CHAP 33

Romance Series 74213

(IMBAS KEMBALI)

Bahr memandu terus ke butik. Dia tahu Anya belum balik. Perkara ini ada dimaklumkan oleh pengawal yang menjaga penthousenya. Melihatkan kereta Anya yang berparkir, tahulah dia.. Anya masih di sana. Bahr memasukkan kod pintu dan terus mencari Anya.

Bahr membuka pintu dan melihat Anya yang sedang tidur memeluk lututnya, mungkin kesejukan. Bahr terus mengambil selimut di dalam almari tersebut. Dia tahu Anya memang menyediakan selimut di dalam butik tersebut. Rumah kedua Anya selepas rumahnya. Bahr baring di sebelah Anya dan meyelimutkan isterinya. Mungkin kerana selesa, Anya terus mendekatkan dirinya ke arah Bahr. Dan Bahr terus memeluk Anya.

"Sabar ya sayang.. Kita tahu pelakunya, kita akan bahagia.. Tu janji Abang." Bagr terus mencium dahi milik isterinya. Dari dulu lagi, dia ingin buat begitu dengan Anya. Bahr perasan ada air mata di hujung mata Anya. "I know you crying, sayang." kata Bahr terus mengeratkan lagi pelukan. "Dari dulu lagi.. you are special person in my heart.. no all the women yang Abang hanya anggap girlfriend. You are special.." kata Bahr.
***
(SEKARANG)

"Selamat pagi sayang.. Abang tahu dekat sini ada telekung kan? Jom solat, terus kita breakie dekat mana-mana restoran." kata Bahr. Dekat betul wajah mereka. "Saya berus gigi dulu lah." cepat-cepat Anya bangun, malu dia dengan posisi mereka sekarang. "Okay, lepas tu giliran abang pula tau." kata Bahr, sambil.mengenyitkan matanya.

Anya malas ingin melayan Bahr. Takut angin kus-kusnya datang.

"Makan banyak sikit sayang. Abang tahu Anya tak makan lagi dari semalam kan ?" soal Bahr. Anya sangat terkejut melihat pinggang di hadapannya sekarang. Nasi goreng, roti bakar, kuih-muih, air tiga jenis, nak bagi gemuk ke apa..

"Banyak sangat ni.. Errr.. " kata Anya. "No excuse, habiskan.. Tak habis.. Tahulah apa abang nak buat.." kata Bahr. Terpaksa Anya menghabiskan semuanya..
***
Sherry memeluk Zayhar dari belakang. "Good morning darling.." kata Sherry. Zayhar terus menghentikan senamannya. "Good morning, Princess. Pergilah sarapan.. penat lagi ke?" soal Zayhar sambil tersenyum nakal. "Hish.. you ni.. malu I. Dahlah I nak pergi makan dulu. Lapar. Anyway, bila you nak jumpa Anya?" soal Sherry..

"Anytime, from now ." senyum ikhlas Zayhar. Tidak sabar bertemu dengan Anya, dan dia akan pastikan Anya miliknya. Dan tidak sabar mahu menjalankan rancangannya.. "Sorry Sherry, kali ini you terpaksa jadi kambing hitam I." bisik hati Zayhar.
***
Misha sedang menunggu seseorang. Yang sudah lama dia tidak bertemu. "Assalamualaikum Misha." suara garau lelaki kedengaran. "Idlan.. Abang Idlan.. sihat?" soal Misha, memeluk Abangnya. "Sihat.. Misha sihat? Abang Zayhar?" soal Idlan. "Semuanya sihat. Abang Idlan dah bersedia nak balik rumah? Kita jadi macam dulu-dulu." kata Misha.. "Ya.. kalau boleh Abang nak jumpa Anya, Becky.. Abang nak minta maaf." kata Idlan.

Misha terkesima.. "Abang dah berubah?" soal Misha. Idlan hanya tersenyum, "Abang tak nak berdendam." kata Idlan. "Tapi, Abang Zayhar.. dia nak menuntut bela dengan apa yang belaku." kata Misha. Idlan terdiam, dia kenal perangai abang sulunya itu. Kalau sekali dia mahu, dia akan laksanakan.

"Dah lah tu.. Abang yang bersalah dalam hal ni." kata Idlan. "Tak.. kita hanya mangsa keadaan!" kata Misha, membentak.
***
Bahr hanya melihat Anya menyisir rambutnya, mereka baru sampai di rumah mereka. "Berapa lama awak nak duduk dalam bilik saya ni? Awak ada nak apa-apa ke? Saya sebenarnya nak berehat ni. Penat.." kata Anya. Bahr hanya tersenyum. "Cuma nak tengok keadaan isteri Abang, salah ke? Abang nak minta maaf kalau layanan Abang kelmarin keterlaluan.." kata Bahr. Terhenti seketika perlakuan Anya.

"Saya tak kisah pun, apa awak nak buat.. awak buat lah.. sebab.. saya rasa sekarang kehidupan saya dah lebih teruk.." kata Anya perlahan. Bahr terdiam mendengar luahan Anya.

"Tak gitu, Encik Bahr Malik? Kalau awak belum puas, puaskan hati awak sampai awak puas. Tapi, satu je saya nak.. lepaskan saya sekiranya awak dan Sherry dah puas ye. Dan.. waktu tulah adalah hari bahagia untuk saya." senyum manis Anya ketika melihat Bahr. Bahr hanya memandangnya dengan sayu.

"Kalaulah Anya tahu.." tu sahaja yang mampu diucapkan oleh Bahr. Bahr terus mendekati Anya dan mencium dahi Anya. "Rehatlah sayang. I love you." bisik Bahr sambil memandang ke dalam mata Anya, semoga Anya melihat sinaran cinta yang mendalam dari matanya. Namun, melihatkan mata Anya, suram.. Bahr tahu.. sukar Anya menerima apa sebenarnya yang berlaku.

Kahwini dia dalam sekelip mata, rampas butik hasil titik peluhnya, Bahr tahu.. ini bukan caranya untuk membalas semua perlakuannya. Tapi, dia berharap suatu hari nanti.. Anya mengerti.. yang sebenarnya mereka ada seseorang yang ingin memusnahkan Anya. Sama ada Sherry, atau sesiapa sahaja..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience