“BERJALAN dia ke kota, tersenyum manis dia melangkah, jelingan yang manja…” Aisyah menyanyi kegembiraan. Hari ni mood dia begitu gembira. Mana kan tidak umi dan babanya sudah duduk semula dengannya di rumah itu. Sebelum ini, umi dan babanya duduk di rumah abangnya di Kelantan kerana mahu membantu abangnya dan kakak iparnya menjaga 3 orang anak kecilnya itu.
Gincu berwarna merah pekat dicapai dan dioleskan ke bibirnya yang sedikit pucat itu. “Nah… kan cantik tu. Jah, siapa yang manis tu?
“Yang mana?” Aisyah melakonkan pelbagai watak di depan cermin.
“Ala, yang duduk dekat hujung taman perumahan kita tu.” Aisyah menukar kepada satu karekter lain.
Aisyah tergelak malu. “Itu anak akulah. Dialah gadis manis hujung taman yang kau katakan tu.”
Aisyah tergelak besar dan terhibur dengan drama sendirinya itu. “Makin gila aku rasanya. Tak apalah, Chah. Perempuan cantik macam kau memang akan jadi bualan.” Lantas dia mencapai beg tangannya dan memandang sekilas sosok tubuhnya di cermin panjang itu. Dia berposing di depan cermin dengan pelbagai gaya. Selepas berpuas hati barulah dia meninggalkan biliknya itu.
“MANA anak awak ni?” tanya Encik Daim sambil memandang tangga di rumah. Puan Kalsom hanya gelengkan kepala.
Tiba-tiba muncul Aisyah dengan wajah girangnya. “Jom pergi kita dah lambat ni,” ajak Aisyah sambil keluar dari rumah dan memakai sandal.
“Dia yang lambat, dia katanya kita anak awak ni,” bebel Puan Kalsom geram. Encik Daim tergelak kecil dan terus saja masuk ke dalam kereta yang sememangnya sudah dihidupkan sejak tadi.
Aisyah terus masuk ke tempat duduk belakang. Puan Kalsom pandang Aisyah yang sudah berada dalam kereta. “Habis tu siapa nak tutup pagar rumah ni?”
“La, Chah ke kena buat? Panaslah…” balas Aisyah sambil saja mahu sakat Puan Kalsom, dia terus saja keluar dari kereta dan tunggu di luar pagar sementara Encik Daim mengeluarkan kereta dari tempat parkir.
Sementara Aisyah melihat Encik Daim mengeluarkan kereta dia terpandangkan lori besar masuk ke kawasan perumahannya dan berhenti di tengah-tengah barisan rumahnya. Mungkin selang dalam 11 buah rumah. Wuu, ada orang pindah sini ke? tanya Aisyah dalam hati.
“Apa yang menung lagi tu? Cepat tutup pagar ni,” kata Encik Daim. Terus saja Aisyah menutup pagar dan masuk ke dalam kereta.
“Ada orang pindah masuk sini ke umi?” tanya Aisyah sambil matanya memandang ke depan mahu melihat di mana lori itu berhenti.
Puan Kalsom mengangguk. “Ha’ah. Rumah Mak Cik Sepiah kau lah. Anak laki dia duduk sini dengan dia semula.”
“Tak sepi dahlah si Sepiah tu ya,” gurau Encik Daim.
Aisyah tergelak dengan lawak ayahnya itu. Namun, ketika kereta Encik Daim melalui hadapan rumah Mak Cik Sepiah mata Aisyah terpandangkan seorang lelaki yang sangat…
“Elok…” Dan ketika itu matanya terpandangkan seorang wajah kanak-kanak perempuan yang memandangnya juga sambil menjeling.
“Eh, budak ni menjeling pulak.” Terkeluar suara Aisyah tak puas hati.
Puan Kalsom pandang belakang. “Kamu ni kenapa?”
“Ada budak jelling Chah, umi.”
“Bukan jeling tu. Mungkin dia nak alih pandang tempat lain. Kita je rasa macam kena jeling,” sampuk Encik Daim berbaik sangka.
Aisyah tak puas hati. “Baru pindah dah cari musuh budak tu.”
Puan Kalsom dan Encik Daim tergelak kecil.
Aisyah memalingkan kepalanya ke belakang kereta masih mahu melihat lelaki itu tadi.
“MAMA nak pergi mana ni?” tanya Malik sambil menutup pagar rumah setelah barang-barangnya dipindah masuk ke dalam rumah Puan Sepiah. Nampak je bawak lori tapi sebenarnya barang-barang tidaklah banyak.
“Nak pergi dewan taman ni. Ada kenduri kahwin. etu ataman ni punya anak, Pak Man. Jomlah, kalau nak pergi,” ajak Puan Sepiah.
Malik garu kepala. Dia sememangnya malas nak keluar rumah tapi bila dipandangnya Damia dia hanya mampu mengangguk.
“Nanti-nanti jelah kemas. Jom bergaul dengan orang sini. Tak rugi apa pun, Malik.” Puan Sepiah masih mengajak.
“Jomlah,” ajak Damia pulak. “Damia bosanlah kat rumah ni. Mainan pun ada dalam kotak. Phone pulak ayah kata Mia dah habis kuota.”
Malik menghela nafas. Dan, dia mengangguk tanda setuju. Damia terus melompat kegembiraan. Dia sudah tak sabar untuk menaiki kereta. Malik tersenyum melihat dua orang kesayangannya itu gelak ketawa.
AISYAH memaniskan mukanya apabila ada saja mak cik-mak cik yang menyapanya.
“Kemain anak baba ni. Popular sungguh semua orang menyapa dia.” Tergelak Encik Daim dengan teletah anaknya. Sememangnya anaknya Aisyah memang disukai ramai.
“Nak caras umi.” Bersahaja Aisyah membalasnya.
Puan Kalsom menjeling anak daranya itu. Ada dia kahwinkan si Aisyah dengan mana-mana lelaki nanti. Tak cari pasal dengan dia memang tidak sah!
“Ba, kalau one day Aisyah kahwin. Aisyah tak nak jemput ramai macam ni boleh tak?” tanya Aisyah secara tiba-tiba.
Encik Daim dan Puan Kalsom serentak memandang Aisyah.
“Bukan apa. Aisyah rasa macam memenatkan. Kesian baba dengan umi nak kena layan tetamu. Dahlah ada kena siapkan persiapan tu dah memenatkan, waktu wedding tu lagi tambah penat. Dan, lepas wedding tu lagi. Fuh, tengah cakap sekarang ni pun rasa dah penat.” Aisyah terus meneguk air di hadapannya.
“Penat yang menyeronokkan Aisyah Hidayah. Dapat berkumpul ramai-ramai, beramah mesra, dalam waktu yang sama kita sedang bersedekah sebab kita nakkan doa daripada orang-orang yang datang tu. Betapa ramai yang akan mendoakan kebahagiaan Aisyah masa tu. Doa tu yang semua orang nak,” balas Encik Daim lembut.
Aisyah suka berborak dengan babanya. Babanya sangat lembut dalam berkata-kata. Manakala uminya, seorang yang garang dan terlalu tradisional mungkin. Dan, seperti yang semua orang tahu bukankah berpasangan ini saling melengkapi. Begitulah umi dan baba Aisyah.
“Artis yang kahwin ajak ramai-ramai tu pun bercerai, baba. Chah cuma mahukan, tagihkan doa umi dan baba je. Sebab baba sendiri cakap doa ibu bapa ni tak ada hijab,” bidas Aisyah.
Encik Daim mengangguk. “Chah, selepas berusaha dan berdoa. Apa yang kita perlu buat?” tanya Encik Daim.
“Tawakal.” Pantas Aisyah menjawab dan sekali gus dia memahami apa yang ingin babanya sampaikan. Dia mengangguk. Benarlah, apa sahaja yang kita lakukan di muka bumi ini berusaha, berdoa dan terakhir bertawakal lah.
“Alhamdulillah dah dapat hidayah jawapan dah. Tak sia-sia saya letakkan nama Hidayah kat belakang nama dia,” sampuk Puan Kalsom yang dari tadi hanya memasang telinga perbualan dua beranak itu.
Aisyah tergelak. “Terima kasih umi sebab bagi nama Hidayah ni…” Mata Aisyah tiba-tiba sahaja dapat menangkap satu sosok tubuh yang membuatkan matanya terpaku di satu tempat.
Makin lama sosok tu semakin mendekati meja mereka.
“Sepiah…” panggil Puan Kalsom dengan mesra.
“Dah habis makan dah kamu semua ni,” kata Puan Sepiah sambil tersenyum memandang mereka di meja makan. Bagaikan teringat sesuatu Puan Sepiah terus menarik Malik ke hadapan.
“Ni anak aku, mulai sekarang dia akan tinggal dengan aku. Malik, ni Pak Cik Daim dengan Mak Cik Som.” Puan Sepiah perkenalkan Encik Daim dan Puan Kalsom kepada Malik. Malik bersalaman dengan Encik Daim.
Aisyah bagaikan panas punggung. “Saya anak mereka berdua ni,” sampuk Aisyah tanpa segan-silu.
Malik terpaku. Lalu, mengangguk perlahan.
“Saya ingatkan awak ni Taufiq…”
Malik geleng. “Bukan…”
Aisyah terus sampuk, “Sebab saya Hidayah. Hidayah yang mencari Taufiqnya. Tapi tak apalah, Malik pun Maliklah saya okey je.”
Puan Kalsom jadi geram dengan anak perempuannya ini dia mencubit paha anaknya itu kerana tidak menjaga perlakuan depan anak lelaki orang. Malik pula terus rasa serba tak kena.
Perempuan ni nak try aku ke? getus Malik dalam hati.
“Kamu ni kan Chah suka sangat bergurau tau. Anak acik ni duda anak satu tau. Ni anaknya, Damia,” balas Puan Sepiah mengembalikan suasana kepada suasana yang asal.
Aisyah terdiam sebentar sambil memandang Damia yang sedang memerhatikan sekeliling.
Anak? Ini bukan budak yang jeling aku tu ke? bisik Aisyah dalam hati.
“Oh… Rezeki mama kamu dapat semula peneman di rumah. Alhamdulillah,” kata Encik Daim sambil tersenyum.
Aisyah yang dari tadi hilang terus apa yang dibualkan oleh mereka semua kerana terlalu asyik jatuh cinta pandang pertama dengan Malik. Tapi, bila saja matanya terpandangkan Damia terus saja dia mengeluh.
Buy one free one ke ni?
“TADI kat dewan tu kan mama, perempuan tu anak Pak Cik Daim dengan Cik Som ke? soal Malik sambil menyusun barang di dalam almari. Damia sudah ketiduran di atas katil.
Puan Sepiah memandang Malik sambil mengangguk. “Ramah budak tu. Dia rapat betul dengan ayah dia. Kadang-kadang dorang sekeluarga bawak mama jalan-jalan jugak. Baiklah dorang tu. Kan mama pernah cerita dulu, ada hantar gambar jugak.”
Malik mengangguk perlahan.
“Yang kamu tiba-tiba tanya ni kenapa?” soal Puan Sepiah pelik.
“Eh, mama ni. Tanya je…”
“Orang taman sini panggil dia Gadis Manis Di Hujung Taman,” sambung Puan Sepiah.
Tercekik Malik mendengar nama gelaran gadis itu. Tapi… memang manis pun gadis tu.
“Lagi manis Mia, kan ayah?” Pertanyaan Damia membuatkan Malik tersenyum dan mengangguk.
Hai, Terima kasih baca Gadis Manis Di Hujung Taman. Teruskan support karya Atilia okey. Jangan lupa juga follow facebook Atilia Malik untuk update terikini.
Share this novel