Chapter 20

Family Completed 22837

Bab 20

“Masa aku buka pintu, aku tengok mak aku tembak ayah aku dengan perempuan yang dia kahwin. Aku jadi kaku. Lepas tu,mak aku tembak diri dia sendiri kat depan mata aku. Hati aku sakit sangat. Aku tak mampu buat apa-apa. Kalau mak dengan ayah aku tak bercerai, semua tu takkan terjadi. Aku takkan tengok mak aku bunuh ayah aku. Aku takkan tengok mak aku bunuh diri dia sendiri.”

Kelopak mataku turut bergenang. Beratnya dia diuji. Allah uji dia lagi berat daripada Allah mengujiku. Aku tak dapat bayangkan kalau aku tengok mama tembak diri sendiri di depan mata aku.Fath mesti sedih. Dia hilang orang yang dia sayang, orang yang lahirkan dia. Semua tu tak mudah untuk dia tempuh. Dia hanya manusia biasa tapi dia kena yakin apa yang berlaku ada hikmahnya.

“I’ve nobody in this world. I’m a lonely guy. Sebab tu aku cuba bunuh diri. Aku tak nak sendiri lagi, Jiya. Aku penat sendiri. Dah bertahun-tahun aku hidup sendiri. Aku tak ada sesiapa, Jiya. Aku tak ada tempat nak bermanja, aku tak ada tempat nak mengadu,” tutur dia sebak.

Dan air mataku jatuh tanpa henti. Setiap ayat yang meluncur keluar dari bibirnya buat hatiku dipagut rasa sayu. Aku kesiankan dia.

“Kalau aku boleh kembalikan masa, aku takkan biarkan mak aku mati, Jiya. Aku takkan biarkan dia bunuh ayah aku dengan bini ayah aku tu tapi aku terlambat. Aku tak boleh buat apa-apa. Sampai sekarang aku rasa aku tak berguna.”

Air mataku jatuh lagi walau aku cuba untuk tidak menangis. Tidak aku pedulikan orang yang lalu-lalang.

“Cuba kau tengok tangan aku.”

Tangannya ditunjukkan kepadaku. Penuh dengan parut. Sama seperti tanganku.

“Ni semua cubaan bunuh diri tapi tak jadi. Aku buat macam-macam tapi tak jadi apa-apa. Hidup jugak tapi aku langsung tak rasa sakit. Aku dah lali dengan rasa sakit.”

Kenapa Allah temukan aku dengan dia? Apakah hikmah di sebalik semua ini? Kenapa Allah temukan aku dengan lelaki yang mempunyai kisah hidup yang hampir sama denganku? Adakah kerana Allah ingin mengujiku?

Nama dia membawa maksud pemenang dan nama aku membawa maksud kemenangan. We were in the same boat. Dua-dua cuba bunuh diri. Ini bukan kebetulan. Ini takdir yang Allah dah atur.

Aku ambil phone tersebut dan tulis sesuatu sebelum hulurkan kepadanya. Dia baca apa yang aku taip dan pandang aku dengan pandangan tak percaya.

“You must be insane. Kenapa kau attempted suicide? Kau masih muda, budak. Kau tak sepatutnya buat macam tu,” marah dia.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah hikmah pertemuan mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience