CHAPTER 13 DKM

Action Series 21357

Lima hari berlalu...

Sudah lima hari Luth Hanief berjauhan dengan isterinya Hana Dahlia.Dia sentiasa chat dan Whatsapp isterinya Hana Dahlia itu.Hatinya menanggung rindu setiap hari.Dia tidak sabar hendak bertemu dengan isterinya semula.Tersiksa rasa jiwanya.Kaki diatur keluar dari rumah.Dia hendak menuju ke pejabat.Kemasukan waktu bekerja pada hari ini adalah 9 pagi.

"Luth , mari sini sarapan dulu." ajak Puan Layka Zenia mesra.Dia tinggal di kediaman ibu mertuanya itu buat sementara waktu.Dia tidak mampu bertahan diri seorang di rumahnya.Rindunya membara terhadap isteri tercinta.

"Baik mak." akur Luth Hanief dengan lembut.Dia amat disayangi Puan Layka Zenia serta Jeneral Mohammad Hassan.

"Harini masuk kerja lambat pula ? Semalam awal ?." soal Puan Layka Zenia mesra terhadap menantunya itu.

"Ya mak , hari-hari jadual Luth tak sama.Kalau dapat emergency case lagi huru hara waktu bekerja." ujar Luth Hanief kepada ibu mertuanya itu.

"Boleh mak tanya sesuatu ?." soal Puan Layka Zenia tenang.

"Tanyalah mak." jelas Luth Hanief mengizinkan.Dia menyuakan sudu yang terciduk kuey tiaw goreng itu ke mulutnya.Kopi panas kegemarannya dihirup tenang.

"Luth dengan adik-adik punya kisah hidup macam mana sebenarnya ? Dari apa yang mak nampak , dari apa yang mak dengar.Mak kurang jelas.Mak nak penjelasan dari Luth sendiri." jelas Puan Layka Zenia kepada menantunya Luth Hanief itu.

"Apa yang kurang jelas tu ? Boleh Luth jelaskan." ujar Luth Hanief kepada ibu mertuanya.

"Okay , first tentang ibu kandung Luth." ucap Puan Layka Zenia tenang.

"Ibu kandung Luth meninggal dunia masa lahirkan Humaira.Keadaanya tak stabil kerana darah tinggi.Doktor tak dapat selamatkan umi.Abah pula masa tu kerja luar.Selepas seminggu pemergian umi baru abah balik." ucap Luth Hanief sayu.

Puan Layka Zenia merenung dalam anak mata Luth Hanief yang berjaya ditangkapnya.Kasihan anak yatim dihadapannya itu.Ada sesuatu yang dia memendam rasa.

"Ibu ? Macam mana boleh kahwin dengan abah Luth ?." soal Puan Layka Zenia tentang besannya Puan Suraya Hani.Meskipun mereka tidak pernah bertemu tapi semua cerita tentang wanita itu sudah ada pada pengetahuannya.

"Abah terhutang budi dengan keluarga ibu.Sebab tolong dia lepas umi meninggalkan.Kami susah , hampir hilang segalanya." jelas Luth Hanief sayu.

"Adik-adik ? Okay ke masa abah kahwin tu ?." soal Puan Layka Zenia lagi.

"Adik-adik kecil lagi masa tu mak.Yang ada untuk faham semua ni pun Luth dan Hadira jer.Tapi kami tak layak masa tu untuk bersuara.Semuanya sebab kami ni anak dan masih mentah.Sedangkan hati kami terpukul.Apa boleh buat ? Abah pun tak bincang dengan Luth tentang benda ni.Tahu-tahu dia bawa ibu pulang saja ke rumah kami." jelas Luth Hanief meluah.

"Mak dari hari pertama kenal Luth mak dah tahu ada sesuatu yang terjadi dalam hidup Luth.Akhirnya tekaan mak benar.Mak nampak , cara Luth lindung adik-adik dengan hebat sekali.Mak doakan Luth sentiasa bahagia.Semoga anak mak beri kebahagiaan pada Luth." ucap Puan Layka Zenia kepada menantunya Luth Hanief.

"Mak , nanti bila Dahlia balik ke sini , Luth ingat nak bawa dia pulang ke kampung.Boleh ?." soal Luth Hanief meminta izin.

"Apa kamu ni , itu kan isteri kamu Luth.Bawalah kemana pun , dia hak kamu.Kami takda hak nak halang atau memberi persetujuan bersama.Kalau kamu halang dia balik ke rumah kami pun kami takkan berkata apa.Itu hak kamu sebagai suami." jelas Puan Layka Zenia. 

                                    ............

Luth Hanief sedang meneliti fail yang telah diberi oleh Hakim.Mikayla turut berada di dalam bilik pejabatnya.Gadis itu sentiasa merenung menggoda ke arahnya tapi diendahkan.Dia tidak tergoda dengan mana wanita apa lagi Mikayla.Gadis itu cuba memancingnya untuk dia menjadi perhatian Luth Hanief.Lelaki itu setia meneliti laporan.

" How ?." soal Hakim kepada ketuanya Luth Hanief.

"Siapa yang buat laporan ni ?."

" I , Luth." jawab Mikayla pantas.Dia teruja apabila Luth Hanief menanyakan tentang laporan yang dibuatnya.

"Kau ? Sampah ke ni ?." soal Luth Hanief kasar.Terkedu Mikayla seketika.Tidak dia sangka Luth Hanief akan beri reaksi begitu kepadanya.

"Apa u cakap ni ?." soal Mikayla seolah tidak boleh terima kenyataan tersebut.Matanya berkaca.Hakim sudah memaparkan riak wajah menyampah dengan drama yang dibuat gadis itu.

"Hakim , kau keluar dulu.Aku nak bercakap dengan dia." ujar Luth Hanief kepada Hakim.Sahabatnya itu akur dan meminta diri.Setelah pintu bilik ditutup rapat.Mikayla menghambur tangisnya kuat tetapi Luth Hanief tidak endahkan.sudah dia masak dengan perangai gadis dihadapannya itu.

"Kau ingat kita nak main perang-perang ke ? Kau buat asal boleh saja laporan ni ?." soal Luth Hanief lagi.Tiada lagi kelembutan darinya.Kelembutannya hanya untuk isteri tercinta.Hana Dahlia.

"Kenapa kau nangis ?." soal Luth Hanief apabila Mikayla masih dalam keadaan yang sama.Menangis.

"U dah tak sayang i." ucap Mikayla tanpa rasa bersalah.Luth Hanief mengumpul lima jarinya dalam satu bentuk penumbuk.Mahu saja dia pecahkan muka gadis dihadapannya ini.

"Untuk apa aku perlu rasa sayang pada kau ?." soal Luth Hanief mendatar.

"Sejak u kahwin , u berubah.Kita kenal dulu.Isteri u yang rampas u dari i." jelas Mikayla berani.

"Aku layan kau kasar sebab isteri aku.Dia saja yang layak terima layanan terbaik dari aku.Kau faham bahasa melayu yang aku cakap ni !" tegas Luth Hanief di dalam kata-katanya.

"Perempuan tu perampas.Dia rampas u dari i Luth." ujar Mikayla berani.Urat mata Luth Hanief sudah menjalar ke bebola matanya.Matanya memerah menahan marah.

DUM !

Meja ditumbuk kuat.Terhinjut bahu Mikayla dengan tindakan luar kawalan Luth Hanief itu.Tidak dia sangka lelaki idamannya itu seorang yang panas baran.

"Mikayla , satu aku cakap dengan kau ya.Jaga mulut kau.Jaga kata-kata kau.Kalau kau tak jaga dua benda tu.Aku akan pastikan mulut kau pecah." ujar Luth Hanief dengan nada yang sangat marah.Dia mengetap giginya.Amarah ditahan hebat.

"Kau ingat , sakit Dahlia aku yang rasa.Tapi kalau dia sakit sebab kau.Sedia untuk ke liang lahad.Kau kenal aku sebagai Luth Hanief.Kau tak kenal aku dengan sisi lain.Tangan ni dah banyak kali buat benda kotor.Jangan sampai sejarah berulang lagi." ugut Luth Hanief.Bagai kering darah Mikayla seketika mendengar ugutan Luth Hanief itu.Tetapi dia tetap hendak menganggu suami orang itu.Sehingga dia rasa puas.

"Kau keluar.Sebelum kau keluar , kesat airmata kau.Keluar macam takda apa-apa." ujar Luth Hanief dengan satu nada mendatar.Mikayla akur pada arahan Luth Hanief.

"Ingat ! Jangan ganggu isteri aku.Kau cuit isteri aku.Mati kau , aku kerjakan." ujar Luth Hanief sinis.Mikayla segera keluar dari kamar itu.Tidak sanggup lagi buat masa ini dia mahu berhadapan dengan Luth Hanief.

"Kau tak kenal aku siapa ! Kau akan terima akibatnya kalau cuba mencabar tahap sabar Luth Hanief." ujar Luth Hanief sendirian.Dia kembali duduk di kerusi kerjanya.Dia meraup mukanya lembut sahaja.


............

Pada petang yang redup ini , dia berada di kediaman bapanya Tan Sri Luth Kamaruddin.Dia dimaklumkan bahawa ibu tirinya Puan Suraya Hani sudah pulang ke rumah.Selepas habis waktu bekerja , dia bergegas ke rumah bapanya untuk bertemu dengan ibu tirinya itu.Hampir satu bulan dia tidak bertemu.Kakinya dibawa ke kamar tidur wanita itu.

"Assalammualaikum." ucap Luth Hanief sebaik pintu dibuka besar.Terpampar wajah adik-adiknya di bilik itu.Luth Hanief melangkah masuk dan pintu ditutup rapat semula.Dia mendekati ibu tirinya Puan Suraya Hani.

"Apa khabar ibu ?." soal Luth Hanief kepada Puan Suraya Hani.

"Ibu dah makan ?." soal Luth Hanief lagi.Satu pun soalannya tidak berjawab.Airmata saja berbicara.

"Ibu diam dari tadi Along." ucap Lutfya Hadira kepada abangnya Luth Hanief.

"Semua keluar dulu , abang cakap dengan ibu." ujar Luth Hanief mengarahkan.Adik-adiknya akur.Mereka membawa langkah ke luar bilik.Sebaik pintu bilik di tutup.Luth Hanief berpindah posisi duduk di hadapan ibu tirinya.

"Ibu , Hanief sayang ibu macam ibu sendiri.Ibu nak tahu tak.Apa yang Hanief cakap dekat ibu semua haritu , dalam keadaan marah."

"Hanief tahu , apa yang terjadi pada ibu suatu ketika dahulu semua kerana abah.Abah kurang masa dengan ibu.Jiwa ibu masa tu masih bergelora.Masih kuat bernafsu.Tapi abah lebih pentingkan kerja."

"Hanief cakap ni bukan Hanief sokong apa ibu buat.Tidak sama sekali ! Tapi Hanief tahu bukan salah ibu seorang saja.Salah abah terutamanya.Kerana abah kurang beri perhatian pada ibu.Hanief ni lelaki , Hanief tahu sikap seorang wanita.Hanief yakin.Ibu nakkan perhatian abah.Ibu ketandusan perhatian abah.Sampai mengemis perhatian lelaki lain."

"Ha...Hanief tak marah ibu ?." soal Puan Suraya Hani setelah sekian lama mendiam.

"Tak ibu , Hanief minta maaf sebab kurang ajar dengan ibu." ucapnya sayu.Dia mengucup tangan tua Puan Suraya Hani lagi.Kali ini agak lama.Puan Suraya Hani menyentuh kepala Luth Hanief lembut.Anak inilah yang terpaling banyak dia buat dosa.Dia sentiasa tidak memahami isi hati lelaki Luth Hanief.Hanya mahu ikutkan telunjuknya sahaja.

"Maafkan ibu , Hanief.Ibu tak berguna lansung untuk Hanief." ujar Puan Suraya Hani menyalahkan dirinya.

"Ibu jangan kata begitu , Hanief sayang ibu.Hanief nak jaga ibu.Ibu maafkan segala salah Hanief ya.Ibu doakan Hanief bahagia dengan isteri Hanief ya." ucap Luth Hanief sayu.Matanya berkaca.

"Dahlia mana ?." soal Puan Suraya Hani.Dia terlupa dia sudah mempunyai menantu.

"Dahlia takda kat sini ibu , lagi beberapa hari dia pulang.Dia ada latihan pertempuran udara di Subang." jelas Luth Hanief.Dia terharu , ibunya bertanya tentang isterinya.Dia nampak keikhlasan Puan Suraya Hani saat bertanyakan tentang isterinya.

"Luth Hanief kesayangan ibu ni , bila nak beri ibu cucu ?." soal Puan Suraya Hani.Tawa mereka letus.

"Nanti ada rezeki Luth beri ya.Ibu doakan kami." ucap Luth Hanief sayu.Dia memeluk kejap tubuh tua ibu tirinya.Inilah saat yang sudah lama dia nantikan.Airmatanya tidak dapat ditahan.Tangisnya pecah.Puan Suraya Hani turut menangis sama.Dia amat berdosa pada anak lelaki ini.

"Selagi ibu tak berhadapan dengan Dahlia , ibu rasa tak tenang." ucap Puan Suraya Hani meluah.

"Sabar ya ibu.Dahlia tak pernah marahkan ibu.Dia hormatkan ibu.Dan dia juga sayangkan ibu.Cuma... ." kata-kata Luth Hanief terhenti.

"Cuma dia takut nak beritahu sebab dia rasa ibu bencikan dia ? Betul kan Hanief ." soal Puan Suraya Hani meneka.Luth Hanief mengangguk lemah.

"Kejam ibu.Jahat ibu.Tak layak lansung jadi ibu." ujar Puan Suraya Hani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience