Bab 9

Horror & Thriller Completed 4404

Maisarah berhenti berlari di dataran yang dipanggil Dataran Raudhah. Dia berdiri ditengah tengah dataran dan melihat sekelilingnya. Di sebelah kanan mempunyai koperasi sekolah, di seblah kiri makmal sains, di belakangnya Laman Sakinah dan di depan Maisarah, bendera sekolah.

Maisarah memerhati disetiap sudut sekolahnya itu. Mana lah tahu tiba tiba ternampak kelibat Fathihah. Senang kerjanya nanti. Hampir 15 minit Maisarah berdiri di situ. Masih tidak nampak kelibat atau bayangan Fathihah. Maisarah kecewa. Dia mula rasa hendak menangis.

"Alahai perempuan ni sikit sikit nangis. Gembeng betul."

Maisarah tersentak. Terbatal niatnya hendak menangis. Hatinya berasa marah apabila ada orang memanggilnya gembeng. Maisarah memandang empunya suara lelaki yang kasar itu.

Danial Aikal. Adik kepada Aris Aikal. Maisarah sudah menduga pasti suara budak yang muda setahun daripadanya itu. Dia seorang sahaja yang berani memanggil Maisarah gembeng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience