3 tahun kemudian...
"mama, ika kacau ira" ika merengek manja sambil berlari menghampiri liya. manakala ira turut berlari memegang baju adiknya ika.
"ika jangan kacau baju ira." amir mengangkat ira perlahan. "jangan ganggu mak buat kerjalah" ujar amir lagi.
seluruh ahli keluarga kami ada termaksud keluarga kakak kakak ku dan iparku juga. hari ini genap 3 tahun umur shaika nafisa dan shaira nasyira.
"assalamualaikum." orang didepan pintu memberi salam.
"waalaikumsalam. eh masuklah aisyah sekeluarga." amir menjemput mereka masuk.
"ika , ira meh sini. auntie ada bawak hadiah" aisyah memanggil riang.
"yeayyy nak hadiahh!" terjerit keriangan anak ku. lalu mereka mendapatkan aisyah lalu dipeluk diciumnya aisyah.
"maaaa!!! tak mau ayang adek!!" anak kedua aisyah bersuara pulak dah. baru umur 2 tahun dan pandai jeles.
"alolo, meh papa sayang adek." iqwan mengangkat saiful lalu diciumnya berkali kali. ketawa kegelian anak itu.
aku membawa kek dengan siap lilin diatasnya ke arah meja.
"hah. jomlah kita mulakan sekarang. cucu nenek meh dok sini." ibuku bersuara.
"wahhh! banyaknya kek!" ira dan iqa menjerit bahagia. terkejut melihat 3 biji kek berperisa coklat, red velvet dan green tea dihadapan mereka.
"ira nak kek hijau tu"
"ika nak kek coklat maa."
anak ku berbunyi manja. comel sungguh.
"habis tu siapa nak kat papa." dia pulak dah nak bermanja.
"alah, mamakan ada" ira petah bercakap.
"ish ira, pandaikan kenakan mama" aku mencubit pipinya.
"abang pun nak sayang." amir menarikku rapat kearahnya lalu dikucupnya pipiku.
"malulah orang tengok." aku mencuit mulutnya.
"biarlah. dah halal." dia membalas.
"dah dah lah tu. jom kita lagu happy birthday to you untuk ira dan ika." abang iparku, irfan merangkap suami kak liza. kakak pertama ku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"abang. liya ada hadiah nak bagi abang nih." amir menoleh kearah ku kehairanan. jam menunjukkan pukul 11.59 malam. sengaja ku buat hal supaya kami tidur lewat.
"ala sayang. abang ngantuklah." amir menekup mukanya ke bantal. memang sekarang masanya sudah tidur. aku sedikit terkesan.
"hmm, okla. tidurlah." aku bernada merajuk.
amir bangun dan duduk diatas katil. aku yang sudah baring membelakanginya ditarik. kuat betul laki aku nih!
"hadiah birthday ke sayang?" badanku dipusingnya supaya menghadapku.
"hmm" aku masih mahu merajuk.
"ala. dah pukul 12 dah. tak nak cakap happy birthday ke.?" dia mencubit hidungku.
"orang nak bagi hadiah, dia nak tidur. tidur lah" aku bernada sahaja. mengharap supaya dipujuk. tiba tiba dia menindih badan ku.
" nak bagi hadiah atau nak abang gigit?" main ugut pulak dah. aku yang pernah merasa gigitannya laju sahaja aku menghulurkan kotak kecil.
"hmm, kotak kecil." digoncangnya kotak itu. "apa ni syang? kecil semacam jer hadiahnya." dia menanya kehairanan.
"bukalah dulu sayang" jari ku dirayap rayap dilengannya. tangannya pantas membuka kotak tersebut lalu tangannya pantas menekup mulut.
"betul ke ni sayang?" tangannya memegang bahuku. mukanya beriak tidak percaya. aku mengangguk laju. air mata ku tahan lalu dipeluknya aku kedalam dakapannya.
"terima kasih sayang. terima kasih Ya Allah" dia turun ke bawah lalu sujud menghadap kiblat. "terima kasih ya Allah. dengan pemberianmu yang tidak ternilai." amir mengusap mukanya.
'terima kasih ya Allah. dengan kebahagiaan yang engkau berikan. aku bersyukur ya Allah. kau berikanlah rahmatmu kepada seluruh ahli keluargaku ya Allah, ya Rahman, ya Rahim.'
semoga anak didalam kandungan ini lahir menjadi seorang yang berbakti kepada agama bangsa dan keluarga.
Share this novel