chapter 7

Romance Series 9561

 

         "Ikha! Ikha! Ya Allah! Jangan tarik! Jatuh Mama karang!" Terkedek-kedek Anisa cuba mengejar langkah Zulaikha yang sedang menarik tangannya tika ini. Lepas makan tengah hari, terus Zulaikha ajak memancing dekat parit sawah padi belakang rumah mereka ni. Tak menyempat Anisa nak cakap apa-apa dah kena tarik sampai situ. Nufail pula lepas ambil Hanif dekat rumah Puan Asma', terus bawa dia datang sini. Joran Nufail bawa sekali. Memang dah ada dekat rumah Opah. Tinggal nak bawak je.

Tak cukup dengan tarikan Zulaikha, giliran Hanif pula tarik tangan kiri Anisa untuk menuruni batas sawah. Nak menangis Anisa dibuatnya. Dia bukan apa, dia takut pacat. Dari kecil lagi Anisa memang geli dan takut dengan pacat. Dulu waktu dia kecil, ayah selalu bawak dia memancing atau main layang-layang. Tapi lepas ada satu kali tu, dia ternampak pacat besar melekat pada betisnya. Dia bayang pacat tu hisap darah dia sampai habis, sejak itu... Anisa serik nak turun batas sawah. Kalau diajak oleh kakaknya, Hammara memang Anisa tak ikut.

Sumpah serik! Ha sampai besar dia takut pacat! Dasar pacat penghisap darah!

Udara segar, angin sepoi-sepoi bahasa mengelus wajahnya dan cuaca yang lembap pada tengah hari itu, langsung tidak mampu menenangkan hati Si Anisa.  Dia terpaksa akur.

Kalau tak kerana budak kecik Zulikha tu, tak adanya dia nak ikut sekali. Yang Nufail pun satu, tak bantah apa-apa. Tak cakap apa-apa dari tadi. Ei!

Anisa mangsa keadaan tahu!

Dia berdiri di satu sudut, tangan disilang. Kepala ditunduk-tunduk memandang bawah, kiri kanan depan belakang. Nasib baik dia pakai kasut bertutup. Mungkin peratus nak kena gigit pacat tu, berkurang.

Mungkin.

Dia hanya memerhati Nufail melontar batang mancing diperbuat daripada buluh itu ke dalam parit sederhana besar berdekatan sawah padi. Biasanya dekat kampung orang guna yang tarik-tarik tu. Apa entah orang panggil. Yang boleh pusing-pusing tu. Ah! Dia tak tahu. Yang penting dia nak cepat-cepat balik.

Bahu Hanif dicuit. Budak lelaki itu sibuk memasukkan umpan cacing pada mata kail. Kepala ditoleh dengan kening diangkat.

   "Apa, Maksu?"

   "Maksu nak balik." Bibir sengaja disebekkan meminta secebis simpati. Mendengar kata Maksunya itu, Hanif tertawa perlahan. Tahulah dia yang Maksunya itu takut pacat, takut cacing dan segala jenis binatang yang menggelikan. Selalunya, perkara yang ditakutkan oleh Anisa itulah, yang Hanif akan jadikan modal untuk mengacau Anisa.

Dasar anak saudara tak kenang budi!

   "Kita baru nak start mancing. Tunggu la bagi dapat ikan haruan ka, ikan puyu ka. Satgi baru kita balik. Tau?"

Laju Anisa menggeleng.
"Tak nak. Ala Hanif, Maksu balik dulu eh. Korang mancing lah. Maksu tak nak."

Walaupun bicara Anisa perlahan, tapi masih boleh didengari oleh Nufail. Terbit tawa kecil dari bibirnya lelaki itu. Tak sangka gadis garang macam Anisa ni, takut pacat. Dasar penakut!

  "Mama. Tolong masukkan umpan dekat Ikha." Zulaikha yang sedari tadi khusyuk memancing di sebelah Nufail, mendekati Anisa yang tengah gelisah dan gundah gulana itu.

Membulat mata Anisa bila Zulaikha hala batang mancing ke arahnya dan sebekas botol kecil yang mengandungi cacing tanah di dalamnya.

   "Ma...ma yang masukkan?" Anisa tuding jari ke mukanya sendiri. Tanpa teragak-agak Zulaikha mengangguk. Perkataan 'Mama' buatkan lidah dia sedikit tergeliat. Sejak kenal Zulaikha, dia sendiri mati kutu nak bahasakan dirinya dengan apa. Kesudahnya, mama juga.

    "Mama? Awat dia panggil Maksu mama?" Hanif mencelah. Pelik dengar orang lain panggil Maksu kesayangannya, mama. Anisa tak fokus. Dia hilang tumpuan. Soalan Hanif dibiarkan tidak berjawab. Sekarang ni, dia gelabah sebab Zulaikha suruh dia masukkan umpan. Dahlah cacing! Ah geli lah!

   "Erm...tapi mama ta...tak reti. Ikha suruh papa eh. Mama tak reti." Anisa mengerling Nufail yang berdiri hanya beberapa langkah darinya. Jejaka itu langsung tak hiraukan Anisa. Dia sengaja. Bukan apa, lucu tengok gelagat Si Anisa. Free show maharajalawak.

   "Encik! Oh Encik! Ni, anak Encik suruh saya bubuh umpan. Ta...tapi, saya tak reti." Suara dinaikkan sedikit tinggi. Mana tahu mamat tu pekak. Dan yeah, sengaja dia cakap tak reti. Kang guna perkataan takut, jatuh saham dia.

   Nufail toleh sebelah kiri. Automatik pandangannya bertemu dengan sepasang mata hitam bundar milik Anisa. Jantung tiba-tiba berdegup laju. Dia jeda seketika.

    "Encik Nufail! Dengar tak saya cakap ni?" Anisa mula mengatur langkah, menghampiri Nufail. Geram sebab jejaka itu tidak menghiraukan kata-katanya. Jarak mereka cuma tinggal selangkah, Anisa sendiri tak sedar apa dia buat.

   "Encik!" Anisa petik jari depan muka Nufail. Lamunan jejaka itu terbantut.

   "Hah?"

    "Tak dengar ke?" Kening sebelah kanan Anisa dijongketkan.

Nufail berdehem. Tak menunggu lama, batang pancing dicucuk pada tanah. Dia beralih arah. Tak keruan dia dibuatnya bila jarak mereka terlalu dekat.

   "Kut ye pun, tak payah dekat-dekat." perli Nufail sebelum mendekati anaknya, Zulaikha yang dah cemberut wajahnya kerana menunggu lama.

  Hanif dah pergi entah ke mana. Jauh dia berjalan sampai hujung sana. Tinggallah Anisa, Nufail dan Zulaikha di situ.

  Anisa baru tersedar. Pipi automatik merona merah. Liur ditelan.

Apa dia dah buat? Ala bongok.

   "Maksu! Hanif dapat ikan haruan! Besar!" Hanif dari jauh berlari ke arah mereka dengan gembiranya. Di tangan ada seekor ikan haruan bersaiz sederhana.

Termengah-mengah Hanif bila sampai depan Anisa.

  "Ffuh...ffuh...besar kan!" Ikan haruan  yang masih belum dibuang daripada mata kail itu, diangkat tinggi.

  "Cepatnya Hanif dapat ikan!" Bersinar-sinar mata Anisa tengok ikan besar depan mata. Dah macam Jakun Si Anisa tu.

"Wah. Hanif dah dapat ikan. Cayalah, Hanif. Hebat." Nufail mengusap kepala Hanif. Hanif tersengih suka dengan perbuatan Nufail itu. Dia...rasa gembira. Dia tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah. Tapi keprihatinan yang Nufail tunjukkan untuknya, seolah-olah dia ada seorang ayah. Dia seronok sangat!

  "Papa! Ikha belum dapat ikan! Ikan asyik makan umpan Ikha je! Tapi ikan tak dapat-dapat! Benci lah macam ni!" Ikha merajuk. Batang pancing dibuang ke tepi. Tangan disilang. Bibir memuncung panjang sedepa.

Nufail dan Anisa saling berpandangan. Tak tahu kenapa, spontan. Berdebar. Itu yang dirasakan oleh mereka, cepat-cepat mereka berpaling ke arah lain. Ah abaikan debaran itu Wahai Anisa! Kau jangan buat terfall in love pulak. Puih! Jangan!

Tak sampai seminggu kut kenal mamat duda ni

  "Nah, ambik ikan Hanif. Hanif boleh tangkap lain." Hanif tiba-tiba jadi gentleboy. Hanif sua ikan haruan tersebut kepada Zulaikha. Lebar senyuman Zulaikha selepas itu.

   "Yeay! Thankyou Hanif!" Zulaikha bersorak gembira.

"Ahahahaha...pebenda budak ni. Dengan aku, takde pulak baik macam ni. Ei gigit kang." Tajam mata Anisa memandang anak buahnya yang seorang itu. Tak, cakap pasal gigit. Kenapa dia rasa something dekat kaki ni?

Sepantas kilat Anisa pusing ke arah lain bagi berselindung auratnya. Hujung seluar track suitnya ditarik keatas sedikit dan...

   "Arghhhhhhhhhhh! Pacattttt! Buangggggg cepat! Tolong! Ibu! Tolong Anisa!" Terlompat-lompat Anisa dibuatnya. Dia takut. Geli. Seram. Geli! Argh!

  

   

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience