SCENE 37 (ENDING)

Drama Completed 7675

Teksi sampai di perkarangan rumah Mak cik Khadijah tengah hari itu. Nediya terus mengetuk pintu rumahnya. Baby Qiesha kembali nyenyak dalam pelukan Nediya itu. Tidak lama selepas itu, Mak cik Khadijah membuka pintu rumahnya. "Eh, Dhia. Masuk ke dalam rumah dulu." kata Mak cik Khadijah. Dia teruja anak dan cucunya itu datang melawat dia. Dia amat merindui kedua mereka itu.

Setelah Nediya memasuki ke dalam rumah, Mak cik Khadijah meminta untuk mendukung baby Qiesha yang sedang nyenyak tidur itu daripada Nediya. Dia kemudiannya mendodoikan cucunya yang comel itu. Mak cik Khadijah terperasan akan raut wajah Nediya yang suram itu. Dia pun menegur anaknya itu. "Dhia okay ke? Mak tengok dari tadi lagi Dhia hanya diamkan diri. Dhia ada masalah ke?" tanya emaknya itu.

Nediya dengan nada perlahan menjawab persoalan emaknya itu. "Mak, Abang Faris sudah kahwin baru." Mak cik Khadijah yang tadinya mendodoikan baby Qiesha tersentak mendengar kenyataan Nediya itu. Dia beristigfar panjang sambil mengurut belakang badan Nediya yang sudah pun menitiskan air matanya.

"Kahwin dengan siapa? Macam mana benda ni boleh terjadi, nak?" soal Mak cik Khadijah. Dia masih lagi terkejut mendengar ucapan Nediya sebentar tadi. Nediya menarik nafas perlahan-lahan sebelum menyambung semula kata-katanya.

"Dia sudah pun berkahwin dengan seorang wanita bernama Letizia. Baru je, mak. Dhia tak kuat hidup bermadu, mak. Dhia tidak sanggup berkongsi kasih Abang Faris. Macam mana kalau dia tidak berlaku adil terhadap Dhia dan baby Qiesha?!" ujar Nediya sambil mengesat air matanya. Matanya sudah ketara kelihatan begitu bengkak. Masakan tidak, hanya tangisan air mata sahaja yang menemani dia selepas perkara ini sampai ke pengetahuannya.

Mak cik Khadijah menarik nafas yang panjang seraya berkata. "Nak, mungkin itu takdir suratan hidup kamu. Mak faham bagaimana perasaan apabila isteri terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain. Tapi kamu harus belajar menerima dan reda. Mak yakin Faris tidak akan melepaskan tanggungjawabnya terhadap kamu dan Qiesha. Walaubagaimana pun dia masih lagi seorang suami dan ayah kepada kamu dan anaknya ini." kata Mak cik Khadijah. Nediya sudah teresak-esak menangis walaupun sudah ditenangkan oleh emaknya.

Nediya diam tidak bersuara sambil menangis. Mak cik Khadijah menyambung lagi. "Mak faham betapa peritnya hidup bermadu. Tapi, Dhia kena yakin suatu hari nanti semuanya pasti akan baik-baik sahaja. Mak yakin, Dhia akan dapat menerima hidup Dhia yang baru ni bersama anak dan suami Dhia." kata Mak cik Khadijah lagi.

Nediya terfikir semula kata-kata emaknya itu. Dia kemudiannya bersuara. "Memang betul yang Laila cakap tu. Ni karma buat Dhia. Dhia akan cuba menerima karma ini. Kalaulah ini sudah takdir buat Dhia, maka Dhia terpaksa terima dan reda. Dhia hanya nak Abang Faris tidak mengabaikan Qiesha sebagai anaknya." kata Nediya. Tangisannya beransur reda. Dia tiba-tiba kuat selepas mendengar kata-kata emaknya tadi. Sekilas dia memandang anaknya, Qiesha lalu berkata di dalam hati. "Ya, aku perlu reda dengan semua ini. Aku perlu kuat demi anakku, Qiesha."

Nediya merasakan satu semangat dan dorongan yang kuat hadir meresap ke dalam jiwanya. Dia tidak boleh mengalah dalam ketentuan hidupnya. Dia perlu terima andai itu fasa selanjut hidupnya itu. Dia mengesat air matanya sambil memeluk emak dan anaknya itu dengan seeratnya.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience