"Tuan , tuan okey ? " tanya Hashim dengan zarif. Satu hari ni zarif tak bermaya , termuntah muntah. Hati hashim risau melihat keadaan bossnya tu.
'Takpa , saya oke. Saya nak balik kejap. Nak ambil mc , badan saya kurang sihat agaknya. " kata zarif.
"Ouhh , oke tuan. "
**********
Hari ni zarif balik ke rumah uminya , tak balik ke rumahnya.
"Assalamualaikum umi." Kata zarif , sebaik sahaja di sofa dia membaring kan badanya. Penat , Apa yang diminumnya dan makannya semua terkeluar balik.
"Waalaikumusalam , haaa zarif . Mana pida ? Tak bawa dia ?" Umi menghulurkan tangannya , zarif menciumnya , dah menjadi kebiasaan dan hasil didikan daripada uminya .
"Tak , Umi. Zarif peninglaaa tekak tak boleh nak makan apa semua. Makin sakit." Mengadu zarif. Umi hanya tersenyum.
"Mungkin kamu nak dekat dengan pida , dulu ayah kamu pun macam tu. Lepas tu bila dekat dengan umi semua hilang tapi tapi umi pulak tak boleh nak dekat dengan ayah kamu. Taktau la pulak kalau pida tu sama dengan umi." Kata umi sambil mengurut kepala zarif. Zarif hanya diam. "Betul ke apa umi kata ni" bisik hati kecilnya. Akhirnya dia membiarkan uminya mengurut kepalanya.
***************
Zarif merenung isterinya dari jauh. Pida meminum nestum, Makin menjadi jadi mengidamnya. Zarif mendekatinya. Tapi pida cuba menjauhinya.
"Dah kenapa ni sayang ?" Tanya zarif.
"Jauhh jauh , awa ni busuk la. Nak muntah , tak mandi eh ? Atau mandi tak gosok badan ." Kata pida , zarif tersenyum senyum. Tak ambil hati , Rasanya betul apa kata uminya.
Zarif berlari dan memeluk pida, Makin lega tekak dan peningnya. Manakala pida menahan muntahnya.
"Lepas laaa , saya nak muntah dah ni !" Marah pida.
"Taknak , abang taknak lepas , abang pening tau kalau tak dekat dengan sayang , apa abang makan keluar balik sebab takda sayang , kenapa teruk sangat alahan ni ." Kata zarif , pida hanya menutup mulutnya , Tinggal masa nak muntah..
Pida cuba meleraikan pelukan zarif , makin zarif mengetatkan pelukannya.
"Buwekkk !"
"Sayang !" Kata zarif, rasa menyesal pulak peluk isterinya kuat-kuat.
Pida melap mulutnya , Di jelingnya zarif.
"Tulah tulah , orang suruh lepas dia pi peluk kuat pulak , Kan dah muntah kat baju dia. Lain kali kalau orang kata jauh , dengar cakap. Ini tak , dok ikut kepala hotak dia je. Dah tu pulak nasib muntah air nestum je. " bebel shafidah sambil membersihkan baju zarif menggunkan tuala zarif.
zarif membuka bajunya , ternampak badam sadonya. Pida hanya selamba. Setelah cuci gelas tempat diminumnya.
"Sayang." Pida menoleh ke arah zarif.
"Pedia ?" Pida menaikan keningnya sebelah.
"Walaweh , dia gaya gangster la." Pida tersenyum.
"Laaa baru tau ke apa ni ? Dah dah pi pakai baju. " halau pida.
"Nak sayang pakai kan baju . Pleasee" pida menunjukan simbol menumbuk..
"Mengada-gada , dah besar panjang masih perangai budak budak. Nama je inspektor. Baju pun nak pakai kan , dah dah pi naik atas . Pakai baju " bebel pida lagi , Zarif naik ke atas sambil tersenyum. Pida hanya memandang zarif . Zarif melayang kan flying kiss. Pida tersenyum. Hatinya terlalu bahagia. Lahaii
"Ya Allah, Darah." Pida merasa bawah perutnya mememulas. Sakit , Dia cuba mengesot ke meja makan untuk mengambil telefonya. Sakit tak terkira.
Dia cuba telefon zarif berkali kali , Sia sia yang hanya peti masuk suara. Akhirnya dia menelefon adik iparnya.
"Nur , tolong akak nur. Akak nak bersalin ni." Tercungap cungap pida bercakap dengan nur.
"Haaaa ? Sat naaa. Akak tunggu na, nur datang nur datang."
Cemas dirasanya , pida hanya mampu berzikir di dalam hati. Sakitnya di bawah perut tidak dapat dibayangkan.
Terdengar enjin kereta nur. Nur segera masuk kedalam kereta.
"Ya Allah , kak. Tahan kak tahan " kata nur yang cuba menenangkan pida.
*********
"Cuba teran puan , Teran." Kata haslinah , Dia memang ditempah khas untuk menjadi doktor bersalin pida.
"Mana abang , Pida nak abang. Ya Allah " Pida memanggil zarif , Haslinah cuba menenangkannya.
"Puan , Cuba Teran. Zarif Takde datang lagi , Puan teran. 1..2..3.. Teran Puan Teran"
"Erghhhhhhhh. Ya Allah sakitnya." Perasaannya kecewa , Sia sia sahaja perancangan zarif dengannya.
"Puan , Tinggal sekali lagi hendak teran , push , oke kita mula eh , 1...2...3.. push ."
"Erghhhhhhhhhh Ya Allahhhhh ."
Menitis air mata pida bila terdengar tangisan bayi , Hatinya gembira bila terdengar tangisan tersebut.
"Tahniah puan , baby gegirl ." Kata Haslinah , Tak sangka akak ipar dia lahirkan baby girl
Pida tersenyum , pandangan nya mula kelihatan kelam...
************
"Sayang."
Pida membuka matanya, Dilihatnya siapa yang memanggil namanya.
Zarif tersenyum , didukungnya babynya . Dia mencium umbun umbun isterinya , Hatinya gembira tidak dapat digambarkan.
Pida pulak hnya tersenyum hambar , Kecewa. Zarif yang perasaan perubahan muka pida tu. Apakan daya dia pun sebenarnya kena lakukkan tugasnya sebagai polis.
"Abang pergi mana ? Mana janji abang ? Sampai hati abang , tak kawankan pida. Tak temankan pida." Sayu hati zarif mendengarnya. Dipujuknya isteri kesayangannya tu.
"Abanggg.. abang ada operasi sayang , maafkan abang." Tergagap gagap zarif menjawabnya. Pida pulak hanya terdiam , malas dah difikirnya , Past is past.
"Abang dah letak nama anak kita." Zarif tersenyum lihat babynya begitu juga pida , Tapi mukanya berkerut.
"Nama apa ? Kenapa tak bagitahu pida langsung ? Mana aci ! " muncung 14 mulut shafidah , Zarif tergelak , Lucu rasanya perangai isterinya.
"Aisyah Humayra Binti Zarif Hakimi." Perlahan zarif menyebutnya. Pida terdiam. Aisyah humayra ? Terukir di bibir shafidah senyuman. Nama itu la yang mereka gaduhkan , Berkeras sangat Shafidah letak nama anaknya Aisyah Humayra.
"Betul ni abang? Betul ni?" Pida membulatkan matanya , minta kepastian. Zarif tersenyum. Lahai isterinya .
"Ya sayang. Abng tak marah langsung , lagipun sayang sangat nak kan nama Aisyah Humayra." Ujar zarif dengan lembut.
Pida terasa bahagia , Hatinya bersyukur dikurniakan suami seperti zarif.
***********
Menitis air mata shafidah , Remuk hatinya lihat gambar zarif berpengang tangan. Hatinya sakit,
Shafidah mengemas barangnya , Ingin melarikan dirinya. Sebelum keluar daripada wad kelas pertama. Di lihatnya anaknya , Sedih. Tu yang dihati shafidah.
"Maafkan umi sayang." Diciumnya pipi kiri dan kanan anaknya , Dahi. Diciumnya berkali kali.
*********
Zarif membawa makanan untuk isterinya , Zarif terlihat susuk tubuh shafidah. Dikejarnya pida. Dipengangnya tangan pida. Terkejut pida dibuatnya.
"Sayang , sayang nak kemana bawak beg ni ?" Tanya zarif dengan bingung.
"Aku nak Bebas , Aku dah lahirkan anak kau. Sekarang aku nak cerai." Kata pida. Zarif terkejut.
"Apa salah abang ? Tapi pida belum habis pantang lagi , Pida tak stabil lagi. Sayang tak kesian ke dengan Aisyah." Rayu zarif , Mengalir air mata shafidah , Sebak.
Shafidah menahan teksi , Dia msuk kedalam perut teksi , Zarif cuba menghalang , Namun di teksi yang shafidah naiki telah menjauhinya.
Zarif mengejar teksi , Memanggil nama shafidah. Namun apa daya , Teksi lebih menjauhinya.
Terjelepok jatuh zarif di jalan raya. Menagis.
**********
Dia masuk ke wad , Dilihatnya anaknya , mengalir air mata zarif.
"Kenapa sayang buat macam ni , Apa salah abang? Abang cinta kan pida. Sampai hati abang , Pida. Balik la, Kenapa perlu jauh dari abang . Kesian Aisyah , Dia perlukan Umi dia. " Zarif mencium pipi anaknya. Menagis anaknya , Dipujuknya nyaa , Di gendongkan. Tapi anaknya masih lagi menagis.
Hatinya dipalit rasa sakit. Marah. Sedih. Tanpa sedar , Mengalir air matanya di pipinya , dilapnya pipinya.
Share this novel