Topi snow cap di kepalanya di tanggalkan lalu di masukkan dalam tempat simpanan di bawah seat skuter. cermin motorsikal yang senget itu di betulkan semula dan Nurjihan memperkemaskan anak rambut yang menutupi dahi dan separuh matanya yang membuatkan dia rimas.
Skuter itu sudah di tekan butang stater banyak kali tetapi masih tidak boleh hidup.
"Alah, skuter Pia ni buat hal pulak." Nurjihan mengomel sendiri.
"Hai". Suara dari seorang lelaki menyapa.
Matanya di halakan pada suara yang menegurnya itu.
"Dah nak balik ke?". Tanya lelaki itu.
Nurjihan melihat sekelilingnya. Tiada siapa di kawasan parking motorsikal pelajar itu, hanya dia. Kau ! kau la yang dia tegur Nurjihan. Siapa lagi.
"Ye?" . Nurjihan teragak-agak untuk menjawab.
lelaki tadi tersenyum.
"Eh, terima kasih tolong tunjuk kat saya mana pejabat".
Nurjihan mengerutkan dahinya.
"Aik, tadi kan encik dah terima kasih dekat saya?. Lagi sekali?". Hairan Nurjihan jadinya.
Lelaki itu tersenyum sambil menggosok belakang tengkuknya. Alamak dah eh? lupa sudah dia teruja mencari gadis itu.
"Hah, no worries. Kecik punya hal. Banyak ke dapat sale?". Tanya Nurjihan polos.
Lelaki itu terus tergelak. Dia mengganguk tanda mengiakan pertanyaan Nurjihan itu.
Amboi suka sangat dia. Seronok la tu dapat banyak untung sampai cari aku dua kali nak ucap terima kasih.
Setelah banyak kali di asak, skuter itu dapat di hidupkan. "Gerak dulu eh. Bye".
Gadis yang pergi bersama skuter itu di hantar dengan kedua pandangan matanya yang bersinar-sinar.
HAI cik Laila... Nurjihan menyapa laila yang sedang tersenyum ke arahnya menjaga kaunter. Nurjihan bergerak ke arah almari yang meletakkan barang peribadi staf dan dia memakai apron sebagai persediaan untuk memulakan kerjanya di cafe pada pagi itu. Seronok dia kelas habis awal hari ini.
Peralatan di keluarkan dan di susun dengan kemas. Setelah itu Nurjihan bergerak pula untuk menyusun atur kerusi dan meja makan di cafe itu.
"Tara...cafe is open now". Papan tanda 'closed' di pusingkan ke belakang dan di ganti dengan perkataan 'open'.
Nurjihan terpandangkan meja no 8 itu. Sudah lama lelaki yang biasa duduk di situ tidak datang. Kira-kiranya sudah hampir sebulan setengah.
Meskipun dia tidak mengingati rupa lelaki tersebut, namun dia ingat akan setiap inci gaya pemakaian lelaki misteri itu.
Kemana dia? Sejak Nurjihan menegurnya hari itu dia sudah tidak muncul. Agaknya dia itu jenis yang tidak suka di tegur.
"Jihan, ada order tu. caramel macchiato + chocolate drizzle." Kata Laila yang datang ke sebelahnya lantas dia teringatkan lelaki itu. Baru teringat je terus muncul?!
Laju kepalanya mencari orang yang membuat pesanan minuman itu.
Tidak. Bukan dia. Depannya kini adalah seorang wanita.
Nurjihan meneruskan tugaskan menyiapkan kopi itu kepada pelanggan.
Setelah pelanggan itu beredar.. Mata Nurjihan kembali tertancap pada meja no 8. Kemana dia?
Kring...kring..
Laila menjawab panggilan telefon. Di gelengkan kepalanya melihat Nurjihan yang mengelamun hingga tidak mendengarkan bunyi deringan telefon yang ada di sebelahnya itu.
"Okay hold on". Jawab Laila.
"Jihan, ada call untuk kau". Pangil Laila.
Nurjihan mengambil telefon itu. "Yes?".
Terkejut Nurjihan jadinya mendengarkan apa yang di perkataan melalui telefon itu.
"Alhamdulillah. Betul ke ni bos? baiklah, terima kasih". Telefon itu di letakkan semula ke ganggang.
"Kenapa Jihan?". Teruja Laila bertanya melihat raut wajah Nurjihan yang senang itu.
"Laila, kau tau tak..aku kan ada kerja part time jadi maskot kan? so..."
"So apa Jihan?". Laila tidak sabar.
"Ada orang beli jus kotak tu secara borong. Dia beli semua stok untuk bulan ni kau tau tak?! and ... sebabkan orang yang beli tu dia kata kat bos aku yang dia dapat flyers iklan tu dari aku. So.....bos aku bagi cuti hari ni!". Jawab Nurjihan teruja.
"Serius ar ? Omg ...!!". Terlompat-lompat Nurjihan dan Laila keseronokkan mendengarkan khabar baik itu.
"Baiknya la orang yang beli tu. Banyak kotak tu!". Ujar Laila.
Nurjihan mengaru-garu dagunya berfikir.
"Dia nak buat kenduri maybe?". Teka Nurjihan.
"Haah betul juga ya." Laila mengiyakan.
Alhamdulillah rezekinya bulan ini. Nurjihan pulang awal dan dengan riang dia berjalan sambil menjinjing beg plastik berlogo kfc. Pasti Mak Eton kerja overtime hari ini. Niatnya itu mahu makan bersama ibunya.
"Hai Kak Mek, Mak ada?". Tanya Nurjihan pada staf perempuan yang berada di meja receptionist Embara Holdings.
Seperti biasa senyuman manis di ukir tiap kali melihat Nurjihan singgah ke mari mencari Mak Eton.
"Ada, kat belakang macam biasa".
Sekeping Coklat di hulurkan pada Kak Mek sebelum berlalu pergi.
"Nah untuk Kak Mek".
Tergeleng-geleng Kak Mek tersenyum. Ada saja rasuah comel dari seketul Nurjihan itu.
"Thanks Gee". laung Kak Mek.
Terhenti Nurjihan seraya itu dia berpusing ke belakang membuat gayanya. Faham sudah Kak Mek dengan gaya poyo itu.
Kak Mek gemar memangil Jihan dengan nama Gee. Katanya comel macam tuan punya badan.
Mak Eton dengan cekap menjalankan kerja pembersihan di situ.
Tiba-Tiba ....
Pap ! pap ! pap !
lampu bilik air yang tiba-tiba tertutup dan kembali terbuka berulang kali. Ada apakah ini? rosak ke lampu itu. Baru sahaja technician tukarkan minggu lepas akibat terlalu malap.
Meremang bulu roma Mak Eton jadinya. Di lihat jam sudah pukul 7 setengah petang. Magrib dah ni.
Takkan la..
"Huargh !!!". Gempar Nurjihan di belakang Mak Eton.
Terjerit Mak Eton di situ. Lalu di pusingkan badannya menghadap ke belakang.
Budak ini !
Batang mop di ambil dan di pukul belakang punggung Nurjihan.
"Kau ni kalau tercabut jantung aku tadi macam mana?". Marah Mak Eton.
Ketawa Nurjihan masih tidak berhenti sambil mengelak dari terus di pukul oleh Mak Eton.
"Ala mak ni, nak bergurau sikit tak boleh".
Mak Eton menjeling.
"Bergurau kepala otak kau macam gini? Aku ingatkan dah nak mati kena cekik dengan hantu tadi".
Nurjihan ketawa lagi. Badan Mak Eton di tolak perlahan untuk keluar dari tandas itu.
"Apa hal kau datang sini?". Tanya Mak Eton pelik.
"Orang ada beli kfc tadi. So orang nak makan dengan mak". Kata Nurjihan.
Mak Eton menyembunyikan senyuman.
"Apahal ? kau tak makan lagi ke?".
"Belum lagi la mak. Tu orang ajak ni. Lapar mak ni cepat la". Kata Nurjihan berjalan mengikuti Mak Eton.
"Jom la makan kat sana mak. Asyik kat tangga je. Bosan". Mereka menuju ke balkoni di pejabat tingkat dua itu.
"Amboi, makan sedap eh hari ni". Kata Mak Eton melihat Nurjihan yang sedang membuka plastik makanan itu.
Nurjihan terusik sedikit namun dia beriak biasa. Kesian Mak Eton. Dia sebenarnya tahu apa yang Mak Eton inginkan. Dia selalu dapat membaca hint yang tersembunyi dari Mak Eton jika mereka ada berbual sesuatu.
"Yela mak, orang ada rezeki lebih bulan ni".
Mak Eton menggangguk.
Alhamdulillah bagus Jihan. Rezeki kau ni".
Nurjihan tersenyum. "Rezeki untuk mak jugak".
"Mak tau tak, orang seronok sangat hari ni."
Nurjihan membuka topik.
"Hah, Kenapa?". Mak Eton juga tidak sabar.
"Ada orang yang baik hati beli jus kotak yang orang promote setiap hari kat kaki lima jalan sana". Kata Nurjihan tersenyum.
"Bagus la tu dia beli, ada jugak gaji tambahan kau dengan terjualnya produk tu." Mak Eton kembali menatap ayam di dalam kotak itu.
"Ye betul la mak tak kisah la yang tu tapi dia beli semua mak. Tinggal kedai je dia tak beli".
Terkejut Mak Eton. "Huiyooo..kaya giler".
"kaya kan mak? Itulah kalau orang kaya nanti orang nak buat macam tu juga mak. Beli banyak-banyak lepas tu kasi sedekah". Nurjihan menyatakan angan-angannya.
"Ha, kau belajar la pandai-pandai lepas tu kerja besar. kerja tu sungguh-sungguh nanti boleh la jadi kaya". Kata Mak Eton dengan semangat.
Seronok Nurjihan melihat gaya teruja Mak Eton itu.
"Kalau kaya kan mak. Mak nak apa semua orang akan bagi tau mak". Janji Nurjihan.
"Kalau macam tu...aku nak suami baru la". Ujar Mak Eton.
"Makkk !! eeeish agak-agak laa. Tak suka la macam ni". Rajuk Nurjihan.
"Eh betul la. Sama jugak nanti kalau kau dah kahwin mesti ikut laki kau tinggalkan aku. Setidak-tidaknya aku ada la orang teman".
Makin ligat Mak Eton mengusik.
"Ish tak payah kahwin la kalau macam tu. Kaya pun tak nak !". Balas Nurjihan.
Galak Mak Eton ketawa. Nurjihan akhirnya terpujuk dengan gelagat Mak Eton ketawa itu. Dia geli hati. Maknya ini kalau gelak sahaja boleh bikin orang lain ikut ketawa tanpa sebab.
Dua beranak itu di perhatikan dari bawah. Ada sepasang mata yang terpaku melihat kemesraan mereka itu. Bahagia.
NURJIHAN menggalas semula beg sandangnya untuk beredar. Sudah kebas punggung dia melepak di 7 eleven bersama Hawa itu.
"Hawa, aku balik dulu la. Petang ni aku kerja".
"Hah okay lah. Kau datang naik apa ni? aku tak nampak motor pun?". Hawa memerhati parking luar kedai.
"Aku naik grab la tadi. Pastu nak balik pun ingat nak naik grab la." Tangannya Nurjihan saja menarik-narik bucu baju Hawa.
Hawa sememangnya sudah mengerti.
"Itulah, aku nak beli kau handphone kau tak nak. Siapa susah sekarang ni?".
Nurjihan hanya tersengih-sengih. Memang dia selalu menolak mentah-mentah dengan tawaran Hawa itu. Ye, dia sendiri la susah. Nak order grab pun kena Hawa yang buatkan.
"Alaaa tolong la please".
Hawa memutarkan bola matanya ke atas.
"Hah, aku dah order. Kejap lagi ada kereta Myvi warna putih plat nombor AAK 6225. Ingat nombor plat tau. Karang naik kereta orang lain pulak, susah jadinya". Pesan Hawa.
"Thanks Hawa, sayang kau!". Nurjihan memeluk lengan Hawa.
"Yelah, sayang kau jugak. Dah pergi cepat tunggu depan tu".
Setelah 3 minit menunggu, ada sebuah kereta model Rolls-Royce Phantom berwarna biru berhenti betul-betul di hadapan Nurjihan.
Terkejut Nurjihan. Ini bukan myvi ! Dia bertenang semula. Mungkin saja orang itu parking di sini.
Mata Nurjihan masih mencari-cari kelibat Myvi yang di sebutkan Hawa tadi.
Seketika itu datang seorang lelaki berkot hitam menghampiri Nurjihan.
"Cik Nurjihan?". Tanya Lelaki itu.
Nurjihan mengganguk. "Grab ke?".
Eh sekejap. Bukan ke id pengguna grab tadi atas nama Hawa? macam mana dia tau nama aku?
Lelaki itu menggeleng. Serius mukanya.
"Sila ikut saya cik. Saya di arahkan untuk menjemput Cik Nurjihan untuk berjumpa dengan bos saya". Kata lelaki itu.
"Bos awak? siapa?". Terkejut Nurjihan dengan perlawaan lelaki itu.
"Maaf cik, kalau saya bagitahu pun cik Nurjihan tak kenal". Katanya lagi.
"Tak nak la!. kenapa nak jumpa saya pulak?". Tanya Nurjihan.
"Mari cik, Ikut saya." Ajak lelaki itu lagi.
Nurjihan ketakutan.
"Tak nak. Siapa bos awak tu? Bagitahu saya nama dia. kalau tak saya tak nak ikut. Apa jaminan bila saya ikut awak?". Tanya Nurjihan panjang lebar.
"Baiklah, kita akan pergi jemput kawan cik Nurjihan jika cik Nurjihan rasa insecure. Kami bukan penculik". Jawab lelaki itu menahan sabar dengan sikap keras kepala Nurjihan.
"Siapa nama bos awak?". Nurjihan mengulang semula soalan yang belum di jawab oleh lelaki itu.
"Tuan Syed Iqwal". katanya.
Nurjihan tercengang. Siapa Tuan Syed Iqwal ni? Aku tak kenal .. sumpah !!!
Share this novel