Teksi memarkir dihadapan rumah Nediya. Setelah selesai dia membayar tambang, dia terus meluru masuk ke dalam rumahnya. Emaknya yang duduk menjahit di ruang tamu tidak diendahkannya. Cepat-cepat dia ingin masuk ke dalam biliknya.
Emaknya yang terperasan akan tingkah laku Nediya itu terus memanggilnya dengan suara lembut.
"Dhia,.. dhia"
Nediya yang baru sahaja ingin membaringkan badannya di atas katil bingkas menutupi telinganya. Dalam hati dia berkata " Ish, serabut la dia ni. Suka sangat ganggu time aku nak rehat."
Sekali lagi Mak cik Khadijah memanggil Nediya. Dia bukan berniat untuk membincangkan masalah yang diceritakan Laila itu sekarang tetapi sekadar ingin berborak dengan anaknya itu. Dia tahu Nediya akan tidak suka jika dia mencampuri urusan Nediya tambah-tambah lagi menasihatinya atau mengatur hidupnya. Tidak lama selepas itu, Nediya keluar dari biliknya dan terus ke ruang tamu.
"Ye mak. Nak apa? Kalau dulu-dulu Dhia ikut je semua yang mak suruh, tapi sekarang ni Dhia dah penat. Boleh tak bagi ruang orang nak rehat." kata Nediya dalam nada yang agak tinggi. Mak cik Khadijah terkesima tetapi cuba mengawal perasaannya.
"Macam mana hari ni? Kerja kamu okay?" Mak cik Khadijah bertanya. Nediya menarik mukanya sambil berkata "Okay. Memangnya kenapa? Mula ada hati nak minta gaji Dhia? Sorry ye mak, bulan ni Dhia tak boleh bagi mak duit." ujar Nediya sinis.
"Mak tak minta duit Dhia pun. Lagipun, duit bantuan mak baru masuk bulan ni. Mak hanya tanya. Takut-takut anak mak ada masalah ke?" Mak cik Khadijah berkata perlahan lantas disampuk oleh Nediya.
"Sejak bila mak mula banyak tanya ni. Rimas la. Kalau ada masalah pun, apa mak boleh buat? Mak sedar sikit yang mak tu dah tua dan tak boleh nak buat apa-apa". kata Nediya. Mak cik Khadijah terasa dengan kata-kata anak daranya itu tetapi cepat-cepat dia membuang rasa kecil hatinya itu. Sekecil mana pun hatinya mendengar kata-kata Nediya, dia cepat-cepat mengampuni anaknya itu kerana tidak mahu ia menjadi penyebab hidup anak tunggalnya itu tidak tenang.
"Oh, lagi satu mak. Tak lama lagi Dhia akan berkahwin. Oleh sebab itu, Dhia akan tinggalkan rumah ni. Ha, memang itu pun impian Dhia. Lepas ni kalau mak sunyi mak boleh la daftar rumah orang tua ye. Bukan apa mak, sebab lepasni mungkin Dhia sibuk untuk lawat mak. Kalau nak bawa mak sekali, nanti apa pula kata bakal suami Dhia. Tak larat nak membela orang nanti." Kata-kata Nediya kali ini betul-betul merobek hati orang tua naif itu. Air mata sudah pun menitis di pipinya. Mak cik Khadijah cepat-cepat menggosok biji matanya seraya berkata ;
"Mak tak pernah berniat nak tumpang kesenangan anak mak ni. Mak tak kisah tinggal dalam rumah ni seorang diri. Biarlah mak bersusah dekat sini asalkan anak mak bahagia dalam hidupnya. Cuma mak nak minta satu sahaja, tolonglah jangan pilih suami orang sebagai suami kamu."
"Wow, dah tua macam ni pun pandai perli orang. Kejap, dari mana mak tahu dia suami orang?" Nediya terkejut dengan kata-kata emaknya itu tadi.
"Ingat pesan mak, jangan pernah sesekali kamu jalinkan hubungan dengan suami orang, nak. Mak sayang kamu. Mak tak nak anak mak berdiri di atas penderitaan orang lain." kata Mak cik Khadijah.
Nediya pelik dengan kata-kata emaknya. Seolah-olah emak dia sudah mengetahui yang Khalif itu adalah suami orang. Nediya terus masuk ke biliknya semula dan berfikir tentang kata-kata emaknya itu.
Share this novel