2 SARA

Romance Completed 259615

"ikut dari keputusan adik ni. Adik layak dapat biasiswa dari universiti" kata lelaki yang berusia iaitu pengawai pengambilan pelajar di universiti itu.

Nella terlopong mulut, dia salah dengar ke?

"Maksudnya Tuan?"

"Ambik borang ni, isi semua yang patut dan bagi saya maklumat yang dia minta. Lepas dah selesai isi semua serahkan pada saya, saya akan uruskan pemberian bantuan biasiswa kepada awak" beberapa helai kertas borang diberi kepada Nella.

"Ini bermaksud segala urusan pembiayaan adik nanti diurus dan dibayar 100 peratus oleh kerajaan. Laptop dan bantuan dalam bentuk wang pun akan diberi"

"Saya layak ke?"

"Kalau diikutkan memang layak sangat, pelajar di sini pun jarang ada keputusan macam ni. So macam mana?"

"Saya nak sangat Tuan, lagipun saya bukan orang berada. Tak mampu nak bayar seorang diri"

"Kami pun memang sediakan biasiswa ini untuk pelajar yang kurang bernasib baik. Lepas dah isi tolong jumpa saya"

"Baiklah Tuan, esok juga saya serahkan"

"Lagi satu, awak stay asrama sini ke atau balik rumah?"

"Saya balik rumah, lagipun saya ada rumah sendiri"

"Pengangkutan macam mana?"

"Saya guna bas je. Lagipun ada bas ulang alik dari sini ke rumah saya" jelas Nella setelah ditanya soalan itu. Lelaki itu mengangguk kecil.

"Dari biasiswa sebenarnya semua pengangkutan dan asrama awak akan dibayar kalau awak tinggal asrama"

"Takpela Tuan, saya pun tengah buat kerja sambilan. Kalau asrama takboleh nak keluar"

"Baiklah kalau macam, apa apa pertanyaan boleh jumpa saya di pejabat sini" ujar lelaki itu kemudian Nella mengangguk angguk faham.

"Kalau macam tu awak dah boleh masuk kelas. Selamat menuntut ilmu" ucap lelaki itu seraya dengan satu senyuman kecil. Nella membalas dengan senyuman, kepala ditunduk sedikit sebelum dia keluar daripada pejabat itu.

Keluar saja dari pejabat itu terus Nella menghembus nafas lega. Rasa bebannya sudah terbang, dia tidak perlu risau nak bayar lagi. Semuanya akan diberi secara percuma.

Tidak sia-sia juga makcik yang menjaganya itu pesan agar dia mencapai keputusan yang cemerlang kerana keputusan itu akan beri banyak perubahan pada hidup Nella.

Nella bergerak ke kelas untuk kali pertama. Aisar di depan pintu merenung tajam ke arah Nella.

Baru saja Nella mahu masuk ke dalam tiba-tiba ayat yang keluar daripada mulut Aisar buat dia terhenti

"Tak tau student baru dekat universiti banyak yang sombong. Nampak lecturer kat depan ni pun bukannya nak tegur. Buat bodoh je macam diri tu dah dewasa sangat" sindir Aisar. Dapat aku dengar suara-suara pelajar di situ ketawakan aku.

"Dahlah lambat masuk kelas"

"Sorry, Prof Hussien panggil tadi" kataku setelah aku patah balik ke depannya. Beg sandang aku tinggalkan di tempat duduk terlebih dahulu

"Saya tak kisahlah siapa yang panggil pun, saya tak suka orang masuk kelas saya lewat"

Aku menunduk faham.

"Faham tak?"

"Angguk angguk, kenapa bisu ke? Nak bercakap pun susah. Macam berat sangat emas dalam mulut tu" sindirnya lagi hingga telingaku berapi-api dengar. Geramnya membebel mengalahkan perempuan! Kuat sindir pula tu!

"Ye faham" balasku perlahan kemudian aku tundukkan kepala ke bawah. Sabar Nella, kalau kau tak boleh nak tahan juga. Kau lempang je muka dia jauh-jauh.

"Habis kelas jumpa saya"

"Buat apa?"

"Perlu ke saya bagi sebab kenapa saya nak jumpa pelajar saya sendiri?" Soal Aisar semula.

"Baiklah Sir Aisar, habis kelas saya jumpa Sir terus" balasku mengalah. Padahal dalam hati dah panas membara.

"Duduk" arah Aisar kemudian aku angguk lagi. Aku menoleh ke arah mejaku semula, sempat aku buat muka menyampah sebelum aku bergerak hingga setengah pelajar di situ ternampak.

Aku bergerak ke arah meja, aku menjeling ke lantai. Satu perempuan yang cantik rupanya sengaja meletakkan kakinya di tengah aku jalan. Nak bagi aku tersandung ke macam mana?

Aku melangkah kakinya selamba tiba-tiba betisku ditendang olehnya dengan kaki. Tapak tangan sempat mendarat ke lantai kelas, menyelamatkan baju aku yang baru dibeli semalam.

"Sial" carutku kemudian aku bangkit bangun. Terkekek-kekek mereka ketawakan aku yang jatuh.

"Bodoh ke?" Soalku kepada gadis itu hingga tawa mereka sekelas jadi mati. Lecturer Aisar Malik didepan juga turut terkejut.

"Macam budak-budak tak matang" tambahku lagi sebelum aku pergi ke mejaku sendiri. Aku duduk selamba, tanpa mempedulikan pandangan orang lain termasuk lecturer gila di depan.

Kalau aku tak kacau orang, aku juga tak suka dikacau terlebih dahulu sedangkan aku tak buat apa-apa salah pada mereka.

Seronok sangat ke membuli? Dapat apa? Aku tengok dah macam orang yang tak matang. Buat budak-budak lain menangis ketakutan.

Gadis itu menunjukkan jari tengah ke arah aku namun aku balas dengan menjelir lidah. Ingat aku nak kalah ke.

-

"Nella ikut i" arah Aisar setelah masa kelas tamat. Aku bergegas bangun, segala bahan aku masukkan ke dalam beg sandang. Aisar kelihatan sudah keluar terlebih dahulu.

Aku mengejarnya keluar, sengaja ke apa tinggalkan aku kat belakang. Sudahlah aku masih baru di sini, tak tau lagi jalan ke kantin, ke library, pejabat, dan semuanya.

Dahi aku berkerut, kenapa lecturer tu berhenti di kantin pelajar? Bukannya patut di pejabat ke? Aisar duduk di meja makan setelah selesai membuat tempahan di depan.

Aku tidak memesan apa-apa, terus pergi ke arah dia kemudian aku berdiri di sebelahnya. Mata-mata pelajar mula gatal memerhati kami berdua.

Aisar jeling aku kemudian dia buat muka hairan

"Kenapa tak duduk? Nak i tarikkan kerusi untuk u ke?"

"Eh tak"

"Ke u nak duduk di riba i ni?" Sindir Aisar kemudian aku cepat cepat duduk di kerusi berhadapan dengan dia duduk sekarang.

Dapat aku lihat, mata Aisar meliar ke leherku. Dengan pantas aku tutup dengan tangan. Acah acah mengusap leher agar dia tidak perasan.

"Lovebite" usiknya nakal hingga wajahnya bertukar merah sambil mengeleng kepala menidakkan tekaannya tadi. Tajamnya mata dia sedangkan aku pakai baju berleher panjang.

"Ada boyfriend ke?"

"Tak, ni kena gigit nyamuk je.." alasanku namun dia ketawa sindir

Aisar sekadar diam setelah aku lama membisu. Buah pisang sebakul yang disediakan di atas meja diambil kemudian dibuang kulitnya sebelum diberi kepada aku.

"Makanlah" aku menyambut baik

"Kenapa Sir nak jumpa i?" Aku biasakan diri dengan panggilan i dan u. Mungkin disebabkan mukanya yang masih muda, kacak juga mungkin.

"Saja nak ajak makan sekali"

"Saja? Sir kejap lagi i ada kelas tau"

"Mana ada suka hati"

"Untuk pengetahuan u, i dah minta keizinan dengan lecturer yang masuk kelas u untuk pinjam u kejap. Tak boleh ke?"

Aku berkerut dahi.

"Sir nak apa sebenarnya? Kalau setakat nak bawa makan. Baik i masuk kelas balik" baru saja aku hendak bangun dari duduk tiba-tiba tanganku ditahan. Aku terduduk semula.

"Pahal ni nak sentuh sentuh pula" aku menarik tanganku dengan kasar. Satu pelayan kantin sampai ke depan membawa satu dulang makanan. Dua pinggan nasi goreng diletak di atas meja. Satu di depan aku, satu pula di depan Aisar

"Terima kasih" ucap Aisar sambil melemparkan senyuman manis kepada pelayan itu sebelum pelayan itu meninggalkan kami berdua.

"Makan dulu" arahnya hingga dahi aku berkerut hairan. Kenapa aku seorang saja di layan begini? Dan kenapa perlu aku? Kenapa bukan pelajar yang lebih cantik dari aku.

"Sir ni kenapa ek?" Soalku hairan, dia yang tadi baru saja nak masukkan satu suapan ke mulut terus tidak jadi. Sudu diletakkan ke bawah semula

"Kenapa dengan i?" Tanya Aisar semula. Riak wajah Aisar berubah hairan. Patutnya aku yang hairan, bukannya dia.

"Kenapa sir layan i macam ni? Masa dekat kelas bukan main lagi malukan i depan pelajar lain. Sekarang nak buat baik. Nak tunjuk ke yang sir tu talam dua muka?" Ujarku terus terang.

"Kenapa u biadap sangat? Sebelum ni u tak pernah macam ni tau" balas Aisar dengan nada sedikit tinggi. Aku terus tersentak dengan jawapan dia.

"Sebelum ni? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" Soalku hairan. Kenapa dengan lelaki ini, buat aku keliru dengan setiap ayat yang keluar daripada mulutnya. Dari first aku jumpa dia di bilik interview pun, aku sudah pelik dengan lelaki ini.

Aisar berubah air muka, kemudian dia buat muka hairan kepadaku semula

"U tak ingat i? How dare you Nella" ujarnya dengan nada yang geram. Aku tersentak melihat wajahnya yang merah, seakan akan mahu marahkan aku.

"Apa u merepek ni? Sejak bila kita kenal"

Tanganku digenggam kuat oleh Aisar hingga pergelangan tangan aku terasa pedih. Wajahnya yang jelas marah itu seolah-olah sedang memaksa aku untuk pandang wajahnya sekarang.

"Apa ni!"

"I husband u, kenapa u tak ingat i Nella!?"

"What?"

"Lepaskan i!"

"Ingat i balik! I husband u Bella. Takkan u tak ingat i?"

"Bella?"

"Nama i Brunella! Bukan Bella! And lepaskan i. I tak kenal u"

"I takkan lepaskan u selagi u tak ingat i siapa. I tak kisah u Bella atau Nella. U tetap isteri i even u dah tukar nama sekalipun. I akan tetap cari u Bella"

"Gila! I Brunella not Bella yang macam u sangka. Lepaskan i now!" Jeritku tinggi, berusaha aku tarik tangan daripada disentuh oleh dia.

"U yang gila, u buat i gila! U tau betapa susahnya i cari u Bella!"

"I bukan Bella! Lepasss!!!!!!!!!" Jeritan aku kali ini lebih kuat dan nyaring hingga menarik perhatian pelajar yang makan di situ. Aisar tersentak saat aku menjerit kuat, tangannya terus melonggar daripada pergelangan tangan aku.

"U dah lain Bella. Lain sangat"

"Memanglah i lain, sebab i bukan Bella!" Jeritku nyaring kemudian aku bangun tinggalkan dia begitu saja. Makanan yang dia belanja tadi langsung aku tak sentuh. Dah tak lalu nak makan, lagi-lagi depan muka lecturer gila macam dia.

Aku masuk ke tandas, wajahku yang tadi membengis aku cuba untuk senyum kembali. Makcik pesan, jangan selalu tayang wajah bengis nanti aku mudah membenci seseorang

Tidak kisahlah orang itu jahat sekalipun, makcik takpernah ajar aku untuk benci atau membalas dendam. Cuma cukuplah perangi orang yang mulakan perang. Itulah pesan makcik untuk kali terakhir.

Wajah aku basuh dengan air bersih kemudian dilap dengan sapu tangan kepunyaan aku yang aku bawa pagi tadi.

"Panas panas" gumamku sendiri. Panas rasa nak marah, nak maki orang.

'U tak ingat i? How dare you Nella'

'I husband u, kenapa u tak ingat i Nella!?' ayat Aisar tadi mula terbunyi di telingaku. Aku binggung.

Pernah ke aku muncul dalam hidup dia? Sedangkan aku hidup selama 22 tahun ini. Tidak pernah sekalipun aku jumpa dia, nak kata aku ada kemalangan then lupa ingatan pun tiada juga. Makcik jaga aku dari kecil lagi hinggalah aku besar seperti sekarang.

"Apa dah jadi"

"Siapa Bella"

"Siapa aku"

"Sejak bila aku kawin dengan dia"

"Sejak bila pula Ya Tuhan, kelirunya" gumamku sendiri. Kepala yang berat digeleng-geleng perlahan, pening pula kepala aku sejak kali pertama aku jumpa dia.

Setelah selesai ke tandas, aku kembali ke kelas kemudian ke tempat dudukku semula. Lecturer seterusnya pun belum masuk kelas lagi, lagi elok kalau aku tidur sebentar. Hilangkan rasa mengantuk buat sementara.

Earphone aku sumbat kedua telinga. Satu lagi dipasang kemudian aku rehatkan kepala di atas meja belajar. Belum beberapa minit aku hampir terlelap, tiba-tiba mejaku diketuk perlahan.

Aku bangun semula. Seorang gadis memberi isyarat kepada aku bahawa lecturer seterusnya sudah pun masuk ke kelas. Dengan pantas aku membuka mata luas.

Sempat aku pandang gadis tadi. Dia senyum. Aku balas dengan senyuman kelat. Tidak pandai aku senyum dengan orang yang baru aku kenal. Gadis itu senyum manis lagi sekali hingga senyuman aku jadi mati. Manis sangat, sampai aku pun boleh tergugat. Nasib aku perempuan.

"I Ruhainis" dia mula memperkenalkan dirinya kepada aku sementara menunggu lecturer di depan sedang membuka laptopnya.

Dia mendepa tangan untuk di hulur sebagai tanda perkenalan.

"Brunella, call me Nella" kenalku semula kemudian dia mengangguk angguk kepala.

"Cantik nama, macam orangnya" puji dia spontan, segan segan silu aku dibuatnya. Jarang orang puji nama aku cantik. Selalunya mereka akan cakap nama aku unik.

"Tak silap umur u 22 tahun kan?"

"Yah"

"I 21 tahun, beza setahun. I pun baru masuk tahun lepas. Daddy i paksa sambung" jelasnya sambil buat muka bosan saat menyebut nama daddynya. Ni kes kena paksa sambung belajarlah ni

"Haha okay i see, dah lepas semester ke?"

"Nope, gagal" balasnya selamba sambil menyunyah gula-gula getah di mulut. Lecturer ada di depan pun, selamba dia aja makan. Tapi yang aku pasti bukan dia seorang saja yang berani berbuat sikap begitu, hampir seluruh kelas.

"Kenapa gagal?"

"Sebab i tak datang masa exam, tak siap kerja kursus, ponteng kelas, tak fokus dalam kelas. Because that i gagal" jelasnya hingga mata aku membulat. Selamba gila dia balas seolah tiada sesalan pada diri sikit pun.

"Beraninya u, family u tak marah ke?"

"Excuse me, dorang nak marah i? Dorang yang paksa i sambung study. I dah ikut okay cuma sikap i je macam hantu. So dorang takde hak nak marah" balasnya dengan penuh diva. Tengok dari pakaian pun dah tau dia dari keluarga yang berada

"How about u? Kenapa umur 22 tahun baru masuk sini? Family u paksa ke?" Soalnya semula. Lecturer di depan sedang menayangkan slaid melalui laptop. Aku dan dia pula sibuk berborak di belakang.

"I yang masuk sendiri. Takde sapa paksa cuma i lambat masuk sebab permohonan i asyik kena tolak and i tak cukup duit untuk sambung belajar"

"Actually i ada ambik tingkatan 6. Sempat habis exam semua tu terus i berhenti sebab makcik i meninggal dunia. No one yang sara i lagi masa tu" jelasku namun dia berkerut dahi di depan.

"Why u tak minta je dengan family u? Mesti dorang bagi"

"I takde family" jelasku hingga senyuman Ruhainis yang manis tadi terus mati.

Tiba-tiba dia tampar bibirnya sendiri

"Mulut i ni biadap sangat"

"Eh takpela lagipun u tak tau apa-apa, i okay lah. I tak rasa apa-apa pun kalau orang tanya pasal family i" balasku sambil menurunkan tangan dari mulutnya.

"Yeke? Tapi mesti u sedih kan?"

"Taklah, i tak kenal siapa family i. Kenapa i kena sedih?" Balasku sambil tersenyum kelat. Ruhainis sekadar mengangguk angguk faham, topik itu tidak diteruskan lagi mungkin hendak jaga hati aku.

"Habis kelas ni u free tak?"

"Free je kenapa?"

"Jom shopping dengan i"

"Err tak bolehlah, duit i cukup untuk makan i bulan ni je. I memang tak shopping"

"Ala u ni, i sponser u lah Nella. Jom?" Ajaknya sekali lagi, lenganku dipeluk olehnya. Baru je kenal tadi tapi kami boleh serapat ini. Mungkin kerana dia yang begitu peramah.

"Okay, ikhlas ni?"

"Ye ikhlas sangat" balasnya menderet deret.

"U minta je apa u nak. I ada kad kredit unlimited"

"Seganlah i"

"Ala kita kawankan janganlah segan" balasnya sambil melemparkan senyuman manis pada aku.

"U nampak tak lelaki tu?" Ruhainis menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang fokus melihat profesor mengajar di depan.

"Yah i see"
"Why?"

"Nama dia Jean"
"I suka dia tau" luah Ruhainis spontan sambil tersenyum senyum ke arah Jean saat Jean pandang ke arah dia. Namun Jean terus pandang ke depan, buat-buat tak tau je yang Ruhainis sedang pandang dia sekarang

"Em bolehlah hensem sama cantik macam u" pujiku hingga matanya membulat.

"Kan? I dah agak i dengan Jean tu memang sepadan" balas Ruhainis bangga, kembang kempis hidungnya saat aku puji dia. Aku sekadar tersenyum kecil, memang cantik pun dia susah nak dinafikan lagi.

Mata Ruhainis bertukar ke arah lain.

"Eh tu bukan Sir Aisar ke? Kenapa dia pandang arah kita?" Kata Ruhainis sambil memerhati luar kelas. Aisar berdiri sambil menyilangkan tangan. Matanya memandang tepat ke arah aku.

Perhatian pelajar lain turut tertarik ke arah Aisar. Wajahnya seperti sedang marahkan aku. Takkanlah marah sebab aku bukan Bella kot? Gila ke apa.

Ruhainis pandang aku dan Aisar bergilir-gilir.

"Nella i rasa Sir Aisar pandang u lah. U perasan tak?" Teka Ruhainis yang terkebil-kebil di depan. Seraut wajah aku dipandang lama oleh Ruhainis, seolah sedang membaca sesuatu dari wajahku

"U dengan Sir Aisar ada hubungan rahsia ke?" Tekanya

"Ish mana ada, u merepek apa"

"Habistu kenapa dia pandang u macam tu?"

"Tak de apalah, dah dah fokus depan. prof tengah mengajar tu" balasku kemudian aku tolak mukanya menghadap ke depan namun dia toleh ke arah Aisar semula

Lagi sekali aku tolak menghadap ke depan. Dipaksa agar dia abaikan saja pandangan Aisar di luar kelas itu. Daripada layan pandangan lecturer gila itu baik aku pandang depan saja.

Share this novel

Syakira Ieyra
2021-03-21 20:38:20 

update ya plss

Hawani Hashim66
2021-03-18 14:54:00 

next episod ku nnt kan

Roz Zana
2021-03-18 07:38:47 

update pls...


NovelPlus Premium

The best ads free experience