Bab 1: Misteri Kehilangan Carla

Mystery & Detective Series 2682

Kehilangan seorang sahabat karib adalah sama seperti kehilangan orang tersayang. Sahabat yang tahu selok belok kehidupan kita, segala suka duka yang kita lalui bersama serta yang pernah dikongsikan di bangku taman bunga dibenamkan bersama pada hari kita kehilangan. Dunia ini sudah seperti tiada tempat yang indah untuk kita diami lagi. Segala keindahan yang pernah dipersembahkan oleh dunia yang menjadi sebuah mercu tanda kepada tujuan hidup kini lenyap sekelip mata. Tiada hala tuju. Segala rancangan masa hadapan yang pernah dicoret di dalam diari itu kini hanya sebagai satu garisan hitam yang melingkar menghiasi setiap satu helai muka surat itu. Semuanya pudar, seperti embun di pagi hari, seperti senja yang membenamkan setiap penjuru bumi.

Namun, pemergian Carla ini menjadi satu tanda tanya kepada seluruh keluarga dan para sahabat. Pada malam bertarikh 29 Mac 2021, seluruh isi rumah menjadi kelam kabut, panggilan demi panggilan aku terima dari pagi hingga ke malam menyoal tentang keberadaan Carla. Namun, semuanya terjawab dengan jawapan yang menghampakan. Apa yang harus aku lakukan? Apa yang boleh aku bantu untuk menemui keberadaan kakak kembarku Carla walaupun lokasi terakhirnya, aku sanggup membeli tiket malam itu juga pulang ke Malaysia untuk menemui keluargaku demi membantu mencari Carla.
Namun, kata-kata seorang ayah membantuku untuk bertenang. Dia meminta aku untuk tidak begitu memikirkan isu ini demi memberi laluan untuk aku fokuskan diri kepada pelajaranku di sini. Bagaimana? Bagaimana aku hendak tenang? Sudah masuk tiga malam sejak kehilangan Carla, aku hanya duduk menghadap pensyarah, rakan seuniversitiku, laptop, kopi panas buatan kawan serumahku Melvin sedangkan sebahagian badanku mungkin sudah melayang jauh di sisi Carla setiap kali aku mengenangkan senyuman serta kehidupan yang pernah kami lalui bersama dahulu.

“Karl, pernah terfikir tak?” soal Carla di sisiku. Kami sedang membuat perkelahan kecil di belakang rumah kami, si tebing sebuah tasik besar.

“Apa dia?” aku menoleh ke arahnya yang sedang menunjuk ke arah awan-awan biru yang menyerupai dua orang sedang berpegangan tangan.

“Macam ni, saya ada terbaca sebuah artikel. Katanya, orang kembar ni ada chemistry yang kuat.” jawabnya sambil tersenyum, menampakkan barisan giginya yang putih.

“Ya, tahu. Ingat adik bukan ulat buku jugakah?” jawabku mengusik. Senyumannya semakin melebar membuatkan aku turut tersenyum.

“Bukan macam tu.” Carla menoleh ke arahku. Itu dia. Mata ibu yang anak matanya bewarna hitam bersinar yang dia miliki sedangkan aku punya sama seperti datukku bewarna coklat. Semua orang kata, setiap orang memiliki keistimewaannya tersendiri. Ya, can’t be denied. Carla memiliki keistimewaaan itu, kecantikan semula jadi sama seperti ibu.

“ Habis?” soalku. “Pernah tak, Karl syak apa yang ada di fikiran saya. Maybe, something I tried to hide from everyone.” jawabnya. Tiba-tiba perbualan kami menjadi menarik tatkala aku berfikir yang kami sudah seperti dalam filem Pacific Rim.

Aku tersenyum sendiri di atas katil sambil menatap wajah kaku Carla di dalam telifon pintar yang sedang menatap wajahku. Gambar sewaktu kami berkelah di belakang rumah. Aku mengenangkan salah satu ingatan yang aku simpan di dalam kotak memori di dalam otakku. Aku tak mahu kehilangan ingatan bersama Carla.

“Karl.” satu suara seperti berbisik ke dalam cupingku membuatkan aku terkejut sedikit. Aku menoleh ke arah suara itu yang datangnya dari arah pintu.

“Ma, masuklah.” aku mempelawa mama masuk. Di dalam tangannya sebuah buku bewarna kuning keemasan, warna kegemaran Carla.

“Buat apa tu?” mama melabuhkan punggungnya di sisiku. Garis bawah matanya menunjukkan bahawa dia baru habis menangis. Namun, aku tidak ingin ambil tahu. Mama mesti masih terkilan dengan kehilangan Carla.

Aku mengambil nafas panjang sebelum menghembuskannya dengan perlahan. “Karl rindukan Carla. Karl mencipta kenangan di dalam ingatan Karl semasa kami berkelah di belakang rumah. Ni gambar yang sembat kami ambil masa tu. Ma.” aku menunjukkan gambar aku dan Carla sedang ketawa. Berswafoto.

“Karl, jom selfie. Abadikan detik-detik ini sebagai adik dan kakak yang gembira.” ucap Carla setelah kami memberi makan ikan-ikan di dalam tasik.

“Kejap!” laungku kepada Carla. Namun, semuanya terlambat. Carla terus menekan butang capture dan semuanya berlalu dengan pantas dalam gelak tawa kami yang di abadikan di dalam sebuah gambar yang akan menjadi ingatan semestinya kepadaku.

“Carla, Cantik.” ujar mama. Suaranya kedengaran sedikit serak.

“Carla memang cantik ma dan Karl tahu kenapa.” jawabku tersenyum sedikit. Aku mahu hiburkan hati mama walaupun sedikit.

“Kenapa?” soal mama. Sedikit demi sedikit, mama mula melebarkan senyumannya. “Dia dapatkan kecantikan tu daripada mamalah.” ucapku, ketawa sedikit. Seraya itu mama tergelak, sama seperti keadaan semasa adanya Carla. Akhirnya, objektif tercapai. Aku berjaya membuat mama tersenyum semula.

“Mama, cantik?” soal mama lagi. Senyumannya masih tersemat indah diwajahnya. Kalau boleh, senyuman itu terus berada di situ dan tidak akan pernah pudar. Namun, siapalah aku untuk merealitikan semua itu. Semua orang ada masanya gembira, ada masanya sedih.

“Mama tak payah tanya. Papa merupakan orang yang paling bertuah dan paling bahagian dapat memiliki isteri secantik dan sebaik mama Karl.” pujiku dengan bangga. Gelak tawa mama semakin besar. Rasanya, seperti segala kesedihan dan keperitan yang menjadi beban selama ini kini hilang serta merta yang tinggal hanya kegembiraan.

“Ada-ada ja Karl ni.” balas mama. Satu pukulan manja hinggap di bahuku membuatkan aku sedikit terharu kerana berjaya membahagiakan mama semula. Aku mahu di sisi mama, kalau boleh dua puluh empat jam agar mama sentiasa gembira. Tapi, mama harus bangun jam enam pagi untuk siapkan sarapan untuk aku dan papa, pukul tujuh pula dia akan menjenguh Mak Cik Maya jiran sebelah yang kurang upaya untuk memberikan dia makan sementara anaknya Justin keluar bekerja dari malam sehingga pagi. Kemudian, jam lapan sehinggalah jam tiga petang mama akan pergi kedai bunga miliknya pula demi menyara keluarga kami. Itupun kalau tiada tempahan lebih, selalunya kalau ada tempahan segera mama akan tinggal di sana bersama-sama pekerjanya untuk menyiapkan tempahan sehingga larut malam. Mama memang seorang yang cekap dan teliti dalam bab kerjanya lebih-lebih lagi mama dan bunga tidak boleh dipisahkan. Itulah papa selalu panggil mama Cik Bunga.

Suasana di dalam bilik tidurku yang selama ini asyik muram, kini dihiasi dengan gelak tawa mama. Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu. Dalam genggaman mama, tersemat kemas buku milik Carla yang selalu dibawanya ke hulu ke hilir dulu. Mama perasan pandanganku. Mama memberikan aku buku itu. Tiba-tiba dadanya menjadi sesak tatkala menyentuh buku itu. Biasanya, buku ini kalau sedikitpun aku sentuh dan diketahui oleh Carla memang aniaya aku.

Dulu, aku pernah melabelkan buku tersebut sebagai The Sacred Diary of Carla. Kemana sahaja dia pergi, buku itu mesti ada dalam genggamannya takpun akan disimpan di dalam beg galasnya.

Namun, hari ini aku sendiri yang akan membongkar segala apa yang tersembunyi di dalam buku tersebut. Namun aku seperti belum bersedia untuk melakukan hal itu. Aku masih rindukan Carla. Aku rindu namaku dijerit selalu setiap kali aku menyentuh kulit buku itu. Aku selalu usik Carla dengan cara itu kerana aku terlalu bosan tinggal di dalam banglo mewah ini tanpa sesiapa yang boleh diajak berbual atau bermain selain Carla.

Tanpa aku sedari, air matanya jernihku perlahan membasahi pipi. Buku itu sudah ada di dalam tanganku cuma aku yang belum menarik dan memeluknya. Tiba-tiba Carla muncul dihadapanku. Dia sedang tersenyum sambil memberikan buku ini. Aku masih boleh melihat anak matanya yang indah itu sedang menatap tepat ke dalam anak mataku. Senyuman manisnya itu langsung menusuk ke dalam jiwaku membuatkan aku merasakan kehadirannya di sini betul-betul wujud. Seperti, kehilangannya selama ini hanyalah mimpi semata-mata. Carla masih hidup, Carla masih hidup!

“Karl.” aku tersentak sedikit. “Karl tak apa-apa?” mama memandangku dengan linangan air matanya, namun dia tetap tersenyum. Aku dapat merasakan kedinginan tapak tangan mama membelai manja pipiku. Kemudian, dia mengusap air mata yang tersisa di pipi.

“Ma…ini…” mama mengangguk. Dia seperti sudah tahu apa yang ingin aku ucapkan tentang buku ini. Mama memandang buku itu sebelum perlahan memandang ke arahku dan berkata, “Carla mahu Karl memiliki buku ini.” ujar mama. Aku kaku untuk beberapa saat. Aku sedang mengamati apa yang diucapkan oleh mama sebentar tadi. Carla mahupun aku memiliki buku keramat ini. Tapi, bagaimana? Adakah Carla berjumpa dengan mama dalam mimpi dan memberitahu mama untuk menyerahkan buku ini kepadaku atau Carla memang sudah merencanakan untuk membenarkan mama memberikan buku ini kepadaku setelah dia pergi? Aku keliru. Aku betul-betul keliru.

Aku menatap wajah mama dengan penuh tanda tanya. Mulutku seperti tidak berupaya lagi untuk mengeluarkan kata-kata tapi aku mahukan jawapan itu. “Di muka surat yang pertama. Karl boleh tengok sendiri, ya. Jaga baik-baik buku ni. Mama sayangkan Karl.” satu kucupan daripada seorang mama hinggap di keningku. Begitu rupanya. Syakku sendiri. Aku menghadiahkan mama senyuman di wajah.

Mama berdiri lalu melangkah perlahan mendekati pintu. Tanganya sudah memegang tombol pintu. Namun, sebelum dia keluar dia berhenti lalu berkata, “Malam Carla hilang, pentang tu mama terima mesej daripada dia. Carla sayang mama, papa dan Karla. Mama sayangkan Karl dan…mama tak mahu kejadian yang menimpa Carla terjadi ke atas kamu.” ucap mama lalu menutup daun pintu perlahan dan meninggalkan aku seorang-seorang dalam keheningan malam itu.

Carla sayangkan mama, papa dan Karla. Ayat itu bermain di dalam fikiranku berkali-kali dan menimbulkan tanda tanya yang tidak mungkin terjawab dengan mudah. Apa maksud Carla menghantarkan mama pesanan itu sebenarnya.

Sekian lama aku merenung buku tersebut, terdetik di hatiku untuk membuka helaian yang pertama, mama cakap yang Carla menginginkan aku memiliki buku ini. Kemudian, aku mula menyentuh permukaan kulit hadapan buku itu lalu menggerakkan tapak tanganku menyentuh setiap penjuru kulit muka buku tersebut.

Aku menarik nafas panjang sambil menutup mata membayangkan wajah Carla sedang tersenyum di hadapanku. “Bukalah. Selepas ini, semua rahsia kakak ada di dalam genggaman Karl. Jaga baik-baik.” Aku membayangkan Carla mengatakan itu kepadaku. Satu senyuman manis teukir di wajahku lalu aku membuka mata dan menghembuskan nafas perlahan. Aku membuka kunci magnet buku tersebut.

Dear Karl,
I wish you all the best in everything you did or do in your life. This diary is all about our childhood memories, all the stupid things we did together. I hope you’ll like it. Just like one of the line in Frozen’s songs. When the north wind meets the sea, there’s a river full of memories. Somehow, I hope through this diary all our childhood memories will forever rewind in ours mind. This diary will belong to you when the times come.
Lovely,
Carla

Bait demi bait aku renungkan sendiri. Semuanya di tulis di dalam bahasa English membuatkan aku sendiri tersenyum membacanya. Carla dan Karl memang suka menonton filem animasi dalam bahasa English, lebih-lebih lagi Frozen ketika kecil-kecil dahulu. Bisikku sendiri dalam hati. Hanya aku yang mendengar.

Kemudian, pandanganku tertumpu pada bahagian atas muka surat itu. Tertulis di situ, This book's belong to Karl. Aku tersenyum sendiri. Patutlah mama cakap begitu tadi. Bisikku lagi hanya di dalam hati. Aku menggeleng beberapa kali. Aku boleh membayangkan reaksi Carl ketika menulis kalimat ini di dalam biliknya.

Setelah memerhatikan segala apa yang ditampal dan dicoret di atas permukaan muka surat yang pertama itu, aku teringin sekali untuk membelek muka surat seterusnya. Namun, terdetik di hatiku dah sedia? Dah sedia menerima kenyataan yang Carla sudah tiada? Dengan pantas aku menarik tanganku ke arah dada. Aku hanya memerhati muka surat yang terpampang di hadapanku itu. Aku seperti belum bersedia untuk membelek ke muka surat seterusnya. Kemudian aku menutup semula buku tersebut. Klip! Magnet kunci kepada buku itu melekat sendiri dan aku meletakkan buku itu di atas meja, jauh dari buku-buku lain. “Ruang khas untuk Carla.” bisikku.

Bermulanya kisah kehilangan misteri Carl yang meninggalkan kesan di batin keluarga dan para sahabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience