SEPERTI biasa, selepas habis kelas pada tengah hari jumaat itu, Nurjihan akan melepak di kedai 7 Eleven. Melihatkan Nurjihan yang sampai di meja panjang itu. Hawa mendekatinya.
"Nah, jajan kau." Maggi cawan berperisa kari itu di letakkan di atas meja.
"Aww..so sweet. Siap letakkan air panas." Nurjihan menyendeng Hawa.
Halahhhh mengada !
Ting tong ...
Bunyi loceng sensor pada pintu kedai menandakan ada pelanggan masuk.
"Welcome." Laung Hawa berlari ke kaunter.
Di lihat Pia yang berjalan masuk penuh gaya.
Ceh ! minah ni ke?
"Lah, kalau aku tahu kau yang datang takde la nk berwelcome bagai." Hawa menjuihkan bibirnya.
Bahasa isyarat Pia : Apahal? aku pun di kira customer jugak tau?!
Ha bergaduh la korang.
Nurjihan terkejut melihat Pia yang meletakkan helmet dan beg galasnya di atas meja bersebelahan.
"Aik, apa mimpi kau datang? Takde kelas ke?".
Terhenti suapan Maggi di mulutnya.
Bahasa isyarat Pia : Takde. Class cancel..yahoo !!
Seronok Pia menyahookan dirinya bila kelasnya di batalkan. Barulah ada masa hendak lepak bersama.
"Kau dah makan belum?." Tanya Nurjihan.
Pia menggeleng.
"Ha ambik la apa kau nak makan. Aku belanja."
Pia menepuk-nepuk laju bahu Nurjihan.
Serius ar? memek mukanya kelihatan teruja.
"Serius...serius....aku belanja....kau bayar !!."
Terus di sikunya Nurjihan. Lawak sangat ! Pia menjeling.
Mendengarkan kekecohan dua orang itu, Hawa ketawa sambil mengscan barangan yang di beli oleh pelanggan yang masuk selepas Pia.
Nasib baik ada pelanggan, kalau tak Hawa pun join sekaki gelakkan Pia.
Tin tin ...
Bunyi telefon Nurjihan menandakan ada notifikasi pesanan masuk.
INGAT MEETING AWAK PETANG NI DENGAN BENJAMIN. JANGAN LARI, KALAU TAK SAYA CULIK AWAK TAK BAGI BALIK DAH!!
Tersenyum Nurjihan melihat kiriman pesanan dari Tuan Syed Iqwal itu.
"Aaaaaa."
Eh ! sejak bila budak berdua ni curi-curi tengok ni.
Nurjihan membuat muka selamba. "Apa?".
"Kau ada apa-apa ke dengan Tuan Syed tu?" Tanya Hawa.
"Eh tak ada !"
Hawa dan Pia saling berpandangan. Pia menggerakkan sedikit kepalanya kearah Hawa.
Amboi, main isyarat kod rahsia pulak. Ingat aku tak nampak?
"So kalau kau dengan Tuan Syed tu tak ada apa-apa...maknanya kau suka Dr.Haider la?". Tanya Hawa lagi.
Berkerut muka Nurjihan. "Er...no......"
"Okay , maknanya kau suka Tuan Syed." Tembak lagi soalan daripada Hawa.
"No !!". Keras Nurjihan menafikan..
"Eh, listen..aku dengan Tuan Syed tu memang tak ada apa-apa. Kitaorang memang rapat antara bos dan pekerja. Aku cuma hormatkan dia je. That's it."
Pia menggaru-garu kepalanya. Macam pelik je jawapan dari Jihan ni.
"Okay...okay..contoh jela kan...ni kitaorang saja-saja jela nak tahu kan..antara Tuan Syed dan Dr.Haider kau pilih siapa?". Hawa memasang perangkap.
Pia pula terangguk-angguk dari tadi.
"Ermm......". Nurjihan berfikir sejenak.
"Haaaa???" Pia dan Hawa begitu tekun menunggu jawapan Nurjihan.
"Erm......." Nurjihan masih berfikir.
"Haaaa???..ok teruskan." Masih mereka menanti jawapan itu.
"Nantilah bagi aku pikir lagi. hehe". Sengaja membuat onar Nurjihan ini.
"Jilake bagi harapan palsu." Hawa dan Pia mencekik Nurjihan.
Terbatuk-batuk dia seronok mengusik mereka. Busybody sangat. Ambik !
"Eh jap. Apasal timbul nama Dr.Haider. Apa kena mengena suruh aku pilih pulak?"
"Hek elahh..nampak la dia tu memang suka kau." Hawa bergerak ingin menyambung kerjanya.
"Mata kau silap ni". Memusingkan badan ke arah Hawa untuk menafikan.
Suka hati kau la Jihan nak percaya ke tak. Itu yang aku nampak !
"BIBIK, saya pergi office dulu. Jangan lupa pesan dekat mereka kata saya ada tetamu istimewa waktu lunch esok. Penting ni mereka kena datang. Tak ada alasan. Faham?"
Tegas Megat Rusydi berkata kepada pembantu rumahnya itu. Harus berpesan awal kerana jarang sekali bersua walaupun tinggal sebumbung dengan anak-anaknya yang masing-masing sibuk.
"Baik Tuan."
Teruja Megat Rusydi bila Karlisa menghubunginya semalam untuk menetapkan temu janji makan tengah hari bersama yang pernah dia pelawa dahulu sebagai balasan kebaikan wanita muda itu. Orang penting dalam Syediq Group menjadi tetamunya nanti, bukan calang-calang. Ini adalah peluang keemasan yang perlu dia rebut. Sangat kebetulan.
KAKINYA tidak berhenti mengentak lantai menunggu kekasih yang kelewatan muncul. Sekotak popcorn bersama air di peluk kemas.
"Biy, sorry lambat. Hujan tadi." Kata Hawa.
"Lah, Hujan? kenapa tak call je i pergi ambik you?".
Hawa tersengih.
"Tak apa la you kan habis kelas lambat. Lepastu takkan la nak ambik i dekat rumah. Jauh tu nak patah balik. Tak nak susahkan you la."
Rizal berdecit.
"Heii you ni..biarlah i sanggup ambik you. Jauh mana la sangat bukan rentas negeri pun." Bebel Rizal.
"Habis you datang dengan apa tadi?"
Hawa yang ralit mengelap mukanya yang basah terkena tempias air hujan.
"Kereta...Jihan hantar."
Opss, Hawa baru sedar yang dia terlepas cakap.
Rizal pula terkesima. Sejak bila Jihan ada kereta?
"Honey...you ada rahsiakan apa-apa dari i ke pasal Jihan?". Kecil mata Rizal menatap Hawa saat ini.
"Erm heheh". Hawa tersepit. Apa boleh buat, sudah terlajak.
LAJU Nurjihan menurun tangga bila ada sesorang yang menunggunya di bawah penthouse itu.
Sesampainya di bawah dia berjalan mendekati lelaki yang memakai baju sejuk nipis yang sedang membelakanginya.
"Deii...apa hal nak jumpa aku malam-malam ni?." Tegur Nurjihan pada lelaki itu.
Mendengarkan suara Nurjihan, dia berpusing.
"Kenapa kau berahsia dengan aku." Tanya Rizal.
Aik.. marah nampak. Wajah ketat Rizal di pandang dan dia membuat gaya untuk menyuruh Rizal bersabar.
"Whoa..rileks. Hawa bagitahu kau?. Mana dia, tak ikut sekali?" Tanya Nurjihan.
"Ye, aku paksa dia cerita semuanya. Takyah. dia memang tak nak ikut. Tak suka dengar aku membebel."
Ish, Hawa ni... memang tak boleh berahsia dengan Rizal.
"Kau tahu kan kerja yang kau buat ni bahaya untuk diri kau?". Bertubi-tubi Rizal mengasaknya dengan soalan.
Nurjihan tergaru-garu kepalanya.
"Look Rizal. Aku bukan tak nak bagitau kau. Tapi aku takut kau risau then tak bagi je."
"Habis kau ingat kalau kau tak cerita aku bagi la? Everything's fine? ".
"Sorry beb aku tak nak kau risau."
Sudah dia tahu sifat Rizal yang over protective itu.
"Memang aku risau. Bukan kau sorang je. Hawa dengan Pia pun aku risau. Aku ni je satu-satunya lelaki di antara korang. Of course aku nak protect korang."
Ambik kau kena ceramah dah.
"Okay Rizal. sorry..aku tak ada niat saja-saja tak nak cerita. Kau faham kan kerja aku macam mana?".
Rizal mengangguk akhirnya dia kalah dengan Kata maaf dari Nurjihan.
Kedua-dua bahu Nurjihan di pegang menghadapnya.
"Okay. lepas ni kalau kau perlu pertolongan apa-apa jangan nak diam dari aku. Kecik hati aku tau."
Tersenyum Nurjihan. "Tengoklah macam mana nanti."
Terbeliak biji mata Rizal mendengarkan jawapan dari Nurjihan itu
"Sini kau!". Telinga Nurjihan di tarik dan kepala itu di kepit oleh bawah ketiaknya.
"Eiii busuk !." Marah Nurjihan menutup hidung.
"Balasan untuk kau.. degil lagi."
Nurjihan melepaskan diri. "Kau ni..kusut la rambut aku!".
"Kisah pulak aku. Dah pergi naik." Arah Rizal.
Nurjihan menurut lalu melambai tangan kepada Rizal sebelum bergerak masuk ke lif penthouse.
Rizal sebenarnya terlebih risau akan Nurjihan yang merisikokan diri menjadi penyamar upahan. Itu meresahkan dirinya. Sememangnya dia sayangkan mereka bertiga. Hawa? mestilah terlebih sayang..awek kot !
***
Ting !
Apabila pintu lif terbuka, alangkah terkejutnya dia bila melihat Tuan Syed Iqwal dan Benjamin yang menunggu di luar pintu rumahnya.
"Err, Tuan Syed. Bila sampai?." Nurjihan merasakan situasi aneh saat ini.
"Baru je." Tuan Syed Iqwal kelihatan serius.
"Eh jomla masuk dulu borak dekat dalam." Pelawa Nurjihan.
"Tak apa, saya tak nak ganggu mak awak. Boleh kita bercakap sekejap dekat atas?".
Nurjihan mengganguk. Terus Benjamin menekan butang lif menuju tingkat paling atas menuju ruangan santai di balkoni atas bumbung yang tersedia pada bangunan penthouse tersebut.
"Tuan Syed, ada apa datang sini?." Tanya Nurjihan lembut.
"Kenapa, saya tak boleh datang ke?." Tuan Syed bertanya tanpa melihat ke arah Nurjihan.
Laju kepalanya di gelengkan.
"I can't sleep. I need someone to talk to."
Haaa Nurjihan menghembuskan nafas lega.
Ingatkan aku ada buat salah...
"Awak jumpa siapa tadi?".
Laju Nurjihan menoleh semula ke arah Tuan Syed Iqwal.
haih, nampak ke? Dia mencuri pandang ke arah Benjamin yang hanya diam membisu di hujung sana.
"Ouh tu kawan saya. Rizal."
Tuan Syed Iqwal menoleh ke arah Nurjihan. Lalu dia menggerakkan kerusi rodanya dan kini mereka bertentangan mata.
Dia menggosok perlahan kepala Nurjihan. Matanya penuh aura. Nurjihan terkesima.
Tuan Syed Iqwal menghapuskan bekas sentuhan Rizal terhadap Nurjihan. Dia tidak suka ada lelaki lain menyentuh Nurjihan.
"I just nak wish you good luck untuk esok."
Terkedu Nurjihan. "Goodluck untuk jadi Karlisa?".
"No. Good luck untuk berhadapan dengan Megat Rusydi." Dia tahu Nurjihan itu gugup.
Betulkah? Tuan Syed datang semata-mata untuk itu sahaja?
DI HADAPANNYA kini berdiri megah sebuah syarikat bernama MR Holdings (Megat Rusydi Holdings). Nurjihan memandang Benjamin.
"Saya seram la Ben." Kata Nurjihan.
Benjamin hanya diam memerhati bangunan di hadapan itu.
"Ingat Tuan Syed Cik Nurjihan. Kita buat demi arahan dia."
Masa untuk dia bermain api. Moga kau cekalkan hati secekal Karlisa okay Jihan? Dia memberi semangat pada diri sendiri.
Setelah di bawa ke bilik khas oleh salah seorang dari staf Megat Rusydi, kini mereka berada di hadapan pintu bilik itu. Tangan Nurjihan yang memegang tombol pintu untuk di buka itu terhenti.
"Pastikan Cik Nurjihan tetap fokus, kerana akan ada sesuatu kejutan yang bakal terjadi di dalam."
Apa masuk tersirat dari Benjamin ini? Nurjihan tidak mengerti pada saat-saat genting ini.
Saat dia melangkah masuk, di lihat Megat Rusydi bersama 3 orang yang lain sememangnya menanti kehadirannya.
"Karlisa.... welcome. saya memang tertunggu-tunggu saat kedatangan you." Kata alu-aluan dari Megat Rusydi itu di sambut dengan senyuman oleh Nurjihan.
"Hello Dato Megat. How are you?". Karlisa menyambut huluran tangan berjabat dengan Megat Rusydi.
"Eh, tak payah panggil Dato'..dato la dengan saya. Panggil Uncle je. saya memang dah anggap you macam anak saya.
Karlisa tersenyum sambil mengangguk sedikit. Baik pula dia rasa Megat Rusydi ini jika pada pandangannya.
"Here's my assistant Uncle... Benjamin." Tangannya sopan memperkenalkan Benjamin kepada mereka.
Benjamin bergerak dan duduk di hadapannya untuk memudahkan Nurjihan melihatkan segala isyaratnya untuk berkomunikasi secara rahsia.
"Kenalkan yang ni anak saya..Puteri Qisya. dan yang seorang lagi ni Megat Hanif dan last one my assistant...Kamil."
"Hello". Karlisa berjabat tangan dengan mereka.
Klak !
Pintu belakang itu di buka oleh orang dari luar.
Mengundang kebisuan pada semua.
"Sorry I'm late." Kata seseorang yang baru masuk itu.
Tergeleng-geleng Megat Rusydi melihat pemuda itu.
Tangannya di hulur pada Karlisa.
Karlisa melihat tangan yang di hulur itu dan naik ke wajah lelaki itu.... terasa longgar lututnya ibarat ingin mencecah ke lantai. !
"Hello...saya Megat Haider."
p/s ; fuhh.....
Share this novel