BAB 2

Family Completed 39439

Adeeqa Noah menyandar di pintu kereta, kaki bersilang, lengan juga bersilang di dada. Sedang merenung tajam pada Zea Kilara yang sedang melenggang menghampirinya. Wajah? lebih masam dari lemon..Hati Zea berdetak, cemburu? Mustahil!

"Puas?" Sinis nada suara terlontar dari bibir terherot tinggi itu.

Zea geleng kepala, hairan melihat reaksi Adeeqa. Bukan lelaki itu tidak tahu, Adeeqa Noah merupakan mastermind pada semua percaturan mereka. Mengapa perlu beriak seperti itu? Tak masuk akal!

Zea menarik pemegang pintu, mahu masuk ke dalam kereta tanpa mengendahkan Adeeqa yang merenungnya seperti seekor serigala yang sudah bersedia mahu menerkam mangsa.

"Zea Kilara!!" Pergelangan tangan disambar dengan kasar oleh Adeeqa.

"Answer me!!"" Zea menarik kasar tangannya.

"Are you crazy? It's just a part of our plan..Why are you overreacting like this Adeeqa Noah?!"

Adeeqa Noah terperangah sesaat. Riak wajah berubah.

"I..I'm not overreacting! I care!!"

"Bullsh*t!"

"Zea!!" Lengan Zea Kilara dipaut semula.

"Are you...Gonna fall for that man?"

Zea Kilara merengus penuh sebal. Wajah Adeeqa diteliti dengan bola mata marak menyala.

"What do you expect Deeqa? Am I?"

Adeeqa mengecilkan bola mata. Bibir atas terherot tinggi.

"We made a promise Zea..It's just a game.."

"Yes, and that applied between us too Adeeqa Noah..No string attached, remember?"

Adeeqa Noah terus terdiam. Kaku memerhati Zea yang sudah menyerusup masuk ke dalam perut kereta. Arghh!! No string attached huh? Of course!! Adeeqa meraup wajah, kaki diorak menuju ke bahagian pemandu dengan segumpal rasa kesal di dada.

Sepanjang perjalanan, Zea Kilara mengunci mulut. Kepala diarah ke luar jendela, begitu khusyuk memerhati permandangan di luar..Adeeqa mengerling sekali sekala..Hati mulai dipagut resah..Marahke gadis itu padanya? Ahh..Dia akui dia terlalu mengikut perasaan tadi. Kulit kepala digaru perlahan. Rambut lurus coklat gelap panjang paras bahu dielus ke belakang.

"Zea.." Tiada sahutan, malah sedikitpun tidak menoleh ke arahnya. Adeeqa mengeluh halus.

"I'm sorry..Aku agak keterlaluan tadi.."

Zea Kilara mulai menunjukkan reaksi. Kepala dipusing perlahan hingga bola mata mereka bertaut.

"It's hard, isn't it?" Argh..Pertanyaan apakah itu? Menyindir atau saja mahu menguji isi hatinya?

"Yup..How about we forget everything and just..."

"Adeeqa Noah!!"

"I know..I know Zea Kilara!! But I can't let you fall into pieces..Kau tahu pengakhirannya bukan?"

"I don't care.."

"But I care!"

"Stop it Deeqa! Apa kau lupa? Kau yang ajar aku, jadi guru terhebat aku..Sekarang kau nak berundur sebelum aku sempat bermula?"

Adeeqa memandang lurus ke arah jalan raya. Fikiran yang bercelaru cuba ditenangkan.

"It was before you met him..Now I don't know anymore Zea.."

"Then stay away from this Deeqa! I can handle everything!"

Ahh..Kejamnya kata-kata itu. Menusuk pedih ke jantung Adeeqa Noah. Sakit hati hingga mulut dikunci terus sehinggalah mereka tiba di rumah agam yang terletak di tanah persendirian yang sangat luas. Zea Kilara masuk dan terus berkurung di dalam bilik. Adeeqa hanya mampu mengeluh.

Esoknya, oleh kerana Adeeqa Noah baru mengambil alih cawangan syarikat keluarganya itu, satu mesyuarat diadakan bersama semua pekerja. Zea Kilara yang dilantik sebagai CEO turut memperkenalkan diri, yang sebelum ini disandang oleh orang kepercayaan Tuan Miqzan Anaqi.

Usai mesyuarat, Zea Kilara masuk ke bilik pejabatnya dan mulai menyelongkar fail-fail lama yang tersusun kemas di kabinet yang terletak di bahagian belakang. Sebuah fail yang kelihatan agak usang ditarik keluar. Tulisan besar atas kertas yang melekat di muka depan fail direnung sesaat.

Rumah Anak Yatim Harapan..

Mata tertutup beberapa saat sebelum membuka fail berkenaan. Saluran kewangan sudah lama dihentikan kerana berlaku kes penyelewengan namun tiada tindakan undang-undang diambil, cuma amaran beserta notis pemberhentian sumbangan. Zea menggeleng kepala. Apa jadi pada anak-anak yatim yang ditempatkan di situ? Dipindahkan atau dibiarkan kebuluran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

Punat intercom ditekan.

"Vaneesa, I need full report about the donation to Rumah Anak Yatim Harapan."

"Tapi cik..Ianya dah lama dihentikan.."

"Yes I know, kita akan salurkan kembali kewangan pada rumah anak yatim tu selepas aku sendiri buat inspection. Now, send me the report a.s.a.p!"

Beberapa minit kemudian, pintu pejabatnya diketuk. Vanessa masuk bersama beberapa buah fail.

"Rumah anak yatim tu banyak corrupt Cik Zea, hairannya pengurusnya tak juga tertangkap. Maybe dibackup oleh seseorang yang berpengaruh."

Zea mengangguk sambil meneliti fail tersebut satu-persatu.

"That's why we need to do something. Kasihan anak-anak yatim yang berada di situ. I'll send someone to work there and catch the real culprit!"

Vanessa merenung Zea Kilara dengan penuh kagum.

"That's so...touchy Miss Zea..You're kindhearted."

Zea mengeleng, wajah kosong tanpa ekspresi.

"Aku juga anak yatim piatu. Aku faham bagaimana rasanya bila putus bekalan makanan."

Semakin kagum Vanessa memandang Zea. Dahlah masih muda, sangat cantik dah berjaya pegang jawatan tinggi dalam syarikat gergasi, punya pula hati seindah taman surgawi..Siapa tidak kagum?

"Come with me Vanessa. Aku nak lawat rumah anak yatim tu sekarang."

Vanessa angguk. Zea bingkas bangun, menyambar beg tangan dan kunci kereta lalu beriringan dengan Vanessa menuju ke lift.

"Zea Kilara!!" Terkejut bila namanya dilaung dari arah belakang.

Beberapa pasang mata yang kebetulan berada di lobi turut memandang ke arah pemilik suara itu.

Adeeqa Noah yang ditemani beberapa lelaki melangkah laju menghampiri Zea.

"Where are you going?"

Zea mengangkat fail di tangan. Berkerut dahi Adeeqa.

"Why there?" Terus bertanya penuh curiga.

"Aku bercadang nak sambung balik projek ni.. Lepas buat sedikit inspection, aku akan siapkan proposal."

Adeeqa kelihatan berbelah bagi. Semakin jelas kerutan di dahi ketika berfikir.

"Tuan..Kita akan terlambat kalau tak gerak sekarang.." Seorang lelaki menghampiri dan berkata. Adeeqa melepaskan keluhan berat.

"Be careful.." Sempat menitipkan pesan sebelum langkah dibuka untuk berlalu.

Zea mengangguk. Dia dan Vanessa juga turut melangkah keluar menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam, Vanessa rancak bercerita mengenai rumah anak yatim berkenaan.

"Rumah anak yatim tu diasaskan oleh Tuan Rosyam bersama isteri, Puan Seriayu. Dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Seriayu bila suami meninggal dunia beberapa tahun kemudian."

Zea memasang telinga walaupun pandangan lurus ke depan.

"Pasangan ini tidak mempunyai anak, jadi masa puan Seriayu banyak dihabiskan di rumah anak yatim tu. Dahulu, ramai anak yatim ditempatkan di situ. Sejak Puan Seriayu dituduh menyeleweng duit anak yatim, pihak berkuasa telah memindahkan sebilangan penghuni ke rumah anak yatim yang lain. Kali terakhir aku dengar, penghuni di situ tidak sampai sepuluh orang dan hampir ditutup namun Puan Seriayu berkeras mahu mempertahankan tempat tersebut."

Kereta yang dinaiki mulai perlahan bila memasuki sebuah perkarangan lapang yang kelihatan sunyi sepi. Selepas meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan, enjin dimatikan. Hampir serentak Zea dan Vanessa keluar dari perut kereta. Lama Zea Kilara terpacak di depan bangunan bersaiz sederhana yang kelihatan sudah usang itu. Hati bagai dicarik-carik..Ahh, tenanglah wahai hati.. Ianya cuma tinggal kenangan...Ya! Tentang seseorang yang pernah tinggal di situ...Bola mata ditutup..Cuba mengusir kenangan lalu yang tiba-tiba tertayang di layar mata..


* * * * *

*March, 2015*

“Zuri!!! Matahari dah terik atas kepala kau masih lena diulit mimpi?!! Dasar pemalas kau ni!! BANGUN sial!! Tu..Kerja bertimbun-timbun tu siapa nak buat hah? Dahlah sejak kecil hingga besar kau makan dan tinggal free kat sini!! Bangunn aku cakapp!!”

Tubuh kurus yang terbaring lesu tanpa selimut itu ditendang kuat. Bergerak sedikit, agak lemah. Mata terkuak perlahan-lahan. Tubuhnya ditendang sekali lagi, lebih kuat.. Lebih ganas!

“Kau nak mampus ke hah?!! Kau tak bangun lagi aku simbah kau pakai air panas!! Zuri!!!!”

Perlahan, tubuh kurus itu terangkat. Nampak jelas lengan yang menopang tubuh menggeletar. Wajah juga kelihatan pucat lesi.

“Kak..Zuri tak sihat..” Perlahan dan agak lemah suara dilontar.

“Tak sihat? Habis tu nak harapkan siapa buat semua kerja tu? Budak-budak kecil kat rumah yatim ni yang makan berak je tahu? Kau yang paling tua, tak laku-laku sampai sekarang. Kau ingat dengan mengerah sepenuh tenaga kau buat kerja kat sini mampu melunaskan belanja kau sejak bayi dekat sini?!! Tak akan Zuri!! Baru buat kerja sikit dah bising..penatlah, sakitlah, itulah, inilah..Habis tu kitorang tak penat?!!” Suara nyaring itu meneriak lagi, jari telunjuk ditujah-tujah di tulang pelipis Zuri Azlara.

Terkulat-kulat, Zuri kerah sehabis tenaga untuk berdiri. Pening! Tepi katil segera dipaut. Kelopak mata dikerdip beberapa kali.

“Tunggu apa lagi?!! Pergi buat kerja sekarangg!!” Badan kurus kering Zuri ditolak kasar.

Zuri Azlara terpelanting jatuh terlentang atas lantai.

“Arghhhh!!! Benci aku tengok kau, lebih baik kau mampus saja Zuri!!” Seraya berkata, badan Zuri dipijak-pijak hingga lembik.

Tiada suara erangan kesakitan terbit dari bibir pucat Zuri Azlara lantaran gadis itu sudah terlalu lemah. Mata terkatup rapat, namun jelas kelihatan titisan air jernih hangat mengalir perlahan dari celah kelopak mata.

Ketika tersedar, ternyata Zuri Azlara masih terbaring di atas lantai sejuk, tubuh panas seperti baru keluar dari ketuhar namun badan menggigil kuat. Zuri paksa diri untuk bangun walau seluruh tubuh terasa seperti barusan digilis lori trailer.

Akhirnya, dengan penuh susah payah Zuri berjaya berdiri walaupun dalam keadaan terketar-ketar. Selain dari demam panas yang dialami, punca utama badannya terlalu lemah adalah disebabkan sudah tiga hari dia tidak diberi makan, hanya teguk air paip sebagai pengalas perut.

Zuri Azlara sedar seluruh warga di rumah anak yatim itu membencinya. Dia dianggap pembawa sial, hanya kerana sejak dari bayi hinggalah usianya hampir cecah 18 tahun, tiada yang sudi mengambilnya untuk dijadikan anak angkat.

Zuri juga sedar bila-bila masa saja dia akan diusir keluar dari rumah anak yatim. Selain faktor umur yang dikira sudah mencukupi untuk keluar bekerja dan menyara diri, keadaan kewangan rumah anak yatim tersebut juga semakin tidak stabil kini. Masalah ekonomi negara tambah menyulitkan keadaan. Ramai badan korporat yang menjadi penyumbang tetap mulai mengurangkan jumlah sumbangan, malah ada yang menarik diri dan berhenti menyumbang.

“Zuri Azlara!!!” Jeritan lantang di ruang legar menuju ke bilik pejabat pentadbiran rumah anak yatim menghentikan langkah kaki Zuri.

Perlahan, badan dipusing untuk melihat walaupun Zuri sebenarnya cukup kenal dengan pemilik suara itu.

“Ya Puan Ayu..” Balas Zuri dengan sopan.

Puan Ayu, pengendali Rumah Anak Yatim Harapan menghampiri.

“Jumpa saya di pejabat sekarang Zuri. Ada hal penting yang saya nak bincangkan dengan awak.”

“Baik puan..”

Zuri mengekori di belakang Puan Ayu tanpa banyak soal.

“Duduk, Zuri..” Arah Puan Ayu sebelum turut melabuh punggung atas sofa.

Zuri menurut lalu duduk di hadapan Puan Ayu.

“Seperti yang kau lihat, kita sangat-sangat memerlukan sumber kewangan sekarang..” Puan Ayu menarik nafas dalam-dalam.

“Kau sudah cukup umur untuk bekerja Zuri. Kebetulan, ada seorang datin, juga merupakan sahabat lama saya memerlukan seorang pengasuh peribadi untuk anaknya. Saya dah terima dan kau akan bekerja untuk keluarga itu.”

Zuri Azlara mengangguk perlahan. Jadi, itu merupakan cara halus untuk dia keluar dari rumah anak yatim..Zuri benar-benar sedih, dia belum bersedia mahu meninggalkan tempat itu yang selama ini menyimpan macam-macam kenangan pahit dan manis.

Walaupun saban waktu dia terpaksa mengerah tenaga, dipukul sesuka hati..Tapi, hanya penghuni di situ yang selama ini dia anggap sebagai keluarga. Berada di dunia luar bersama orang asing, mampukah dia teruskan hidup dengan secebis kebahagiaan? Hanya secebis cahaya kebahagiaan..Dia tidak minta lebih, cukup secebis….

“Kau bersiaplah, petang ini kau akan diambil dan akan tinggal di rumah datin tu. Ingat, kerja baik-baik dan jangan malukan Rumah Anak Yatim Harapan!”

Zuri mengangguk lemah. Perlahan, dia bingkas bangun lalu melangkah longlai meninggalkan bilik Puan Ayu.

Seperti yang dikatakan, petang itu sebuah kereta mewah berwarna hitam pekat datang untuk mengambil Zuri Azlara. Dengan wajah suram, Zuri paksa kaki untuk melangkah masuk ke dalam perut kereta bersama perasaan bercampur baur. Pertama kali seumur hidup melangkah keluar dari rumah anak yatim, dia benar-benar resah.

Zuri Azlara dibawa ke sebuah banglo yang sangat besar dan mewah, seumur hidup ini kali pertama Zuri melihat hingga tercengang penuh kagum dia menerokai setiap pelusuk bangunan itu dengan bola mata terbuka luas, terpesona.

“Siapkan dia!” Arah seorang wanita pertengahan umur yang masih kelihatan anggun, sedang menuruni tangga sambil memandang Zuri dari atas ke bawah dengan penuh angkuh.

Beberapa orang maid berpakaian dari rona dan fesyen sama membawa Zuri ke sebuah bilik kecil letaknya di hujung, sudut penjuru. Pakaian ditukar ke gaun putih labuh dan wajahnya dihias ala kadar.

“Maaf..Kenapa aku dipakaikan seperti ini?” Bingung, Zuri bertanya.

“Dalam banglo ni, bertanya adalah satu kesalahan, paling bagus diam kalau mahu terus kekal berada di sini.”

Terkejut Zuri mendengar amaran itu. Dia terus mengunci mulut, tidak berani bersuara lagi. Hati terkejut bukan kepalang bila tiba di ruang depan..Apa semua ini? Dia pandang sekeliling.

“Pengantin perempuan dah sampai dah. Pengantin lelakinya mana? Kalau semua dah ada, bolehlah dimulakan akad nikahnya..”

Makin bingung, satu persatu wajah asing yang ada di situ Zuri renung. Dia dinikahkan? Dengan siapa? Ingin bangun dan melarikan diri, tapi ke mana? Dia hanya sebatang kara, dunianya cuma rumah anak yatim yang kini telah menutup rapat pintu untuknya.

Semua mata yang ada di ruang depan memaku pandangan ke arah pintu lift yang terbuka. Zuri ikut memandang. Seorang lelaki muda berpakaian nikah disorong keluar dari perut lift dengan kerusi roda.

Jantung Zuri berdegup kencang sebaik melihat wajah pemuda itu. Sempurna! Tiada cacat celanya kecuali duduk atas kerusi roda. Itukah bakal suami Zuri? Mengapa lelaki berparas rupawan itu mahu bernikah dengannya?

Zuri tertunduk malu bila bola mata mereka bertaut. Debaran di dada kian menggila..Inikah yang dikatakan cinta pandang pertama?

“Aku terima nikahnya Zuri Azlara Binti Abdullah dengan mas kawin RM100 tunai..”

Zuri tunduk menekur lantai..Pasrah dengan ketentuanNya, cukup secebis..Dia tidak minta lebih...Secebis bahagia sudah memandai..Jika suami tidak mencintai, cukup sekadar mahu menjaga dan melindunginya seperti selayaknya seorang isteri diperlakukan..

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2022-10-08 15:29:00 

oh. bukan cari anak rupanya. cepat sangat Che da buat andaian.best mandakz


NovelPlus Premium

The best ads free experience