Bab 46

Romance Completed 207871

"Sayang, abang keluar dulu. Fahmi dah sampai tu" Caden memanggil Intan.

Terkocoh-kocoh Intan keluar dari dapur.

"Hati-hati ye abang. Love you" kata Intan sambil tangan Caden disalam.

"Love you too sayang" balas Caden lalu dilabuhkan ciuman di dahi Intan.

Baru Caden mahu memulakan langkah, dia berpatah balik dan menarik Intan dalam pelukan. Erat pelukannya.

"Abang.. Kenapa ni?" soal Intan pelik.

"Tak ada apa sayang. I just miss you" ucap Caden lalu bibir Intan dicium lama.

"Abang pergi dulu. Sayang dah sampai pejabat, whtasapp abang okey" pesan Caden.

"Okey abang" balas Intan lalu mengikut Caden ke muka pintu.

Fahmi yang sudah bersedia mengambil briefcase dari Caden lalu membukakan pintu untuk Caden.

Intan menanti di pintu sehingga kereta dinaiki Caden hingga hilang di pandangan.

Setelah Caden ke pejabat, Intan pula bersiap untuk ke pejabat. Jam tujuh pagi Intan sudah bertolak dari rumah.

Hari ni dia perlu ke stor senjatapi untuk mengambil semula senjatapinya tempoh hari.

Kereta dipandu menuju ke Cawangan Persenjataan Shah Alam. Setelah senjatapi diambil, terus disisipkan pada hoster di pinggang bersama megazine yang sudah diisi peluru.

"Puan, peluru dalam chamber semua saya dah tukar baru cuma nanti bila ada latihan tembak, Puan kena hadir untuk penilaian ye" terang anggota yang bertugas.

"Bila latihannya?" soal Intan.

"Tak silap saya pertengahan bulan atau hujung bulan ni" jawab anggota tersebut.

"Baik, terima kasih Cik" kata Intan lalu keluar dan menuju ke tempat kereta diparkir.

Pemanduan diteruskan menuju ke IPK Selangor.

Sampai sahaja di kawasan IPK Selangor, Intan memakir keretanya di petak parking dan berjalan masuk melalui pintu hadapan dan terus memanjat tangga menuju ke pejabat.

Lelah dilepaskan di kerusi pejabatnya.

Tok tok tok

"Masuk"

"Assalamualaikum Puan"

"Ye Lim, ada apa?" soal Intan lalu tegak duduknya.

"Ada roll call petang ni jam 1400hrs, Tuan Saiful chair meeting" kata Lim.

"Ada ops ke?" soal Intan.

"Macam tu lah apa yang saya dengar. Katanya ada kaitan dengan suspek kes Puan di hotel tu" terang Lim.

"Okey. Terima kasih Lim" kata Intan.

Sebaik Lim keluar, Intan terus melangkah keluar menuju ke pejabat Tuan Aniq.

Tok tok tok

"Masuk"

"Assalamualaikum Tuan Aniq, Tuan Syam" sapa Intan.

"Duduklah" pelawa Aniq.

"Tuan, saya nak tanya sikit boleh tak?" soal Intan pada Aniq.

"Tanya apa?" jawab Aniq.

"Hm.. OKT yang kena tangkap di hotel tempoh hari masih dalam tahanan atau dah jamin?" soal Intan.

"Naim? Masih dalam tahanan. Kebetulan dia dibawa ke sini. Eloklah kita pergi sekali kalau awak nak jumpa juga" jawab Aniq.

Intan mengangguk lalu bangun dan beredar bersama Aniq dan Syam ke bilik soal siasat di tingkat bawah.

Sebaik tiba, senjatapi dan telefon bimbit ditinggalkan di tempat yang telah disediakan.

Bunyi menandakan pintu sudah unlock.

Aniq dan Syam mendahului dan diikuti Intan di belakang.

Di sebalik cermin pandang sehala itu dilihat Naim sedang menunduk kepalanya di atas meja.

"Mari, saya dan Syam temankan" ajak Aniq.

Setelah pintu dibuka, Intan bersama Aniq dan Syam masuk. Naim perlahan mengangkat kepala.

Tersengih bibirnya yang bengkak.

"Aku ingatkan dah mati. Liat juga nyawa kau ni" Naim ketawa.

"Kau nak apa jumpa aku?" tak padan dengan tangan bergari, sombong.

"Mana Cleine?" sepatah Intan bertanya.

Dipandang tajam wajah Naim di depan.

Tiba-tiba Naim ketawa.

"Kau bodoh ke apa? Manalah aku tau, aku dah dua minggu duduk dalam ni. Carilah sendiri" ejek Naim.

Kuat Intan mendengus.

"Hebat kau kan, dah lama kitaorang beroperasi tak pernah kantoi. Datang je kau, habis hancur."

"Tapi perempuan macam kau, aku tak heran, nak dapatkan maklumat punya pasal, badan pun sanggup kau jual. Silap haribulan dah lunyai Caden tutuh"

Buk

Terpaling muka Naim.

"Kau jangan nak kurang ajar, mentang-mentang aku bagi kau bercakap, macam-macam yang keluar" jerit Intan.

Menggeletar tangannya geram.

Naim tersengih dengan darah di mulut.

"Apa, tak betul aku cakap."

"Malang la kau dapat Caden. Kau tau tak dia tu suka main belakang?" soal Naim.

Terkejut Intan dengan kata-kata Naim. Biar betul.

"Apa, tak percaya? Kau tanya la Carlos partner dia tu, sedap tak main dengan jantan" kuat Naim ketawa.

"Tak guna kau"

Sekali lagi Intan menghayun penumbuk ke wajah Naim.

Buk

Tangan Syam sudah naik memegang bahu Intan.

"Lepas lah"

Naim ketawa lagi. Sengaja menyakitkan hati.

"Kat tempat kau bolehlah sombong, datang tempat aku tengok. Tau la aku ajar perempuan macam kau ni. Tak bangun aku kerjakan" terjelir-jelir lidah Naim sambil menjilat bibir yang berdarah.

Ee.. Gila!

"Lagi sekali aku tanya, Cleine ada mana?" kuat Intan menepuk meja.

"Kau tanya la suami gay kau tu" lagi kuat Naim ketawa.

Celaka.

Baru Intan nak hayun sekali lagi, pantas Aniq memegang lengan Intan.

"Hish" marah Intan.

Ikut hati memang mati Naim Intan kerjakan. Tajam Naim dipandang.

"Intan, awak keluar dulu. Syam, bawa Intan keluar" arah Aniq.

Syam mengangguk lalu Intan ditarik keluar. Kalau dibiar mahu hancur muka Naim. Intan ni boleh tahan juga baran dia.

Naim melihat sahaja Intan yang melangkah keluar sambil menjilat-jilat bibirnya, dah macam orang gila seks pun ada.

Sebaik keluar dari bilik soal siasat, Syam mengajak Intan ke cafe untuk sarapan.

Sampai di cafe Intan hanya mengambil sebiji karipap dan teh tarik.

Syam memilih meja dibahagian hujung cafe.

"Awak okey ke ni?" soal Syam.

Garang juga minah ni, sekali dua biji dia bubuh kat Naim. Macam mana la kat rumah agaknya.. Syam berfikir sendiri.

"Awak dah tergeleng-geleng ni kenapa Tuan Syam?" soal Intan pelik.

"Hah, tak ada apa, sakit leher" Syam menutup malu.

Tu la mengata orang lagi.

Intan melihat belakang tangannya yang dibasuh tadi. Terkesan merah.

"Dia memang tak tau Cleine kat mana ke?" soal Intan sambil menghirup teh tarik.

"Dah puas tanya, jawapan dia memang tak tahu. Tapi saya dapat rasa yang Naim memang tak tahu Cleine di mana sebab Cleine dapat pertolongan dari luar" terang Syam lalu nasi goreng disuap ke mulut.

"Pertolongan dari luar, maksud awak?" soal Intan lagi.

"Orang yang tiada kaitan dengan aktiviti dia. Pandai menutup jejak" Syam jelaskan.

"Payah la macam ni. Habis tu berapa lama lagi nak tahan Naim?" tanya Intan.

Kuih karipap sudah selamat masuk ke perut. Jadilah buat alas perut sebelum makan tengah hari.

"Dia kita nak tuduh bawah Akta Pencegahan Jenayah, tu reman tahanan bersambung-sambung. Banyak kes Naim ni. Orang kanan Cleine dan berpengaruh"

Intan hanya diam sambil menikmati teh tarik yang masih ada separuh gelas.

"Awak fikir apa? Jangn dengarlah apa yang Naim cakap tu. Mengarut je" kata Syam pula.

"Mana awak tau mengarut?" soal Intan sambil wajah Syam dipandang tepat.

Naik malu pula Syam bila Intan pandang dia begitu.

"Sepatutnya awak lebih tahu siapa Caden. Jangan terpengaruh dengan apa yang Naim cakapkan tu. Dia sengaja nak menimbulkan masalah antara awak dan Caden." terang Syam.

"Sebelum ni pun ada juga yang cakap saya dan Tuan Aniq kunyit" kata Syam lalu tersenyum.

Sebut kunyit, ingat Yus. Tersengih sendiri Syam.

"Tadi geleng kepala, ni dah senyum sorang-sorang pulak. Tuan Syam ni sihat ke tak?" soal Intan, pelik pulak Syam hari ni.

"Teringat kisah lama. Hm.. Pesan saya, jangan dengar apa yang Naim cakap tu. Awak patut lebih kenal siapa Caden" nasihat Syam.

Intan hanya mengangguk perlahan.

Tapi... Betul ke Caden dengan Carlos?

Ish, tak boleh terima aku.

Share this novel

liyana
2021-02-13 20:56:41 

tetibe teringat yus melatah abang kunyit


NovelPlus Premium

The best ads free experience