Series
                        
4680
                    “ Mama ! Papa ! ”
   Tubuhku bagai direnjat kilat . Hati aku hancur . Kenapa ? Kenapa harus terjadi seperti ini ? Kenapa ! 
   Pintu rumah terbuka luas . Segala perabot rumah hancur berkecai . Darah di sana-sini . 
“ Ma.. Pa.. ”
   Aku terduduk apabila ternampak sekujur tubuh yang sudah terbaring kaku di ruang tamu . Setitis demi setitis air mataku jatuh . Apa yang jadi disini ? 
   Aku mendekati tubuh mama dan papa lalu memeluk mereka . Sejuk . 
   Maafkan Lyn.. Maaf sebab Lyn terlambat.. Maafkan Lyn tak dapat lindungi mama dan papa.. Lyn minta maaf.. 
   Aku menangis semahunya . Sungguh aku tak dapat terima semua ini . Kenapa ? Siapa buat semua ni ?
“ ARGH !! ” tiba-tiba satu jeritan mula kedengaran di ruang dapur .
Suara itu.. Emelya !
   Lantas aku bangun lalu berlari menuju ke dapur . Dan sekali lagi aku terkaku .. 
   Satu makhluk sedang mencengkam leher Emelya dengan kuat . Namun makhluk itu sedang membelakangi aku .
“ Lepaskan dia ! ” jeritku lantang .
  Makhluk itu ketawa sinis . Cengkamannya dilepaskan . 
  Makhluk itu ! Makhluk yang sama seperti aku jumpa di hutan ! Namun tubuhnya lebih besar daripada yang hari tu . 
  Uih kau pergi gym ke ? 
“ Rupanya masih ada yang tertinggal . ” kata makhluk itu .
   Namun sama seperti situasi di hutan . Reaksi makhluk itu berubah menjadi reaksi yang susah aku tafsirkan apabila dia melihat wajah aku .
   Dia kelihatan seperti marah , takut dan bingung . 
“ Cealyn.. ” katanya perlahan .
“ Baik kau pergi sebelum aku bunuh kau . ” kataku perlahan . Entah mengapa perasaan berani mula menguasai diri aku pada masa ini .
“ Tak mungkin ! Cealyn ! Kau dah lama mati ! ”
    Aku terdiam sejenak . Cealyn dah lama mati ? Habis kenapa dia selalu masuk mimpi aku ?
   Tiba-tiba bibirku mengukir senyuman kecil . Senyuman ini .. Senyuman yang selalu dia lakukan dalam mimpi aku . 
   Kenapa dengan aku ni ? Dah gila kah ? 
“ Aku memang dah lama mati . Dan sekarang aku dah kembali . ” kataku .
   Uih ! Apa aku cakap ni ?! Aku rasa ini bukan diri aku yang sebenar . Seolah-olah ada sesuatu yang merasuki diriku .
   Makhluk itu berundur beberapa langkah . Gerun dia melihat senyuman itu . Jadi benarlah apa yang dikatakan di dunia mereka . Cealyn dah kembali ! 
“ Tak mungkin ! ” jerit makhluk itu .
   Secara tiba-tiba dia berlari ke arah aku , tindakannya seperti mahu menyerang . 
   Apabila dia sudah dekat dengan posisi aku , dengan segera aku mengelak . Hm , elak tu memang dapat elak .. Tapi ..
   Malangnya nasib bila aku elak serangan dia tapi kepala aku pula yang terhantuk kuat di bucu meja . Sakit kepala oi .
   Kepala rasa berdenyut . Pandanganku menjadi kelam dan perlahan-lahan tubuh aku rebah . 
“ Aku akan hapuskan kau dan kau tak kan kembali lagi . ”
Makhluk itu mencengkam leher aku dengan kuat . Aku tercungap-cungap mencari nafas . Ini kah pengakhiran hidup aku ? Sadisnya .
Bum !!
   Pintu dapur dihempas kuat . Muncul empat orang lelaki ke arah aku . Aku pun tak tau lah diorang tu manusia atau geng makhluk ni .
   Serta merta cengkaman makhluk itu terlepas . Aku terjatuh di lantai , tinggal menunggu masa untuk pengsan .
“ Cealyn .. Awak okay tak ? ” soal salah seorang dari mereka .
   Mata aku semakin memberat . Semakin lama pandangan aku menjadi gelap . Hanya suara mengerang kesakitan yang aku dapat dengari sebelum semuanya menjadi sunyi sepi . 
   Aku cuma berharap bila aku bangun nanti aku tak hilang ingatan dan semua ini hanya mimpi ngeri .
Share this novel