Chapter 7

Horror & Thriller Completed 5356

Part 7.
"Hey, perempuan! Baik kau senyapkan anak kau tu sebelum aku yang senyapkan." Tengking seekor goblin yang sedang memegang sebatang kayu bercacakkan besi tajam kepada seorang wanita gula - gula yang anaknya ketika itu sedang menangis ketakutan.

Mata goblin itu sepet bak Jackie Chan tapi Jackie Chan lagi hensem dan mukanya hodoh mengalahkan tong sampah jiran sebelah bangla rumah author yang pengotor. Heheh. Giginya tajam tak teratur seperti budak - budak darjah satu yang tak reti beratur.

"B.. Baiklah." Wanita itu tidak dapat berbuat apa - apa selain akur akan arahan goblin gemuk, pendek serta paling 'hensem' itu. Dia cuba menenangkan anaknya itu. Mungkin anaknya itu terkejut tengok muka goblin yang teramat hodoh dan menakutkan itu. (Author bagi amaran. Orang yang mengandung pun boleh kena heart attack bila tengok muka goblin. Hehhe.). Inikan pula anak kecil yang baru mencecah 5 tahun itu.

Kini goblin - goblin sedang menyerang hendap terhadap Pulau Gula - Gula. Ya, kerajaan Ratu Cupcake, adik Permaisuri Rose dan makcik kepada Daiyan serta mummy kepada Fayzal.

Mereka sudah lama merancang untuk menyerang Pulau Gula - Gula tetapi disebabkan ramai pihak yang mempertahankan tempat itu, mereka selalu gagal. Kini rancangan mereka supaya menyerang secara senyap.

Kini usaha mereka sudah membuahkan hasil. Namun begitu, mereka belum lagi menyerang istana di situ.

Visi mereka kali ini, tangkap dan seksa semua yang ada di dalam istana itu.

***

{ Fayzal POV }

Gila bak hang aku tak terkejut bila Emylea pengsan? Terkejut tahu tak? Aku tengah buat scene kuch - kuch - hota - hei dengan mummy aku tetiba dengar suara Daiyan cemas semacam panggil nama Emylea. Ingatkan sapa lah yang nak terberanak tadi.

Aku dapat tahu Emylea mungkin akan mati kalau dia tak pulang ke dunia asalnya. Aku tak dapat ungkapkan dengan kata - kata bila dengar mak cik kesayanganku merangkap mama Daiyan berkata sebegitu. Terkejut yang maha hebat tahap dewa tahu tak?

Makcik Rose kata ada cara lain untuk memastikan Emylea dapat bertahan di dunia mereka ni. Caranya, Emylea perlu bergabung tenaga dengan orang yang sedarah dengannya. Pendek kata, ahli keluarganya.

Mana nak keruk keluarganya di sini? Aku dah buntu.

Aku termenung tepi tingkap berkacakan gula - gula keras yang jernih. Termenungkan siapa? Emylealah! Aku.. Aku rasa aku suka kat Emylealah. Tapi, aku dapat rasakan bahawasanya Daiyan pun begitu. Aku perasan cara dia pandang aku bila aku bermesra dengan Emylea tempoh hari. Aura cemburunya menakutkan aku. Ugh, serius weyh! Menyeramkan.

Sedang aku termenung jauh ke luar tingkap, tiba - tiba pintu tingkapku diketuk dengan kuat. Terkejutku jangan cakap. Sampai terjatuh aku dari kerusi yang ku duduk.

Seorang.... Kanak - kanak lelaki? Budak itu mengetuk tingkapku berkali - kali. Mukanya pucat dan dia seakan - akan dikejar sesuatu. Dia mengetuk tingkapku sampai retak jadinya. Budak ni betul - betul nampak macam terdesak.

Cepat - cepat aku buka tingkap. Budak itu memanjat tingkap yang baru ku buka untuknya. Tak sangka budak ni terer jugak bab pecah masuk rumah orang ni. Haa, tapi aku yang bukak tingkap, kan?

"Tuanku, tuanku kena lari sekarang! The Goblins cuba serang secara senyap! Tuanku kena buat sesuatu sekarang! Sebelum terlambat." Kata budak comot itu. Aku terkejut. Kerajaan aku diserang? Aku kena bagi tahu mummy! Wait, sapa budak ni?

"Kamu ni siapa?" Soalku ragu - ragu. Yelah, budak zaman sekarang ni banyak yang suka kenakan orang.

Lelaki yang aku panggil budak tadi tiba - tiba berubah bentuk. Seorang lelaki dewasa. Mungkin sebaya denganku. Terkejut chimpanzee aku bila baru menyedari siapa di hadapanku ini.

"Rul, kau.. Kau apa khabar? Sihat?" Soalku ramah. Lupa pulak apa yang Khayrul bagitahu tadi.

"Ah, kau! Sekarang bukan masa nak nak apa khabar, khabar baik apa semua tu! Aku serius ni! Kau kena buat sesuatu. Tadi the goblins tu dah mula bergerak je arah Kampung Lollipop kau tahu tak? Aku pasti lepas ni mereka akan menyerang istana!" Khayrul memberi amaran. Aku blur.

Khayrul atau nama formalnya, Putera Khayrul. Yup, dia kawan aku. Dia ialah makhluk shape shifter. Boleh berubah bentuk apa sahaja. Apa sahaja.

"Weyh, hang dok berangan apa? Jomlah pi jumpa mak hang!" Desak Khayrul. Kemudian menarik aku yang masih blur ni naik ke tingkat atas; bilik mummy.

"Mummy, Pulau Gula - Gula kini diserang!" Suaraku kini sudah bergema dalam bilik mummy. Mummy terkejut mendengarnya sehinggakan dia terus berdiri. Makcik Rose juga terkejut. Dia menutup mulutnya menggunakan telapak tangannya.

Aku masuk bilik mummy bersama Khayrul.

"Macam mana ni, mummy? What to do?" Aku dah mula nak naik panik. Kelam - kabut. Khayrul yang melihat hanya menggeleng.

"Mari, kita ke bilik mesyuarat bawah tanah. Tempat tu mesti mereka belum tahu. Mari cepat!" Kata mummy dan terus keluar dari biliknya diikuti oleh kami dan mama Daiyan.

Tiba - tiba pintu utama istana diketuk kuat sehingga bunyi boleh didengari oleh kami. Itu pasti goblin.

Kami menuruni tangga dengan segera. 1.. 2.. 3.. 4 tingkat. Ke bawah. Setiap tingkat dilengkapi dengan pintu besi yang mempunyai banyak kunci dan mangga. Safety first!

Akhirnya kami tiba di tingkat paling bawah. Tempat paling selamat.

"Nanti, Daiyan dengna Emylea? Mereka masih di atas!" Jerit mama. Oh no! Aku... Argh, tak teringat langsung. Cantik betul perangai, kan?

Tanpa berfikir menggunakan otak aku yang berapa kerat je ni, aku terus keluar semula melalui pintu. Khayrul mengikutiku.

Sampai di tingkat atas, paras istana.

"Rul, aku nak mintak tolong kau ni. Kau masuk balik. Kunci semua pintu dan keep my family safe, please?" Rayuku. Khayrul hanya mengangguk dan terus turun tangga semula.

Aku pula? Aku terus ke menuju ke bilik dimana Daiyan dan Emylea berada.

Prang!

Tu, bukan bunyi kaca pecah ke? Ah, lupa pulak. Goblin - goblin dah masuk istana! Aku mesti berhati - hati. Demi Daiyan. Demi Emylea. Ceh, tiru ayat Hindustan pulak. Hahah.

{End Fayzal POV}

***

{Emylea POV}

Aku terjaga apabila ada seseorang atau sesuatu menepuk pipiku. Nak kata dia tepuk secara lembut, tak jugak. Lebih kepada dalam keadaan terdesak. Ada jugak yang makan penampar ni karang.

"Emylea, bangun! Bangun, Emylea! Kita dalam bahaya ni!" Bisik satu suara. Keras tetapi perlahan. Perlahan aku membuka mataku dan kemudian duduk. Pening kepalaku sudah berkurang sedikit. Siapa lagi kalau bukan Daiyan?

"Kenapa ni, Daiyan?" Aku terikut berbisik. Misteri betul sampai kena berbisik. Daiyan kelihatan panik.

Prang!

Aku terdengar bunyi kaca pecah dari luar bilik.

"Kenapa tu?" Soalku bingung. Tak faham keadaan sekarang.

"Syyyyy.." Daiyan meletakkan jari telunjuknya di bibikku. Hee, ni macam saja nak panggil hantu ke apa ni?

Daiyan memandang kiri. Kemudian kanan. Aku menepis tangannya. Dia nampak terkejut namun tak lama kemudian Daiyan tersengih. Mamat ni pelik betullah.

"Sorry." Ungkap Daiyan sepatah. Aku hanya memandangnya dengan jelingan maut. Daiyan seperti tadi, tersengih macam bubur basi.

"Kenapa ni? Ada apa kat luar tu?" Soalku lagi sekali, perlahan. Daiyan memandangku serius seseriusnya.

"Ada goblin kat luar tu." Kata Daiyan.

"Ooo, goblin." Kataku mendatar. Macam takde perasaan.

Sedang Daiyan sibuk menyekat pintu bilik supaya goblin tak boleh masuk, aku dok sibuk fikir. Fikir apa? Aku masih blur. Goblin..,? Aku bagaikan baru tersedar. Rasa macam nak pitam pun ada. Goblin? Dalam istana?

"Warghhh!" Aku menjerit. Pantas tangan Daiyan menekup mulutku. Berkerut muka Daiyan. Marah mungkin.

"Kau nak benda tu tahu kita kat sini ke?" Daiyan memberi amaran. Matanya merenung tajam bak pedang perang zaman Jepun menghunus tepat ke arahku. Ceh, hiperbola sangat.

Aku terdiam menikus. Haa, tahu takut. Ingat kau sorang je boleh jeling orang? Aku dah bercakap dengan otak sendiri. Tersengih seorang diri. Tadi kata Daiyan yang pelik, kau tu tak pelik ke Emylea?

"Macam mana nak keluar?" Aku menyoal Daiyan dengan berbisik. Takut kena marah. Sekali lagi Daiyan yang sedang sibuk mengintip melalui lubang kunci yang kecil, memandangku.

"Tu.." Mulutnya sengaja dimuncingkan menunjuk ke arah tingkap yang menghala ke belakang rumah di dalam bilik ni. Aku hanya mengangguk faham.

Baru sahaja kami hendak membuka tingkap, okay, bukan kami.. Daiyan, kami terdengar ketukan dari pintu. Aku terdiam.

Tok.. Tok.. Tok..

Pergh, seram doe! Macam mana ni? Aku dah kalut. Dah ke hulur ke hilir dalam bilik tu. Daiyan yang menengok pun pandang pelik.

"Kau dah kenapa?" Soal Daiyan. Sebelah keningnya diangkat.

"Ada orang ketuk tu. Kau tak dengar ke?" Kataku cemas. Daiyan nampak relax je. Dia ni macam takde perasaan je.

"Weyh, Daiyan! Ni akulah, Fayzal!" Kata suara yang berada di luar itu. Cas bunyinya. Aku pandang Daiyan. Daiyan pandang aku. Daiyan buat muka nak-buka-ke kat aku. Aku hanya jawab menggunakan bahu.

"Code please." Kata Daiyan. Code? Macam budak - budak. Hurm, takpelah.

"Jellybeans" jawab suara itu.

Daiyan nampak agak terkejut.

"Betul ke?" Soalku berbisik. Daiyan mengangguk.

"Bukti kau tu Fayzal?" Soal aku pula. Daiyan dah terduduk. Terkejut sangat ke?

"Hurm, kau Emylea. Kau bukan dari dunia ni. Daiyan kau pulak suka minum susu dalam botol susu sampai darjah 6" jawab suara dari luar itu lagi. Okey, betul kot tu Fayzal.

Aku pandang Daiyan dan memberi isyarat untuk membuka pintu. Daiyan hanya mengangguk.

Aku membuka kunci pintu perlahan. Tombol pintu berbentuk gula putih berbelang merah aku pulas secara slow motion.

Pintu dibuka. Wajah cemas Fayzal terpancul di luar. Betullah Fayzal!

Fayzal terus masuk ke dalam bilik tanpa di jemput. Kemudian dia menutup dan menguncinya. Kerusi diambil dan diletakkan pada pintu sebagai penghadang.

Daiyan dan aku hanya membantu Fayzal dengan melihat perlakuannya. Selesai buat apa yang patut, Fayzal duduk memandang kami; aku dan Daiyan yang sedang blur dengan perlakuannya.

"Kenapa lambat sangat nak bukak pintu tadi? Siap code bagai. Aku tengah cemas kat luar. Nasib baik goblin masih tak naik lagi kau tahu tak?" Marah Fayzal. Yalah, kalau aku kat tempat dia pun aku marah. Aku tersengih manakala Daiyan diam tidak beriaksi.

"Sorry." Ucapku. Masih tersengih. Saja nak buat show ubat gigi Darlie kat sini. Fayzal tak berkata apa lagi dah lepas tu.

"Mama dan mummy mana?" Soal Daiyan.

"Mereka selamat. Khayrul ada dengan diorang. Jangan risau." Terang Fayzal. Aku hanya mengangguk. Daiyan juga begitu.

"So, apa plan kita?" Soal Fayzal. Dah tak marah dah kot. Aku tersenyum kemudian memandang Daiyan. Fayzal terikut pandang sekali.

"Tak tahu." Jawab Daiyan sambil menjongkang - jongketkan bahunya sebaik aku dan Fayzal memandangnya.

"Tadi bukan kata keluar ikut tingkap ke?" Kataku hairan. Sejak bila Daiyan jadi lembab pulak ni? Baru je dia sebut tadi.

"Err, haa tulah." Kata Daiyan. Aku dah buat muka nak cari gaduh dengan Daiyan. Daiyan dah buat muka sepupu itik. Aku tergelak.

"Dah, dah. Nak buat scene Romeo and Juliet pun agak - agaklah. Salah timing kot. Sekarang ni nak hidup ke tak nak?" Kata Fayzal. Eleh, jeleslah tu. Aku tersengih lagi.

"Dah, jomlah. Tadi kata nak keluar ikut tingkap?" ajak Daiyan.

"Jom!" Aku dah teruja. Apa yang best pun aku tak tahu.

"Jom!" Kata Fayzal pula. Jom, jom, jom, jom, jom heboh - heboh. Hahah. Sampai ke besoklah dok nyebut jom, jom.

Aku menuju ke tingkap. Tingkap dibuka perlahan. Takut nanti ada yang perasan pulak kami nak lari. Kaki sebelahku sudah menjejaki tanah di luar istana. Nasib baik bilik tetamu ni berada di bawah. Kalau tidak, terjunlah kau!

Ah, aku dah keluar. Terus aku berlari dan menyorok di belakang semak. Aku memberi isyarat supaya Daiyan turut mengikuti rentakku. Kemudian giliran Fayzal pula.

Yes, we're out!

Kami menyelinap keluar dari istana melalui semak samun.

"Tunggu. Apa mereka buat tu?" Tegurku apabila ternampak beberapa goblin sedang mengikat beberapa orang. Nanti, tu..

"Mamalah!"

"Mummy!"

Masing - masing memanggil nama ibu mereka. Namun tak kuat kerana takut tertangkap.

"Macam mana boleh tertangkap?" Soal Daiyan. Aku memandangnya. Kasihan pula.

"Aku.. Aku.. Aku tak tahu!" Kata Fayzal. Sedih bunyinya.

"Nanti, tu bukan Khayrul ke?" Tegur Daiyan. Khayrul? Siapa tuh? Fayzal kelihatan terkejut. Haa, bukan tadi Fayzal kata mama dengan mummy dengan Khayrul ka?

Kami semua melihat Khayrul. Dia tidak terikat. Malah, Khayrul siap berbual serta berjabat tangan lagi dengan si goblin gemuk tu. Apa? Dia bersubahat dengan goblin ke?

"Apa kita nak buat ni?" Aku tanya.

"Semua ni salah kau!" Tuduh Daiyan melulu. Fayzal terkejut dituduh begitu. Bagi aku, diorang berdua ni sebenarnya mintak kaki dari hari tu lagi tahu tak?

"Aku? Kenapa aku pula?" Soal Fayzal. Merah sudah mukanya. Marahlah tu.

"Kau yang menyebabkan goblin tu dapat tangkap mama aku!" Okay, Daiyan pun sudah merah mukanya.

"Kau nak tuduh aku apehal? Apa kau ingat mama kau je ke yang kena tangkap, hah?" Marah Fayzal pula.

Aku memicit dahi. Pening terasa kepala. Ditambah secukup rasa dengan perbalahan mamat 2 ekor ni. Bertambah pening aku jadinya. Tak tahulah. Sejak dua menjak ni aku asyik pening je. Tak tahu kenapa.

Aku duduk berjauhan sedikit dari mamat 2 orang tu. Tak tahan nak dengar mereka berdua bergaduh.

Aku baru teringat! Mama! Bukan mama Daiyan tapi mama aku. Mama... Dalam bahaya ke? Setiap kali aku dapat mimpi tu, mesti mama dalam bahaya. Tapi aku tak tahu cara untuk selamatkan mama.

Sedang aku duduk berfikir tentang mamaku, tiba - tiba aku terbau sesuatu. Hurm, bau.. Coklat. Aku mula terasa mengantuk. Perlahan kelopak mataku tertutup tanpa dapat ku tahan. Akhirnya aku tak sedar lagi.

{End Emylea POV }

//ToBeContinue\

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience