Rate

Bab 12 Meluahkan Perasaan

Drama Completed 203283

"Pak Cik jom kita pergi sembang dekat belakang bengkel. Dekat sini malu la sebab ada orang dengar apa yang Izara nak cakap nanti" Kata Izara sambil mengelap tangannya di kain buruk yang ada di dalam bengkel.

"Ya la,Pak Cik ikut Izara je. Tak kisah pun dekat mana." Kata Haziq sambil memadang pada Izara.

Lalu Izara pun berjalan menuju ke belakang bengkel. Haziq mengekori Izara dari belakang.

Adui macam mana aku nak luahkan perasaan aku ni. Rasa malu la pula,atau pun aku ajak kahwin je terus. Rasanya nak tak Pak Cik Haziq kahwin dengan aku ni. Aku jarang tengok cara orang luahkan perasaan ni. Yang selalu aku tengok cara lelaki nak melamar perempuan buat isteri je,macam dalam filem orang putih tu. Orang lelaki tu siap berlutut dan berikan cincin. Tapi aku ni cincin pun tak dak ni,bisik hati Izara.

Kerana asik memikirkan cara untuk meluahkan perasaannya. Izara tidak sedar Pak Cik Haziq sudah duduk di bangku yang ada di belakang bengkel. Sedangkan Izara masih berdiri dan mengalamun memikirkan cara untuk meluahkan perasaannya. Haziq hanya memarhatika sahaja gelagat Izara yang kelihatan fikirannya merawang entah ke mana.

Sampai la dengan tidak sengajanya Izara terlangar tiang pagar yang ada di belakang bengkel tersebut. Buk! bunyi dahi Izara terantuk pada tiang.

"Adui ! sakitnya,masa bila pula tiang ni ada dekat sini" Kata Izara sambil tangannya memengang dahinya yang terantuk.

"Tiang tu memang dari dulu lagi ada dekat situ. Tak pernah berubah pun,fikiran Izara je entah melayang ke mana" Kata Haziq sambil memerhatikan Izara yang asik mengosok dahinya.

"Ya ke,Izara tak perasan tadi" Kata Izara dengan nada yang agak malu-malu. Adui dah kenapa la aku tak perasan ada tiang dekat sini. Jatuh air muka aku depan Pak Cik Haziq,bisik hati Izara.

"Izara ada hal apa nak bagitahu Pak Cik ni?" tanya Haziq tiba-tiba kerana Haziq merasakan sudah agak lama melihat gelagat Izara yang masih belum ingin memberitahu hal penting tersebut.

"Macam ni Pak Cik... Izara sebenarnyakan...Hhm macam mana nak cakap ya. Izara pun tak tahu nak cakap macam mana ni".Kata Izara sambil tangannya mula seperti ingin mengeliat tak tentu hala.

"Cakap je Pak Cik akan dengar" Kata Haziq ingin tahu apa yang ingin di katakan oleh Izara.

"Tapi Izara rasa malu la pula Pak Cik"Kata Izara serba salah ingin memberitahu perasaannya.

"Ala tak payah nak malu sangat la. Dekat sini kita berdua je bukan ada orang lain"Kata Haziq sambil matanya memerhatikan tingkah laku Izara di depannya.

Tiba-tiba Izara berlutut di depan Pak Cik Haziq yang sedang duduk di bangku. Haziq agak ke hairanan dengan gelagat Izara tersebut.

" Dah kenapa Izara berlutut pula dah ni?"Soal Haziq sambil memadang pada Izara.

"Saja nak buat kejutan dekat Pak Cik" Kata Izara agak malu. Adui dah kenapa pula aku pergi berlutut depan Pak Cik Haziq ni. Malunya muka aku ni tak tahu nak sorok mana dah,bisik hati Izara.

"Kelakar la kamu ni Izara" Kata Haziq sambil mengukir senyuman pada Izara.

"Pak Cik kalau Izara cakap nanti, Pak Cik jangan ketawakan Izara tau" Kata Izara sambil mengosok kepalanya yang tidak gatal.

"Pak Cik janji tak akan ketawakan kamu Izara." Kata Haziq berjanji.

"Pak Cik kahwin la dengan Izara" Kata Izara tiba-tiba dengan nada agak perlahan.

Alahai tersalah la pula. Sepatutnya aku cakap i love you,ni aku pergi cakap kahwin la pula. Kenapa susah sangat nak sebut i love you ni,bisik hati Izara.

"Apa Izara cakapkan tadi? Ulang balik Pak Cik nak dengar" Kata Haziq.

"Tadi yang Izara cakapkan tu saja gurau je. Izara nak cakap benda lain sebenarnya" Kata Izara sambil mula menarik nafas lega kerana Haziq sepertinya tidak berapa dengar.

"Sekarang cakap la perkara yang Izara nak sangat cakapkan tu. Kalau Izara tak cakap juga,Pak Cik nak balik je la" Kata Haziq sambil mula bangun dari bangku untuk berdiri.

Izara yang melihat Haziq sudah berdiri dari duduk di bangku,merasa serba-salah. Apa lagi bila melihat Haziq sudah mula ingin melangkah kakinya untuk pergi.

"Pak Cik i love you!".Kata Izara dengan nada suara yang agak kuat.

Haziq yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Izara agak terkejut. Lalu Haziq menoleh ke arah Izara dan mula menghampiri Izara kembali.

"Apa maksud Izara cakap macam tu dekat Pak Cik?" Soal Haziq sambil memadang pada wajah Izara yang menundukkan kepalanya. Kerana merasa malu sebab mulutnya telah mengatakan perkara yang ingin ia katakan pada Pak Cik Haziq.

"Maksud bahasa melayunya Izara cintakan Pak Cik,Izara sukakan Pak Cik" Kata Izara dengan nada perlahan kerana malu.

"Izara pandang muka Pak Cik sekarang" Kata Haziq pada Izara yang masih menundukkan kepalanya. Kerana malu untuk bertentang mata dengan Haziq.

Dengan perlahan-lahan Izara mengakat wajahnya lalu melihat pada Haziq yang berada di depannya.

"Izara betul-betul sukakan Pak Cik. Izara betul-betul nak kahwin dengan Pak Cik ke?" tanya Haziq pada Izara.

"Ia Izara betul-betul cintakan Pak Cik. Izara betul-betul nak kahwin dengan Pak Cik itu pun kalau Pak Cik sudi la. Macam mana Pak Cik tahu Izara nak kahwin dengan Pak Cik ni...Oo tadi Pak Cik dengar la apa yang Izara cakapkan" Kata Izara pada Haziq.

"Pak Cik sudi nak kahwin dengan Izara.
Tapi Pak Cik nak tahu kenapa Izara nak sangat kahwin. Sedangkan Izara masih muda lagi dan masih boleh sambung berlajar." kata Haziq pada Izara.

Izara pun menceritakan dirinya tidak ingin menyambung berlajar. Dan Izara juga menceritakan tentang ayahnya ingin menjodohkan dirinya dengan orang yang tidak ia kenal. Kerana ayahnya ingin membayar hutang yang masih belum selesai. Haziq mendengar luahan Izara dengan khusyuk.

"Jadi Izara nak Pak Cik pergi jumpa ayah Izara la ni." Kata Haziq pada Izara.

"Terpulang pada Pak Cik la. Kalau Pak Cik tak sudi Izara tak paksa" kata Izara sambil mengakat kedua bahunya.

"Kalau macam tu esok boleh la Pak Cik jumpa ayah Izara. Pasal hutang tu jangan risau Pak Cik akan bantu bayarkan. Lagi satu Pak Cik ada syarat kalau Izara nak kahwin dengan Pak Cik" Kata Haziq.

"Apa dia syarat dia tu Pak Cik?" Soal Izara tak sabar ingin tahu.

"Syaratnya tidak ada majlis resepsi hanya majlis nikah yang ringkas sahaja. Lagi satu Izara tak boleh letak dalam laman sosial Izara tentang Pak Cik adalah suami Izara." Kata Haziq.

"Ala syarat tu je. Izara boleh terima dan setuju dengan syarat tu" kata Izara tanpa memikir panjang.

"Kalau macam tu esok Pak Cik akan datang ke rumah Izara. Pak Cik nak cakap sendiri dengan ayah Izara." Kata Haziq.

Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haziq membuatkan hati Izara berbunga-bunga. Izara tak sangka Pak Cik Haziq sudi mahu berkahwin dengan dirinya.

Bersambung...

Share this novel

SavageQueen
2021-06-02 02:19:42 

I stress!! dri tdi senyum sesorang


NovelPlus Premium

The best ads free experience