[ Anis POV ]

Romance Series 8085

[ Anis POV ]

Nama aku Nuranisa Safiya Binti Muhd Nazrul. Umur aku 18 tahun.. Aku asal Johor Bahru.. Stay dengan parents aku. Aku anak tunggal.. Alone hohoho??.. Tapi tak pernah rasa alone sebab ada mami dengan daddy yang penyayang tahap syurga plus dengan seorang bestfriend aku nama dia Nurazira Amina Bt Sayuti. Azira ni stay satu taman dengan aku, so memang susah senang kitaorang sekali.. Aku ada seorang nenek sebelah mami aku je.. Atuk aku dah follow maktok dengan tokwan sebelah daddy aku.. Diaorang pergi mana, masok kubor la uollss.. Kurang hajar punya cucu??.. Nenek aku tegas orangnya, kalau dia kata A maka A la jawapannya.. Kalau kata HITAM maka HITAM la jawapannya.. Takde jawapan lain dah.. Tapi aku tak kesah pon dengan semua tu.. Asal dia sayang aku sudah??.. Mami aku ada seorang kakak.. Iaitu maklong aku.. Maklong aku ni sejenis mulut takdak insurans gitu??.. Cakap ikot mulut dia je??.. Tapi aku just buat derk je kalau kena dengan dia sebab dah biasa kena.. Dah lali??.. Maklong aku ada 4 orang anak.. Murah bebenor rezeki maklong dengan paklong aku ni.. Aku gelar anak maklong aku sebagai A4.. Asal A4 lak.. Macam lawak lak bila gelar cousin aku dengan A4 ni.. Tapi aku takde pilihan lain.. Sape suruh maklong aku taruk nama anak diorang mula huruf A.. Anak sulong nama Aina, anak kedua Aliya, ketiga Alif, keempat Aiman.. Daddy aku kerja sendiri.. Dia ada 4 buah kedai pam minyak.. Kedai pam minyak tu stesen minyak la uollss.. Mami aku jadi mem besar dekat rumah.. Keja mami adalah masak dengan layan aku dengan daddy aku tu je.. Yang lain bibik akan buat.. Riak bentar??..Hidup aku sangat bahagia, aku bersyukur dengan apa yang aku ada.. Tapi kebahagiaan aku tak kekal lama, bila nenek aku call suruh balik kampung.. Mula dari situ kehidupan aku mula kelam.. Cita dia mula macam ni, korang kalau habis SPM rancang nak kemana?? Kalau aku, rancang nak pergi bercuti ofcourse.. So plan menjadi, seminggu tamat exam aku dengan Azira pergi melancong.. Mana je kitaorang pergi?? Kitaorang pergi Singapore dengan Brunei.. Rancang nak melancong selama 3 minggu, tapi disebabkan nenek kesayangan aku call suruh balik kampung kata ada benda urgent berlaku, nak tak nak aku kena balik jugak.. So kitaorang pon balik la, tak sempat nak jelajah semua kawasan yang ada dekat Brunei.. Aku balik kampong bukan sorang sorang.. Aku usong Azira sekali dengan aku.. Hehehehe.. Azira pon tak kata apa ann so fly la kitaorang dari brunei ke Terengganu.. Sampai je dekat airport dah ada yang menunggu.. Sapa lagi kalau bukan abang sepupu aku Iaitu Alif. Hensem tapi sayang dah jadi tunang orang.. Tak boleh nak masok line??.. Sampai je kat rumah nenek aku, aku tengok setiap sudut rumah nenek aku penuh dengan khemah.. Khemah kenduri orang nak kahwin uolls.. So masa tu aku just terfikir abang Alif nak kahwin dah ke?? Takat nak kahwin takkan urgent kot.. Itu apa yang ada dalam fikiran aku.. Tak tahu lak apa yang ada dalam fikiran Azira bila tengok khemah banyak banyak ni ann, sebab aku bukannya ada kuasa mistik yang boleh baca fikiran orang??.. Masok je dalam rumah tengok ruang tamu kalau sebelum ni full dengan perabot, but hari tu kosong, just penuh dengan perkakas nak buat hantaran.. Aku letak bagasi aku then salam dengan manusia manusia yang ada dekat situ.. Why panggil manusia?? Sebab aku tak kenal sapa diaorang.. Maybe jiran jiran nenek kot.. Tengah tengah bersalam mata aku tertangkap tubuh nenek.. Aku ingat nak pergi tegur nenek, tapi aku batalkan je niat tu bila tengok nenek aku sibuk.. So aku bawak azira pergi bilik, tapi langkah aku terhenti, bila Kak Aina halang aku dari masok dalam bilik aku.. Aku pon macam, wonder.. Kenapa tak boleh masok.. Bilik aku kot.. Then kak Aina kata bilik aku dah ditukar jadi bilik pengantin.. Aku tanya dekat Kak Aina kenapa guna bilik aku.. Dia pon blur, tak tahu nak jawab macam mana.. Then, masa tu la mami aku datang, aku salam peluk cium mami aku like always.. Then mami aku suruh aku pergi bilik tetamu.. Mami aku suruh stay dalam bilik tu.. Disebabkan aku anak yang baik so aku tak buat sesi soal jawab dengan mami aku. Aku just ajak Azira pergi bilik tetamu.. Azira pon follow je.. Siang pon berlalu, malam pon melabuhkan tirai.. Selesai je kitaorang makan, nenek mintak semua orang berkumpul di ruang tamu.. Aku dengan Azira pon pergi.. Dalam kepala aku masa tu uhmm maybe nenek nak bahagikan tugas untuk majlis abang Alif nanti kot.. Tapi jangkaan aku semua tu meleset.. Bila nenek sampai di ruang tamu nenek pandang aku then dia panggil aku.. Aku dengan blur blur sikit pon bangun pergi ke arah nenek aku.. Then nenek aku pegang tangan aku dan dia umumkan perkara yang membuatkan hampir pitam.. Aku ulang balik erkk apa yang nenek aku kata.. " Anis, nenek nak kamu kahwin dengan pilihan arwah datuk kamu.. Sebelum datuk pergi datuk dah pilih sesiap cucu menantu dia untuk kamu.. Nenek pon dah jumpa dengan keluarga bakal mentua kamu dan bakal suami kamu.. Baik orangnya" Hampa baca leklok apa nenek aku kata.. Bayangkan perasaan aku masa tu.. Kosong.. Tindakan aku lepas dengar kata nenek aku tu aku terus blah masok bilik.. Then Azira follow aku.. Aku suruh Azira kunci pintu siap selak lagi pintu tu.. Berkunci je pintu aku terus nangis dalam pelukan Azira.. Azira pulak ambik alih tugasan mami aku.. Macam lawak pulak.. Masa aku nangis tu aku dengar la mami dengan daddy aku ketuk pintu suruh bukak.. Azira nak bukak tapi aku tak bagi.. Protes campur geram dengan parents aku sebab tak bagi tahu aku awal awal.. Lama jugak parents aku ketuk pintu, then azira pergi dekat pintu then dia jerit tanpa buka pintu dia kata "unty uncle jangan risau zira akan cuba pujuk anis".. Malam tu aku tidur berendam air mata dengan muzik latar shuh shuh shuhh jangan nangis??.. Pada hari esoknya aku dah ok.. Ok ke?? Boleh tahan.. Bukan kata aku boleh terima, tapi aku buat semua ni sebab taknak malukan mami daddy dengan nenek aku.. Bayangkan majlis lagi 2 hari je kot.. Patotla urgent sangat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience