BAB 3

Humor Completed 1046

Darlia membuka pintu peti sejuk . Kosong . Hanya terdapat beberapa
ketul donat yang perlu digoreng . Dia mengambil keputusan untuk
menggoreng donat itu . Minyak di dalam kuali dipanaskan . Setelah cukup
panas , ditaruhnya donat - donat tersebut .

Dia menapis minyak daripada donat tersebut dengan berhati - hati .
Kemudian dihidangkan di atas meja bersama air kosong . Dia mendengus
kecil . Kelihatan Zahera sudah siap berpakaian seragam sekolah . Darlia
tersenyum kosong .

" Diah makan dulu ya . Akak nak mandi dulu . " Darlia berjalan ke bilik
air yang bersebelahan dengan dapur . Zahera mengangguk . Dia makan donat
tersebut dengan gembira . Ditinggalkan separuh untuk kakaknya .

Setelah menghabiskan bahagiannya , Zahera mengisi air botol untuk
dibawa ke sekolah . Kelihatan Darlia muncul di sebalik tirai . Dia sudah
menggalas beg sekolah di bahunya .

Darlia mengambil seketul donut lalu disumbat ke dalam mulutnya . Zahera
pula sibuk memakai kasut . Darlia memasukkan donat yang berlebihan ke
dalam bekas selepas mengisi air ke dalam botol .

" Kakak , jom ! " ucap Zahera teruja . Dia tidak sabar ke sekolah .
Darlia menutup semua suis lampu . Kemudian , dia mengunci pintu utama .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience