BAB 4

Family Completed 6753

PINTU bilik dibuka. Dia melangkah keluar mendapatkan si isteri yang
sedang menonton filem Dilwale di tv LED Samsung 32 inci di ruang tamu
atas. Sejak memuat turun cerita itu, entah sudah berapa kali isterinya
mengulang tengok, sampai dia terasa nak /migrain./ Balik-balik muka Shah
Rukh Khan, Kajol. Nasib baik dia tak terkojol! “Sayang, nampak/phone/
abang tak? cari kat bilik tak jumpa /pulak.../”
“Entah tak nampak pun.” Mata Halilah langsung tak beralih dari skrin.
tengah /scene /mendebarkan kot... mana boleh hilang fokus!
Bersinar-sinar matanya melihat aksi Kajol mencapai pistol daripada orang
bawahannya. /Pergh,/ cara ambil pistol pun nampak bergaya habis! Cantik
sangat Kajol dalam cerita ni.
“Pinjam /phone/ sayang kejap, nak /call/ nombor abang.” Azril capai
telefon pintar isterinya di sofa dan mecari nama The Chosen One di
bahagian /contacts./ Berkerut dahinya apabila tiada nama itu. Malas mahu
bertanya, dia terus menekan sendiri nombornya. Terbeliak matanya melihat
nama Ramlal yang tertera.
Beberapa saat kemudian telinganya tertangkap bunyi telefon pintar di
bilik kerja. Laju kakinya melangkah. Dan sekali lagi dia terkejut
melihat nama si pemanggil di telefon pintarnya. Pogo. Memang teruk
sangat dah angau isterinya pada cerita Dilwale. Entah bila masa Halilah
menukarnya.
“Kenapa sayang tukar nama kat /phone/ ni?” Azril bercekak pinggang di
depan Halilah. Memang dia tak puas hati! Elok-elok dia letak nama My
Soulmate, ditukarnya nama entah apa-apa. Pogo la kononnn…
“/Hehehe.../ /sweet/ kan nama tu? Ramlal-Pogo. Nak jugak /fefeeling
/SRKajol.” Halilah tayang senyum comel.
Terlopong mulut Azril mendengar jawapan Halilah. “/Sweet?/ /Heh...
/tak/sweet/ langsung! Tengok nama tu asyik buat abang teringat kat
cerita tu /je./ Nak muntah hijau dah abang teman sayang tengok cerita
tu. Abang nak sayang tukar balik nama asal kat /phone /sayang ni.”
“Elehhhh... nak muntah hijau kononnn... yang /ringtone /abang guna lagu
Janam Janam tak terasa nak muntah hijau /pulak?/ Dalam bilik air pun
asyik nyanyi lagu tu /je. Fefeeling/ jadi Kaali ke /cemana?/” Halilah
menjungkit kening sambil tersenyum mengusik. Paku dulang paku serpih
betul laki dia ni.
/Disyum! Disyum!/
Azril terasa mukanya ditumbuk Shah Rukh Khan versi Kaali. /Haihhh.../
dia pula yang terkena! “Tutup cerita tu, jom solat zohor. Lepas tu
mengaji. Kata nak khatam Quran sama-sama sepanjang bulan puasa ni.
Selalu sangat tengok Dilwale, nanti muka anak kita pun dah macam muka
dia orang.” Dia melangkah ke bilik.
“Okey apa kalau muka anak ikut muka SRK. Sedap sikit mata ni tengok.”
Halilah menutup suis televisyen.
Terhenti langkah Azril. Dia berpaling memandang si isteri. “Amboi… kalau
anak ikut muka abang menyakitkan mata memandanglah eh?” Geram pula dia
mendengar kata-kata isterinya.
Halilah tersengih. “Eh bukan… abang pun /handsome jugak /tapi kalah
sikit dengan SRK. /Hehehe…/ jangan marah ya, bang… bulan puasa ni.”
Azril mengetap gigi. Nasib baik ada wuduk, kalau tak, dia dah pulas
telinga Halilah. “Pergi ambil wuduk cepat, karang ada yang abang tak
/bawak /pergi beli barang dapur nanti.”
“Baik, bos…” Halilah melangkah ke bilik. Buatnya suaminya batalkan
rancangan untuk beli barang dapur, apa yang nak dimakan untuk sahur esok?
*****
“CEPATLAH sikit tolak troli tu. Hesy, abang ni lambatlah!” Halilah
mendengus.
Terjegil mata Azril. Troli yang sarat dengan barang dapur itu dipandang.
Ingat troli ni ringan ke nak tolak cepat-cepat? “Eyla, tak payahlah
jalan laju sangat. lngat sikit Eyla tu mengandung. Karang jatuh, abang
/jugak/ yang susah.”
Namun teguran Azril langsung tak diendahkan. Mata Halilah mula
bersinar-sinar apabila ternampak beras dari pelbagai jenama. “/Hmmm.../
wanginya bau beras-beras ni, bang... rasa nak koyak-koyakkan /je/
plastik beras tu, lepas tu makan.”
Macam nak tercekik air liur Azril dibuatnya. Haru sungguh isterinya ini.
“Eyla jangan nak buat pasal...tengah bulan puasa ni. Jom cari barang.
Beras ni tak payah, kat rumah banyak lagi.”
“Eh, Suk Yin!”
Azril menoleh apabila mendengar Halilah menyebut nama jiran mereka. Dia
bersalam dengan Alson, suami Suk Yin.
Mata Halilah ralit memandang tiga kampit beras di dalam troli milik Suk
Yin. “Tu ke beras yang awak bagi saya makan hari tu?”
“/Yup,/ beras Basmathi. Sedap, kan?”
“Banyaknya beli? Stok untuk tiga bulan ke?” Berkerut dahi Azril. Tinggal
berdua tapi beli beras macam tinggal berenam pula!
“/No/ la. Isteri saya ni hobi dia makan beras. Dua kampit tu habis kat
dia /jelah./ Kan/, lou po…/” Alson menjeling Suk Yin.
“Dah I suka makan beras, nak buat macam mana? Kalau sehari tak mengunyah
beras rasa lain macam. Samalah macam /lou kong./ Sehari tak merokok rasa
macam putus cinta, kan? Sakitnya/tuh/ di sini, di dalam tekakku.” Suk
Yin membawa jari telunjuk ke lehernya. Sengaja ulang jawapan yang Alson
berikan ketika dia meminta suaminya berhenti merokok.
Muka Alson terasa panas. Dia pula yang terkena. Dia tersengih memandang
Azril dan Halilah yang ketawa.
“Eyla nak beli /jugaklah./” Halilah berjalan ke susunan beras Basmathi.
“Kan abang kata tak payah. Beras kat rumah pun banyak lagilah.” Azril
menahan lengan Halilah.
“Yang ni untuk stok Eyla. kalau letak sikit dalam mangkuk Hello Kitty
barulah bersemangat nak mengunyah!” Halilah tayang muka comel.
Namun Azril langsung tak terkesan. “Tak laku pun jual muka comel macam
tu. Tak payah membazir. Tak eloklah makan beras. Ada yang dapat penyakit
macam-macam tau bila makan beras.”
“Haah, dulu Suk Yin pernah kena anemia sebab selalu makan beras. Sampai
doktor nasihatkan suruh dia berhenti makan beras tapi dia ni degil.
Berhenti sekejap /je, /lepas tu bila dah sihat, dia makan balik,” ujar
Alson.
“Hah, dengar tu. Eyla tak takut ke?” Makin risau pula Azril mendengarnya.
“Tapi Wawa Zainal okey /je?/” Halilah tetap dengan perangai degilnya.
Azril mengerut dahi. “Kenapa nak babitkan nama pelakon tu /pulak/ ni?”
“Masa mengandung anak kedua, Wawa tu mengidam makan beras /jugak./
Tengok sihat /je /dia dengan anak perempuan dia.”
Azril tak tahu mahu membalas apa lagi. Kalau dah namanya hantu beras,
nak dihalang pun tak adanya dia nak dengar. “Okey… kalau Eyla nak makan
beras sangat abang boleh bagi tapi tak payahlah beli beras Basmathi ni.
Makan /je /beras kat rumah tu.”
“Alah… beras Basmathi ni lagi sedap dari beras kat rumah tu. Beli satu
eh?” Halilah mengerdip-ngerdipkan mata.
“Tak payah. Selama ni elok /je /abang tengok Eyla kunyah beras tu. Tak
ada pun kata tak sedap ke apa.”
Muncung mulut Halilah mendengar kata putus Azril.
“Tak payahlah nak buat muka tenuk macam tu kat depan Suk Yin dengan
Alson. Tu dah kira okey abang bagi makan beras kat rumah. Karang abang
tak bagi makan langsung beras kat rumah tu baru tahu.”
“Yalah… yalah… jomlah cari barang lain. Kita orang gerak dulu ya, Suk
Yin, Alson.” Halilah mengukir senyum kepada jirannya.
“Air kotak banana uyu kat mana eh?” Mata Azril melilau mencari air susu
Korea. Kawan kerjanya ada kata, air susu itu ada dijual di NSK.
“Sejak bila abang suka minum air susu Korea ni?”
“Dari hari tu tekak terasa nak minum air tu. Sampai termimpi-mimpi
lagi.” Bersinar mata Azril apabila ternampak benda yang dicari. “Hah,
tu dia.” Laju dia menolak troli ke arah susunan air kotak itu.
Halilah senyum. Perutnya yang sudah membesar sedikit diusap perlahan.
“Tengok tu, /baby… /mama yang mengandung, papa /pulak /yang /over
/mengidam. Mama okey lagi mengidam beras tapi papa mengidam nak minum
air dari negara Korea /pulak /tu!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience