GEMBIRA rasa hati. Semua kerja berjalan lancar saja. Semenjak sudah bertunang, harinya dihiasi dengan senyuman. Ada sahaja kata-kata cinta yang menyapa telinganya. Itulah resepi bahagia dia.
Akhirnya terbuka juga hati Farikha untuk seorang lelaki. Lelaki itu ialah Edison . Tak sangka Edison seorang yang penyayang, baik hati dan romantik. Yelah biasanya dia selalu berlakon watak antagonis.
Ada sahaja modal dan idea Edison untuk membuatkan Farikha tersenyum lebar sepanjang hari. Kadang-kadang bagi bunga, kad, coklat dan macam-macam. Kalau dia tidak mempunyai masa untuk makan bersama mesti dia akan buat video call dan makan sambil bercakap. Dia di sebelah sana dan Farikha di sebelah sana. Edison akan menunggu Farikha menyuapkan nasi ke mulutnya baru Edison pula makan.
Hari ini Edison ada shooting di luar selama tiga hari. Selama tiga hari itulah mereka hanya berhubung melalui telefon dan skype. Sungguh Farikha sangat merindui Edison . Sudah hampir tiga bulan mereka bertunang. Tinggal tiga bulan sahaja lagi penantian mereka untuk diijab kabulkan.
Tidak senang duduk Farikha hari ini. Entah kenapa perasaannya tidak tenteram. Seperti ada perkara buruk yang berlaku. Kepalanya juga sudah menerawang memikirkan Edison . Kerjanya sudah tidak dipedulikan. Hatinya berdebar semacam. Aduh, kenapa ini?
Tiba-tiba telefon berdering mengejutkan Farikha yang sedang mengelamun. Cepat-cepat dia mencapai. Bibirnya tersenyum melihat nama yang tertera di skrin telefon. ‘Superstar heart’ nama yang Farikha simpan untuk nombor Edison . Edison lah superstar dalam hatinya. Tiada yang lain.
“Hello, sayang,” sapa Edison dengan gembira.
“Hello, dear. Macam mana shooting ok? Awak pulak, okay?” tanya Farikha . Rasa hatinya sudah tidak dapat dibendung lagi.
“Okay. Semua okay Farikha . Kenapa risau semacam saja ni? Sayang pula okay tak?”
“Saya tak ada apa-apa. Saya tak tahulah awak. Hati saya berdebar sangat. Asyik teringatkan awak. I do know why. I keep remember you. Anything wrong, there? Saya betul-betul tengah risau ni.”
“Sayang, saya totally fine. 2000 percent. Listen. Saya pandai jaga diri. Ini kes risau ke rindu? Relax, hari ni kan last day saya dekat sini. Lepas tu saya terus terbang kejar awak dekat sana. Boleh?”
“Awak ni saya serius main-main pula. Yelah. Take care tau. Jangan gatal-gatal dekat sana.”
“Mana boleh tak gatal. Tak ada siapa nak garu kan.”
“Edison !! Hish...”
Edison ketawa terbahak-bahak. Seronok mengenakan Farikha yang agak kelam-kabut tetapi comel. Dia juga sudah sarat dengan perasaan rindu. Tak sabar rasanya mahu pulang berjumpa Farikha .
“I got to go now, Sayang. Take care too. Jangan nakal-nakal tau. Love you,” pesan Edison kepada Farikha .
“Ya. Love you too.”
Talian dimatikan. Edison tersenyum riang sebelum berlalu semula ke set pengambaran. Setiap kali masanya yang terluang pasti dia akan menelefon Farikha . Kacau Farikha adalah kerja utamanya sekarang.
Manakala Farikha masih lagi rasa tidak tenteram. Dia juga tak tahu apa sebabnya. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya dan cuba meneruskan kerja yang tergendala. Harap semuanya akan berjalan lancar.
TELEFON yang berdering mengganggu lena Farikha yang sedang sedap bermimpi. Dengan keadaan mata yang masih terpejam, Farikha cuba menggapai telefon bimbitnya dia atas meja kecil di sebelah katilnya. Terpisat-pisat matanya melihat nama di skrin telefon tersebut. Nombor asing. Siapa pula ni yang telefon pukul 2 pagi macam ni? Tak aman nak tidur. Gerutu hati Farikha .
Sebelum menekan butang hijau, Farikha berdehem untuk membetulkan tekaknya. Selepas itu talian bersambung.
“Assalamualaikum,” kata orang di sana.
“Waalaikumsalam. Ya, siapa ni?”
“Ini Farikha ?”
“Ya saya Farikha . Siapa ya? Ada apa?”
“Farikha ini mummy Edison . Farikha , Edison , Farikha ... Edison ...”
Terus segar mata Farikha . Mummy Edison ? Kenapa tak keluar nama ni? Nombor lain ke? Kejap, Edison ? Kenapa dengan Edison ? Tertanya-tanya Farikha dibuatnya.
“Kenapa auntie? Kenapa dengan Edison ?”
“Mummy harap Farikha bersabar. Edison ... Edison ...”
Farikha sudah tidak sabar. Ada apa-apa perkara buruk yang terjadi kepada Edison ? Adakah rasa hatinya yang tidak tenteram hari ini adalah petanda Edison dalam kesusahan?
“Kenapa auntie? Kenapa dengan Edison ?”
“Edison , Farikha . Edison kena tangkap basah dengan Diha . Mereka ditangkap oleh pejabat agama pukul 1pagi tadi. Mereka dijumpai dalam keadaan bogel, Farikha .”
Menitis air mata Farikha . Mulutnya yang ternganga ditekup dengan telapak tangan. Diha ? Tangkap basah? Bogel? 1 pagi? Ya Allah. Apa semua ni? ini semua dejavu bagi aku. Dulu Farid pernah buat seperti ini. Tapi yang membezakan hanyalah orang menangkapnya. Kenapa Edison kecewakan aku setelah aku berikan sepenuh hati aku kepadanya? Rintih hati Farikha .
Dia tidak kuat dengan semua ini. Teresak-esak dia menangis. Kalau hatinya sudah hancur apalagi hati si ibu yang sedang menangis di sana. Farikha menarik nafas dalam.
“Auntie. Farikha datang sekarang.”
Talian dimatikan. Apa pula kali ini? Kenapa aku hanya dipergunakan untuk disakiti?
“PLEASE believe me, Farikha . Saya cakap jujur. Saya takkan menduakan cinta awak. Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Kenapa saya perlu cari orang lain? Farikha jangan buat saya begini. Jangan seksa saya, Farikha . Tolong, saya mohon, Sayang,” pujuk Edison .
Langkah Farikha terhenti. Dia menoleh menghadap Edison .
“Berhenti panggil saya sayang padahal awak sayang orang lain. Saya bodoh percayakan awak. Awak cakap awak di perangkap tapi kenapa Diha cakap lain. Mana satu harus saya percaya? Jangan permainkan saya, Edison .
“No, Farikha . Saya betul-betul diperangkap. Saya tak tahu macam mana saya boleh berada dalam bilik itu dalam keadaan memalukan seperti itu. Saya tak tipu Farikha . Saya hanya cintakan awak.”
“Pergi mampos dengan cinta kau. Stop chasing me. Saya muak tengok muka awak. Saya tak nak cakap dengan awak lagi. Pergi sana dengan Diha . She need you more than me. Plus, awak kena bertanggungjawab dengan apa yang awak sudah buat. Kita putus!”
Farikha ingin meninggalkan Edison tetapi langkahnya terhenti sekali lagi apabila Edison menarik tangan Farikha .
“Saya tak akan putuskan hubungan ni. Saya jujur dengan awak. Saya cintakan awak. Saya akan buktikan yang semua ini adalah fitnah. But remember, awak hanya milik saya.”
“Awak jangan ingat saya anak patung. Siapa awak untuk kata saya hanya milik awak. Kita buat haluan masing-masing dan cari pasangan hidup yang sesuai. Awak pergi dengan Diha sana. Saya boleh cari lelaki lain yang lebih bagus daripada awak. Saya menyesal percayakan awak. Saya menyesal sebab sudi terima cinta awak yang palsu itu. Awak dengar tak. Saya menyesal!” jerit Farikha .
“Saya akan pastikan awak yang menyesal kerana mengucapkan kata-kata ini. Saya janji dengan awak. Saya akan buktikan segala-galanya.”
“Suka hati awaklah. Malas saya nak layan.”
Farikha merentap tangannya tetapi Edison menariknya semula. Rontaan kecil Farikha langsung tidak dipedulikan oleh Edison . Malah, matanya tetap merenung wajah Farikha sepuas-puasnya.
Riak sedih, pedih, kecewa dan kesal semua ada. Simpati mula menular dalam hati Farikha . Hatinya masih cinta tetapi amarah sudah menguasai diri. Dia susah mahu percaya. Siapa yang perlu dia percaya? Edison atau Diha ?
Keterangan Diha dan Edison sangat berbeza. Air mata Diha berjujuran jatuh apabila diherdik oleh Edison . Dia tetap mengeluarkan kenyataan yang sama. Jauh di sudut hatinya dia tidak percayakan Diha tetapi.... ah... dia tak tahu. Dia buntu!
“Kalau saya sukakan Diha dan nafsu menguasai diri saya sudah lama saya buat macam tu kepada Diha tapi tidak. Saya akan menyentuh perempuan yang saya cintai dan hanya bergelar isteri kepada saya. Kalau saya tak sabar sangat nak buat macam tu lebih baik saya buat dekat awak. Sebab awak perempuan yang saya cinta dan awak bakal isteri saya. betul tak?” sinis kata Edison ucapkan.
Tanpa sedar, tangan Farikha sudah naik melayang ke pipi Edison . Tak sangka Edison mengucapkan kata-kata itu. Sungguh menyakitkan.
Share this novel