"Anyaaaaaa...." setelah tiga hari berbulan madu. Akhirnya Anya kembali ke butik. "Hai.." kata Anya tidak bersemangat. Hari ini akhirnya datang juga.. "Jadi, apa macam.. ada berita gembira ke untuk aku?" soal Becky. "Gembira yang macam mana kau nak? Gembira sebab aku bukan bos kedai kita ni ke, atau gembira sebab aku dah jadi bau-bau bacang kau.. pilih lah." kata Anya.
"Hish.. ke situ pula dia.. perihal kedai kita ni, kita kena percayakan Bahr je.. Carry on je.. takpe, kau kena percayakan Bahr. Mungkin ada sebab dia buat kita macam ni. Tapi, kalau si Sherry gila tu buat apa-apa dekat kau. Tahulah aku nak buat apa." kata Becky. "Kau nak buat apa?" soal Anya. "Kita bakar jelah kedai ni. Lagipula, kita dah tak ada share pun dalam kedai ni. Hahahhaha.. yang aku maksudkan ialah, ada berita gembira ke? Manalah tau, sedang membuat proses mengembangkan keluarga yang hanya ada aku dan Abang Bahr je selama ini?" tersipu-sipu malu pula Becky.
Anya hanya menjeling.. "Takde maknanya.. Sebab aku yakin, lambat laun kami ni berpisah juga." kata Anya, menrenung jauh. "Dahlah.. jom. I been thinking about another design." kata Anya, terus mengajak Becky memotong kain yang dia beli.
"Kita kuatkan hati je ye, untuk hari ini dan seterusnya... Anyway, kau masih kenal Zayhar kan? Remember.. kawan kau dulu dekat U." kata Becky. Bersinar mata Anya apabila mendengar nama Zayhar.. "Zayhar?? Zayy... kenapa dah tiba pula kau sebut nama dia.. " kata Anya masih ralit memotong kain.
"Zayhar dan Zahin, adik beradik angkat. Dan, dia ada dekat Malaysia sekarang... Dan, aku ada jumpa dia. Dan... dia cari kau." terang Becky senafas.. Terjatuh gunting dari pegangan Anya.
***
"You tipu I, Bahr!!" jerit Sherry. "I sepatutnya khawin dengan you. Bukannya Anya.. You khianati janji kita." tangis Sherry. "Sherry, look.. okay, I nak tanya you satu soalan.. Ada ke mana-mana newspaper tayangkan perkahwinan kami?" soal Bahr. Sherry diam sambil mengelap air matanya. "I buat macam ni, untuk kita Candy.. Percayalah.. Kalau you tak percaya, kenapa I ambil terus butik Anya dan berikan kepada you, Candy?" soal Bahr..
Sherry sedikit sebanyak terpujuk. "I promise you, after I puas kerjakan Anya. I sendiri akan berpisah dengan dia di tahap dia paling terduduk jatuh. Don't cry my Candy.." kata Bahr. Sherry tersenyum. "Okay.. prove it to me.. Mari ikut I ke butik.. Now!" kata Sherry.
***
IMBAS KEMBALI
"What if... Sherry nak hak dia. Remember, dia tunang awak, Bahr." kata Anya ketika mereka di sofa. Dia dipeluk erat oleh Bahr, dan Anya malas mahu meleraikan pelukan itu. Dia berasa selesa. Entah kenapa..
"Tak susah pun. Abang masih ada tiga kuota lagi." kata Bahr. Anya hanya ketawa, "dan entah kenapa walaupun awak hilang ingatan, perangai awak tak pernah berubah." kata Anya. "Abang cuma harap Anya ada sedikit rasa cemburu tu." bisik Bahr. "Dan, buat apa pula saya nak kena rasa cemburu?" kata Anya. "Sebab cemburu tandanya sayang dan cinta. Abang harap satu hari Anya jealous. Dan, Abang akan menjadi orang yang paling happy dalam dunia ini." kata Bahr terus mengangkay wajah Anya memandang wajahnya.. "Dari dulu lagi, Abang harap sangat Anya ada perasaan cemburu sebab Abang dikeliling perempuan." kata Bahr.
"Ahhh?! Apa maksud awak, dari dulu.." belum sempat Anya menyambung khayalannya semalam, tangannya ditepuk oleh Becky. "Anya! Sherry.. dan Bahr." kata Becky.
"So, inilah pekerja I kan?" soal Sherry sambil tangannya mengenggam tangan Bahr, seakan merekalah pasangan bahagia. "Okay, I nak you.. hias bilik I lawa-lawa. You tahukan I bos baharu dekat sini." kata Sherry menunjuk ke arah Anya. "Selamat datang bos, baik.. any recommendations for you rooms?" soal Anya. Dia perlu professional.. namun, tidak pada Becky, panas hatinya melihat Bahr dan Sherry.
"Hias je dulu. Nanti I bagi keputusan, remember.. selagi I tak puas hati, selagi tu you tak boleh pulang." kata Sherry. "Err.. takpe Anya, nanti aku tolong.." kata Becky, sambil menepuk bahu Anya. "Siapa kata Becky boleh tolong Anya, malam ni kan kita ada family gathering.." kata Bahr. "Abang Bahr! Agak-agaklah nak suruh Anya seorang, memang sampai pagi esok lah tak siap!" kata Becky, tak puas hati. Entah apa yanh merasuk seketul Bahr, seakan kejam kepada Anya.
"It's okay.. Becky. Saya boleh je ni." kata Anya. "Ya betul.. Puan Anya Inayla kita ni dah selalu kerja jauh malam sampai ke pagi.. Benda-benda macam ni simple je bagi dia." kata Bahr. Anya hanya memandang Bahr. Seakan dua watak pula Bahr di hadapannya sekarang..Penghidap bipolar.
"Baik boss.." kata Anya..
Ahh sudah.. Bahr ni hilang ingatan ke? Ke. kena sampuk dek Sherry. Stay tuned..
Share this novel
ontahhh malas nk fikir..hahaha..