BAB 12

Romance Completed 11420

“Hai, darling!”

Aulia terus memeluk belakang Elman yang ralit meneliti dokumen perjanjian yang bakal ditandatangani dengan syarikat MFCorporation esok hari. Elman terkejut. Tubuh Aulia yang erat memeluknya ditolak kasar.

“Kau buat apa dekat sini?”

Melengking suara Elman menahan marah. Mata yang mahu memandang ke arah Aulia kembali ditala ke arah lain apabila menyedari keadaan Aulia waktu itu. Berpakaian tapi seperti telanjang. Elman mula rasa tidak sedap hati.

“Alah You ni. Salah ke kalau I datang ke pejabat You? Esok kan birthday You. Mesti You nak sambut dengan isteri kesayangan You tu kan? Well, esok…esok punya cerita. Apa kata, malam ni kita pergi enjoy. Just us…alone.” Aulia cuba meraih jemari Elman namun Elman menepis kasar.

Dia menapak menuju ke meja. Barang-barang miliknya yang terdampar di atas meja segera dikemas. Dia mahu pergi jauh-jauh dari Aulia. Hati makin diserang rasa tidak enak apatah lagi kala ini tiada sesiapa di pejabatnya. Semua pekerja Elman termasuk Filzah sudah pun balik. Bimbang terjerat dengan perangkap Aulia. Bagi Elman, kalau Najla pun dia tak percaya, apatah lagi kawan-kawan Najla. Entah mengapa, kala ini wajah ayu isterinya terlayar di ruang mata. Isterinya itu seolah-olah cuba menyuruh Elman segera meninggalkan kawasan pejabat.

“Kau nak pergi mana-mana, kau pergi sorang-sorang. Jangan nak libatkan aku! Aku tak ingin ada hubungan dengan kawan-kawan isteri aku. Korang ni semua tak boleh nak dipercayai. Not even once!”

“Elman…please. Malam ni je. Temankan I. Okay…kalau You tak mahu keluar takpe. Kita duduk dalam office you ni, kita borak-borak. Please… I dah lama tak borak dengan You. I rindu….” Aulia masih cuba memujuk. Elman mendengus.

“Kau nak duduk sini sorang-sorang kau duduklah. Aku nak balik!” Elman terus melangkah ke pintu.

“Elman! Kalau You balik jugak…I takkan berganjak dari pejabat You ni. I akan duduk di sini sampai pagi esok! I janji Elman!!!”

Aulia sudah memekik-mekik. Elman mencebik. Sinis. Pintu biliknya segera ditutup dan langkah diatur laju menuju ke lif. Elman menekan punat di telefon. Beberapa saat kemudian terdengar suara seorang lelaki memberi salam.

“Waalaikumussalam Pak Berahim. Pak Berahim…saya dah nak balik. Boleh tak Pak Berahim matikan lampu dekat Tingkat 7 ni? Esok pagi baru ON semula. Ada ulat besar dalam pejabat saya. Nak buang, dia berkeras nak duduk dekat situ. Saya dah tak tahu nak buat apa dah. Mintak tolong ye, Pak Berahim. Assalammualaikum.”

Elman terus masuk ke dalam perut lif. Dapat dibayangkan muka cuak Aulia apabila lampu terpadam nanti. Sampai di aras bawah, Elman berpapasan dengan Pak Berahim yang baru keluar dari bilik suis utama.

“Besar ke ulatnya Tuan Elman? Kalau nak Pak Berahim buangkan, boleh saja.”

Elman tersengih. Bahu Pak Berahim, pengawal keselamatan di syarikatnya ditepuk perlahan.

“Saya rasa ‘ulat’ tu dah terima pengajaran dia Pak Berahim. Terima kasih sebab dah tolong padamkan lampu tu. Saya balik dulu Pak Berahim. Assalammualaikum…”

“Waalaikumussalam.” Balas Pak Berahim dengan kerutan di dahi.

Mungkin berasa pelik dengan ayat Elman namun Elman tidak peduli. Dia segera mengatur langkah menuju ke kereta. Sebaik sahaja Elman memboloskan diri di dalam Audi A4, dia ternampak kelibat empat orang lelaki berjubah dan bersongkok memasuki ruang aras bawah syarikatnya. Mulut Elman terus terlopong.

“Ya Allah. Benarkah apa yang hambaMu lihat ni? Astaghfirullah….”

Air mata Elman hampir menitis. Dia tidak percaya kerana dirinya hampir diperangkap dengan permainan Aulia. Wajah Najla terpampang di ruang mata. Dia ingin segera menemui isterinya. Dia ingin meminta maaf kepada Najla. Meminta maaf atas dosanya menodai Najla. Dan yang lebih penting, dia ingin segera memohon ampun kepada Allah. Laju kereta Elman membelah kepekatan malam menuju ke Cyberjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience