BAB 1:Apartment Haunted Hills

Thriller Series 558

BAB 1: Apartment Haunted Hills

MALAM kian berlabuh. Harun masih duduk di bangku dalam pejabat syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR sambil menghadap laptop. Kerja sebagai wartawan tabloid sensasi yang banyak membongkar hal-hal pelik, misteri dan supernatural seperti itu sentiasa membuatkan Harun sibuk.

Rakan wartawan lain yang sejawat dengannya di pejabat penerbitan tabloid BONGKAR sudah lama pulang sekitar jam lima petang tadi.

Sebatang lagi rokok di nyalakan. Asap berkepul-kepul di hembus keluar dari mulut Harun. Jari-jemarinya begitu cekap menaip di papan kekunci laptop. Sesekali Harun meneguk secawan Nescafe panas yang ada di bancuhnya.

Laporan artikel tentang kes misteri yang baru saja berjaya di bongkarnya siang tadi mesti di siapkan malam ini juga kerana akhbar tabloid BONGKAR akan di terbitkan sekali setiap minggu.

Lantaran itu dia dan rakan wartawan lain terpaksa bekerja keras mengejar dateline masa yang sangat singkat.

Kerja sebagai wartawan tabloid
BONGKAR sungguh mencabar dan seronok bagi Harun. Tak ramai wartawan yang bekerja di situ sanggup bertahan bertahun lama sepertinya.

Ada wartawan baru yang bertugas tidak sampai sebulan sudah cabut lari dan berhenti kerja kerana cabaran sebagai wartawan tabloid BONGKAR agak getir dan mencabar.

Harun terkadang berasa geli hati memikirkan gelagat segelintir wartawan junior yang masih terlalu mentah dan naif serta baru bekerja di syarikat penerbitan itu. Mereka pada mulanya menyangkakan kerja sebagai wartawan tabloid BONGKAR tiada bezanya dengan bekerja di ofis berhawa dingin lain yang mana masuk bekerja jam lapan pagi dan pulang pukul lima petang.

Namun pendirian wartawan-wartawan setahun jagung ini mulai goyah setelah di berikan beberapa tugasan mencabar seperti masuk ke hutan berhari-hari demi menjejak misteri harimau jadian atau di hantar sendirian ke rumah banglo lama berhantu demi mendapatkan bahan artikel menarik.

Walhasilnya ada di antara mereka yang pengsan,histeria,terkena gangguan makhluk halus dan sebagainya. Bagi Harun,hanya mereka yang pemberani dan berhati kering saja yang berkemampuan untuk memikul tugasan selaku wartawan di syarikat penerbitan akhbar tabloid BONGKAR.

Sekitar jam sepuluh malam barulah artikel yang di taip oleh Harun siap. Laptop pun di tutup. Dia pun berkemas untuk pulang. Dekat luar pula hujan turun sederhana lebat di sertai guruh-guruh kecil.

Tiba-tiba suatu panggilan menujah masuk ke telefon pintar milik Harun. Nama Ghani iaitu pengarah urusan syarikat tabloid BONGKAR tertera dekat skrin.

"Kacau daun betul lah orang tua cendawan ni"rungutnya.

Harun memang jenis tak reti makan saman,garang dan keras kepala. Wartawan-wartawan junior dan baru bekerja di situ pun takut dengan sikap tegas dan garang Harun. Ghani sendiri selaku bos dan pengarah di syarikat tabloid BONGKAR pun tak berani nak marah-marah atau mengarah-arahkan sangat seorang yang bernama Harun ni.

Ghani tau Harun ni jenis panas dan brutal. Pernah Ghani dan Harun bertekak macam nak bertumbuk dalam opis gara-gara Harun tidak berpuas hati setelah Ghani menangguhkan salah sebuah artikel tulisannya untuk di terbitkan.

Namun begitu,di antara kesemua wartawan yang ada di syarikat penerbitan itu,Harunlah yang paling Ghani kagumi kerana semangat dan dedikasi luar biasa yang di tunjukkannya dalam bidang kewartawanan sukar di gugat oleh mana-mana wartawan lain.

Nama dan populariti syarikat tabloid BONGKAR melonjak naik di sepanjang belasan tahun ini pun adalah kerana artikel-artikel tulisan Harun yang sentiasa panas,gempar dan lain dari yang lain.

Ghani lebih rela berpening kepala melayani sikap jengkel Harun yang keras kepala itu daripada kehilangan wartawan sebagus Harun.

Panggilan Ghani pun di jawab.

"Kau ada mana Run?"tanya Ghani di hujung talian.

"Aku kat opis lagi ni"balas Harun sambil mengemas meja tulisnya yang bersepah dengan pelbagai barangan.

"Ai kau tak reti-reti nak balik rumah ke Run? Dah pukul sepuluh malam ni"

"Esok kan dah dateline. Lagipun aku dah tak sabar nak tengok artikel misteri terbaru aku di terbitkan sebagai headline muka hadapan dalam isu tabloid BONGKAR yang seterusnya"

''Belum tentu lagi Run. Aku rasa kau mungkin kena berebut sikitlah dengan Yana Run!"

"Aik pasal apa pulak aku nak kena berebut dengan Yana?"soal Harun sambil bercekak pinggang macam tak puas hati.

"Sebab dia dah submit artikel terbaru dia lebih awal dari kau Run. Nampak gayanya kali ni kau kena kerja keras sikitlah untuk menyaingi Yana, sebab artikel terbaru dia aku kira antara artikel yang terpaling rare,seram, gempar dan cukup berkelayakkan untuk di highlight sebagai artikel utama muka hadapan"ujar Ghani.

"Engkau jangan nak buat gila dengan aku boleh tak Ghani?! Tak ada angin tak ada ribut artikel Yana juga yang engkau pilih nak letak untuk muka hadapan? Hei Yana dah rasuah apa kat kau hah? Ke kau dah tidur dengan dia? Aku tak kira Ghani..aku nak artikel aku di siar sebagai headline untuk isu seterusnya faham? kalau tidak benjol kepala botak tengah kau tu aku tinju"

"Astaghfirullah...bawak bersabarlah Run..Tak boleh nak bergurau sikitlah dengan kau ni..asyik nak ikut degil kau aja. Heheh..kau tak usah risaulah..kemungkinan besar Yana tak ada langsung artikel terbaru untuk minggu ni kot"

Berkerut dahi Harun.

"Engkau tak habis bergurau lagi ke ni Ghani?"soal Harun.

"Yang ni aku tak bergurau. Yana kan busy amek alih kes yang Zurin tinggalkan hari tu sampai dia tak ada masa untuk siapkan artikel kes dia sendiri''

"Zurin?"

"Ah kau ni Run..wartawan sambilan yang kerja dengan kita tak sampai dua minggu tu lah..'

"Ohhh budak tu..aku tak familiar sangat nama-nama wartawan baru ni. Buang masa je aku nak ingat nama mereka. Sebab aku tau budak-budak ni tak akan tahan punya kerja sebagai wartawan tabloid BONGKAR. Tak lama lepas tu cabutlah masing-masing. Hm by the way kenapa dengan kes yang dia tinggalkan tu Ghani?"

"Kau dah teliti ke kes yang di tinggalkan dek wartawan sambilan tu?'

"Ai bukan ke wartawan-wartawan junior biasanya kau bagi mereka tugasan membongkar keberadaan hantu-hantu bodoh je Ghani? Tinjau pocong lompat atas jalan lah..interview hantu acik karipap tengah malam lah..buang masa betul"

"Itu memang betul Run. Tapi kes Zurin ni entahlah..tadi Yana call aku. Dia sampai mintak aku atau sesiapa je untuk datang escort dia kat lokasi kes sekarang. Ada masalah sikit. Dia tersesat sampai tak jumpa jalan keluar. Bermacam-macam gangguan lain berlaku. Ni yang aku call kau nak mintak kau pergi tengokkan Yana kejap. Dia kata kes yang Zurin handle ni bukan kes biasa''pinta Ghani.

Berkerut dahi Harun. Yana adalah antara wartawan senior nombor dua paling lama berkhidmat di syarikat tabloid BONGKAR! seperti dirinya juga,Yana seorang yang pemberani dan banyak sekali terlibat dalam kes yang berat. Jarang sekali berlaku bila Yana meminta bantuan rakan setugas lain untuk mengiringinya di lokasi kes.

"Aih kalau sampai Yana sendiri pun mintak bantuan..memang beratlah kes ni. Hm,okey Ghani. Aku pergi ke sana tengokkan Yana"Harun bersetuju.

"Kau boleh baca maklumat lengkap kes yang Zurin tinggalkan tu kat fail atas meja Yana"kata Ghani.

"Baiklah"

Sejurus panggilan berakhir,Harun pun pergi ke meja Yana dan memeriksa fail yang di maksudkan. Maklumat berkaitan tertera padanya.

'SUBJEK: Misteri Kawasan Blok Apartmen Terbiar.

Alamat LOKASI: Apartmen Haunted Hills,jalan Remang Senja,Area no. 9

MAKLUMAT/SEJARAH: Apartmen Haunted Hills memiliki sebelas buah blok bangunan pangsapuri yang kini terbiar sunyi semenjak dari tahun 90an. Di katakan dahulu pernah berlaku perkara aneh yang menyebabkan para penghuninya mengalami pengsan beramai-ramai secara tiba-tiba. Keadaan terus berulang. Penduduk menggelarnya sebagai Black Fog kerana setiap kali apabila keadaan itu hendak berlaku,akan muncul kabut hitam. Penyebab keadaan yang di sifatkan sebagai supernatural itu masih gagal di rungkai misterinya. Penduduk akhirnya terpaksa berpindah beramai-ramai.

NOTA:Ramai saksi dan penduduk berhampiran mendakwa kawasan tapak Apartmen Haunted Hills kini agak 'keras' dan berhantu.

Harun menutup fail tersebut dan termenung sejenak. Kisah Apartmen Haunted Hills dan fenomena Black Fog itu memang pernah di dengarinya dahulu di waktu dia pun masih kanak-kanak lagi.

Hanya sahaja dakwaan kononnya tapak perumahan pangsapuri dengan sebelas buah blok bangunan itu kini dikatakan agak 'keras',kurang menarik minat Harun yang lebih berminat membuat tinjauan ke atas kes yang lebih mencabar dari sekadar gangguan biasa hantu atau makhluk halus sebegitu.

Kalaulah bukan kerana Yana sedang mengalami sedikit kesulitan di lokasi terbabit,Harun lebih rela abaikan sahaja hal tersebut dan pulang ke rumah.

Harun pun beredar dari bangunan syarikat penerbitan BONGKAR dan bergegas memandu menuju ke lokasi tapak apartmen terbiar Haunted Hills.

----------------------------------------------

CAHAYA kilat memancar di dada langit. Hujan turun lebat membasahi tapak kawasan apartmen Haunted Hills. Blok-blok bangunan pangsapuri sebanyak sebelas buah itu sudah kelihatan terlalu usang dan berlumut. Hutan dan semak samun juga sudah tumbuh meliar di sekelilingnya.

"Aaaaaaaa!!"

Teriakkan suara wanita itu memecah suasana. Kakinya terus di gagahi mendaki anak-anak tangga sambil sesekali melihat-lihat ke belakang untuk memastikan sejauh mana akar-akar yang sedang menjalar naik ke tangga itu sudah mengejarnya.

"Dah hilang?!"dia kehairanan sendiri apabila melihat tangga apartmen itu kosong sahaja. Akar-akar menjalar dan meliuk lentuk bagaikan ribuan ular yang mengejarnya tadi ghaib entah ke mana.

"Ku semangat..patutlah Zurin berhenti kerja terus. 'Keras' betul gangguan kat apartmen ni"

Yana tercungap-cungap kelelahan. Wartawan wanita berusia empat puluhan itu kini sedang berada di tingkat empat blok D. Dahi dan bajunya lenjun di basahi peluh.

"Fuhh..fuhh.."Yana memejam mata dan mengatur nafasnya buat seketika. Turut ada di bawanya sekali ialah sebuah kamera video digital dan beg sandang mengandungi beberapa perkakasan yang ada sangkut-paut dengan kerjayanya selaku wartawan.

BRANKK!

Petir menyambar keras ke sebatang pokok.

Yana terkejut dan mengusap-usap dada yang berombak kencang. Ketika cahaya petir menyimbah tadi,satu kelibat lelaki di lihat sedang berdiri di hujung balkoni tingkat 4 apartmen blok D di mana Yana sedang berdiri.

Harun tercegat betul-betul di hadapan lif tingkat 4 yang sudah usang itu.

"Harun!?"teriak Yana sebelum menarik nafas lega. Mungkin Ghani yang di hubunginya tadi telah meminta tolong Harun untuk datang menemaninya di situ.Ketakutan dan keseraman yang membalut diri Yana serta-merta hilang.

"Fuh..nasib baiklah kau datang Run!"teriak Yana sambil melangkah menuju ke hujung balkoni. Harun berdiri kaku sahaja sambil memandang kepadanya.

Tiba-tiba berlaku suatu perkara pelik di mana Harun tiba-tiba ketawa berdekah-dekah hingga mengejutkan Yana. Dan suara ketawa itu makin lama semakin garau pula.

Kemudian kepala Harun tiba-tiba berputar-putar ligat.

Barulah Yana menyedari yang datang itu bukanlah Harun,akan tetapi jelmaan yang cuba menakut-nakuti dirinya. Tak bertangguh Yana pun mencapai kamera video digital lalu merakam segalanya sebelum berpaling dan lari sekuat hati menuju ke tangga.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience