Bab 5

Action Series 3232

"Sayang, kita dah sampai." Damien Louis memapah tubuh isterinya masuk kedalam mansion terbesar The Kaysher. Selepas Nadira kembali mengawal tubuhnya membuatkan kepalanya sakit seolah mencucuk.

Damien Louis mengarahkan anak buahnya membawa masuk Bagpack pet carrier Kunyit kedalam. Kunyit yang masih berada dalam bag itu hanya terkebil-kebil melihat sekeliling.

"Pening." Adu Nadira seraya kedua tangannya memicit kepalanya dengan kuat. Terasa nak muntah pun ada. Tetapi terpaksa ditahan.

"Sayang? Okey tak ni? Kita pergi klinik meh." Nadira menggeleng kepalanya laju.

Jemu dah dia asyik ke klinik sahaja. Lepas tu sakit teruk sikit terus admit masuk wad. Sesungguhnya Nadira dah bosan bertapa didalam wad.

"Dira nak baring. Nak tidur. Angkat Dira bawak masuk bilik." Damien Louis tersenyum nipis. Lalu kepalanya diangguk laju. Manja betul isterinya bila sakit ya. Kalau di Malaysia pula bila Nadira sakit, auto jadi harimau betina.

"Baik sayang. Abang angkatkan Dira ya." Nadira hanya menggumam dengan matanya tertutup. Damien Louis cempung isterinya dengan menggayakan bridal style lalu dibawa kedalam bilik mereka.

Sampai bilik mereka, Damien Louis meletakkan tubuh kecil isterinya dengan berhati-hati diatas katil empuk itu.

Tudung bawal isterinya ditanggalkan dengan perlahan-lahan. Terserlahlah rambut keperangan isterinya yang terhidang dipandangan matanya.

Free hair pun tetap cantik. Entah la, matanya asyik nampak isterinya selalu cantik tak kira masa dimana jua gadis itu berada. Sebab itu dia dengki kalau lelaki lain memandang isterinya dengan lama. Perasaan mahu membunuh orang itu mencanak naik kelangit.

Rambut isterinya digelus lembut lalu dihidunya. Wanginya.

Puncak ubun-ubun isterinya dikucup dengan lembut.

"Sayang ada nak makan apa-apa ke?" Soal Damien Louis dengan nada deep voicenya. Matanya meliar memandang keseluruhan wajah cantik itu.

"Taknak, Dira nak rehat. Dira pening, kepala berdenyut sangat." Balas Nadira dengan matanya masih tertutup. Tetapi hatinya berdebar mendengar suara suaminya yang agak 'seksi' itu. Nasib baik dia tengah sakit, kalau tak........

"Abang picit kepala Dira? Boleh?"

"Boleh. Makan ubat dulu." Lalu jejaka itu membantu isterinya bangun dari baringnya dan menyandar dikepala katil. Dia terus pergi mengambil dua biji ubat panadol lalu disuapkan dalam mulut isterinya. Segelas air masak diberikan kepada isterinya untuk diminum.

"Good girl. Baring meh, abang picitkan kepala sayang." Tubuh isterinya dibaringkan dengan berhati-hati. Jari jemari kasarnya mulai memicit dipelipis isterinya. Kesian akan isterinya yang masih dibelenggu dengan kesakitan itu. 

Tetapi entah mengapa dia merasakan aneh melihat situasi sekarang ini. Eva yang setahun lebih tak muncul, tiba-tiba mengawal tubuh Nadira tadi walaupun sebentar.

Itu belum Ece Hande yang muncul lagi. Mesti ada sesuatu yang bakal belaku nanti. Ditambah pula mimpi yang melibatkan Nadira diburu oleh seseorang

"Abang.."

"Ye sayang, sayang nak apa-apa ke?"

Nadira mencelik matanya luas. Lalu menatap mata suaminya dengan mendalam. Lalu tangan suaminya dipegang erat.

"Dah setahun kita kahwin, tapi kita tak merasa nak menimang anak lagi. Dira risau, kalau abang kecewa dengan Dira." Tutur Nadira dengan sayu. Matanya mulai merah menahan tangis. Hatinya sebak menahan cengkaman dijiwa. Memikirkan perihal anak yang belum muncul dalam rahimnya.

"No, kenapa cakap macam tu. Maybe sekarang ni takde rezeki. Akan datang nanti who knows right." Balas Damien Louis seraya mengesat air mata isterinya dengan jari telunjuknya. Menenangkan isterinya daripada memikirkan hal zuriat.

Memang dia pun sendiri mahukan menimang anak sendiri, tetapi siapalah dia hendak mempersoalkan takdir. Lagipun mereka berdua masih belum pulih sepenuhnya. Masing-masing tengah berperang dengan penyakit mereka. Masing-masing masih hidup bergantung dengan ubat jikalau datangnya penyakit itu.

Penyakit mental.

"Dira takut kalau Dira tak dapat bagi zuriat kepada abang. Sakit Dira belum pulih lagi. Kesian abang dapat isteri macam Dira."

"Takde apa nak kesiankan. Abang bersyukur dapat isteri cantik macam Dira ni. Soal anak, kita boleh berusaha lagi. Jangan mudah putus asa. Abang yakin, cepat atau lambat kita akan rasa menjadi seorang ibu dan ayah nanti." Nadira terdiam akan penjelasan si suaminya. Masing-masing menatap antara satu sama lain. Melayani perasaan yang gundah gelana bermain dihati.

"Dah, jangan fikir lagi. Nanti sakit sayang datang balik. Tidur tau." Tutur Damien Louis lembut dengan jari telujuknya menari-nari disekitar pipi mulus itu.

"Abang ada nak pergi mana-mana ke? Jangan la tingga Dira sorang dalam rumah ni." Rengek gadis itu dengan memegang jemari kasar sang suami dengan erat. Orang tengah sakit ni kau nak blah keluar pulak.

"Abang nak settle kerja abang nanti. Kejap je. Abang teman sayang tidur dulu baru abang pergi." Balas Damien Louis dengan lembut. Banyak benda lagi dia kena selesaikan selepas ini. Tetapi sebelum itu dia kena teman si isterinya dahulu. Dia kena pastikan Nadira betul-betul tidur lena dulu baru boleh keluar dari biliknya. Sebab nanti Nadira pura-pura tidur, gadis itu akan mengekorinya dan melihat sesuatu yang pelik dan bahaya dimatanya, terus tertukar jadi orang lain.

"Dira cintakan abang. Sangat-sangat." Tutur Nadira dengan matanya separa celik. Matanya kelihatan layu menahan kantuknya.

"Abang cintakan sayang juga. Sleep well mon amore." Damien Louis membalas ucapan isterinya seraya mengucup dahi mulus itu dengan lama.

Tersenyum nipis dia melihat isterinya sudah ketiduran itu. Wajahnya didekatkan dengan wajah isterinya dalam satu inci. Matanya masih meliar melihat wajah ayu itu dengan tatapan kasih sayang. Dan senyuman nipis itu bertukar menjadi senyuman menyeringai yang amat menakutkan. Senyuman itu seolah mahu menerkam mangsa dihadapannya.

"Jangan sesekali kau tinggalkan aku sayang. Kalau kau sengaja tinggalkan aku, aku akan cari kau sampai ke lubang cacing." Wajahnya disengetkan dengan tawa sinisnya. Rambut perang isterinya di gelus lembut. Hidung mancungnya digesel lembut dipipi Nadira. Tetapi gadis itu tetap tidak sedarkan diri.

"Tapi kalau kau hilang diculik orang, aku janji aku akan bunuh orang tu ditangan aku sendiri." Terus Damien Louis mengucup bibir nipis isterinya dengan lembut. Tanpa membuang masanya, dia menarik duvet warna hitam sampai kebahu Nadira agar gadis itu tidak kesejukkan.

Lalu dia meninggalkan isterinya dan keluar dari bilik tidur mereka. Tugas melayan isterinya sudah selesai. Sementara isterinya tengah tidur, dia perlu selesaikan kerja lain di bilik bawah tanah itu. Langkah kakinya terus menuju kearah lift dan menekan butang -1 tertera didinding itu.

Ting! Pintu lift dibuka. Lalu Damien Louis pergi menuju kearah Zarith dan Clark yang tengah berhempas pulas membuat kerja mereka. Hanya mereka berdua sahaja berada didalam bilik kerja itu. Yang lain pula berada di tingkat bawah yang terakhir.

"Apa masalah?" Balasnya dingin. Matanya masih memandang kearah screen besar itu. Nampak macam syarikat 'isterinya' mengalami masalah.

"Aku kena balik Malaysia bro. RBB ada masalah sikit, alang-alang aku nak jenguk syarikat kita kat sana."  Ujar Clark dengan lembut. Serabut otaknya memikirkan hal ini. Kurang ajar betul makhluk yang membuat onar di syarikat milik puteri setan ni. Memang nak cari nahas ke apa.

"Kenapa? RBB ada masalah apa?" Damien Louis masih mengekalkan reaksi bekunya.

"RBB kena ceroboh. Semua report hilang dicuri. Aku akan selesaikan secepat mungkin. Tapi kau jangan ceritakan dekat 'bini-bini' kau pulak. Mampus kitorang nanti." Damien Louis hanya mengumam sahaja. Dia tak cerita pun, pasti 'mereka' sendiri akan siasat juga nanti. Pengarah RBB bukannya 'seorang' tetapi 'empat'. 'Keempat' merekalah yang berada dalam minda isterinya Nadira. Sekelip mata sahaja Nadira boleh berubah menjadi orang paling kejam, psikopat, paling gila dan paling lemah lembut tapi makan dalam.

Watak perwatakkan Nadira yang asal hanyalah kasar dan brutal sahaja.

"Kalau macam tu aku kena gerak jugak malam ni. Aku janji benda ni akan selesai dalam masa seminggu dua sahaja." Ujar Clark dengan bersungguh-sungguh. Risau jikalau 'keempat' daripada mereka terjaga dari lena nanti, alamatnya nyawa mereka akan terhenti selama lamanya. Kerana 'mereka' sudah mengarahkan Clark serta keenam The Kaysher jaga RBB semasa 'mereka' tiada nanti.

"Okey, aku percayakan kau. Nanti naik jet peribadi aku. Bawak Alex sekali untuk bantu kau." Arah Damien Louis mendatar. Kedua tangannya menyeluk kedalam poket seluarnya sambil melihat screen ipad milik Clark. Banyak juga masalah disyarikat RBB ni. Dan memang bermasalah juga orang yang buat onar nanti. Dia juga nanti kena hadap amukkan 'isterinya' nanti.

Bangsat!

"Baik Louis, aku akan bawa dia sekali. Terima kasih Louis." Damien Louis hanya mengangguk kepalanya perlahan dan membiarkan Clark kembali membuat kerjanya. Lalu pergi kearah Zarith Hakimi yang tengah melihat screen besar itu. Jejaka itu sibuk sedang mengimbas kembali rakaman yang terakhir di syarikat tersebut.

"Macamana?" Soal Damien Louis sepatah terhadap Zarith.

"Tiada apa yang mencurigakan pada awalnya. Tiada berlaku pencerobohan dari pihak luar. Sampailah dalam pukul 12 tengah malam waktu Malaysia, cctv semua tiba-tiba mati serta merta. Aku yakin, cctv syarikat RBB kena hack." Terang Zarith kepanjangan. Sakit mata serta otaknya menghadap screen besar dalam dua puluh empat jam ni. Kalau dia terjumpa orang yang buat kerja kotor ni, memang dia akan belasah habis habisan nanti. Menyusahkan orang betul. Sengaja nak suruh dia buat kerja banyak macam ni.

"Macamana boleh terjadi sedangkan sistem semua dalam syarikat tu kawal dengan ketat." Damien Louis mengepal buku limanya dengan kuat. Pasti ada musuh dalam selimut dalam hal ni.

"Clark, nanti kau dan Alex siasat semua pekerja dalam syarikat tu. Aku yakin, ni semua kerja orang dalam syarikat tu je." Arah jejaka itu lagi dengan dingin dan beku. Tak sabar lihat Clark dan Alex heret manusia-manusia itu bawa masuk ke neraka The Kaysher.

"Baik Louis." Balas Clark yang menyusun segala kertas report itu. Ini semua segala persiapannya sebelum bertolak ke Malaysia malam nanti. Baju-baju serta kelengkapan yang lain dia hanya sumbat sahaja dalam beg galasnya nanti. Apa susah.

"Teruskan siasat Zarith, aku ada hal lain lagi kena buat sementara Dira tengah tidur sekarang ni."

"Baik Louis." Balas Zarith sambil jarinya menekan keyboard di macbooknya. Rehatnya dah tak teratur sejak kes ini bermula lagi. Langsung tiada selera nak makan minum risau akan bangkitnya 'ketua' RBB nanti.

Damien Louis terus masuk kedalam lift dan menekan butang -2.

Tak sampai beberapa saat, pintu lift dibuka. Pandangannya terhidang kearah beberapa orang yang berpakaian serba hitam sedang menunggunya. Kesemua yang berada dibilik bawah tanah itu membongkokkan tubuh mereka tanda hormat.

Tanpa membuang masa, jejaka itu terus menuju kearah pintu nombor enam. Maka terhidanglah permandangan si adiknya sedang belasah seseorang bagaikan orang hilang akal.

Bagaikan tersedar dari mimpi, Danielle Luke bingkas bangun dan mempamerkan senyuman sinisnya.

"Aiyo ma big bro.. Ada orang rindu kau beb." Damien Louis memandang si mangsa itu dengan renungan membunuh. Terus dia menuju kearah si mangsanya itu duduk mencangkung dihadapan lelaki tu. Rambut hitam si mangsa direntap kuat menyebabkan si mangsa itu menjerit sakit.

"Come stai amico?" (Apa khabar kawan?) Sapa Damien Louis dengan nada bekunya.

"Lasciatemi andare per favore signore." (Lepaskan aku tuan.) Soalan tidak dibalas, malah pula menggelupur hendak melepaskan dirinya.

"Chi ti ha mandato?" (Siapa yang hantar kau.) Ulang Damien Louis lagi dengan nada ditekankan.

"Nessuno." (Tiada siapa pun.) Makin membaralah hati jejaka itu dibuatnya.  Damien Louis mencengkam kolar leher si mangsa itu dengan kuat.

"Quindi vuoi deliberatamente irrompere nella mia villa solo per rapire mia moglie?" (Jadi kau memang sengaja nak ceroboh mansion aku semata-mata nak culik isteri aku?) Sinis Damien Louis tajam membuatkan tubuh si mangsanya itu menggeletar dengan teruk.

"Sono stato costretto." (Aku terpaksa.) Balas si mangsanya dengan nada terketar-ketar. Dia menekur wajahnya kebawah kerana takut menatap mata helang milik Damien Louis. Silap dia kerana mengikut arahan ketuanya untuk mengusik isteri ketua mafia itu.

"Elok mati je kau ni. Alasan tak kukuh langsung." Danielle Luke berang akan dengar jawapan lelaki itu lalu berura-ura mahu melayangkan satu tumbukkan diwajah itu.

"DRB!" Danielle Luke mematikan niatnya untuk menumbuk lelaki itu setelah mendengar jawapan yang terpancul dari mulut lelaki tersebut.

"Said again." Semua mata-mata memandang kearahnya.

"DRB send me, he wants to bother your wife." Tutur lelaki itu dengan perlahan. Tiada makna lagi kalau dia nak menarik tali dengan sekumpulan mafia yang paling terpengaruh ini. Lebih baik dia jujur sahaja, dan pasti lepas ini nyawa dia juga akan melayang.

"Thank you." Damien Louis mengepal buku limanya dengan erat. Jantan tak guna tu memang suka cari pasal dengan aku ya.

Glock yang dipegang oleh Danielle Luke dirampas lalu dibuka picu senjata api tersebut.

Bang!

Bang!

Bang!

Tiga das tembakkan menimbus tepat didahi lelaki itu lalu terus menyembah kebumi. Ini dah kali kelima anak buah DRB mencerobohi mansion miliknya kerana percubaan mahu menculik isterinya. Apa motif manusia tu mahu mengusik isterinya sekarang ini?

Dia kena berhadapan dengan The Belvedere nanti. Orang tak pernah usik dia, dia pula sibuk nak usik orang. Usik bini orang pula tu.

"Bakar mayat ni." Arah Damien Louis dingin lalu dia keluar dari bilik tahanan itu. Muncul lah wajah cantik Daniella Luna dihadapannya. Dilihatnya gadis itu memegang sepucuk surat.

"Abang." Bahu gadis itu direngkuh separa kuat.

"Luna? Luna buat apa kat sini? Luna tak boleh masuk sini.. Bahaya." Ujar Damien Louis dingin. Memang tak dinafikan Daniella Luna juga boleh akses masuk kedalam bilik bawa tanah, tetapi kalau boleh dia mahu elakkan gadis itu datang ke sini kalau bukan hal kerja.

"Abang.. Luna dapat surat ni. Abang kenal tak siapa ni?" Sepucuk surat itu diambil ditangan adik perempuannya lalu dibaca. Rahangnya mengeras bila dia membaca nama si pemberi itu.

DRB.

Sudah la isterinya nak diganggu, adik perempuannya pula pun dia mahu mengusik. Tak guna punya jantan.

.
. .

RBB - ROYAL BLACK BUTTERFLY
(Terbahagi kepada 2 kumpulan, RBB mafia dan RBB group. RBB group adalah syarikat diketuai 'keempat pengarah' tetapi berada dalam badan Nadira.)

To be continue

22 oktober 2022

16:25

2146 words

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience