BAB 4

Humor Completed 7396

Sarah berjalan sambil menyanyi-nyanyi kecil menuju ke perhentian bas. Gitarnya disilangkan ke belakang. Dikerling jam tangannya.

“Mana Arin ni. Janji pukul 7.15 tapi tak sampai-sampai lagi. Ada jugak yang nak kena sekeh dengan aku ni.”Dia mengeluh.

Pon,pon!!!!

“Oh mak pocot kau mati terkojol!”Sarah melatah. Diusap jantungnya. Uuuu, semangat. Nasib baik tak mati. Dia memandang kereta yang telah mengeluarkan bunyi yang begitu merdu itu. Dia berdiri sambil berjalan menuju ke kereta itu. Tingkap kereta itu turun perlahan-lahan. Kelihatan Danny berada di dalam sambil tersenyum kepadanya.

“Eh, samdol. Kau ingat kau sorang je ke yang ada hon? Orang lain pun ada jugak hon. Tapi takdelah sampai jakon macam kau ni, hon kuat-kuat. Aku tahulah dekat rumah kau takde hon macam ni. Hanya ada hon kereta lembu. Mmmuuu!!!!!”marah Sarah. Danny hanya menggarukan kepalanya sahaja. Confirm banyak kutu dah bersarang dekat kepala dia. Dari bapak kutu sehinggga ke buyut kutu. Dah berapa hari tak mandi ni?Eeeuuu…

“Sorrylah. Saya tak bermaksud nak terkejutkan Sarah.”ujar Danny. Sarah bercekak pinggang.

“Tak bermaksud kau cakap? Jantung aku ni dah nak meletup tau tak. Kalau aku mati terkojol tadi, siapa nak tanggung. Kalaulah ditakdirkan aku betul-betul mati, aku akan jadi Pontianak harum sundal tengah hari dan cekik kau sampai kau mati terkujat”Danny ketawa. Mak aii, brutal gila minah ni.

“Oh ye Sarah. Sorang je ke?”soal Danny. Pelik jugak dia. Selalunya Sarah akan berdua dengan Arin. Kadangkala hatinya dipagut rasa cemburu. Pertemuan pertamanya dengan Sarah di hadapan kelas Muzik2u sudah membuatkan hatinya suka kepada Sarah. Malangnya kerana dia ada urusan yang lebih penting, dia terpaksa berlalu pergi tanpa meminta maaf kepada Sarah. Eh, eh Danny ni. Biol ape. Dah nampak aku sorang, boleh tanya lagi. Sekali aku hempuk pakai gitar aku yang lawa ni, baru tau.

“Eh, taklah. Aku datang berdua. Kenalkan, ni suami aku. Mr. Bayang-bayang.”Sarah menyindirnya. Danny tersengih sendirian.

“Apa-apalah Sarah. Naik kereta cepat. Saya rasa awak dah lambat ni. Nanti lambat pulak masuk kelas and lambat pulak nak pandai main gitar tu.”ajak Danny.

“Tak ingin aku naik kereta kau. Aku rela naik kereta Mr. Bean tu dari naik kereta kau. Lagipun, muka buaya sungai macam kau ni, bukan boleh percaya. Harapkan pagar, pagar makan tauge.”Sarah kembali duduk di perhentian bas itu.

“Hai adik manis. Sorang je ke? Nak abang temankan?”soal seorang lelaki yang datang dari arah mana, duduk disebelah Sarah. Ni lagi sorang. Dah nampak aku sorang dekat sini, boleh tanya lagi. Pelik betullah! Apsal hari ni semua orang boleh jadi buta? Hari ni hari buta sedunia ke?Musykil, musykil…

“Tak payah. Baik kau blah sebelum aku lenyek muka kau.”marah Sarah.

“Alah, janganlah marah. Abang berniat ikhlas dik.”lelaki itu memegang tangan Sarah. Sarah bertindak menumbuk muka lelaki itu. Dengan sekali hayunan, lelaki itu terjelopok di tanah.

“Aku cakap baik-baik, kau balas kasar-kasar. Kau ni hanya sampah masyarakat je tau tak. Baik kau tak payah duduk dekat dunia ni kalau tahu nak merosakkan orang. Kau pergi duduk dekat tempat recycling or tempat perlupusan sampah, lagi bagus.”Sarah berlalu dan membuka pintu kereta Danny. Danny memandangnya, terkejut. Terkejut dengan tindakan Sarah.

“Apa pandang-pandang. Jalanlah. Kau nak aku tumbuk kau macam aku tumbuk mamat goblok tu?”marah Sarah. Danny menggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience