“Isyraf, bangun sayang. Bonda datang ni” Aku dengar tapi aku tak boleh nak buka mata.
“Bangunlah, sayang! Bonda datang nak jumpa Isyraf. Bangun ye, sayang?” Masih aku dengar namun tidak mampu aku balas.
“Sayang, bagi Isyraf masa. Dia masih dalam keadaan tak sedarkan diri. Jangan macam ni.”
“Isyraf tak nak bangun abang. Saya nak Isyraf bangun macam dulu. Kacau saya bila saya memasak. Yang selalu bermanja dengan saya. Saya nak Isyraf yang dulu.”
Alahai bondaku ini! Janganlah menangis.
“Tuan, saya rasa ada baiknya tuan bawa puan berehat dulu. Kalau Andika dah sedar, saya beritahu tuan dan puan.”
Odie! Tu suara Odie! Haih, Odie ni! Berapa kali aku nak cakap? Jangan panggil bonda dengan ayahanda dengan panggilan tuan dan puan. Panggil aunty, uncle dah cukup. Terlalu merendah dirilah si Odie ni. Tunggu aku bangun, aku brainwash kau!
“Adinda. Awak jagakan Andika kejap. Kalau dia bangun, panggil doktor. Saya nak pergi toilet kejap.”
Adinda? Dia ada kat sini? Pergi toilet lama-lama tau, Odie.
“Andika... bangunlah! Bangunlah! Saya tak suka tengok awak kaku macam ni. Maafkan saya! Kalau bukan saya, awak takkan jadi macam ni.”
Sedih pulak aku dengar suara dia merayu-rayu. Cis, anak derhaka kau ni Andika! Bonda merayu, kau tak sedih pulak.
“Saya... minta maaf. Dulu, saya pecahkan gitar awak! Awak tahu tak, saya pergi kedai muzik hari tu sebab saya nak ganti balik gitar tu walaupun saya tahu, sentimental value dia tak sama. Saya rasa bersalah sangat bila dapat tahu dari Aliya yang awak demam seminggu sebab gitar tu dah patah dua sebab saya. Saya rasa semakin bersalah bila dapat tahu yang gitar tu gitar yang paling awak sayang. Yang awak beli guna duit belanja sekolah awak. Sungguh, saya rasa bersalah. Saya tak tipu!”
Hmm... teruskan lagi, Cik Adinda.
“Aliya... baik dengan Odie. Saya baru tahu. Dari cerita Aliya... saya tahu semuanya pasal awak. Pasal vespa cabuk awak. Tentang Odie, anak orang gaji awak merangkap kawan baik awak. Semuanya tentang awak dan pastinya tentang perasaan awak.”
Rasa nak menangis pulak dah bila Adinda buat sesi luahan hati ni.
“Awak bangunlah... saya nak beritahu awak... tentang perasaan saya pulak!” Dan kala itu, aku rasa betul-betul nak bukak mata!
“Kau tahu Syabil kena tahan polis?”
Aku pandang Odie lalu aku gelengkan kepala, “Kenapa?”Odie yang memandang aku yang sedang memasukkan baju ke dalam beg,
“Dia... hisap ganja.”
“Heh, kureng punya Syabil! Itu hari, dia bukan main menuduh aku mat pit padahal dia tu yang taik dadah!” Aku membebel, geram. Kenapa aku geram?
Hish, sebab orang selalu tuduh aku mat pit padahal aku tak pernah sentuh benda tu. Ya, memang aku hisap rokok tapi aku dalam proses nak berhenti!
Serius ni! Tak tipu.
“Assalamualaikum.”
Aku alih muka pada pintu masuk wad. Adinda! Berbaju kurung dan bertudung. Wait! Dia pakai tudung? Alhamdulillah!
Dia ukir senyum padaku. Aku pandang dia seketika kemudian aku alih muka dari merenung dia.
“Dah boleh keluar wad ke?” Aku dengar dia bertanya. Mak aih, lembutnya suara! Cair! Cair! Tapi yang peliknya, aku diam. Tak ada rasa nak menjawab pun. Odie menyiku aku.
“Apa Odie?”
“Adinda tanya tu!”
“Heh? Siapa? Aku tak ada nampak sesiapa pun selain dari kita berdua. Kau demam ke apa?”
Odie tepuk dahi. Tak fahamlah tu kenapa aku jadi macam ni.
“I shouldn’t be here, right?”
Odie pandang aku. Aku jeling Odie, “Kalau dah tahu, baguslah.” Odie tepuk dahi sekali lagi. Eh, dia ni! Main tepuk-tepuk dahi, hilang ilmu nanti baru tau.
“Odie, dah siap! Jom!” Aku berpaling dan terus berjalan melepasi Adinda. Sikit pun aku tidak pandang, tegur, jeling, kerling dan senyum pada dia. Kenapa? Saja. Aku mahu menderanya.
“Sorry! Lepas sedar, otak dia weng sikit!” Aku dengar Odie bersuara pada Adinda.
“Odie, jomlah!” Separuh menjerit aku bersuara.
“Ye! I’m coming.”
Odie terus beriringan denganku. Adinda? Entah. Sikit pun aku tidak menoleh ke belakang.
Share this novel