Flashback hari ke-3 kehilangan.
Tengku Que Iskandar terlelap di dada kerusi kerjanya di dalam pejabat di syarikatnya dengan lengannya berada di atas dahinya.Alex perlahan mendekati tuannya dan menyelimutkan tubuh Tengku Que Iskandar.
"Alex,berapa hari Que tak tidur tu?"...Taufiq bertanya sedikit kuat sambil menjuihkan bibirnya ke arah Que yang tertidur lena.
"Sshuuuuuuttt!...Perlahan sikit suara hodoh kau!"...Alex meletakkan jari telunjuknya pada bibirnya sebagai amaran dan memandang tajam ke arah Taufiq yang sedang tersengih.
"Semenjak Puan Muda hilang,Bos tak pernah memejamkan mata dia apatah lagi mahu tidur!..Bos hanya dengan telefonnya berhubungan dengan orang-orang yang bergerak mencari puan tanpa tertinggal walau sekecil apa pun infonya!"..Alex bersuara lirih.
"Aku syak Que dah boleh tidur sebab dia dah ada umpan untuk memancing kemunculan si bangsat tu!"...Taufiq membuat kesimpulan sendiri.
"Yup!..Aku harap kita dapat jumpa Hazel secepat yang mungkin,jika tidak Que boleh menggila!"...Noah mencelah sambil fokus menatap laptopnya memantau dan mengesan koordinat lokasi yang dihantar oleh anak buah Que yang ke beberapa negara untuk mengesan lokasi persembunyian Carl Zafran.
"Binggo!...Yeah!...Yahooo!"...Noah sudah bangun melompat dan membuat bising seperti kanak-kanak riang saja lagaknya.
"Kau kenapa monyet!"....Taufiq menyinga kerana terkejut.
"Mission succesfully accomplished!..Lokasi musuh dah dapat detect,tak jauh sangat pun!"..
"Pattaya Thailand!"..
"Whatttt!"....Tengku Que Iskandar terus melompat bangun menyebabkan semua orang terkejut.Ya Tuhan,ini manusia atau pelesit.
"Alex!...Kau akan membawa umpan ke laut dan jalankan misi".
"Tak boleh ada siapa pun yang boleh baik hidup-hidup..Selamat memancing jerung Alex!"
*********************
"Sayanggg!!"
Badan Hazel terus mengejung dan jantungnya berdetak laju..Semenjak malam Carl Zafran meminta haknya sebagai seorang suami tidak berjaya,setiap detik Hazel berada dalam ketakutan.Jika boleh dia tidak mahu lagi bersua muka dengan lelaki itu.Sentuhan tangan Carl Zafran di bahunya menyebabkan jantung Hazel seakan mahu melompat keluar dari badan.Tangan lelaki itu mengangkat wajah Hazel mendongak ke arahnya.Rambut ikal milik Hazel diurai lembut dengan jemarinya dan bibirnya singgah di dahi wanita itu menyebabkan Hazel menggeletar seperti terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi.
Hazel automatik naik marah dan menolak wajah Carl Zafran,namun lelaki itu semakin agresif mahu menyerangnya.Nafas Carl terburu-buru kerana batinnya terlalu mendesaknya inginkan wanita itu.Saat bibir Carl Zafran menyasarkan bibirnya,Hazel segera berpaling ke tepi menyebabkan ciuman Carl hanya singgah di pipi Hazel sahaja.Carl Zafran tidak berputus asa,dia pantas memegang kepala Hazel untuk menahannya dan cuba menyambar kembali bibir kemerahan milik Hazel.
"Tun...tunggu...tunggu dulu!"...
"Tolong beri saya masa,saya belum bersedia lagi".
"Sekurang-kurangnya biarlah saya selesa dengan awak dulu."
"Sayang tidak perlu persediaan apa pun,hanya tutup mata dan menikmatinya sahaja!"....Hazel tersentak dengan kata-kata Carl Zafran dengan rasa tak percaya.
"Saya tak boleh!...Saya takut!"...Carl Zafran menarik nafas dalam menyabarkan sedikit nafsunya.Hazel sedikit lega bila lelaki di didepannya berhenti memaksanya,hanya ibu jarinya sahaja membelai hujung bibir Hazel.
"Um...umm...umpp!!"....
Tanpa sebarang amaran,Carl Zafran memagut kasar bibir Hazel.Hazel mengeleng-geleng kepalanya dengan laju,nalurinya sangat menolak dan tidak rela dengan ciuman itu.Hazel ketakutan dan menangis tetapi dalam masa yang sama dia rasa sakit hati bahkan terlintas rasa ingin membunuh orang.Sementara Carl hanyut dalam nafsunya yang berahi,Hazel mengambil kesempatan untuk mengacip kuat bibir lelaki itu sehingga terlepas tautan bibir mereka.
Turun naik dada Hazel membetulkan sistem pernafasannya yang sedikit tercungap-cungap mencari oksigen.Carl Zafran menatap Hazel dengan pandangan marah dengan penolakan yang di lakukannya.Bibir Carl yang berdarah diseka dengan jarinya sebelum melayangkan tamparan yang kuat dipipi Hazel.Tubuh Hazel ditolak ke tilam dan pantas ditindih tubuh Hazel.
"Aku minta dengan cara baik kau tolak,jadi jangan menyesal!"....Carl Zafran merobek pakaian Hazel dengan kasar dan mula mencumbu dan menggigit bahagian leher putih Hazel
"Jangan!...Tolong jangan buat saya macam ni!"..Hazel bergelut dengan sekuat tenaganya hingga terlupa pada nyawa yang ada dalam rahimnya.Dia dapat rasakan alat kelamin lelaki itu sudah menegang di bawah sana.Saat Carl ingin menyentuh dadanya,di dorong dengan sedikit keberanian,Hazel menendang kuat ke arah alat sulit Carl Zafran.
"Aarghhhhhh!!"....
Hazel segera bangun ingin menyelamatkan dirinya.Langkahnya di bawa laju ke arah pintu namun pintu sudah pun terkunci dari luar.Hazel menjadi panik dan ingin berlari ke dalam bilik air namun tangan Carl lebih laju menjambak rambutnya dari belakang.Hazel meronta-ronta ingin melepaskan diri dan kesakitan.Tenaganya sudah hampir terkuras,langkah terakhir Hazel boleh lakukan adalah gunakan taktik menggigit lengan lelaki itu sekuat tenaga sehingga mulutnya dipenuhi dengan darah luka daripada kesan giginya.Carl Zafran yang kesakitan terus menghantukkan kepala Hazel ke dinding tanpa sedar.Akhirnya Hazel tewas dan meluruh ke lantai.
***********************
"Hazel,maafkan abang Hazel!"
"Abang tak berniat nak cederakan Hazel!"...Carl Zafran terduduk di sisi Hazel yang sudah tidak sedarkan diri.
"Bos...Bos..!!!"
"Puan Sally ditangkap dan ditahan di sebuah kapal di tengah laut!"
"Apaaaa!!!".....
"Jika lambat menyelamatkan Puan,khuatir puan akan di jadikan makanan jerung!"
"Carl Zafran dalam dilema dan kebingungan mahu menyelamatkan ibunya dan perlu meninggalkan wanitanya, akhirnya Carl Zafran terjerat dalam perangkap membunuh yang dicipta oleh Tengku Que Iskandar.Jika sudah terjerat tidak mungkin dapat pulang dengan selamat.
Carl Zafran berlalu pergi walaupun keberatan untuk meninggalkan Hazel yang masih belum sedarkan diri kerana cedera di bahagian sisi kepalanya.Seorang doktor dipanggil ke kediamannya untuk merawat dan memantau kesihatan Hazel.
Share this novel
tqvm next episod please ...