"Kau kenapa Yati?". Aku memulakan bicara setelah dari semalam Yati menyendiri, menurut kata Hanim sebaik aku sampai tadi. Selalunya Yati banyak mulut, ada saja cerita yang hendak disampaikan.
Aku baru dihantar pulang oleh Arif selepas bersarapan pagi di restoran nasi lemak tak jauh dari balai polis. Arif membeli nasi lemak di situ dan memberi kepada semua anggota polis di balai yang bertugas sebagai tanda terima kasih.
Cerita Arif padaku rupanya semalam, aku meracau dek terkejut dengan ketukan di cermin tingkap. Padahal ianya cuma anggota polis yang ingin memberitahu bahawa kami dibenar meletakkan kereta di perkarangan balai. Melihat aku begitu, seorang anggota lain yang agak berpengetahuan tentang pengubatan Islam datang merawat aku. Alhamdullillah, aku sembuh.
Menurut orang yang mengubat, makhluk itu tertarik padaku kerana berjalan seorang diri sambil menyanyi dan bersiulan. Nasib baik bertemu dengan orang yang arif tentang hal begini, jika tidak mau jugak minachi tu ikut saja ke mana aku pergi. Anggota polis tersebut memberi sebotol air mineral untuk aku minum dan mandi serta sebotol minyak kecil untuk dicalitkan pada setiap sendi tubuhku.
Aku membuka jaket berhoodie yang kemudian kucampak ke dalam bakul pakaian kotor di belakang pintu. Tinggal singlet hitam tersarung di tubuhku. Yati menggelengkan kepala walaupun tetap tak beralih kedudukan badan. Muka pun masih mengadap dinding beku warna putih tu sambil memeluk bantal.
"Apa Ahmad dah buat kat kau?", tanyaku melabuhkan punggung di katil, bersila memandang belakang Yati. Katil kami bertentangan.
"Dia...". Suara Yati hiba, masih terdengar sok sek akibat hidung tersumbat.
"Dia apa?", tanyaku. Aku memang hangin bila orang cakap separuh separuh ni. Ibarat tengok drama thiller, tiba tiba ada iklan.
Yati memusingkan badan, air mata mengalir di sudut mata. Lingkaran hitam kelihatan jelas. Dah la hidung tu bulat, kini jadi merah.
"Dia kata nak break. Dia penat in relationship".
Aku ketawa kecil dan menggelengkan kepala. Yati mengetap bibir menahan marah kerana aku ketawa. Mungkin dia fikir aku mentertawakan dia.
"Alasan!". Hanya itu yang aku mampu katakan.
"Haa.. aku rasa pun macam tu. Sejak tamat intern hari tu, dia lain sangat. Aku rasa dia ada jumpa awek baru masa intern tu", ujar Yati sayu. Mengesat air mata dengan selimutnya. Pasti sekotak tisu aku dah habis dikerjakan sebab dah tak nampak pun atas meja tulis aku.
"Tapi Yati, mungkin betul kot penat. Lepas intern kan kita kalut buat report, submission. Lagipun Ahmad pun tak balik cuti semester baru ni kan. Aku selalu nampak dia pagi pagi. Dia kerja?".
Yati mengangguk. Aku tau tapi aku sengaja bertanya. Aku tak mahu mereka tahu yang aku pun sama macam Ahmad, kerja di kedai penjagaan haiwan. Lagipun, perempuan ni jangan ada orang lain lebih tahu tentang apa buah hati dia buat, boleh jadi musuh ketat. Macam macam tafsiran akan muncul di fikiran.
"Kau chill chill je Yati. Dalam perhubungan memang ada ups and downs. Mana ada rasa cinta sentiasa bersemi. Ada masanya pokok pun layu jugak kan", ujarku menenangkan Yati.
"Kami manusia bukan pokok", pantas Yati membalas. Eh minah ni, loyar buruk pula. Dah la kau habiskan tisu aku. Baru beli tau.
"Kau ni. Mungkin Ahmad ada masalah. Bagi dia masa. Korang pun dah macam belangkas kan. Nanti nanti mesti dia cari kau, tengok la. Kejap je tu", kataku cuba menerangkan keadaan kelam dan kelabu dalam fikiran Yati.
"Aku harap apa yang kau cakap tu betul. Aku risau sangat kalau memang itu yang dia maksudkan. Dia akan tinggalkan aku betul betul. Boyfriend aku, dia sorang je. Hari tu aku baru sebut pasal kawin lepas final ni, dia melenting. Terus minta break", luah Yati perlahan. Selama ini aku tak pernah ambil tahu hal cinta kawan kawan aku. Tapi aku kenal la pasangan mereka.
"Kau pun nak ikut macam Seth? Kawin lepas final exam?", keluhku sambil menggelengkan kepala.
"Aku ada sebab", ujar Yati seakan berbisik bila aku menunjukkan riak muka bosan.
"Dah selalu ke korang bincang pasal kawin?", soalku. Walaupun sebenarnya aku serabut, asal bercinta je nak kawin. Sama macam Seth. Come on, korang ni takde matlamat lain ke?
"Ada jugak. Sejak...". Yati membiarkan ayat terhenti di situ. Dia tunduk menggigit bibir.
Aku baring, tak mau tanya apa apa lagi.
"Mungkin dia belum bersedia. Tunggu je la, dalam seminggu dua ni. Mesti dia cari kau semula. Aku nak tidur kejap. Sakit kepala ni", ujarku menutup mata. Aku perlu tidur.
"Nura...", panggil Yati dengan nada sayu.
"Mmmmm", balasku dengan mata terpejam.
"Camni ye kau rasa hari tu masa jumpa Seth dengan Naza?", soal Yati. Aku diam tak bersuara sebab baru nak terlayang. Roh baru nak keluar tiba tiba masuk semula bila terdengar nama Seth.
"Sakit sangat aku rasa sekarang ni tau. Aku tak dapat tidur dari semalam. Nak makan apa pun tak lalu. Buka buku pun tak ada apa yang boleh masuk. Aku nampak huruf tu bergerak tau. Aku risau la, final tak lama dah", luah Yati tersedu sedan perlahan.
Aku rasa terhibur pula bila membayangkan kata kata Yati - huruf bergerak gerak macam kartun. Terasa jahat pula aku, bukannya nak sedih bersama sama.
"Aku telefon Ahmad,Ā dia tak jawab. Aku call housemate dia, diorang kata dia takde kat rumah. Aku call adik dia, dorang kata dah lama dia tak balik. Aku risau la dia ada orang lain", tambah Yati menceritakan isi hatinya.
"Kau yakin dia ada orang lain?", soalku dengan mata tertutup. Lengan kanan kuletak melintang di bahagian mata.
"Beza sangat Nura. Aku ajak jumpa, dia tak nak. Kena merajuk, paksa baru la dapat jumpa. Tu pun kejap sangat. Mesej aku pun dia jarang reply dah", jawab Yati sedih.
"Dah kalau kau rasa dia ada orang lain. Kau cari la orang lain pula", cadangku yang tak berapa munasabah. Ye la, aku nak tidur dia ajak sembang pula. Kepala dah berdenyut denyut. Kepantangan aku menelan ubat untuk melegakan kesakitan.
"Kau ni... aku tak nak orang lain. Aku nak dia juga". Yati merengek. Aku sepertinya, derrrr...
"Ramai lelaki lain, Yati. Tak berbaloi pun nak stress pasal Ahmad", jawabku bosan. Tak faham la dengan cinta cinta ni. Aku yang crush je pun sakit nak mati. Korang gatal gatal main cinta.. memang mendapat la.
"Kau ni... tak faham", kata Yati seolah geram dengan balasanku.
"Apa bagusnya Ahmad ni?", tanyaku dalam keadaan separa sedar.
"Dia selalu be there untuk aku, 24 - 7. Kau tau la parents aku jauh. Aku nak balik rumah abang kakak ipar pun diorang bukannya ada rumah. Sibuk dengan hal sendiri. Sibuk anak anak lagi. Aku malas la nak ganggu".
"So? Apa guna ada kitorang?", balasku disambut dengan keluhan. Tau la aku ni takde fungsi pun dalam hidup dia. Sekadar teman tidur, tu pun katil lain lain.
"Baru ni parents aku kata nak kena transfer ke Gabon 2 tahun", beritahu Yati.
"Gabon? Afrika?", buntang mataku. Mak aihh, takde tempat lain?
"Ya.. situlah. Jauh kan?", tutur Yati satu persatu.
"Best la kau boleh berjalan jauh. Dapat jamu mata tengok mat Afrika"Ā selorohku. Yati menarik muka masam.
"Abang aku pula nak kena transfer ke Kuching", kata Yati lagi.
"Jadi maknanya yang paling dekat sekarang ni adik kau yang kat KUiTTHO tu?", tanyaku. Batu Pahat bukannya dekat dengan kami. Kena ambil dua bas dari tempat kami. Makan jam juga nak sampai.
"Haah, tu aku ajak Ahmad kawin. Aku nak ada orang jaga aku, aku dah cakap dengan parents aku, diorang setuju. Ahmad ni aje yang masalahnya sekarang", luah Yati apa yang terbuku di hati.
"Ok ok. Faham dah kenapa kau nak kawin sangat. Aku doakan impian kau terlaksana. Sabar k. Benda baik memang banyak dugaan. Dah, aku nak tidur".
"Kau ni Nura...", rajuk Yati. Bukan aku tak nak layan, aku dah tak mampu nak berjaga.
"Macam ni la Yati, apa kata kau ajak parents kau pergi meminang Ahmad. Cakap perkara sebenar pada ibubapa Ahmad. Kau kan dah kenal keluarga Ahmad. Insya Allah, semuanya lancar".
*****
"Nura!". Bahu aku ditepuk.
"Oiiiii... kau Nura". Terjatuh rokok aku ke tanah, ada separuh lagi. Apa yang aku fikir tadi dah hilang terus. Aku berpusing 180° mencari siapakah yang durjana itu.
Joyah!
DiaĀ mengisyaratkan mahu sebatang rokok. Berkerut dahi aku kerana aneh tapi aku hulur juga. Dua batang aku rugi. Bukan murah tau harga sebatang rokok untuk student macam aku ni.
Macam mana tah Si Joyah ni tau port aku. Diam diam dia buat kerja perisikan rupanya. Aku berikan pemetik api kepadanya selepas aku nyalakan rokok aku. Aku perhatikan tingkahnya dari hujung mata.
Ahahahaha.. kekok.
Aku tolong dia nyalakan. Ditarik satu, pendek. Joy tersenyum. Kali kedua disedut, Joy terus batuk. Terus diberi semula padaku rokok yang dah terbakar. Gila apa aku nak hisap dua batang sekaligus. Belakang Joyah aku tepuk. Berair matanya.
"Pehal tetiba nak smoke?", tanyaku sambil menenyeh rokok yang Joy cuba tadi ke batas dinding separas pinggang aku. Rugi singgit lebih.
"Takde apa. Saja. Aku nak cuba, tengok kau hisap ok je", jawab Joy terbatuk batuk. Sama macam aku mula mula mencuba dulu.
"Tipu! Nak cuba konon. Kau cakap betul betul", balasku merenung dia tajam.
"Aku dapat gambar Aedy dengan perempuan lain. Aku call dia masuk voicemail", luah Joy cuba melarikan pandangan matanya. Dia merapatkan diri ke dinding balkoni dan menjenguk ke bawah.
"Mana gambar?", pintaku.
Joy memberikan aku telefonnya setelah membuka galeri.
"Ala Joy. Aedy kan dah kerja. Mungkin ni kawan office atau client dia", sangkalku bila melihat gambar yang Joy tunjukkan. Ya, Aedy duduk bersebelahan dengan seorang wanita kacukan yang kelihatan menawan dan bergaya bukan seperti kami.
Perempuan dengan fikiran negatif memang berpisah tiada. Tu sebab bila Seth asyik berdua dgn Naza, orang lain dah beri tafsiran negatif tapi aku positif sangat, nampak semua itu normal. Husnuzon. Aku anggap mereka bersahabat. Eh.. no. Seth dan Naza tu are meant together. Seth tak pernah perasan pun aku ada crush kat dia. Aku je yang terhegeh hegeh.
"Aku tak suka la. Keluar berdua duaan cam tu. Aku ni girlfriend dia. Cuba kalau aku keluar dengan lelaki lain, boleh ke dia terima?", luah Joy kegeraman.
"Hei Joyah, nama lagi media sosial. Ni kan gambar kat akaun perempuan tu. Kau scrol tak account bitch ni?", soalku menikmati kehijauan dari rooftop flat.
Joy geleng.
"Dia memang banyak gambar outing lagi daring la. Bukan dengan Aedy je. Ramai lelaki lain. Lagi hot dari gambar dengan Aedy", ujarku sambil jari laju menyentuh skrin telefon Joy. Joy memandang aku, tersenyum kelegaan.
"Kau ni Joy, overreact. Cuba bawa bertenang dulu. Ni dah maki Aedy ke belum?"
Joy menggeleng, tersenyum. Suka la tu, buah hati tak pasang lain.
"Kau dah lama smoke?", tanya Joy mengambil rokok yang aku sedut, ada sedikit lagi dan mencuba.
Aku mengangguk.
"Mana tau aku kat sini Joy?"
"Aku naik sini sebab nak release stress. Tak sangka nampak kau pula", ujarnya tersengih. Matanya merah menahan batuk.
"Aku ingatkan kau nak terjun dari sini". Aku berseloroh dan mendapat tepukan kuat di paha gebu. Bergetar rasanya muscle di situ.
"Aku ada keluarga la. Aku ingat nak jerit je. Nak maki dia kat sini", kata Joy sedikit ceria mempamerkan gigi yang tersusun rapi.
"Maki je depan muka dia. Hahahaha", usikku.
"Kau dari mana Nura? Dari tengah hariĀ tak de kat bilik. Library? Kelas dah habis kan?", soal Joy ingin tahu. Joy ni perhati pula bila masa aku ada dan hilang di rumah. Ingatkan sibuk bercinta je.
Aku nak jawab tapi telefon Joy menjerit jerit lagu Joy oren, mangga dan jambu batu.
Senyum manis terukir di bibir Joy apabila aku mengangkat kening bertanya siapa.
Hanya dengan gerakan bibir aku bisa baca, "Aedy".
Haihhh... kalut sungguh la hidup bila ada lelaki. Macam nak terbalik dunia.
Melihat gaya Joy menjawab panggilan dan berbual seolah dia bahagia. Aku? Siapa yang aku ada? Nak call Arif lepas tu manja manja macam Joy buat sekarang?
Ohhh... tidak, setelah aku terperasan pipinya lebam akibat ditumbuk aku tanpa sedar saat meracau tempoh hari.
Share this novel
kuittho tuu..dah berapa tahun la author simpan story ni ya..hihi
bole kol manja2...tp pastikan hana x tau ya nura...lau hana tau...lebam pp arif lg sebelah..huh