BAB 1 - PUTERI BUNIAN DAN HEMBUSAN CINTA

Romance Series 36619

MUNCUL gerangan yang selalu ditunggu-tunggu oleh penghuni Paradise Island Resort, Redang. Badan selalu saja mengenakan singlet hitam, berseluar pendek menyerlahkan tubuh tinggi lampai berkulit lebih putih daripada lelaki tempatan melangkah gagah. Kaca mata hitam tersangkut di wajah kacak ditanggalkan dengan penuh gaya mutu keunggulan seorang lelaki paling hot di resort ni menambahkan kegilaan staf Front Office Department.

“Morning Mr. Ridduan Mooray. How are you today?” Salah seorang receptionist sengaja menyapa dengan sengihan tergedik-gedik. Dah stanby awal-awal nak senyuman begini.

Sudah ditegur, jalan bengkok sedikit. “Great. Absolutly great...” Mesra menghadiahkan senyuman paling mengancam jiwa-jiwa melihat. Lesung pipit kanan memang anugerah tak semua orang ada.

“Handsomenya...” Semestinya guest berwajah kacak datang silih berganti di resort ni. Cuma guest sorang ni kacaknya lain macam. Ada aura penarik pada senyuman yang mampu buat mata-mata yang melihat turut tersenyum meleret dan tumbuh satu perasaan suka dalam hati setiap yang melihat.

“What?” tak dapat menangkap mulut mengumam.

“Eh... nothing Mr. Ridduan. Nak pergi snorkeling ke pagi-pagi ni?” Ramah memanjangkan perbualan.

Sudah tahu bertanya pula. “Apa lagi I nak buat. Bercinta dengan alam semula jadi sepuas-puasnya selagi ada peluang. Dah balik nanti, mesti I rindukan tempat ni.” Jauh termangu permandangan laut terbentang luas di sisinya. Sayang betul dengan tempat ni. Bukan... lebih tepatnya, i'm falling in love with this place!

“Mr. Ridduan nak bercinta dengan saya pun boleh. Saya sanggup.” Bisik receptionist yang telah merapatkan jarak agar tak ada telinga lain dapat mendengar niat tersembunyi yang baru dilisankan dalam nada gurau memang disengajakan. Mana tahu dapat jawapan ‘YES’, bukan setakat lompat bintang tapi dilambung sampai ke bulan kot. Harap niat hati sampai ke hati yang di sana.

“Kalau tak nak dengan dia, dengan saya pun boleh. Saya sanggup jadi peneman Mr. Ridduan sepanjang percutian. Okey?" Seorang lagi receptionist yang baru tiba, menyelit di sebelah rakan sekerja berbaju uniform sama.

Kedua-dua tayang senyuman paling manis di hadapan Ridduan Mooray. Seorang mata galak dengan double lashers dan seorang lagi bibir mungkil bak Dato Seri Vida. Wow... siap pose ala model.

Tersengih lucu Ridduan di buat mereka berdua.

“Jadi siapa pilihan Mr. Ridduan?" Salah seorang mereka berbunyi inginkan jawapan muktamad.

“I rasa, I pilih..." dipandang silih berganti kedua-dua wajah perempuan di hadapannya.

“Maaf atas kebiadaban staf bawahan saya, Mr. Ridduan.” Tiba-tiba si paling berkuasa di Front Office Department mencelah.

“Mr. Ridduan... bot dah ready..."

Laungan suara lelaki menarik pasang-pasang mata yang ada ke arah berhampiran mereka.

“So... I pilih Bang Luncai lah... Thanks girl, ceriakan pagi I..." Ucap Ridduan sempat mengenyitkan sebelah mata sebelum menyangkut semula kaca mata hitam dengan penuh bergaya dan sengaja pamerkan ketampanannya untuk memeriahkan lagi hiburan pagi.

Baru selangkah ke hadapan, dia berpaling semula, “And Emma... don't be so serious okey. Kami bemain-main berlakon saja tadi." Dia perasan jelingan maut Ratu Kala Jengking dari dalam ofis lagi. Itu gelaran yang pernah di ceritakan staf-staf di kaunter disebabkan bisa mulutnya.

“Mr Ridduan.... don't forget... tawaran masih terbuka..." Berani lagi salah seorang receptionist tadi melaung kuat. Beria-ria nak jadi insan terpilih.

Ridduan tidak melayan lagi. Sebelum ada pergaduhan, tengking-menengking, tarik-menarik rambut, lebih baik cabut oii! Laju kaki mengorak langkah ke trek asal.

“Apa hal tu..." Soal Bang Luncai sebenarnya dapat mengagak apa yang terjadi.

“Biasalah..."

“I told you kan... Apa yang saya ceritakan benar-benar belaka..."
Sejak Ridduan Mooray datang ke sini dua minggu yang lalu, semua staf perempuan tergila-gilakannya. Senyuman tak pernah lekang di bibir merah merekah, bukan pakai lipbarm okey tapi disebabkan ada yang menjaga rapi raut wajah hingga ke bibir memekarkan bunga-bunga cinta di hati si gadis-gadis hingga mereka gelar pada si gadis yang bakal memenangi hati Ridduan Mooray sebagai Best Woman Win. Itu apa yang diceritakan oleh Bang Luncai merangkap pemandu bot rasminya yang juga diceritakan atas cerita staf yang menyampai. Benar atau pun tidak dia tak ambil kisah jauh sekali nak dihairankan. Kalau Bang Luncai tak cerita pun, sudah dari kecil dia selalu dapat perhatian vouge macam tu. Maybe sejak lahir kot.

Yang paling menghairankannya kini, kenapa matanya tak pernah jemu, hatinya tak pernah puas menerokai alam kebiruan di bawah sana? Susah dia nak angkat kaki pulang tanpa pandang ke belakang. Huh! Perlu ke dia beli pulau ni, menetap di sini dan uruskan resort di sini? Idea menarik...

Ridduan berfikir sejenak idea terlintas, tapi fikirannya pula teringat sesuatu yang telah lama dilupakan. Kisah ketika umurnya dua belas tahun hampir pudar. Dahulu dia pernah datang bercuti ke pulau bersama ibu dan ayah. Di mana pulau itu, entahlah. Susuk muka ibu juga tidak dapat dijelaskan lagi. Yang masih ada, samar-samar situasi yang pernah dilalui dahulu berpunca selepas ibu menerima panggilan di dalam bilik hotel. Ketika itu dia beria-ria mengajak ibu dan ayah bersantai di tepi pantai.

“Saya dah janji dengan anak saya nak luangkan masa lama sikit bersama dia.”

“You kena balik sekarang juga. Masalah syarikat kita di Indonesia makin teruk. Semua pemegang saham dah berkumpul. Meeting esok, you kena ada juga kat sana. Wakilkan mommy. Takkan you nak mommy kena heart attack kat sana nanti?"

“Tapi mommy... saya dah janji...”

“No... You kena attend juga. You guna kebijaksanaan you uruskan semuanya secepat yang mungkin, then mommy lepaskan you bercuti lebih lama. I promise you."

Ibu termenung ke arah Ridduan seketika dan melepaskan keluhan berat. “Baiklah...”

Itulah kali terakhir Ridduan melihat ibu dan percutian terakhir mereka sebagai keluarga.

Berdirinya dia dibibir pantai, sambil tangan mendepa ke udara menikmati angin pagi memeluk tubuh. Serombong hidung menghirup udara segar dalam-dalam dan melepaskan hembusan perlahan-lahan bersama kenangan pilu biarlah ia pergi dibawa bayu.

Diulangi sekali lagi agar lebih tenang, jauhkan fikiran daripada masalah hakiki. Inilah percutian solo pertamanya. Secara tak sengaja dia membeli pakej tiga hari dua malam daripada Shahrul, salah seorang staf permasaran yang datang ke pejabatnya membuat promosi. Dia telah jatuh cinta pada tempat yang nyaman, laut membiru dipenuhi terumbu karang yang cantik dengan hidupan laut yang sungguh indah. It’s like heaven...

Elok saujana mata membelok ke kanan, seketika dia terpesona pada gadis berbaju putih ditiup angin bayu sedang membongkokkan badan, tangan bermain pasir. Rambut panjang ikal mayang menutup sisi wajah.

“Cantik...” terpacul keluar daripada bibir tanpa sedar walaupun hanya memandang sisi muka saja. Elok saja rambut sisi sebelah lagi terselit ke celah telinga, sejuk beku seluruh tubuhnya.

“Mr. Ridduan... Jom la...” Bang Luncai mencuit pula. Banyak pula perhentian guest sorang ni.

“Oh... okey... ” kelingan sesaat menghilangkan makhluk yang dipandang tadi. “Eh, you nampak tak gadis baju putih duduk sana tadi?” Siap tangan menuding arah kerusi rehat.

“Gadis? Yang mana?” Bang Luncai guna kuasa kornea mengecap. “Yang pakai bikini pink tu ke? Ooo... taste Mr. Ridduan ni rupanya westren. Nak try ke minah-minah saleh tu?” Panjang sengih nakalnya.

“Bukan yang itu la. Tadi ada sorang gadis. Rambut panjang, pakai baju serba putih duduk sebelah kerusi minah saleh tu...” Pandangan masih melilau. Tak puas hati lenyap begitu saja.

“Rambut panjang, baju serba putih.” Tiba-tiba kepala keras melihat guest yang memberi pendapatan lumayan sejak dua minggu ni. Muka tersengih jadi serius. Bunyinya dah macam 'HANTU' pula. “Tak ada pun. Mr. Ridduan ni ada-ada aje la. Tah orang ke bukan.” Laluan menyusun langkah ke bot semula. Naik seram sejuk pula badan ni. Tempat-tempat begini jangan dibawa main. Benda-benda macam tu ada saja di mana-mana dan muncul tak kira masa. Ada mata yang nampak nasib la. Memang tak boleh nak tolong. Tak nampak jangan dicari-cari. Makin laju kakinya.

Ridduan Mooray terpinga-pinga. Menggarukan juga kepala yang tak gatal. Salah pandang ke? Takkan puteri bunian! Langsung anak mata mengelayau susuk bukit-bukit yang ada terasa sunyi tiba-tiba.


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


“KENAPA tu? Kecoh aje.” Ridduan baru pulang dari snorkeling terpandang dari jauh suasana ribut di kolam renang zon dewasa.

Bang Luncai turut menoleh tanpa memberi respons.

“Tolong! Tolong! ada orang lemas. Ada sesiapa boleh tolong? Tolong!!!” Menjerit menggila salah seorang staf ke hulur ke hilir sambil melompat-lompat mencari bantuan.

Lemas! Ridduan melangkah laju. Sempat dia membaling smartphone ke tanah lalu terus berlari ke arah kolam. Serta-merta dia membuat terjunan sempurna dan berenang laju ke dasar. Sekujur tubuh yang telah tenggelam dicapai tangan dan menarik tubuh yang telah lembik. Tangan bersilang kemas di dada pantas berenang naik ke permukaan, membawa mangsa lemas ke tepi kolam, mencempung dan rebahkan perlahan-lahan ke lantai dengan selamat yang turut dibantu lifeguard baru saja munculkan diri. Ridduan menyelak rambut mangsa yang tertutup muka, terkedu anak mata. Puteri bunian!

“Mr. Ridduan...” bahu disentuh Bang Luncai. “Perempuan ni tak bernafas!” Sedikit panik suaranya.

Teragak-agak Ridduan memeriksa hembusan nafas di hidung. Tak ada! Diperiksa nadi karotid pula. Tetap tak ada! Jangan panik... Jangan panik... mata mengelayau pada orang-orang yang ada.

“Ada sesiapa tahu buat CPR?” Seorang-seorang muka dipandang.

Beberapa orang staf housekeeping dan staf admin langsung menggeleng.

“Adik tahu tak?" menyoal lagi.

Lifeguard dari kolam sebelah kelihatan muda, mungkin baru lepasan SPM menggeleng laju. “Saya baru mula kerja dua hari lepas bang...”

“Tak apa. Sekejap lagi medic sampai. Sofea dah panggil.” Ada mulut mencelah.

“Kalau lebih 6 minit sel-sel otak dia akan mula mati. 10 minit hingga 20 minit kemudian, otak dia akan berhenti berfungi dan dianggap mati tetap.” Bercakap sendiri fakta yang diketahuinya.

“Mr. Ridduan tahu buat CPR?” Pemandu bot mencelah lagi.

Ridduan mengangguk sekali.

“So... go on. Ada nyawa yang perlu diselamatkan.” Memberi idea paling logik dalam situasi darurat ni. Nyawa tu!

Tapi dia perempuan! Mata menunggu mana tahu nampak bayang paramedik. Tetap sunyi. Semua orang tak bercakap. Jam tangan dikerling. Jarum tak bergerak lagi. Jamnya juga dah mati!

Tak boleh jadi ni. Dibetulkan baringan mangsa dalam keadaan rata. Kepala dan dagu didongak ke atas supaya saluran penafasan terbuka. Dalam mulut clear dan lidah dibetulkan. Telinga merapat. Masih tak ada penafasan!

Jari masih menyokong dagu dan jari sebelah lagi menekap kedua belah lubang hidung mangsa dan dua hembusan bantuan penafasan dilepaskan sambil mata tak lepas memerhatikan pergerakan dada. Kemudian dia mencari posisi tepat di bahagian dada. Tangan diluruskan setelah siap bertindan dan bersilang kemas mengunci jari ditekan dengan kekuatan pemberat badan di tengah dada mengikut pengiraan sendiri. Sekali lagi diulangi cara dimulakan tadi dengan dua hembusan dilepaskan lagi dan ditekan tempat yang sama. Tetap negatif.

Tak putus asa, muka sudah pucat lesi mencuba sekali lagi. Dia pula tak boleh bernafas diserang panik. Please... jangan mati! Breathe... Breathe... Please... Breathe!!!

Tersentak nyawa bersatu jasad semula. Muntah air terkeluar, terbatuk-batuk mangsa lemas berbaju staf resort. Badan lemah mengiring dalam posisi baringan pemulihan. Paramedik baru nak munculkan diri dan mangsa lemas telah selamat diambil alih doktor.

Semua orang yang ada juga seakan baru dapat nafas semula terutama Ridduan Mooray telah terduduk ke lantai, tangan menongkat badan dari terus rebah ke belakang. Badannya juga hampir lembik menarik nafas dalam-dalam berulang kali. Mata sempat menangkap tanda nama tersemat di baju, Laluna Maliqa!

“Thank you Mr. Ridduan. Thank you very-very much. Kalau tak ada Mr. Ridduan, saya tak tahulah apa akan jadi. Boleh jadi bos baru saya tu mati lemas.” Fuh... Sofea gerangan yang terjerit-jerit melompat melaung pertolongan tadi, nampak ada hero yang berlari laju membuat terjun macam nak terbang ke dalam kolam, langsung dia menghilang memanggil paramedic, kini melepaskan nafas lega.

Tapi nafas lebih laju sejak Sofea bercangkung di tepi Ridduan, matanya bagaikan dipukau dengan kekacakan Ridduan Mooray dalam keadaan basah. Inilah kali pertama dapat melihat dengan jarak dekat jejaka yang hangat diperkatakan di mana-mana ceruk resort. Bertuahnya dia hari ni. Ralit Sofea merenung.

“Macam mana dia boleh lemas?” Ridduan tak lepas memandang puteri bunian tertanya-tanya punca tragedi hampir meragut nyawa.

Lemas? “Hah... ha... pasal tu,” hampir terlupa pula penyebab bosnya tak semena-mena terjun kolam paling dalam ketika borak-borak kosong selepas perbicangan wedding event yang bakal diadakan dan melawat kawasan berdekatan. Dah la kolam ni hanya digunakan untuk latihan scuba diving sahaja dan memang ditutup untuk umum. Kerana itu tiada lifeguard di sini.

“Cincin... hah, kerana cincin Cik Luna terjun dalam kolam tu.” Jawab Sofea kemudian mengejar stretcher telah jauh dibawa pergi. Aduh... sayangnya. Kenapalah masa tak boleh freeze sampai dia benar-benar puas menilik wajah kacak itu baru dihidupkan masa semula. Kaki mara kehadapan, kepala sahaja terteleng-teleng ke belakang.

Ridduan masih terduduk posisi yang sama termangu ke dasar kolam. ‘Cincin? Jadi hanya kerana sebutir cincin puteri bunian tu sanggup mati lemas? Cincin kahwin ke?’ pertanyaan timbul penuh ragu.

“Mr. Ridduan... ada call ni.” Pemandu bot mengutip, menghulurkan telefon ke tuannya.

Langsung Ridduan duduk bersila. Skrin smartphone hanya ditenung. Aleece!

“Haa.. tak nak jawab ke?” Bang Luncai pandang pelik. Tak pernah Ridduan menjawab panggilan itu. Selalu juga nama itu timbul. Agaknya putus cinta kot. Mengulas sendiri.

Ridduan menggeleng halus dan melepaskan keluhan kesal pula. Sorry sayang... abang tak boleh pickup... ayat itu hanya terlintas dalam hati saja.

“Nasib baik Mr. Ridduan sempat baling telefon ni. Kalau tak, mahu rosak macam jam tangan tu. Macam mana ni? Nampak jam mahal tu."

“It’s okey, jam boleh beli. Tapi nyawa puteri bunian tu, hanya ada satu.” Mendatar nadanya.

“Puteri bunian?” Bang Luncai berpaling ke arah laluan mangsa lemas dibawa pergi tadi. Nama gelaran ke? Orangnya pun secantik puteri bunian juga. Cuma tak pernah pula dilihat staf sorang tu. Kalau Sofea si mulut bertih jagung tu kenallah.

“By the way thanks ya...” menayang smartphone yang telah dikutip Bang Luncai.

“Hah...” Masih terpinga-pinga dengan gelaran terpacul keluar tadi. “Apa pun Mr. Ridduan betul-betul nampak hebat waktu selamatkan pu...” tak pasti nak sebut. “Mr. Ridduan ni doktor ke?” Itu soalan yang terlintas waktu melihat situasi cemas tadi.

Bahu menjongket. “Mungkin...” kemudian berlalu ikut landasannya.

“Hei... hei... hei..." Kalut menahan laluan guna tangannya. “Ini bukan pulau saya. Awak boleh duduk di mana yang awak suka. Tak perlu say sorry atau rasa bersalah.” - Ridduan Mooray “Abanh pun tahu selama ni Luna bertahan atas sebab apakan? But now, i'm so sorry... inilah masanya abang tentukan sama abang nak teruskan jalan pimpin tangan Luna atau tidak..." - Laluna Maliqa “Jangan pergi sayang... please. Stay with me... di sini..." Sehabis lembut cuba memujuk. - Aman Fahin

Share this novel

Katniss Ross Abuela Alvaro
2023-04-18 04:03:20 

im not understand i thought written in English


NovelPlus Premium

The best ads free experience