Aku sedar apabila sudah berada di hospital.
Perlahan mataku di buka,aku lihat sekeliling di tanganku wayar yang berselirat.
"Raisya dah sedar?"mataku buka Perlahan namun mulut ku berat untuk berkata kata.
Wajah insan di depanku aku renung lama,airmataku mula bergenang di kelopak mataku.
Aku pejam dan menarik nafas terasa sebak di dada,aku mencari sekeliling kiri dan kanan kelibat ayah dan ibu tidak kelihatan.
"makcik...ayah...ibu..."aku bicara lemah.
"Raisya rehat ya...badan masih lemah lagi ni"Puan Sofia membaringkan kembali badanku yang tadi aku cuba bangun.
"dah berapa hari kau tak makan?"suara garau Rayyan menyapa dan mengejutkan aku.
Jantungku mula berdegup kencang.
Rayyan yang berpakaian lengkap berwarna putih sedang memeriksa nadi di tanganku.
"dua hari"jawabku gugup.
"Ya Allah Raisya...sampai macam tu sekali diorang hukum "Puan Sofia agak terkejut.
"tu dahi...nasib tak kering darah.."Rayyan memandang ku dengan wajah yang agak sinis.
"Raisya yang salah makcik..memang patut Raisya dihukum"aku tertunduk memandang cadar putih yang membalut tubuhku.
"Allah yang berhak menghukum makhluknya...setiap yang berlaku ada hikmahnya Raisya"Puan Sofia mengenggam tanganku.
Aku sendiri tidak mengerti kenapa Puan Sofia tidak menyalahkan aku seperti ibu dan ayah,kenapa sejak semalam dia sentiasa ada dengan aku.
"memang patut pun mama dia kena hukum"sinis Rayyan.
"Rayyan...kesalahan kena juga letak pada kau..yang kau mabuk tu kenapa..mama belum beres lagi dengan kau Rayyan"Puan Sofia memarahi Rayyan.
"mama nak salahkan Rayyan sedangkan Rayyan tak ingatkan apa apa pun"Keadaan semakin tegang.
"tolonglah jangan gaduh...cukuplah sakit yang Raisya rasa ini makcik..Raisya akan pergi dan tak akan ganggu keluarga Rayyan lagi dan Raisya akan minta ditukarkan jauh dari sini"aku terus mencabut wayar iv yang berada di tanganku.
"Raisya..apa ni.."darah ditangan ku mula mengalir keluar.
Puan Sofia agak cemas bila melihat aku mula ingin turun dari katil.
"Rayyan kenapa kau tercegat kat situ..tolong tahan Raisya!!jerit Puan Sofia bila lihat aku hampir terjatuh.
"lepaskan Raisya..Raisya hina..Raisya perempuan kotor..jijik...lepaskan Raisya ,Rayyan..Raisya minta maaf sebab hancurkan kebahagiaan Rayyan dengan Rina"Rayyan memeluk erat pinggang ku agar aku tidak terjatuh ke lantai.
Riak wajah Rayyan juga kelihatan kerisauan.
"kau jangan jadi bodoh..badan kau perlu rehat..."terus aku diangkat kembali ke katil.
"biarkan Raisya pergi Rayyan..."aku semakin lemah apabila Rayyan menyuntik ku dengan ubat pelali.
Rayyan juga melihat sayu sekujur tubuh Raisya yang kembali tidak sedarkan diri.
Rasa bersalah di dalam hatinya mula menguasai benak fikirannya.
Walaupun Raisya telah menghancurkan kebahagiaan dia dan Rina,dari sudut lain kini Raisya adalah pesakitnya yang perlukan rawatan.
"mama balik dulu,ingat Rayyan dengan apa yang terjadi ini kau harus bertanggung jawab...sekarang keluarganya telah buang dia,jadi mama tak nak kau sia sia kan hidup dia kini"ujar Puan Sofia melangkah keluar.
"tapi mama..."
"kita bincang lepas Raisya keluar hospital...sekarang ni mama nak kau jaga dia baik baik..sebab itu adalah tugas kau sebagai seorang doktor,Raisya tidak terkecuali"Puan Sofia terus melangkah pergi tanpa menunggu jawapan dari anaknya.
Rayyan terpaksa berdiam diri ketika ini kerana malas untuk melawan kata kata mamanya.
Dia tahu segalanya perlu dia patuh .
Sekilas dia memandang wajah pucat di depannya.
Kebencian pada Raisya sebelum ini membuak buak sehingga tidak dapat menatap wajah gadis di depannya.
Tapi bila saat ini Raisya lemah dan terbujur kaku terdetik rasa kasihan di hatinya.
"nurse nanti kalau pesakit ni sedar awak inform pada saya"pesannya pada jururawat yang batu masuk ke bilik itu.
"baik doktor Rayyan"
Rayyan terus pergi meninggalkan bilik Raisya.
"cantik pesakit ini...ada hubungan ker dengan Doktor Rayyan"ujar salah seorang jururawat yang bertugas pada rakannya.
"kan..sakit macam ni pun cantik...ni kut tunang Doktor Rayyan...tu pasal dia duduk bilik vip"jawab rakannya.
"Doktor Rayyan dah tunang ker?"
"ya...memang secocok lah kan..sama cantik sama padan"mereka ketawa bersama.
.........
..........
"Rina tak akan kahwin dengan Rayyan ayah..rasa sayang Rina pada dia dah semakin pudar"bicara Rina pada ayahnya.
Encik Aziz memandang tepat pada anaknya Rina.
"terpulanglah pada kau Rina,ayah tak nak paksa ,lagi pun ayah pun rasa tawar hati nak terima Rayyan bila tahu dia mabuk"
"betul tu Rina,ibu pun terkejut bila Puan Sofia kata Rayyan mabuk,tak sangka Rayyan yang nampak baik tu selalu ke kelab malam..entah apa lagi yang dia buat kat sana"tambah Puan Zie.
"kau tahu ker Rina tabiat buruk Rayyan selama ini?"soal ayahnya membuat Rima terkedu untuk berkata.
Macam mana harus dia utarakan bahawa dia dan Rayyan sama sahaja perangai suka ke kelab malam dan suka minum .
"tak tahu ayah..."bohongnya.
Padahal dia tahu segalanya tentang Rayyan yang suka mabuk dan lepak di kelab malam selepas waktu kerja.
Perkara yang terjadi jua adalah sebab dia,pergaduhan antara Rayyan dan Amar juga sebab dia.
Dia juga turut hanyut di sana,mereka juga selalu ke sana sebelum ini tanpa pengetahuan kedua orang tua mereka.
"baik kau biarkan lah Rayyan tu,ibu pun tak sanggup lagi dia jadi menantu ibu..doktor apa macam tu kalau diri sendiri tak terurus"bebel Puan Zie.
Rina mengeluh sendiri,kalau lah ibu dan ayahnya tahu dia juga kaki kelab malam mati dia kena kerjakan.
Rahsia dia hanya Raisya dan Rayyan yang tahu.
Dia akui Raisya yang banyak membantunya selama ini.
Tapi kini hatinya terlalu sakit untuk terima Raisya ataupun Rayyan insan yang dia cintai walaupun dia sudah mula tawar hati dengan Rayyan.
.........
.........
Aku tersedar kembali dan suasana hening di sekelilingku.
Perlahan mataku dibuka,kelihatan seorang jururawat baru masuk ke bilik aku.
"cik Raisya dah sedar..kejap saya panggilkan doktor"
"sis...kejap....Doktor Rayyan masih bertugas ker?"tanya ku dengan suara lemah.
"tadi dia ada lagi...sebab cik Raisya memang bawah pemantauannya"jawab jururawat itu.
Aku hanya mengangguk lemah.
Kepala aku kembali berdenyut.
"Aku harus pergi dari sini..aku tak nak susahkan sesiapa pun"aku terus bangun perlahan tetapi belum sempat kaki ku sampai di lantai terdengar deheman suara garau lelaki mematikan langkahku.
"nak lari lagi ker?"sinis pertanyaan Doktor di depanku.
Aku tersentak dan kembali mengangkat kaki kembali ke atas tilam.
Aku mula menelan liur ku yang semakin kering.
"Raisya nak balik...esok kena mengajar"ujarku tanpa memandang ke arahnya
"nurse bawa makanan pada pesakit ni..saya tak nak dia mati kering kat sini"ujar lelaki bersut putih di depanku.
Jururawat yang bertugas itu agak terkejut bila terima arahan dari doktor tersebut,ya Doktor Rayyan yang terkenal dengan kekacakan namun tegas dalam tugasnya sebagai seorang doktor.
"tak apa kalau Raisya mati pun..tak ada siapa pun yang pedulikan pun"aku membalas sinis.
"kau pesakit aku sekarang,jadi menjadi tanggung jawab untuk aku jaga kau sampai sembuh"ujarnya sambil melihat rekod perubatan di depanku.
"tanggungjawab...apa yang berlaku malam tu kau tak nak pula bertanggung jawab"getus hatinya.
"aku tahu mesti kau duk kutuk aku sekarang ni kan?"
Aku tersentak macam mana dia boleh baca fikiranku.
Dia tergelak kecil bila lihat muka cuak ku.
"assalamualaikum.."terpancul muka Puan Sofia dan Tuan Iskandar .
"waalaikumussalam"serentak kami menjawab.
Terukir senyuman lebar di wajah orang tua Rayyan.
"ni mama ada bawakan makanan untuk Raisya"
"Rayyan dah suruh tadi nurse bawakan dia makanan...Rayyan tak nak dia mati kelaparan"
terusan Rayyan memerliku.
Aku hanya terdiam memandang Puan Sofia yang mengambil tempat di sebelahku.
"Rayyan ...kau tu doktor..walaupun kau benci dia..tapi kau juga kena ingat dia juga kawan kau sebelum ni dan sekarang ni dia adalah pesakit kau"Puan Sofia terus membuka tudung bekas yang berisi bubur nasi.
"makan sikit bagi ada tenaga,usah fikir perkara semalam lagi"Puan Sofia menjeling ke arah Rayyan .
"biar Raisya makan sendiri"bekas makanan di tangan Puan Sofia aku capai perlahan tetapi tanganku tidak mampu untuk memegang pun bekas tersebut kerana aku kehilangan banyak tenaga.
"biar makcik suap"Puan Sofia terus menyuapkan sesudu bubur nasi itu dan disuapkan ke mulut ku
Airmata di kelopak mataku mula bergenang apabila melihat wajah Puan Sofia yang sedang menyuapku.
"Raisya kenapa nangis ni...tak sedap ker?"tanya Puan Sofia.
"sedap..Raisya cuma teringatkan ibu.."aku terus menangis .
"Raisya kena sabar ini adalah ujian buat Raisya..."Puan Sofia terus memeluk ku.
Aku sendiri tidak faham kenapa Puan Sofia terlalu baik padaku,sedangkan kebahagiaan anaknya sudah hancur di sebabkan aku.
Rayyan dan Tuan Iskandar seolah tergamam melihat kami berpelukan .
"mama Rayyan keluar dulu..nak melawat patient yang lain..."
"iyalah..tapi ingat Rayyan balik kerja nanti singgah rumah mama,kami nak bincang tentang hal korang berdua"pesan Puan Sofia pada Rayyan.
Rayyan sekilas memandangku dan terus berlalu keluar tanpa memberi jawapan pada mamanya.
"makcik..Raisya nak minta maaf pada makcik,pada pakcik sebab telah hancurkan kebahagiaan Rayyan dan Rina...Raisya jahat kan makcik..."ujar ku sebak.
"Raisya jangan terus salahkan diri sendiri,pakcik tahu Rayyan juga salah dalam hal ini..pakcik tahu yang Rayyan juga salah sebab masa tu dia berada dalam keadaan tidak stabil emosinya,macam hal boleh berlaku"balas Tuan Iskandar.
"tapi pakcik..Raisya dah timbulkan kebencian dalam hati Rayyan terhadap Raisya..Raisya takut..."aku semakin sebak bila mengenangkan nasib diri .
Aku kini bertarung sendiri demi nasib yang bakal aku tempuhi nanti.
"Raisya rehat ,hal ini biar pakcik dan makcik yang uruskan,kami balik dulu nanti petang kami datang lagi"
Aku hanya mengangguk lemah,memandang sayu saat mereka berdua melangkah meninggalkan bilik ini.
Tinggal aku sendiri menatap putih siling di atas ku.
Sayu dan sebak kerana saat aku sakit aku sendirian,kalau dulu ibu selalu berada di sampingku.
Aku terus menangis meratap sendiri dan aku mengesat airmataku apabila seorang jururawat masuk .
"cik Raisya ok ker?"tanyanya ramah.
"ok...cuma sakit kepala..kak...bila saya boleh keluar?"tanya ku.
"yang tu kena tanya doktor dulu,kalau cik Raisya betul betul sihat baru boleh keluar"jawabnya.
Aku mengeluh sendiri.
Share this novel