukan Puan Aimi.

Puan Aimi segera meleraikan pelukan. Dia mengerutkan dahi kepada Anis Raihanna. Tangannya menyeka sisa air mata anak perempuannya. Pada mulanya dia tidak mengerti siapa yang cuba Anis Raihanna maksudkan, namun pada akhirnya baru dia faham.

"Anis jangan nangis sayang. Ibu ada dekat sini. Raihan selamat. Semua selamat." terang Puan Aimi tenang.

Terpancar sinar kebahagiaan pada riak wajah Anis Raihanna pada ketika ini. Bibirnya mula menguntum senyuman. Dia menghela nafas lega. Dia bersyukur bahawa mereka berdua selamat.

Anis Raihanna cuba bangun berdiri untuk berjumpa Raihan. Namun, dihalang oleh ibu mertuanya, Puan Zulaikha.

"Anis, jangan banyak bergerak sayang. Anis kena rehat." pesan Puan Zulaikha lemah lembut.

Puan Aimi mengangguk tanda setuju dengan cadangan besannya. Fiqa mengusap tangan Anis Raihanna untuk menenangkan kakak iparnya.

"Tapi, Anis nak jumpa Raihan." pinta Anis Raihanna lagi.

Dia betul-betul perlu berjumpa dengan Raihan. Dia takut dia akan kehilangan orang yang tersayang lagi. Hanya memikirkan kenyataan dia bakal kehilangan Raihan, kolam air matanya mula bertakung.

"Ibu, mama, Fiqa, tolonglah bagi Anis jumpa Raihan. Anis takut. Anis takut Anis takkan jumpa dia lagi." rayu Anis Raihanna.

Dia mula menangis teresak-esak. Fiqa memujuk lembut kakak iparnya. Manakala, Puan Aimi dan Puan Zulaikha saling berpandangan buat seketika. Akhirnya, mereka berdua memberi isyarat kepada Syafiq.

Syafiq mengangguk tanda faham. Dia segera mengatur langkah untuk keluar dari situ. Anis Raihanna mula meraung. Puan Aimi segera mendapatkan anaknya. Dia takut. Dia takut kejadian yang sama akan berulang kembali.

"Anis, jangan macam ni sayang. Nanti Raihan datang." pujuk Puan Aimi.

Sebaik mendengar kata-kata Puan Aimi, Anis Raihanna kembali tenang. Walaupun dia masih menangis, Puan Aimi berasa lega. Tangan Anis Raihanna digenggam erat oleh Puan Aimi. Anis Raihanna hanya menundukkan kepala sambil menangis.

"Anis, Raihan dah datang nak jumpa Anis." ucap Puan Aimi.

Anis Raihanna segera mengangkat kepala. Kata-kata Puan Aimi menarik perhatian gadis itu. Terpamer sebuah senyuman penuh makna pada bibir ibunya. Dahinya dihadiahkan sebuah kucupan hangat.

Anis Raihanna membalas senyuman tersebut. Puan Aimi lantas memberi ruang untuk Anis Raihanna dan Raihan. Mereka yang lain turut melakukan perkara yang sama. Anis Raihanna mengerutkan dahi melihat tindakan mereka.

Namun, dia mengambil keputusan untuk menghiraukan saja. Pandangannya dialihkan ke arah figura yang amat dikenalinya di sebalik pintu. Matanya dibuntangkan tanda tidak percaya. Kolam air matanya mula bertakung.

Rasa sebak mula menguasai tubuh. Sebelah tangannya mula menutup mulut bagi mengelakkan dia mengeluarkan sebarang esakan kecil. Otaknya ligat memikirkan sama ada dia bermimpi atau realiti.

Hal ini kerana gerangan tersebut bukanlah Raihan Iskandar tetapi sebenarnya ialah...

Afiq Raihan.

???????

Selangkah demi langkah diatur bagi mendekati Anis Raihanna. Bahu wanita itu terhenjut sedikit akibat menangis teresak-esak. Lingkaran mata jelas kelihatan pada bahagian bawah mata isterinya. Pipi cengkung milik Anis Raihanna dielus lembut oleh Afiq Raihan.

Afiq Raihan mengambil tempat disebelah isterinya. Tangan runcing isterinya dicium sekilas sebelum dibawa ke dalam genggaman tangannya. Anis Raihanna hanya terus menangis tanpa henti. Hatinya bagai disiat-siat melihat keadaan isterinya sebegini.

Tanpa membuang masa, Afiq Raihan menarik isterinya ke dalam dakapan. Manakala, Anis Raihanna berusaha meleraikan pelukan tersebut. Oleh itu, Afiq Raihan semakin mengetatkan pelukan mereka.

Akhirnya, Anis Raihanna mengalah lalu menghamburkan lagi tangisannya pada dada bidang milik Afiq Raihan. Kedua-dua belah tangan Afiq Raihan mengusap lembut belakang badan isterinya.

"Kenapa? Kenapa Aba-ng tingg-alkan saya-ng?" gumam Anis Raihanna diselangi tangisan.

Afiq Raihan menepuk lembut belakang badan isterinya. Sebuah ciuman hangat dihadiahkan  pada bahagian kepala isterinya.

"Shhh...abang takkan tinggalkan sayang. Sekarang abang dah ada dengan sayang." balas Afiq Raihan lembut.

Anis Raihanna makin mengetatkan pelukan. Dia rindu dengan suara Afiq Raihan. Rindu dengan sentuhan suaminya. Rindu dengan segala-gala yang berkaitan dengan lelaki tersebut. Dia bersyukur Afiq Raihan kembali berada di sisinya walaupun sekiranya ini hanyalah sekadar mimpi.

"Sayang tengah mimpikan sekarang ni?" soal Anis Raihanna dengan suara yang serak.

Afiq Raihan segera meleraikan pelukan. Lantas tangannya naik mencubit pipi Anis Raihanna. Bibirnya terukir senyuman.

"Ouch! Sakitlah abang." adu Anis Raihanna meringis kesakitan.

"Sayang rasa ini mimpi lagi ke?" balas Afiq Raihan selamba.

Anis Raihanna mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan apa yang berlaku. Dia segera menjauhkan diri sedikit daripada Afiq Raihan. Otaknya mula mencerna apa yang baru berlaku namun gagal.

"Apa yang sebenarnya jadi? Sayang tak faham. Kalau ini bukan mimpi, apa benda semua ni." soal Anis Raihanna ingin tahu.

Afiq Raihan menarik nafas panjang sebelum menjelaskan segala-galanya. Dia tahu Anis Raihanna pasti sedang keliru pada ketika ini.

"Sayang pengsan sebab kena serangan panik dengan trauma masa hari kejadian. Sayang dalam koma. Hari ni baru sayang sedar." jelas Afiq Raihan dengan tenang.

Anis Raihanna diam tidak berkutik. Dirinya cuba memahami keadaan yang sedang berlaku. Afiq Raihan hanya memerhati isterinya. Bibirnya menguntum senyuman.

"Tapi bukan abang..." soal Anis Raihanna tiba-tiba. Dia takut untuk menyambung kata-katanya.

"Mati?" soal Afiq Raihan pula.

Anis Raihanna mengangguk perlahan. Dia berasa tak selesa apabila topik itu dibangkitkan. Anak matanya dilarikan daripada Afiq Raihan. Dia menunggu penjelasan seterusnya daripada mulut lelaki itu tanpa bertembung mata.

Tanpa amaran, tangannya dibawa pada dada Afiq Raihan oleh lelaki itu sendiri. Anak mata lelaki itu menikam tepat ke dalam matanya. Pandangan suaminya sarat dengan kasih sayang.

"Abang memang sepatutnya mati hari tu. Tapi abang selamat sebab abang terima pembedahan secepat yang mungkin." ucap Afiq Raihan sambil memandang tepat ke dalam anak mata Anis Raihanna.

Anis Raihanna menghela nafas lega mendengar penjelasan suaminya. Kini barulah dia faham apa yang sebenarnya berlaku. Selama ini dia hanya bermimpi ketika koma. Mujurlah apa yang terjadi ialah mimpi semata-mata.

"Tapi..." ucap Afiq Raihan mula menarik perhatian Anis Raihanna.

"Tapi apa?" soal Anis Raihanna pelik.

"Tapi masa abang sedar, sayang dalam koma. Abang ingatkan abang dah hilang sayang selama-lamanya. Doktor kata sayang kena trauma kuat. Peluang untuk sayang hidup tipis sangat. Tapi mujurlah sayang dah sedar." luah Afiq Raihan sayu.

Afiq Raihan menarik isterinya ke dalam pelukan buat sekian kalinya. Anis Raihanna membalas pelukan tersebut. Dia sendiri tak sangka suaminya turut merasakan perasaan yang sama. Mungkin ini adalah ujian untuk rumah tangga mereka.

"Terima kasih sayang. Terima kasih sebab kuat untuk abang. Untuk anak kita. Terima kasih sebab kembali untuk keluarga kita. Abang janji akan sayang Hana sepanjang hidup abang." bisik Afiq Raihan pada telinga Anis Raihanna.

Anis Raihanna menitiskan air mata bahagia. Hatinya tersentuh dengan kata-kata Afiq Raihan. Dia berasa selamat dan tenang berada dalam pelukan lelaki itu.

"Terima kasih jugak sebab abang sanggup tunggu sayang. Terima kasih sebab jadikan Hana ibu untuk anak abang. Terima kasih untuk segala-galanya. Hana janji akan sayang abang dan anak kita sepanjang hidup sayang." luah Anis Raihanna kepada Afiq Raihan.

Afiq Raihan meleraikan pelukan. Dia mengukir senyuman ke arah isterinya. Terpamer sinar kegembiraan pada raut wajah Anis Raihanna. Mereka berdua berpegangan tangan sambil berpandangan antara satu sama lain.

"Sayang nak nama anak kita, Raihan. Raihan Iskandar." pinta Anis Raihanna tiba-tiba.

Afiq Raihan melepaskan tawa halus. Anis Raihanna mempamerkan riak muka tak puas hati. Tangannya lantas memukul dada bidang milik Afiq Raihan.

"Aduh, sakitlah!" Afiq Raihan terjerit kecil.

Anis Raihanna tersenyum kepuasan. Muka cemberut Afiq Raihan mencuit hatinya. Tak lama kemudian, tawanya pula yang mula memenuhi bilik tersebut.

"Padan muka, siapa suruh gelakkan orang. Sayang betul-betul serius nak namakan anak kita Raihan Iskandar. Apa yang lawak dengan nama tu hah?" soal Anis Raihanna tak puas hati.

"Sayang tahu tak dada abang baru kena bedah. Sakit tahu tak. Nak abang mati betul-betul ke? Tak sabar nak jadi balu ke apa." marah Afiq Raihan cuba mengusik.

"Sorry...sayang tak sengaja. Sayang geram abang gelakkan sayang itu je. Janganlah cakap pasal mati." luah Anis Raihanna.

Dia menundukkan kepala. Rasa serba salah dengan tindakannya sebentar tadi. Afiq Raihan  hany diam memerhatikan isterinya.

"Sorry jugak sebab gelakkan sayang. Abang suka dengan nama tu. Raihan Iskandar. Pandai sayang pilih nama. Mesti anak kita handsome macam abang kan?" ucap Afiq Raihan mula berbangga diri.

Datang dah perangai dia.

Anis Raihanna mempamerkan riak muka menyampah. Tak sia-sia dia pukul suami dia tadi. Tanpa dia sedari, dia mengukir senyuman. Tangannya mengusap perut yang semakin membesar.

"Tapi kan sayang..." panggil Afiq Raihan.

Anis Raihanna mengalihkan pandangan ke arah suaminya. Terpamer senyuman nakal pada raut wajah lelaki itu.

"Abang rasa mungkin sayang kena pilih nama adik Raihan secepat mungkin." ucap Afiq Raihan tanpa segan silu.

Anis Raihanna membutangkan mata. Pipi wanita itu mula memerah. Tangannya mula meraup muka menahan malu.

"Afiq Raihan!"

Maafkan author sebab buat readers menangis tak tentu pasal ????
Sorry sebab jadi author yang kejam ??
Wait for EPILOG??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience