Bab 1

Romance Completed 101936

“AWAK nak saya panggil parents awak ke?!”

Aulia menundukkan mukanya tanpa menjawab.

“Awak nak ke?!” Berang jadinya Professor melihat pelajarnya tidak menjawab soalan. Aulia yang terkejut dengan sergahan daripada Professor Azmi laju menggelengkan kepala.

‘Siapa yang nak? Mahunya ayah buat persidangan tiga penjuru dalam bilik bacaan dia. Lari tak cukup tanah aku nanti!’ Gumam Aulia di dalam hati.

“Apa masalah awak? Saya selalu nampak awak mengelamun, tapi tak adalah sampai saya panggil awak tak dengar. What’s your problem?” Professor Azmi menukar nada memujuk. Kasihan pula dia tengok anak buahnya terkulat-kulat dimarah.

Geleng.

“Tak ada masalah? Habis kenapa awak macam ni? Saya nak tanya awaklah. Macam ni ke anak Tan Sri Khalif?”

Laju saja mata Aulia menghala ke arah Professor Azmi.

“Maaf, Sir. Saya dididik dengan baik oleh kedua ibu bapa saya. Sir janganlah risau. Saya akan ulang kaji di rumah.” Sarkastik sungguh suara Aulia membalas. Bab keluarga memang dia sensitif. Usik sedikit saja, memang boleh melenting!

“Bukanlah niat saya nak bercakap kasar. Tapi, saya tak nak awak hanyut dalam dunia khayalan awak. Come back to reality! Awak berada dalam sem akhir, tahu. Ibu dan ayah awak beri saya tanggungjawab untuk beri awak pelajaran, begitu juga dengan pensyarah-pensyarah yang mengajar awak. Awak kena beri perhatian ketika belajar. Sixty percent from you and forty percent from me. Macam mana awak nak faham kalau awak sibuk berkhayal?”

‘Alah, lemahlah kalau ceramahnya sama seperti ceramah ayah. Gaya cakap pun dah nak dekat sama je!’ Aulia mengeluh perlahan.

“Okeylah Sir. Saya bersalah. Saya akan perbaiki kelemahan saya. Maafkan saya.” Perlahan saja Aulia bersuara. Takut diceramah lagi sebenarnya!

“You better make sure of it. Lepas ni saya nak awak concentrate. You may go now.”

“Thank you, Sir. Saya keluar dulu.”

Sebaik saja Professor Azmi menganggukkan kepalanya, Aulia terus keluar dari bilik tersebut. Di luar bilik dia menghembuskan nafas lega.

“Weh, kau okey?”

“Dia cakap apa weh?”

“Dia dera kau ke?”

“Apa jadi?”

Satu demi satu soalan keluar daripada empat mulut kawan-kawan baiknya. Muka mereka kelihatan risau melihat Aulia yang mencuka. Tanpa mempedulikan kawan-kawannya yang lain, Aulia berjalan meninggalkan mereka di belakang. Berlari kawan-kawannya mendapatkannya semula yang jauh ke hadapan.

“Wei, apa jadi sebenarnya? Dia nak call ayah kau eh?” Syarifah Nadhrah Aieka bertanya sambil berjalan.

“Tak ada apalah. Biasalah… Sem akhir, study, concentrate. Eh, korang ni. Dahlah. Aku lapar. Jom makan!” Aulia terus berlari ke arah kafeteria meninggalkan kawan-kawannya yang lain.

“Woi! Tunggulah!” Serentak Engku Cassandra Mika, Syarifah Nadhrah Aieka, Arisya Aqilah dan Syazwina Aliya menjerit dan berlari mengejar Aulia.

NASI goreng pataya di depan mata membuatkan Aulia laju dengan segala pergerakannya. Maklumlah, dari pagi tadi di tidak makan kerana bangun lewat untuk ke universiti. Bila dah tengah hari begini mahu mencakar cari makanan. Baru saja sesudu nasi hendak mendarat masuk ke dalam mulutnya, lengannya ditahan.

“Woi, doa dulu! Aku tau kau lapar!” Nadhrah dengan selamba mengambil semula sudu di tangan Aulia dan diletakkan semula ke dalam pinggan. Sengaja hendak menyakat rakannya. Bukan dia tidak tahu, Aulia paling pantang kalau orang tegah dia makan.

Aulia berdesir perlahan. Doa dibaca. Selesai mengaminkan doa, laju saja sesudu nasi masuk ke dalam mulut. Nadhrah dan Arisya yang sudah sampai di meja makan hanya tergelak kecil melihat telatah rakannya yang seperti budak-budak itu. Huh, budak-budak juga, kalau dah sampai angin kus-kus, garang dia tidak boleh dimaafkan!

Ketika mereka berlima enak menikmati makanan, muncul suara garau menyapa mereka. Cassandra, Nadhrah, Arisya dan Syazwina sudah terpaku melihat lelaki yang kacak dengan baju kemeja berwarna biru laut dan seluar slack berwarna hitam sedang berdiri di hadapan mereka. Lengan baju dilipat hingga ke siku dan tali leher putih berbelang biru membuatkan dia bertambah menarik di mata-mata perempuan. Siapa saja yang melihatnya pasti akan terpaut!

Aulia masih lagi enak menyuap makanan ke dalam mulut tanpa memandang sedikitpun ke arah lelaki itu. Apabila dia melihat rakan-rakannya diam tidak berkutik, barulah di memusingkan badannya melihat ke arah lelaki itu. Dia kelihatan sedikit terpesona dan terus kembali ke posisinya sebentar tadi. Takut terpaut!

“Hai… Boleh join?” Sekali lagi lelaki itu menyapa.

Aulia teragak-agak hendak memandang muka lelaki itu. Rakan-rakannya yang lain langsung tidak menjawab mahupun berkutik, dah beku macam ais!

“Err… Silalah.” Aulia mempersilakan lelaki itu duduk dan serentak itu Arisya bangun memberikan dia tempat duduk.

“Terima kasih.” Ucap lelaki itu kepada Arisya. Arisya membawa makanannya sambil tersipu-sipu. Apabila matanya menangkap mata Aulia, Aulia membuat muka meluat sambil memandang ke arahnya. Arisya dan perasan memang tak boleh dipisahkan! Bisik Aulia di dalam hati.

“Lama tak join kita orang. Kenapa tiba-tiba je ni?” Tanya Aulia selamba kepada lelaki yang bernama Sheikh Fiqrie Hazim di sebelahnya. Fiqrie yang sedang membuka botol mineral tersenyum sebelum menjawab.

“Saja… Dah lama tak borak. Lagipun, sibuk sikit kebelakangan ni.” Fiqrie memberikan senyuman manis kepada Aulia.

“Oh… Kawan awak mana? Mereka tak join awak sekali?”

“Ada dekat sana. Itulah saya saja je join awak semua dekat sini.” Sekali lagi Fiqrie tersenyum manis. Aulia mengangguk laju lalu dengan selamba dia meneruskan makan.

Fiqrie menghembus nafas yang berat. Dia melihat sekeliling kafeteria. Kelihatan semua orang sedang memandang ke arahnya. Ah, kenapa aku susah betul nak sedarkan Aulia Alina Afisya ni? Kenapa dia berhati batu sebegini? Tak ada ke rasa rindu ke, rasa suka ke dekat aku selama aku sibuk dan buat-buat tidak berhubung dengannya selama beberapa minggu ini? Fiqrie berbisik di dalam hatinya.

Kadang-kadang Fiqrie juga tertanya-tanya, adakah dia tidak cukup layak untuk mengambil hati Aulia? Dia serba-serbi lengkap. Kalau cakap tentang populariti, dia memang nombor satu di dalam universiti. Kalau akademik, dia tetap mengungguli kepintarannya. Kalau sukan, dia memang hebat dalam apa-apa jenis sukan, terutamanya permainan tenis, rugbi, bola sepak, renang, memanah, menunggang kuda, golf… Ah, kalau nak disenaraikan memang tak akan habis! Keluarganya memang mementingkan aktiviti-aktiviti sukan. Tak mungkin dia tidak pandai. Kalau rupa, dia berkulit putih, tinggi, tegap dan kacak. Kalau harta, tujuh keturunan pun tak akan habis. Fiqrie juga tidak faham apa kelemahannya yang membuat Aulia tidak mempedulikan dia.

Aulia yang sedari tadi terasa dipandang oleh Fiqrie, dia tersenyum ke arahnya dan memberikan isyarat kepada Fiqrie untuk makan. Sejak kecil lagi Fiqrie dan Aulia berkawan baik kerana keluarga mereka saling mengenali antara satu sama lain. Mereka terputus hubungan selepas Fiqrie terpaksa berpindah ke Kota Kinabalu ketika berumur 10 tahun kerana pekerjaan ayahnya. Semasa di universiti inilah baru mereka berjumpa semula.

IMBAS KEMBALI…

“Hai.” Fiqrie menegur perempuan yang dikenalinya itu dari belakang. Aulia menoleh sedikit melihat Fiqrie di belakangnya yang memakai topi di kepala.

“Oh, hai.” Dengan nada dan reaksi tidak mesra alam Aulia membalas. Selepas itu dia terus mengalihkan pandangannya ke tengah padang semula untuk melihat Arisya bertanding dalam pertandingan lumba lari. Nampak sangat dia tidak mahu melayan.

“Err… Saya Sheikh Fiqrie Hazim.” Kali ini Fiqrie memperkenalkan dirinya pula.

‘Ceh, Sheikh. Fiqrie. Hazim. Nak berlagak ke cik abang oi ada gelaran tu?’ Bisik Aulia di dalam hati. Bibirnya dicebik sedikit.

“Oh. Saya Aulia.” Dingin saja Aulia membalas tanpa memandang muka Fiqrie. Fiqrie tergelak perlahan. Tak sangka pula begini jadinya. Ingatkan perempuan yang dikenalinya ini akan melayannya seperti perempuan-perempuan lain. Tetapi sangkaannya meleset. Aulia memang lain!

Fiqrie beralih tempat. Dia berdiri di sebelah Aulia dan hampir saja bahu mereka bersentuhan. Aulia memandang lama wajah Fiqrie dan pandangannya sungguh tajam. Selepas itu, dia terus beredar dari situ. Dia rimas dengan lelaki itu!

“Awak. Saya Sheikh Fiqrie Hazimlah.” Fiqrie masih belum putus asa. Dia mengejar Aulia yang laju berjalan hendak menjauhinya.

‘Ishh! Apa lelaki ni nak dekat aku?! Masalah betullah!’ Marah Aulia dalam hati.

“Ye, saya tahu tu nama awak. So what?” Kuat suara Aulia membalas sehingga orang di sekeliling mereka memandang.

“Janganlah marah. Saya perkenalkan diri saya je.” Fiqrie tersengih.

Aulia tidak membalas. Dia memandang tajam wajah Fiqrie dan memberikannya jelingan maut. Itu maksudnya dia tidak mahu diganggu. Selepas itu, dia terus pergi dari situ dengan hati membara.

“Eee! Kalau bukan sebab Arisya, dah lama aku balik!” Aulia mengomel geram. Dia melabuhkan punggungnya di bawah sebuah pokok besar yang rendang berdekatan dengan padang.

“Weh, Fiqrielah!” Suara perempuan di belakang Aulia menggamit perhatiannya. Aulia mencebik. Malas hendak melayan.

“Hai!” Serentak itu Fiqrie duduk di sebelah Aulia.

‘Ish! Lelaki ni nak apa sebenarnya? Aku tak layan tu, maksudnya aku tak sukalah! Tak faham bahasa ke dia ni?!’ Aulia mendongkol geram di dalam hati. Dia menggelengkan kepalanya sambil menahan geram.

“Waalaikumussalam!” Dingin dan tegang Aulia membalas. Fiqrie tergelak kecil.

“Sorry. Assalamualaikum.”

Aulia mengangguk serius dan menjawab salamnya dengan nada perlahan.

“Awak tak kenal saya?” Fiqrie mendekatkan dirinya di sebelah Aulia dan dia bertanya dengan suara berbisik. Aulia mengalihkan pandangan memandangnya.

‘Oh, lelaki ni dari mana? Handsomenya! Kalaulah aku belum bertunang… Eh, Aulia! Apa ni. Kau dah bertunang, okey! Stop, stop!’ Aulia berdehem perlahan.

“Stop okay. I don’t know you and I don’t want to know you! Never! Please, jangan kacau saya lagi. Saya tak suka!” Sekali lagi Aulia menghadiahkan jelingan maut kepada Fiqrie.

“I know you and I’m very sure you know me. You see this. Girls, who am I?” Fiqrie bertanya kepada empat orang perempuan di belakangnya.

“Fiqrie, of course!”

“My Prince!”

“Fiqrie, why you are so charming?”

“Fiqrie, she’s your girlfriend?”

Fiqrie tergelak kecil.

“No. Not yet.” Fiqrie melirik ke arah Aulia. Namun Aulia hanya memandangnya tanpa riak.

“Not yet and never, okay!” Aulia terus berdiri dan berjalan dengan langkah tergesa-gesa menuju ke padang. Dalam hatinya tidak habis-habis menyumpah tindakan lelaki itu. Dasar gila publisiti! Miang! Tak malu!

“Aulia Alina Afisya!” Fiqrie menjerit memanggil nama penuh Aulia. Automatik langkah Aulia terhenti. Matanya membulat dan laju saja dia menoleh memandang Fiqrie di belakang.

“Aulia Alina Afisya binti Tan Sri Khalif.” Fiqrie bersuara perlahan dan mendekati Aulia yang sedang kaku di hadapannya. Dia bersorak riang di dalam hati. Akhirnya, mendengar juga dia!

“Tak ingat dekat saya? Anak Abah Sheikhlah.” Fiqrie tersenyum manis.

Aulia memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan curiga.

“Now, I repeat myself. I’m Sheikh Fiqrie Hazim bin Sheikh Hadi Zakaria. Now, do you know me?” Fiqrie mengangkat kening. Aulia memandang Fiqrie tidak berkelip.

“Ajim?”

“Susahnya nak rapat dengan Aulia kita ni sekarang. Antilelaki ke?” Fiqrie tergelak kecil.

“No lah. Macam manalah boleh tak perasan awak belajar dekat sini!” Aulia tersenyum lebar dan tergelak kecil. Hati Fiqrie sedikit terusik apabila melihat senyuman di bibir Aulia.

“Hah, macam nilah baru orang nak dekat. Manis je. Kalau tidak, pandang orang macam nak telan! Jelingan maut dia pula menusuk dalam hati ni! Sedih betul bila awak tak kenal saya.” Fiqrie membuat muka sedih sambil berpeluk tubuh. Aulia tergelak lagi.

“The truth, saya tak suka lelaki gatal macam awak tadi. Anti!” Mereka berdua tergelak serentak.

Sejak itulah mereka berdua rapat. Kalau hendak meminta persetujuan daripada rakan-rakan Aulia, tentunya mereka akan setuju. Siapa yang tidak mahu berkawan dengan orang popular dan kacak seperti dia?

“Weekend ni jom keluar?” Fiqrie mengajukan soalan kepada Aulia.

“Hmm… Maybe tak boleh sebab kita orang dah plan nak ulang kaji weekend ni.” Aulia membalas lembut.

“Tapi kalau awak nak join sekali pun okey. No problem. Awak kan pandai… Boleh ajar kita orang.” Cassandra bersuara sambil tersenyum ke arah Fiqrie. Dari tadi matanya tidak lepas-lepas memandang wajah kacak Fiqrie. Begitu juga kawan-kawannya yang lain. Terpukau, terpaku, terpesona!

“Hmm… Good idea juga tu! Saya join tapi saya ajak sorang kawan saya boleh?” Fiqrie tersenyum suka.

“Boleh. Apa salahnya.” Aulia membalas.

Tiba-tiba telefon bimbit Aulia mendendangkan lagu Starting Now I Love You yang dinyanyikan oleh pelakon korea, Lee Seung Gi dalam drama korea, My Girlfriend Is Gumiho. Aulia terus mengambil telefon bimbitnya di dalam beg dan segera menjawab panggilan tersebut.

“Hello, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Aulia ada dekat mana ni?” Tanya Datin Qaisurina di hujung talian yang juga merangkap kawan baik ibu Aulia dan mama kepada orang yang dibenci oleh Aulia.

“Dekat universiti ni auntie. Kenapa ya?” Aulia menjawab sopan. Bagi Aulia, yang bermusuhan dengannya adalah anak dia, orang tua perlu dihormati dan dilayan sebaik-baiknya.

“Laa… Berapa kali mama nak cakap? Panggil MAMA! Boleh?”

Aulia mengemam bibirnya. Sudah beberapa kali dia mencuba untuk memanggil wanita itu mama, tetapi setiap kali dia memanggil perkataan ‘mama’, dia teringatkan ayat yang musuhnya ungkapkan. “Kau takde mak ke? Nak panggil mak aku mama pulak?!”

“Err… Kenapa… Ma?” Takut-takut Aulia mengeluarkan suara.

“Haa… Macam tu lah! Okey, macam ni, petang ni boleh datang rumah mama tak? Mama nak cakap something.”

“Ermm… Kenapa mama? Ada apa-apa yang tak kena ke?” Aulia mengerutkan keningnya. Risau pula ada apa-apa yang jadi kepada kawan baik ibunya itu.

“Ala… Datang jelah. Mama rindu ni.” Datin Qaisurina merengek manja.

“Okey, okey. Kejap lagi Aulia datang ye.Tengah makan ni.” Aulia membalas lembut. Sememangnya dia sayangkan Datin Qaisurina itu. Sudahlah baik, manja dengannya, sungguh bertentangan sekali dengan perangai anaknya yang satu itu. Apabila nampak saja muka dia, pasti ada yang tak puas hati.

“Yey! Thank you sayang. Mama tunggu tau. Bye…”

“Bye ma…” Ucap Aulia sambil tersenyum. Selepas itu dia terus mengemas barang-barangnya di atas meja.

“Kau nak pergi mana?” Syazwina mendongak memandang Aulia yang sudah berdiri sambil mengemas barang-barangnya. Dia menjadi pelik melihat kawannya itu tergesa-gesa seperti ada hal kecemasan berlaku.

“Rumah kawan ibu aku.” Aulia menjawab ringkas. Straw di dalam cawan berisi air oren dicapai dan dimasukkan ke dalam cawan Nadhrah yang berisi air tembikai. Laju saja dia menyedut air kawannya itu tanpa segan silu. Nadhrah juga dengan selamba mencapai cawan Aulia dan diletakkan di hadapannya.

“Memang baik dengan auntie tu eh?” Fiqrie bertanya pula.

“Haah. Best friend ibu saya. Oklah, saya gerak dulu. Weekend ni kita jumpa okey. Bye!” Aulia terus mencapai barang-barangnya di atas meja dan terus berlalu dari situ dengan langkah tergesa-gesa.

“Mama?” Fiqrie berbisik perlahan sambil memerhatikan Aulia sehingga hilang dari pandangannya. Hatinya sedikit curiga dengan panggilan itu.

Adakah Aulia sudah berkahwin? Terdetik soalan itu di benak fikiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience