OREN

Short Story Series 1540

Petang itu,ayah pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa.Sedang ayah memandu keretanya di jalan taman perumahan,tiba-tiba dia berasa bahawa dia terlanggar sesuatu.Kemudian ayah pon memberhentikan keretanya untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu.Ayah terkejut apabila melihat seekor kucing terlantar mati di bawah tayar keretanya.Namun,hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing yang sudah tidak bernyawa itu.
"Mungkin ibunya,"detik hatinya.

________________________________________

Petang itu,dia pulang bersama-sama dengan anak kucing tersebut.Yang paling gembira menyambut kepulangannya ialah Anis.Cepat-cepat anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil bertanya,
"Apakah namanya?"
Dengan sepontan ayah menjawab,
"Oren".
Nama itu diberikan kerana hampir seluruh bulu kucing itu berwarna oren.

________________________________________

Isterinya hairan kerana suaminya tiba-tiba membawa pulang seekor anak kucing.Isterinya tahu bahawa dia tidak berminat untuk memelihara kucing kerana telah beberapa kali anaknya,Azura dan Anis meminta ibunya untuk memelihara kucing tetapi dia tidak membenarkannnya.Hanya pada malam harinya barulah dia menceritakan perkara yang terjadi untuk menjawab kehairanan isterinya itu.Isterinya mengerti dan memberikan kasih sayang kepada Oren sebagai sebahagian daripada ahli keluarga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience