BL11

Humor Series 177133

FARAH mula mencuci solekan di wajahnya. Nasib baik solekan itu tidak tebal jadi mudah untuk dia membersihkan tanpa bersusah payah menanggalkannya.

Beberapa minit berada dihadapan cermin membersihkan wajah. Bunyi pintu yang dibuka dari luar menarik perhatiannya.

Gib masuk ke dalam bilik masih dengan persalinan Taxedo berwarna hitam. Bibir Farah menguntum senyuman.

"Hai Habibi.." Tegur Farah kepada Gib yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya.

"Ya Humaira.."Jawab Gib meleret.

"Auch! So sweet."Usik Farah. Dia meletakkan tangan kanan ke dada.

Langkah Gib diatur ke arah isterinya yang masih berada dihadapan meja solek. Tangannya dilingkar ke pinggang ramping milik Farah lalu dagunya diletakkan ke atas bahu isterinya itu.
Haruman yang masih melekat pada sang isteri di hidu dalam.

"Now you are mine sayang.."Ujar Gib perlahan. Pelukan di pingang Farah di eratkan. Jujur dahulu dia ragu-ragu untuk menyentuh Farah, Sekarang itu sudah tidak menjadi kerisauan lagi.

Kerana Puteri Farah Najwa sudah menjadi miliknya. Halal untuknya.

"And You are mine too. Kau selamanya milik Farah Najwa Faham?.." Farah memalingkan tubuh menghadap lelaki yang sudah menjadi suaminya.

Gib tersenyum gembira. Walaupun perkara lepas sangat membimbangkannya, namun dia yakin Farah akan menerima dirinya.

"Pergi mandi dulu lepas ni boleh rehat mesti penatkan."

"Okey sayang." Dahi Farah dicium mesra lalu dia mula melangkah ke arah tandas.

"Tak nak mandi sekali?" Baru beberapa langkah, dia berpaling kembali. Sengaja mahu mengusik Farah yang sudah membahang malu.

"No!"

"Betul ni rugi tau." Sebelah keningnya diangkat.

"Semestinya tidak suamiku."

"Haish rugi tau offer sekali je.."

Sabar Farah, sabar...

"Jom rugi pula kalau tolak offerkan."

Gib tergelak kecil lalu dia mengelengkan kepalanya.Ada yang tak keluar bilik air nanti.

"Jangan buat fasal Aku offer main-main je." Beritahu Gib lalu dia melangkah masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.

Terkekek-kekek Farah ketawa. Siapa yang usik siapa ni. Namun sesaat tangannya naik memegang dada. Hanya lelaki itu yang mampu membuatkan jantungnya berdegup tidak normal.

......

MELIHAT Gib berbaring santai di atas katil sambil bermain dengan telefon di tangan, Farah tersenyum jahat lantas tubuhnya melompat ke atas katil buat Gib yang ralit sedikit tersentak.

"Ya Allah sedapnya dapat baring ehrhh.."
Badannya mengeliat membetulkan segala urat yang tegang.

"Kau dah kenapa? Tengah buat acara lompat tinggi ke?" Garang wajah Gib memandang Farah yang sengih tak bersalah.

Rambut wanita itu masih basah, dan badan masih memakai bathrobe menandakan isterinya betul-betul baru keluar dari bilik air.

"Nak baring pun pergilah keringkan rambut
kau dulu sayangku. Nanti basah bantal ni." Gib menegur. Namun berkerut Dahi Gib memandang Farah yang tersengih nakal memandangnya.

Lain macam. Seram!

"Kau tengok apa?"

"Badan kau nampak sexy."Jawab Farah tanpa sedar. Farah mendekatkan dirinya pada Gib. Haruman yang dipakai wanita itu kuat menusuk hidung. Gib teguk air liur.

"Gibran.." Farah angkat wajah memandang lelaki itu.

"Ye sayang."

"Kau pernah ada girlfriend tak?" Soal Farah. Entahlah kenapa perasaan ingin tahu mengenai bermain difikirannya selama dia mengenali lelaki itu.

Gib hanya diam tidak menjawab. Wajah Farah di tatap.

"Is the answer yes Gibran?" Entah kenapa jantung berdetak laju ingin menunggu jawapan lelaki itu.

"Is she prettier than me?."

Mendengar soalan itu serta merta Gib ketawa.

Farah mendongak memandang Gib dengan wajah yang garang. Terhenti tangan Gib yang mengusap rambut isterinya itu.

"Kau lagi cantik sayang."Dahi Farah berkerut. Macam tak Ikhlas.

"Tak tipu ni."Soal Farah lagi.

"Tak."

"Okey!" Farah menempis perlahan tangan Gib di kepalanya sebelum bangun dari katil. Namun belum sempat dia ingin mula melangkah Gib menahan.

"Merajuk?"

"Taklah Aku nak pakai baju."

Buk!!

Tubuh Farah terhempas di atas dada Gib. Bulat mata wanita itu memandang senyuman herot Gib yang seperti tidak bersalah.

"Tak payah pakai nanti nak buka juga..."

"Dah nak buka kenapa pulak!" soal Farah Hairan.

"Kenapa Slow sangat ni.."

Pelukkan pada pingang Farah di eratkan. Aroma bauan manis yang terbit dari tubuh Farah menaikkan lagi nafsunya. Gib menyentuh lembut wajah Farah sebelum mengucup lembut dahi isterinya.

Farah mula merasa gementar. Dia mula Faham apa yang suaminya inginkan.

"Kejap! Nak pakai baju tidur aku baru aritu. membazir je beli kalau tak guna...Upss." Farah menutup mulutnya. Kantoi pulak, Tapi rugi lah dah beli baju tidur cantik-cantik tapi tak pakai pula.

"Wowww...But.... Seriously i can't wait mon amour (my love)" Tubuh Farah di naikkan sedikit tinggi hanya beberapa inci saja wajah mereka terpisah.

"I will make you remember every moment and my touch tonight..Sayang" Bisikan hangat Gib di telinga buat Farah.

"Bismillah......Assalamualaikum sayang."

.....

Gib membuka matanya perlahan ketika pagi sudah tiba. Badannya terasa lenguh di bahagian kiri.Perkara pertama yang terhidang di depan matanya ialah wajah tidur Farah yang terlihat sangat lena dalam pelukannya.

Gib melirik tangannya yang sedang melingkari pinggang isterinya itu. Senyuman terukir di bibir saat mengingati peristiwa malam tadi.

Puteri Farah Najwa. She really something. Bila berada dekat dengan gadis itu, hati dia rasa sangat tenang.

Tidak pernah dia merasakan tenang seperti ini dengan mana-mana perempuan hatta ketika dia bersama Neyla dulu.

Gib menurunkan pandangannya dan matanya langsung tertuju pada bahu Farah yang masih terdedah. Gib hujung bibirnya di gigit. Nafasnya di tarik dalam. Pandangannya perlahan turun ke bawah.

Tanpa sedar liurnya menelan.

Pinggang Farah di ramas perlahan dengan tangan kanannya. Haruman yang terbit dari rambut Farah di hidu dalam.

Farah bergerak perlahan.

Terhenti terus ramasan Gib pada pinggang itu bila merasakan pergerakan dari Farah.

Farah mengerakkan tubuhnya sedikit. Wajahnya berkerut. Tidak lama kemudian matanya terbuka dan gadis itu sudah terjaga sepenuhnya.

Farah mengeliat membetulkan urat tubuhnya. Usai itu Dia mendongak memandang wajah Gib yang masih menutup mata. Dia tersenyum sendiri apabila tersedar masih dalam di dalam pelukkan Gib.

Wajah tampan suaminya di pandang. Tangannya naik menyentuh lembut wajah itu. Dan perlahan-lahan turun ke bahu. Farah merapat tubuhnya pada Gib. Pipi kiri sang suami di cium lembut dan beralih pula pada sebelah kanan. Setelah itu dia tersenyum sendiri.

Farah kembali merapatkan wajahnya hanya seinci dari bibir lelaki itu.

"My Handsome Habibi."

Bibir Gib di cium laju dan Cepat-cepat dia bangun. Mujur dia sedar sebelum Gib. Kalau tidak, malu lah dia kalau Gib menangkap perbuatannya itu.

Tanpa Farah sedar lelaki itu sudah terjaga sebelumnya. Gib sembunyikan senyum melihat tingkah Farah.

Baru sahaja Farh ingin melangkah keluar. Terasa pergelangannnya di capai Gib.

Farah memandang tangan lelaki itu di pergelangan tangannya sebelum memandang wajah Gib.

"Awal lagi." Mendengar perkataan itu sahaja mampu membuat hati Farah menahan debar. Gib mengamit tangan Isterinya kembali semula berbaring di atas katil.

Farah hanya menurut tanpa membantah.
Dengan wajah Gib menghadap ke arah Arahnya. Dan tangan lelaki itu semakin menurun ke perut Farah.

Dia cuba mengabaikan rasa ini. Jantung dia berdegup laju. Sejak semalam suaminya mampu membuat jantungnya berdegup laju setiap detik.

"Abang tak sabar nak tengok zuriat kita."

Share this novel

Nur Azlina
2022-07-18 22:16:19 

tq update selamat pengantin baru Gib dan farah.


NovelPlus Premium

The best ads free experience