Bab 3

Humor Series 9625

"Hanya kau yang tersemat di jiwaku..."Lirik sebuah lagu keluar dari mulut.Gitar di tangan dipetik memainkan rentak.

"Ewah2 kat sini kau ye?Pergi naik atas cepat!"arah Puan Mawar tegas.Mawar berduri sinonim dengan mak tiri aku.Nampak cantik tapi garang kalah singa.Aku pun tak tahu kenapalah dia alergik sangat dengan aku ni ha.

"Kenapa mama marah ila ni?"soal Idlan lembut.
"Idlan tak payah nak masuk campur!"tegas Puan Mawar.

Aku membuat muka toya.Lalu kaki aku terus melangkah naik ke atas meninggalkan mereka.
Nyampah aku.Kalau ibu masih hidup,tak adanya aku jadi macam ni!Mata aku berair.Aku mengesat dengan kasar air mata yang mula bertakung.

Seketika kemudian,bilik aku diketuk seseorang.
Aku tahu sapa yang ketuk tu.
"Apa kau nak ha?!"jerkah aku dari dalam bilik.
"Bukak lah kejap,jom sembang dekat balkoni depan ni"ajaknya lembut.

"Tak mahu!"keras aku.
Idlan mengeluh kecil.
Memang kalau aku dah naik mood tak baik memang susah lah nak control aku.

"Meh la"ujarnya lagi.
"Kau tak faham bahasa ke?!"marah aku lagi.

"Ok lah..nanti bila kau dah reda,kau keluar ok?Jangan nak simpan sangat kesian kat hati kau tu asyik sakit je"ujarnya dari luar.

Terus tiada suara selepas itu.Dah pergi lah kot.

Aku mengeluh kecil.Baik betul Idlan dengan aku,orangnya lembut je.Dari kecil lagi aku memang rapat dengan dia.Best friend sehidup semati lah ni kiranya.Best friend aku yang kedua selepas Natalein.

Selalunya bila ada mak tiri jahat,mesti anak2 dia pun jahat kan macam dalam sinetron indon tu.Tapi aku bersyukur sangat sebab walaupun dapat mak tiri yang garang tapi anak dia baik gila dengan aku.

Idlan banyak nasihat aku.Ajar aku subjek yang aku lemah.Memang thorbaek lah dia ni.
Dan dia jugak salah satu anggota geng Firash ni.

Time aku dapat tahu dia join geng Firash memang terus aku maki dia.Marah lah.Aku menyampah lah dengan geng tu lelagi ketua dia.Huh.

Idlan jadi makin famous lepas masuk geng tu.Tiap kali kat sekolah and aku bertembung dengan dia memang aku akan anggap dia tu stranger je.Yup,padan muka mesti hati dia pedih punyalah.Siapa suruh join kalau dah tahu aku anti gila dengan group tu.

Hubungan antara aku dengan Idlan dirahsiakan.Aku siap bagi amaran lagi kat dia.
Bukan apa,kalau dah masuk geng tu memang peminat akan berduyung2 punyalah.

Dan aku tak nak,orang rapat dengan aku sebab nak kenali Idlan dengan lebih dalam.Euuu so hipokrits dan mesti ramai jugalah yang akan suruh aku jadi posmen kirim surat untuk si Idlan ni.Baik aku takyah bagitahu lagi senang.

Lagipun kalau ditengok pakej kat Idlan ni siapa tak nak haa..dah lah baik,lemah lembut alahaii.

Aku buka pintu dan keluar dari bilik lalu menuju ke balkoni tingkat 2 yang luas itu.

Disitu terdapat sebuah sofa yang tahan sinaran matahari.Ayah memang tempah khas untuk diletakkan di situ.Memang tempat lepak aku setiap malam kat situ jela.

Kelihatan Idlan dan gitar pemberian aku.Dia memetiknya secara random dan mengeluarkan bunyi yang tak berapa nak sedap.Aku punya pandai bagi hadiah gitar kat orang yang tak reti main..jadi macam ni lah.

Lalu aku duduk di sebelahnya.

"Hah..datang pun"ujarnya.
"Hmm apa kau nak"soal aku membuat muka toya.

"Alah,apa ni moody2 segala chillex la"pujuk Idlan.
Mata aku dikerlingkan keatas.

"Meh aku mainkan satu lagu,kau dengar ya"Gitar ditangan aku siap untuk dipetik.

Aku baru nak buka mulut terus dipotong oleh Idlan.

"Percaya..padaku,tak akan meninggalkanmu,Walaupunku jauh

"Woo..wo..woo"Aku merampas gitar tersebut.
"Kalau kau main,nanti terus terputus tali ni"ujar aku.

Idlan tersengih.Aik macam tau2 aja ni.

"Meh aku ajarkan kau"
Lalu sebuah lagu dinyanyikan dan gitar dipetik mengeluarkan melodi merdu.

Aku baru nak buka mulut terus dipintas oleh Idlan
" Percaya padaku
Tak akan ku lupakanmu
Walaupun ku jauh
Ku sentiasa milikmu

Andainya kau rasa perluku
Luah saja sediaku mendengar

Jangan menangis
Ini semua ketentuan Nya
Jangan berduka
Ku kan selalu ada untukmu...."

Terus dia stop nyanyi.Aku stopkan gitar.

"Fuh pandai eh kau nyanyi lagu feveret aku tuh."puji aku
"Haruslah.Dah tiap masa lagu tu je yang keluar dari mulut kau..sampai aku dah boleh hafal tahu tak!"ujarnya

Aku tersengih.
"Ha yang lagu tu aku tuju kat kau.Tapi yang bab ku sentiasa milikmu tu..tak sesuai lansung!Wekk"Gaya mahu muntah di buat2.

"Euuu aku pon geli lah!"
Idlan ketawa.

"Hmm..Sweet jugak eh kau ni.Habis semut gigit aku."
"Ofcouse,Idlan kut"kembang Idlan.

"Takyah nak kembang sangat.Eu gediks"ujar aku.
"Hahahahaha"Idlan ketawa.

Rambut panjang yang menetupi pipi aku diselitkan di belakang telinga.

"You know what,kau ni sebenarnya cantik tau..just orang je buta nilai kau.Cakap macam2"ujar Idlan.

Aku memandangnya dan mengangkat kening.

"Biarlah mulut orang apa kesah"

Idlan tersenyum.
"Aku pelik dengan kau,kat sekolah kan..aku nampak kau kuat gila beb.Orang cakap macam2 tak de pun kau pergi serang dia.Tapi,ada jugak lah beberapa kali kau serangkan?"

Aku mengangkat kening.Well,bangga sikit serang orang eh.

"Tapi..kat rumah..kau lembik la.Mama serang kau,kau terima je kenapa?"soal Idlan sedikit perlahan.

Ni yang aku malas ni..

"Aku bukan apa..Aku respek Mama,Idlan.Karang aku balas balik macam dak2 kat sekolah habis Mama nanti.So the main point is,Just sabar.That's all"ujar aku.

Idlan tersenyum.Pelik budak ni,Murah je senyuman dia.

"Aku respek dekat kau.Yes,sabar is the key"ujarnya sambil menatap bintang2 yang berkelipan di langit.

"Ni kenapa ada kat sini tak tidur lagi ni?!"ujar seseorang dari belakang kami.Lantas kami memusingkan badan kebelakang.

Puan Mawar sudah bercekak pingang berdiri di belakang kami.

"Tak ma,saja duduk sini tengok pemandangan waktu malam ni..best"ujar aku.

"Betul tu ma"sokong Idlan.

"Aku rasa kau cuba hasut Idlan supaya berjauh dengan aku kan?!"Puan Mawar mula memukul badan aku dan rambut aku ditarik kasar olehnya.Aku menjerit kesakitan.Aduh ganasnya.

Idlan seperti biasa cuba meleraikan mamanya.

"Mama..stop please!"ujar Idlan menarik tangan mamanya dari rambut aku.

Rambut aku berjaya dileraikan.
"Ila masuk cepat"arah Idlan sambil mengenggam kemas tangan mamanya.

Aku akur lalu segera masuk ke dalam bilik.Fuh ngeri.Tapi nilah situasi yang aku hadapi tiap2 hari,bulan dan tahun.Dah masak dah.Tiap kali mama Idlan buat hal,mesti Idlan akan ada untuk bantu aku.
Kalau dia tak jadi hero..tak tahulah aku macam mana.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience