Rate

Bab 1

Adventure Series 4310

"Seriuslah kau? Tempat tu kan keras. Kau jangan nak libatkan kita orang semua. Nak buat kerja gila, buat sorang-soranglah!" Nisa membebel serupa orang tua.

Isna melihat reaksi muka masing-masing berubah setelah Ash membentangkan rancangan perkhemahan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Semua kaku ditempat masing-masing. Ash menanti jawapan dari mereka semua. Pika bermain mata dengan Soon. Belum sempat melirik ke arah Zack. Tiba-tiba,

"Kau sebenarnya memang rancang nak bunuh kita orang kan! Mengaku jelah! Tak payah nak heret semua orang pergi hutan sana! Kau memang dengki dengan kita orangkan!" Zack menarik kolar baju Ash ganas.

Soon segera meleraikan pergelutan tersebut. Ash tersedak setelah dileraikan. Sambil mengurut leher dia bersuara,

"Aku bukan nak bunuh kau orang pun. Aku sayang kau orang. Tempat ni menariklah! Boleh buat macam-macam aktiviti! Kau kan suka berenang. Aku carilah tempat yang ada sungai. Ada air terjun lagi. Kau mesti suka!"

Ash memandang Yasha menagih simpati.

"Aku cuma nak kita cipta kenangan sebelum masing-masing ikut haluan hidup. Bagilah peluang dekat aku. Kali ni je." Ash seperti terdesak. Menagih simpati.

Yasha memandang Isna tersenyum sinis. Nisa memeluk tubuh menandakan dia sangat tidak setuju. Soon? Huh! Dia suka gila dengan benda-benda ni. Pika? Hmm. Tak, sebab Pika tak suka. Tapi sebenarnya dia suka. Kompleksnya. Macam dunia percintaan. Ihiks!

"Tapi aku hairanlah, kenapa kau orang marah sangat dekat Ash sampai macam ni. Bahaya sangat ke tempat tu?" Isna terus bertanya.

Hutan Lipur Badar tempat yang terkenal dengan aktiviti-aktiviti seperti jungle tracking, flying fox dan macam-macam. Memang menjadi antara destinasi impian.

"Sungguhlah kau tak tahu berita semalam? Kau tak tahu ke ada kes dekat sana! Empat budak sekolah mati lemas dekat sungai hutan sana." Zack mencelah.

"Yang lagi teruk, budak-budak tu nama dia sama." Nisa menyambung.

"Teruk sangat ke?" Yasha keliru.

"Teruklah! lagi-lagi nama seorang budak tu kan ... " Nisa menyambung.

Semua menanti dengan sabar. Ingin tahu siapakah nama gerangan mangsa kejadian.

"Ash!"

Zack terus melempar belon berisi air ke arah Ash dan Soon turur serta.

"Aku tahu kau orang semua saja je kan! Tak guna!" Ash melalak dengan penuh emosi.

Dan semua orang membuli Ash mengikut perancangan Nisa. Hebatnya Nisa berdrama. Zack pun apa kurangnya. Emosi macam perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience