BAB 1

Horror & Thriller Completed 5896

Aku mula bekerja di syarikat sekarang ini dengan tiga orang pekerja yang lain, dua orang pereka grafik dan seorang lagi tu satu-satunya perempuan dalam syarikat kami. Dia bekerja sebagai administration dan namanya Nora. Jumlah kami satu pejabat adalah enam orang kesemuanya.

Oh, ya. Nama aku Arsyad, baru sahaja bergraduat. Tak lama selepas hari graduasi, aku mendapat tawaran bekerja.

Aku ada kawan yang sama belajar dan rapat seramai enam orang yang lain tapi kami semua bekerja di syarikat yang berlainan kecuali Farhan yang sama-sama bekerja dalam syarikat aku sekarang kerana ini merupakan syarikat abangnya. Malah penawaran kerja ini juga datang dari rekomendasi Farhanlah.

Apa pun, kami bertujuh masih mahu bersama dan tinggal dalam rumah sewa yang sama.

Sebab tulah kami masih dapat keluar dan menghabiskan masa bersama walaupun zaman belajar dah berlalu pun.
Kembali pada cerita pejabat baru yang berusia dua minggu ditubuhkan ini. Pejabat kami setingkat saja tapi di tingkat dua adalah bangunan pejabat. Tingkat bawah pula ada restoran dan lain-lain.

Memandangkan sewa die agak murah, bos pun menyewa tingkat ini dan di sinilah semua ini kisah bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience