Bab 7

Romance Completed 53837

Tok..tok..tok.. Munirah..mari turun makan. Saya sudah sediakan makan malam..dari siang tadi awak belum menjamah makanan. Tak baik biar perut tu kosong je. Nanti awak jatuh sakit. Sapa Azhar dari arah luar bilik Munirah. Hatinya terasa tidak duduk senang bila melihat Munirah sudah keadaan begini sejak 3 minggu yg lepas lagi. Dia cuba sedaya upaya memujuk dan mendalami hidup Munirah sekarang. Kepada sesiapa lagi Munirah ingin mengadu kasih kalau bukan kepada dirinya saja. Munirah sudah tiada sesiapa lagi selepas dibuang oleh keluarganya sendiri. Azhar rasa sangat bertanggungjawab atas apa yg berlaku ke atas Munirah walaupun hal ini tidak ada kena mengena dengan dirinya. Dia hanya orang tengah yg cuba meleraikan salah faham tetapi lain pula yg ditimpa dirinya itu. Butiran jernih air mata Munirah terus mengalir di pipinya. Tangisan teresak itu terus didengari oleh Azhar setiap hari. Azhar hanya mampu mengusap kasar saja wajahnya saja di depan bilik Munirah. Tidak tahu apa lagi yg harus ia lakukan untuk memujuk hati kecil Munirah itu. Setiap memori lama segar di ingatan Munirah. Dia masih berharap yg semua ini hanyalah mimpi ngeri yg muncul dalam hidupnya. Kalaulah dia mempunyai kuasa. Mahu sahaja dia memutar kembali kejadian pahit yg masih belum di hadam sepenuhnya itu. Munirah masih belum terima hidupnya dipersiakan sebegini sekali.

..........................................................................

Hari sebelum peperiksaan SPM..

Di rumah, Semua orang kelihatan sangat gemuruh sebelum tiba hari peperiksaan akhir tahun bagi Munirah yg tidak lama lagi akan menjalani Peperiksaan SPM. Kali ini Puan Ruziah memasak semua makanan kegemaran Munirah. Terlihat ada gulai ayam kampung kegemaran Munirah sudah di hidangkan di atas meja. Bersusah payah Puan Ruziah menyiapkan semua ini demi Munirah yg sudah lama mengidamnya. Puan Ruziah sangat gembira melihat Munirah sudah kembali bersemangat seperti biasa. Dia mula banyak berbual dan selalu saja menegur Puan Ruziah seperti selalunya. Hati Ibu mana tidak gembira apabila melihat anak perempuannya itu gembira dan bahagia sahaja.

Abang..Irah..Mika ..jemputlah duduk. Pelawa Puan Ruziah apabila melihat mereka bertiga berjalan datang ke meja makan. Di ikuti gelak ketawa kerana Mikhail selalu sahaja menyakat Munirah di depa abahnya itu. Seronok Puan Ruziah melihat rumah ini sudah bergema dengan suara gelak ketawa kedua anak mereka itu.

Ermm..Irah..esok buat yg terbaik tau. Abah doakan irah dapat menjawabnya dengan tenang sekali. Inshallah segalanya akan di permudahkan..Amin. Bersuara En Shukri memberikan kata-kata semangat kepada Munirah. Dia berharap sangat Munirah dapat menjawab semua ini dalam keadaan yg tenang. Tidak sabar dia mahu menanti saat keputusan peperiksaan SPM Munirah keluar. Bukan apa perasaan gembira seorang bapa tidak dapat digambarkan oleh sifat mereka di depan anak-anak. Munirah hanya mengangguk tanda faham sahaja. Hatinya kian mendebar untuk menjawab kertas peperiksaan SPM pertama esok hari. Dia akan mengalas nama baik keluarga dan sekolahnya bermula esok pagi. Azam yg ditanam dalam dirinya itu amat tinggi sekali.

Pada pagi itu, kelihatan ramai sahaja pelajar mula membaca dan membuat ulang kaji untuk kali terakhir sebelum melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan nanti. Tangan Munirah sedikit mengigil kerana dia tidak berapa nak fokus ketika itu selepas banyak sahaja guru-guru serta pengetua sendiri memberikan kata semangat kepadanya. Hanya Munirah sahaja pelajar harapan sekolah yg pasti akan mendapat keputusan peperiksaan yg cemerlang nanti. Bukan Munirah mahu riak tetapi dia tidak merasa selesa diberi layanan lebih dari pelajar lain. Baginya, dirinya hanya sama sahaja seperti pelajar lain. Kuat berusaha demi impian org yg tersayang. Dia tidak mahu dilayan seperti anak raja di dalam sekolah ini oleh semua cikgunya yg lain.

Safiyah..Good Luck tau..Bisik Amar di sebelah telinga Munirah. Sudah lama dia tidak menegur Munirah kerana tidak mahu menganggu rakan baiknya itu fokus dalam pembelajarannya. Ada masanya Amar akan memberi Munirah coklat pada setiap hari supaya Munirah akan selalu mengingati dirinya itu. Amar sangat menitik beratkan tentang kehidupan Munirah lebih dari orang lain. Kalau boleh mahu sahaja dia memberitahu Munirah tentang perasaannya itu tetapi dibiarkan dahulu kerana Munirah pasti akan berada di tangannya juga tidak lama lagi. Hanya Munirah sahaja bertahta di hatinya.

Ehh kau ni..terkejut aku tau..Asal tetiba Safiyah pulak ni..dah terbiat ke apa?? Kata Munirah mengurut dadanya sedikit selepas Amar berbuat demikian terhadap dirinya. Selalu saja Amar mengacau Munirah bila ada waktu berkelapangan. Ramai saja pelajar di sekolah ini menganggap mereka berdua ada menjalani hubungan tetapi Munirah hanya memekakkan telinganya sahaja memandangkan hubungan Kedua ibu bapa mereka berdua sangat akrab serta Amar merupakan rakan baik Munirah sejak di bangku tadika lagi. Hal ini menyebabkan Munirah tidak dapat membuat apa-apa jika Amar selalu berada dekat dengannya.

Eleh..biarlah nak sweet sikit pun tak boleh ke..Kan dari dulu lagi aku panggil ko Safi..Safi... Ujar Amar mengejek sedikit kepada Munirah yg sedang menahan ketawanya itu. Sudah lama mereka berdua tidak berbual tentang zaman lalu. Kadang-kadang agak kelakar bila teringatkan kembali tentang kisah lalu dengan orang yg paling kita rapat sehingga sekarang masih tetap orang yg sama. Amar cukup senang bila boleh membuat Munirah ketawa sebegini. Tiada perempuan lain yg boleh ia jatuh cinta kecuali Munirah Safiyah sahaja yg bertahta di hatinya.

...........................................................................

Malam ini terasa begitu hening sekali. Sedikit banyak memori lama mula bermekar di dalam fikiran Munirah. Air matanya tidak pernah kering daripada mengalir. Dia mula merasai penat yg teramat sangat untuk menangis setiap masa,detik mahupun waktu pada setiap hari. Sampai keluar air mata darah sekali pun tidak mungkin waktu boleh berputar semula. Keadaan Munirah semakin teruk hari demi hari. Banyak sahaja dia menelan pil tidur hampir setiap masa kerana terlalu sakit bila memori lama di fikirannya mula berputar selalu. Mukanya kelihatan sembab dan ada kesan bengkak di sekitar matanya kerana selalu saja menangis tanpa ada waktunya. Munirah duduk sambil memegang kedua belah lututnya di sudut dalam bilik itu. Dirinya sudah tidak seperti selalu, kini hanya ada jasad yg tidak berjiwa sudah mendamping dirinya. Tidak....tidak...tidakkk....Bersuara Munirah sudah seperti orang tidak tentu hala tujunya. Munirah kembali mengeluarkan pil tidur di dalam botol apabila memori lama di fikirannya akan menyiarkan kisah hidup yg seterusnya. "Kling..ting..ting.." Kedengaran pil tidur itu jatuh bersepah di atas lantai di dalam biliknya. Munirah mula meraba dan mengutip semula semua pil itu satu persatu. Pada masa yg sama Azhar menguak laju pintu bilik Munirah. Sejak dari tadi lagi dia sudah menahan sabar melayan perangai Munirah sejak dua menjak ini masih tidak boleh terima kenyataan lagi. Ya Allah.. Sudah Munirah..sudah..Sampai bila awak nak siksa diri awak begini?? Tak cukup ke selama ini awak sudah menderita?? Nak tambah beban dalam hidup awak lagi?? Marah Azhar terus memegang kedua belah tangan Munirah daripada terus mengutip pil tidur itu lagi. Dia mengambil dan membuang jauh-jauh botol pil tidur itu supaya Munirah tidak mengambil sisa-sisa ubat dan cuba untuk menelannya lagi. Pergilah..jangan sentuh aku..Biar aku mati saja.. Semua orang bencikan aku..Aku lebih layak mati daripada terus hidup merempat seperti ini..lepaskan aku..Rayu Munirah sudah seperti cacing kepanasan yg cuba untuk melepaskan diri dari genggaman tangan Azhar. Dia cuba melawan dan menendang tubuh Azhar yg cuba menghalang dirinya itu. Tanpa teragak lagi Azhar terus memeluk erat tubuh Munirah dan memaksa dirinya itu berdiam diri buat seketika waktu. Aku kata lepaslah!!!! kau siapa nak halang aku???!!! Jerit Munirah kuatnya sudah tidak duduk senang di dalam pelukan Azhar itu. Tanpa teragak lagi dia terus mengigit kuat lengan Azhar. Arghh!!! Walid..Azman..datang ke sini sekejap!! Panggil Azhar kuatnya kepada walid dan adik lelakinya itu. Dia menahan sakit yg teramat sangat kerana Munirah masih lagi tidak melepaskan gigitan di tanganya itu. Astagfirulallahalazim..Mengucap walid banyak kali terus menolong Azhar untuk meleraikan gigitan Munirah di tangan Azhar. Azman juga datang memegang kedua belah kaki Munirah supaya tidak terlalu banyak melawan ketika itu. Mereka bertiga bergelut dan cuba untuk menenangkan diri Munirah buat seketika waktu. Azhar tahu aurat Munirah sangat terdedah ketika itu tetapi keadaan sangat terdesak untuk mengawal dirinya daripada terus melawan.Dalam beberapa minit juga mereka bergelut akhirnya Munirah lemah dan jatuh pengsan dalam dakapan Azhar. Azhar terus menarik bajunya yg terangkat tadi turun ke bawah dan menutup bahagian dadanya yg terdedah sedikit. Azhar sangat prihatin dan menitik berat tentang diri Munirah. Dia terus mengangkat tubuh kecil Munirah dan meletakan Munirah kembali di atas katilnya. Dia betulkan kepala Munirah di atas bantal dan menarik selimut menutupi badan Munirah. Di tatap beberapa saat wajah Munirah itu sudah membuatkan diri Azhar sakit sangat kerana gagal menjaga Munirah baik sekali. Tidak sanggup dia melihat Munirah dalam keadaan tersiksa sebegini di hadapannya.

Azhar..walid rasa..ada baiknya kamu bawa Munirah datang berubat di DarulSyifa'. Biar walid uruskan semuanya nanti. Sampai bila kamu nak lihat Munirah terus menyiksa dirinya sebegini? Alangkah baiknya kita cuba tenangkan jiwanya dahulu. Bersuara Walid terus mengusap lembut bahu Azhar. Dia faham apa yg Azhar lalui sekarang ini. Bukannya mudah untuk menjaga seorang perempuan yg mengalami tekanan emosi. Dia sangat bangga ada anak yg bertanggungjawab seperti Azhar. Walaupun semua ini bukan salah Azhar tetapi Azhar berani bersuara menegakkan kebenaran di pihak yg salah.

Bbaiklah...Azhar akan serahkan semuanya dekat Walid. Azhar dah buntu walid.. Azhar cuma nak kan yg terbaik untuk Munirah. Azhar dah tak sanggup nak melihat Munirah terus menyiksa dirinya lagi. Dia tidak berdosa walid..berat sungguh ujian yg dilalui olehnya.. Ujar Azhar cuba menahan serak suaranya itu. lengannya masih lagi terasa sakit yg teramat sangat. Terlihat ada kesan luka bercampur kulit lengannya sedikit terkopek keluar akibat gigtan ganas Munirah tadi. Azman hanya mampu menghelah nafas panjang sahaja di pintu bilik Munirah. Dia merasa simpati apabila melihat abangnya kena lalui ujian hidup sebegini sekali. Dia sentiasa ada dan memberikan semangat kepada Azhar jika abangnya itu memelukan pertolongan darinya. Tidak pernah lagi dia melihat Azhar begitu bertanggungjawab dalam hal sebegini. Hari berlarutan seperti biasa pada setiap hari. Azhar banyak memerhati gelagat Munirah yg selalu termenung jauh dan murung sahaja riak wajahnya itu. Sedikit pun dia tidak menjawab pertanyaan Azhar yg dituju kepadanya. Hanya titisan air matanya yg manjawab semua soalan itu. Azhar buntu dan tidak tahu bagaimana hendak membuat butiran jernih itu daripada terus berhenti mengalir lagi. Kalau boleh, dia mahu melihat kembali senyuman mekar di bibir Munirah. Cukuplah selama ini hanya air mata teman sehidup Munirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience