Bab 4

Romance Completed 327063

Aku mengerjapkan mataku beberapa kali. Ku lirik jam tangan ku. Jam kini sudah menunjukkan jam 1 pagi.

Allah aku belum solat Isyak! Nasib baik tak terbabas.

Aku memandang sekelilingku.

Tapi asal lain tempat ni? Maksud aku kenapa jadi bilik vip? Bila bertukar? Siapa angkat aku ke sini? Berbagai-bagai soalan yang bermain di kotak mindaku.

Lalu aku memandang Haikal Aiman yang sedang nyenyak tidur. Kemudian aku bingkas bangun dari sofa lalu kakiku laju melangkah ke dalam tandas.

Selesai sahaja aku mengambil wudhu, aku mengambil sejadah beserta telekung di dalam beg lusuh yang ku bawa dari rumah lalu menghamparkannya.

***

Sebaik sahaja selesai solat, aku melipatnya dan memasukkan kembali ke dalam beg lusuh ku.

Mataku terpandang sehelai kertas yang terletak diatas meja. Tanganku mengambil kertas itu dan ku baca isinya.

Miss Ira,

Aku yang pindah korang ke bilik vip because aku tak nak bila aku nikah ngan kau, takde wali pula kn and FYI, aku juga angkat badan kau. Nasib baik ringan and aku dapat juga 'kebaikan'nya.

From : Airil.

Bulat mataku apabila membaca ayat terakhirnya.

Gila punya mamat! Aku ni masih budak kecik tau. Kalau nak tu, pergilah wanita lain. Gatal, Miang!

Aku mengoyak-ngoyak kertas tersebut menjadi cebisan lalu ku buang ke dalam tong sampah.

Ku atur langkahku menuju ke sofa lalu membaringkan badanku semula. Belum sempat aku menutup mataku, handset ku bergetar menandakan satu pesanan ringkas masuk.

Dengan malas aku membuka pesanan itu.

Meet me at the canteen now! #Airil -Unknown number.

Aku mencebik. Ada pula orang tengah tidur, dia suruh turun jumpa dia kat bawah. Gila lah punya mamat. Hantu kot dia ni?

Aku mengambil sweater milik ku dan hood lalu ku pakai.

"Abang.. Ira turun dulu sekejap je." Bisik ku ditelinga Haikal Aiman. Aku mengucup dahinya.

Mataku meliar di sekeliling kantin tersebut mencari kelibat seseorang. Aku mengambil handset ku dari kocek seluarku. Belum sempat jariku menekan butang hijau untuk mendail nombor Airil, tangan seseorang menutup kedua belah mataku.

Aku kenal bau perfume yang dipakai oleh si dia.

"Encik Airil, apa awak nak?" Tanyaku dengan nada malas. Dia memusingkan badanku menghadapnya. Seketika aku terpaku memandang wajahnya yang putih bersih. Takde jerawat langsung. Kemudian mataku beralih memandang bibirnya yang merah merekah. Lama mataku di sana.

Sedar Ira! Sedar! Jangan sampai kau jatuh cinta.

"Follow me." Dia menarik tanganku. Aku menepisnya kasar.

"Tak boleh PEGANG." Kataku sambil menekankan perkataan pegang.

"Sini je lah kalau nak discuss something." Sambungku sambil berpeluk tubuh. Bukan sombong tapi bagi mengurangkan sedikit kesejukan. Malam ini rasa sejuk sangat macam masuk dalam peti sejuk.

Tanpa ku sangka, Airil mencempung tubuhku masuk ke dalam perut kereta mewah milik Airil.

"Eh encik ni gile ke? Abang saya takkan tinggal macam tu je?" Jeritku lantang sebaik sahaja kereta meluncur laju dijalan raya.

Airil hanya membiarkan jeritanku dan malahan dia semakin melajukan keretanya. Jantungku mula berdegup kencang.

Ya Allah! Aku tak nak mati. Selamatkanlah aku dari mamat gile ni.

"Awak nak saya pergi mana?" Jawabku dengan suara yang bergetar.

Sebaik sahaja kami tiba di kelab malam, Airil separuh mengheretku masuk ke dalam kelab tersebut. Sakit telinga mendengar muzik yang terlampau kuat.

Aku meronta-ronta meminta dilepaskan. Namun segala rontaan dan jeritanku tidak dihiraukan sehinggalah kami tiba di sebuah bilik, tubuhku di hempas di sofa.

Aku mengerang kesakitan kerana rasanya perutku terhantuk dengan tepi sofa. Aku menundukkan kepalaku sambil memegang perutku menahan rasa sakit. Dia menghampiriku lalu menarik daguku mendekat dengan wajah kacaknya.

Deru nafasnya terasa di seluruh permukaan ku.

"Who's that guy?" Tanyanya dingin. Wajah kami hanya berjarak beberapa centi sahaja.

"What do you mean? Which guy?" Tanyaku kembali sambil mengerutkan dahiku. Dia memandangku sinis.

"Don't you dare to pretend that you didn't know anything." katanya sinis. Aku hairan dengan dia ni sebenarnya.

"Okay.. Let me explain it to you Miss Ira. Who's Syed Adam to you? Your boyfriend? Your crush? One of your partner in one night stand?" Sambungnya sinis.

Mataku terus mencerlung memandangnya tajam. Hina sangatkah aku sampai dia sanggup merendahkan harga diriku?

"Sanggup encik merendahkan maruah saya!" Tengkingku tanpa ku sedar. Dia tersenyum sinis.

"What? Your reputation? Bukankah awak langsung takde maruah?" Tekannya keras.

Mataku berkaca-kaca memandangnya. Serendah itu kah di hadapannya? Seorang wanita yang tidak bermaruah apabila berhadapan dengannya. Aku mengepalkan tanganku menahan amarahku. Ingin sahaja aku melayangkan satu tumbukan di muka kacak dia. Biar hancur muka kacak dia tu.

"What? Betul ape? Kau tu kan miskin.. Memang wajarlah kau pernah jual diri kau tu." Hinanya lagi.

Satu tamparan melayang ke pipinya. Dia hanya tersenyum sinis sambil mengusap bekas tamparanku di pipinya.
"Hey! Listen this Mr Arrogant, I'm not that kind of girl and haven't you heard this sentence, 'never judge a book by it's cover' and you Mr, you're rich but arrogant. You know what? Now I'm starting to hate you because of your mouth!" Jeritku dengan nada yang lantang. Puas! Aku puas hati dengan ucapanku.

"So you yelled at me?" Katanya lembut tapi penuh dengan nada mengancam.

Dia menarik daguku dan memagut bibirku kasar. Aku menolak-nolak dada bidangnya tapi usahaku sia-sia.

"A...Airil hmmpp-"

Dia masih memperlakukan ku dengan kasar sehingga..

Bruk.

Aku menumbuk dada bidangnya sehingga dia terdorong ke belakang. Aku mengesat bibirku kasar.

"THAT WAS MY FIRST KISS!" Jeritku geram sambil menangis.

"Encik ni gila tau tak?" Aku menekup wajahku menggunakan kedua belah tanganku. Kemudian aku bingkas bangun meninggalkan dia di dalam bilik tersebut. Aku berlari anak ingin keluar dari tempat tersebut.

Namun belum sempat aku melangkah keluar, seseorang melanggar ku membuatkan aku terduduk di atas lantai.

"Auch."

"Eh Faz, what are you doing here?" Sapanya membuatkan aku terus mendongak memandang wajah cantiknya. Aku memandangnya dari atas bawah.

Ya Allah, pakaian dia betul-betul menjolok mata.

"I.." Aku tidak sanggup meneruskan kata-kataku lagi selain menangis. Dia menarik tanganku lalu memeluk ku.

"Kenapa ni? Ada problem?" Tanyanya lembut. Aku tidak mendapat menjawab soalannya. Aku terus menangis.

"Takpe kita keluar." Ajaknya kemudian lenganku ditarik keluar menuju ke sebuah kerusi yang tidak jauh dari kelab malam itu.

"So tell me, what happened?" Tanyanya lagi. Tangisku sudah mula reda. Yang hanya ada isakan kecil dari ku.

"Ilya promise to me that you will never tell about this to anyone. Promise?"

Ilya mengangguk kecil. Matanya fokus memandangku menunggu aku menceritakan sesuatu perkara.

"Macam ni, you know that I'm not wealthy right?"

Ilya mengangguk lagi. Aku menarik nafasku sedalam mungkin lalu menghembusnya keluar.

"Begini, my brother, Haikal Aiman ada hutang dengan Tengku Airil Hazim. Dia-"

"What Tengku Airil Hazim? Oh my gosh! He's handsome and he's the riches man ever. And you know what? I heard that he will get married soon with someone." Potongnya membuatku merengus geram. Tapi mendengar ayat terakhirnya, aku membeku. Cepat betul gossip tersebar.

"Kau boleh dengar dulu cerita aku?" Marahku. Dia tersengih melihat aku marah dengannya.

"Ah! You know him. So the problem is aku yang akan kahwin dengan dia." Kataku sayu. Aku rasa mesti Ilya terkejut.

Betul sangkaan 100% betul. Reaksinya terkejut mendengar aku akan berkahwin dengan dia.

"Macam mana boleh? Bila? Kenapa tak bagitau aku? Sebab kau kahwin dengan dia? Dan kau kahwin masa umur kau 18 tahun? Gila ke ape?" Betubi-tubi soalan yang terpacul dari mulutnya. Pening aku dibuatnya.

"He forced me and aku kahwin dengan dia sebab nak lunaskan hutang abang akh yang puluhan ribu tu. Yeah you're right. It sounds a little bit crazy." Balasku sebelum menghembuskan nafas berat. Aku seperti terdengar bunyi derapan kaki yang menghampiri kami. Segera aku menoleh ke arah gerangan tersebut.

Sangkaan ku betul lagi. Tengku Airil sedang menghampiri kami dengan pandangan tajamnya. Ilya yang disebelahku diam tidak berkutik. Aku memandang Ilya sekilas. Dah macam mayat dah aku tengok dia.

Airil ingin merentap tanganku tapi sempat ku elak.

"Encik nak apa lagi? Belum puas ke encik nak sakitkan hati saya? Kalau encik tak puas hati hah cepatlah hina saya lagi sampai encik puas!" Kataku agak kasar. Sekali lagi dia memagut lagi bibirku kasar buat seketika. SEKALI LAGI DIDEPAN ILYA!

"Apa ni encik? Gile ke apa?" Tengkingku sebelum mengesat kasar bibirku. Wajahku merah menahan malu.

Najis Mughallazah.

Oh god! I'm addicted with her lips. I can't let go of my eyes from her lips, Jerit hati Airil.

"Gosh.." Kata Ilya perlahan tapi masih jelas kedengaran di telingaku. Bertambah merah wajahku dengan ucapan Ilya. Inilah aku rasa perkara yang paling memalukan.

"Ilya, inform our teacher that I'm not going to school on Monday cuz I need to do something. Don't worry, I will go to school on the next day."

Ilya mengangguk faham.

"Ingat Ira, kau milik aku dan kau tak boleh jumpa ngan lelaki lain selain abang kau, aku dan bodyguard aku. Kalau kau buat juga, siap kau." Bisiknya ditelinga dengan penuh nada ancaman. Aku hanya menjelingnuya sekilas kemudian melangkah pergi.

"Ira, did you bring your money? Are you sure ada taxi pagi-pagi buta ni?" Kata Airil sambil ketawa sinis. Aku menghentak kuat kakiku. Dia meninggalkan ku menuju ke kereta nya yang tidak jauh dari tempat kami berdiri. Aku melambaikan tangan ke arah Ilya dan dia membalas lambaianku.

Aku masuk ke dalam perut kereta tanpa banyak cakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience