BAB 7

Romance Completed 497

Mendengar derap langkah yang masih mengikutinya, Azalea pantas berhenti dan berpaling dengan wajah yang sengaja dibuat garang, supaya lelaki yang mengekorinya itu takut.

“ Kenapa ikut saya??”

“ Awak nak pergi mana?” Syairi juga menghentikan langkah, hanya beberapa tapak dihadapan gadis itu.

“ Saya nak balik rumah lah!”

“ Baliklah. Siapa larang?”

“ Jangan ikut saya!” Azalea bagi amaran keras sebelum berpaling ke hadapan semula dan meneruskan langkah.

Syairi tersenyum geli hati. Dia meneruskan langkah sebaik sahaja gadis itu berjalan. Langsung tidak mempedulikan amaran gadis itu. Langsung tidak gentar. Apa sajalah yang gadis itu boleh buat kat diri dia?

“ Saya dah cakap jangan ikut saya kan??”

“ Siapa ikut awak??” Syairi menjawab bersahaja tanpa langsung menghentikan langkahnya.

Azalea mengetap bibir geram. Dia berpaling semula dan langkahnya dilajukan.

“ Jauh lagi ke?”

“ Baliklah!” Azalea merengus geram tanpa perlu berpaling melihat Syairi.

“ Jauh lagi ke??”

Azalea menghentikan langkah lagi. “ Awak peduli apa??”

“ Saya tak nak esok awak jadi tajuk utama berita. Dah lewat dah ni. It’s better safe than sorry.” Syairi dah berdiri betul-betul di sebelah Azalea.

Cuak pulak Azalea mendengarnya. Tapi... “ Awak nak buat jahat kat saya ke??” dia tak kenal lelaki tu jadi tak mustahil kalau lelaki tu pun menyimpan niat jahat ke atasnya. Dunia sekarang, kaum keluarga sendiri pun tidak boleh dipercayai.

Syairi gelak. “ Kalau saya nak buat pun, saya takkan bagitau awak.”

“ You better not sebab saya terer martial arts!” Azalea dah buka kuda-kuda. Biar nampak pandai, walau hakikatnya dia tak reti pun.

Syairi geleng kepala. Kepala Azalea ditepuk lembut. “ Simpan kehebatan awak tu. Now, cepat-cepat jalan balik. Anggap je saya tak ada. Anggap je saya ni bayang-bayang awak sendiri.”

Azalea terus kaku bila tangan itu menepuk lembut kepalanya. Siapa lelaki pelik ni? Kenapa sentuhan dan kata-kata dia buat Azalea rasa selamat?

“ Kalau saya nak buat jahat kat awak, tadi-tadi lagi saya dah buat.” Syairi senyum lagi. Senang betul bibirnya nak mengukir senyuman bila senyuman itu untuk gadis dihadapannya itu.

Azalea meleraikan kuda-kudanya dan melangkah setapak ke belakang bila menyedari yang jarak antaranya dengan lelaki itu agak rapat. Entah kenapa, jantung berdegup laju bila lelaki itu senyum dengan melihat terus ke matanya.

“ Go.” Syairi mengangguk kepala, menyuruh gadis itu meneruskan langkah.

Azalea menurut, langkah kaki diteruskan. Dan dia tahu lelaki itu masih mengekori setiap langkahnya. Sebab sekarang lelaki tu siap bersiul-siul. Langkah dihentikan bila tiba di hadapan rumahnya. Azalea merenung lama rumah banglo mewah yang sudah gelap itu. Dan keluhan terlepas keluar.

Boleh tak kalau tak nak masuk? Boleh tak kalau tak nak balik? Untuk selama-lamanya?

“ Mengeluh pulak dia...”

Azalea cepat-cepat menoleh, baru teringat yang hari ini dia ada ‘bayang-bayang’ extra!

“ Esok datang lagi?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience