Esoknya , aku terbangun pada awal pagi . Aku ambil keputusan untuk solat tahajjud . Ketika aku mahu mengambil telefon bimbit yang berada dibelakang aku untuk melihat jam .
Tanganku tersentuh sesuatu .
Tajam .
Aku pusing belakang , alangkah terkejutnya aku melihat satu kepala dengan rambut yang tajam seperti kaktus .
Aku melihat tanganku berdarah .
Aku beristighfar banyak banyak dan membaca ayat qursi sambil menutup mata .
Apabila aku membuka mata makhluk itu sudah tiada .
Aku pegang Telefon bimbit aku menggunakan tangan kanan kerana tangan kiri aku berdarah . Pukul lima , aku bangun .
Aku berjalan sambil berselawat sehingga menuju ke depan tandas .
Dan membuka lampu tandas seterusnya masuk untuk membasuh tangan dan mengambil wuduk .
Aku solat tahajjud dan Subuh menggunakan wuduk yang sama kerana setelah tahajjud , aku berzikir sehingga ke subuh berharap tidak kena gangguan lagi .
Share this novel