"InshaAllah ma. Nanti Farra pergi berubat."
"Farra naik dulu, ya bang? Bilik tak kemas lagi." Farra terus menapak naik ke bilik. Hati dia dah tak kuat nk dengar pelbagai sindiran lagi. Selera makan pun dah hilang.
"Cubalah kamu jaga hati menantu tu sikit. Dia pun ada perasaan tau." Dato Hisyam geleng kepala. Tengok wajah menantu, dia pon jadi kesian.
MALAM. Farra lebih banyak berdiam diri. Sepatah Azril tanya, sepatah dia jawab. Selebihnya, dia cuma angguk dan geleng je bila Azril menyoal. Sedar akan keadaan isteri, Azril menghela nafas perlahan.
Mata menatap lama wajah cik isteri. Bibir memang mengukir senyum. Tapi kelat. Tak ikhlas. Seakan dipaksa.
"Terasa hati dengan kata-kata mama?"
Soal dia perlahan seraya meraih jemari cik isteri. Genggam erat.
"Tak." Sepatah. Farra tarik tangan sendiri.
"Sayang..."
"Memang betul pun apa yang mama abang cakap. Farra isteri tak guna. Tak boleh bagi abang zuriat." Lirih suara itu buat dia rasa bersalah.
Azril sedut nafas dalam-dalam, lalu hembus panjang. Dia kuak rambut ke belakang bersama beban. Beban yang tak mampu berikan cucu kepada mama.
Share this novel