Bab 32

Romance Series 106380

MAISARA naik hantu bila kantoi gambar Adrian ketika bercinta dengan Juwita masih dalam simpanannya.

Entah mengapa hari ini dia tergerak hati untuk membuka almari pakaian Adrian dan apa yang dilihatnya bukanlah sesuatu yang menggembirakan.

Gambar itu diramas geram. Habis renyuk dikerjakan Maisara. Sakit hatinya bukan kepalang.

Adrian baru selesai mandi ketika melihat Maisara kaku di depan almari. Tanpa sebarang syak wasangka, Adrian memeluk lembut Maisara dari belakang.

Maisara memusingkan badannya lalu menampar wajah Adrian. Dadanya berombas deras. Matanya merah menahan marah. Adrian terpana. Tidak tahu apa salahnya sehingga Maisara naik hantu.

"Aku suruh kau kenakan dia. Sakitkan hati dia. Permainkan perasaan dia. Bukan betul-betul jatuh cinta pada dia." Maisara menghamburkan amarahnya. Gambar yang telah direnyukkan tadi dicampak tepat ke muka Adrian.

"Mai... you dah salah faham." Adrian kelihatan salah tingkah. Tidak menduga Maisara akan menjumpai gambar itu.

"Oh... salah faham. Jadi gambar ni ada dalam almari kau kenapa?" tengking Maisara.

Adrian meraup kasar wajahnya. Entah mengapa hampir sepuluh tahun bersama, Maisara langsung tidak berubah.

Ye... mereka bercinta sejak dibangku sekolah lagi. Kerana cinta dia mengikut segala telunjuk Maisara. Malah apa je yang dia tidak lakukan demi kepuasan Maisara.

"Sampai hati you kan? Ni balasan you pada I lepas semua yang I bagi pada you. Kalau tak sebab I, you tak ada apa yang you ada sekarang." Adrian ketap gigi. Menahan rasa marah yang bersarang dihati.

Ikutkan hati, dah lama Maisara makan pelempang. Tapi kerana kasih dan sayangnya pada Maisara, tidak pernah sekalipun dia naik tangan pada Maisara.

Berbeza sekali layanan yang diterima oleh Juwita. Hanya enam bulan pertama, dia melayan Juwita dengan penuh kelembutan. Tapi selepas pada itu, hanya maki hamun yang Juwita terima.

Tak cukup dengan tu, kaki tangan juga memainkan peranan. Menyakiti dan terus menyakiti tubuh gadis itu sehingga dia meragut perawan Juwita tanpa kerelaannya.

"You jangan berani nak perbodohkan I, Ad. Nahas you nanti." Maisara terus mencapai tas tangannya dan terus beredar.

Maisara tak boleh tewas. Perjuangannya belum berakhir. Juwita perlu lebih menderita dan Juwita tak layak hidup di muka bumi ini selepas meragut nyawa abangnya.

Maisara tekad. Hutang nyawa dibalas nyawa. Biar apa pun cagarannya. Kali ini, dia akan bertindak sendiri tanpa bantuan Adrian.

Langkah pertama, Haris. Dia perlu rapat dengan Haris. Dia perlu hancurkan hati Juwita seperti mana hancurnya hati dia ketika melihat kemesraan Adrian dan Juwita dulu.

Meskipun percintaan mereka adalah salah satu dari rancangannya, namun dia tidak betah melihat kemesraan mereka.

Malah adakalanya Adrian melayani Juwita melebihi apa yang sepatutnya Juwita terima. Geram dengan tingkah Adrian yang seakan mula jatuh cinta pada Juwita, Maisara buat perjanjian baru dengan Adrian.

Elaun bulanannya akan ditarik jika Adrian tidak menghancurkan hidup Juwita. Maisara mengarahkan Adrian memperkosa Juwita dan merakam perbuatan terkutuk tu.

Sangkanya Juwita akan bunuh diri kerana tidak dapat terima apa yang telah dilakukan oleh Adrian tapi dia silap. Juwita bangkit menjadi seorang yang sangat kasar.

Maisara memandu kereta menuju ke restoren yang selalu dikunjungi Haris ketika makan tengah hari. Apa pun jadi, misi dia perlu dilaksanakan hari itu juga.

Namun sayang, setelah hampir setengah jam menunggu bayangan Haris tidak juga kelihatan. Maisara merengus geram.

"Tak apa Haris. Lain kali kita pasti berjumpa. I takkan lepaskan you." Maisara ketawa sendiri.

ZAITUN mengusap lembut rambut Juwita. Syukurlah akhirnya Juwita sedar.

"Bu, Ju nak balik." Juwita mengatakan hasratnya. Dia tidak betah berada di hospital.

"Boleh Ju. Pagi tadi doktor kata Ju boleh balik hari ni. Kita tunggu uncle datang ye. Hari ni kita balik rumah uncle." Juwita kerut dahi.

"Ju nak balik rumah kita. Ju tak nak pergi rumah uncle. Tu bukan rumah kita, bu." Juwita mula protes.

Dia malu. Malu bila video itu sampai ke tangan Haris. Tanpa sedar air matanya menitik. Tersedu-sedu dia menangis. Terkejut Zaitun dengan reaksi Juwita.

Hati ibu mana tidak tersayat melihat anaknya merintih begitu. Zaitun segera memeluk erat Juwita. Zaitun mengusap lembut belakangnya. Mengharapkan Juwita kembali tenang.

"Syhhh... dah Ju. Jangan nangis. Nanti kita sama-sama selesaikan masalah ni ye." Zaitun memujuk.

Bagai dentuman hali lintar yang berdentum hebat, kata-kata Zaitun membuatkan jantung Juwita berdegup kencang.

Tubuh Juwita kaku. Tiada lagi esakan. Bagai mengerti apa yang berada dalam fikiran Juwita, Zaitun mengeratkan lagi pelukannya.

"Kenapa anak ibu tanggung sorang-sorang? Kenapa tak terus terang dengan ibu?" Zaitun mengawal sebak. Dia harus kuat supaya Juwita turut kuat.

Zaitun meleraikan pelukannya lalu memandang tepat ke wajah Juwita. Dia ingin melihat reaksi anaknya itu. Kosong. Wajah Juwita tidak beriak. Zaitun gusar. Gusar sejarah lama berulang kembali. Dia tidak sanggup berdepan kembali dengan kemurungan Juwita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience