31

Romance Completed 95763

Jam bergerak ke angka 10.30 pagi. Anggun dahlia sedang khusyuk menghadap kerjanya. Beberapa helai kertas berselerakan diatas meja. Sejak dia cuti berbulan madu hari itu, banyak kerjanya yang tertangguh. Bukan semua kerjanya boleh diuruskan oleh brasier. Ada sesetengah dokumen, email mahupun cek memerlukan pengesahannya. Dia menggaru dahi. Serabut pula dirasakan ketika itu. Sesekali dia melepaskan keluhan berat.

“Ughh! Penat!” Tengkuknya diurut-urut. Lenguh kerana terlalu lama mengahadap komputer. Kepalanya disandarkan pada penyandar kerusi. Matanya memandang ke siling. Sekejap dia memandang pula kea rah jalan raya. Sudah tentunya kosong kerana hanya terdapat tiga buah penthouse sahaja dikawasan perumahan elit itu.

Tekaknya berasa haus. Dia bangun menuju ke bawah. Nasib baik alahan muntah-muntahnya tidak terlalu kerap seperti sesetengah orang. Cuma sekarang dia kerap berasa lapar. Nampak makanan atau minuman yang sedap, pasti mahu di ngap terus. mujurlah aiskrim atau apa jua pencuci mulut dapat dikawal dengan sebaiknya. Jika tidak sudah tentu lagi membahayakan kesihatan diri dan kandungannya.

Dia melangkah satu- persatu anak tangga. Kemudian, dia menuju ke kabinet. Setiap pintu kabinet dibuka. Matanya menangkap sebungkus mee hoon segera. Disisi kanannya pula terdapat susunan bubur Knorr segera. Tetapi semua itu tidak menarik perhatiannya.

Kriukkk!

Dia memegang perutnya.

“Sabar ya anak ibu. Ibu lapar juga ni. Tapi ibu tak tahu nak makan apa? Agak-agak anak ibu nak makan apa? Emm…emm…” Bibirnya diketap sambil memandang barisan makanan yang terdapat dirak kabinet.

Dia beralih pula ke peti sejuk. Barisan buah epal dan anggur menjamu pandangannya. Kemudian, dia tergelak sendiri. Ini mesti kerja Ikram Benjamin. Risau bukan main. Peti sejuknya sedikit saja lagi dipenuhi dnegan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dia membuka sistem telefonnya. Butang 1 ditekan. Tertera nama Ikram Benjamin diskrin telefonnya. Ada misi yang perlu dilunaskan hari ini juga.

Tut, tut! Tut, tut!

“Abanggg!” Tanpa salam, suaranya menerjah dicorong telefon.

“Assalamualaikum, ya sayang abang. Kenapa?” Dihujung sana ikram benjamin sudah tersengih. Gemersik suara itu menerjah ke rongga pendengarannya. Terus saja senyumannya melebar.
Anggun Dahlia sukakan panggilan itu. ‘Sayang abang.’ Setiap kali panggilan itu menyapa dirinya, pasti dia akan tersengih dahulu.

“Walaikumsalam. Abang…Dahlia lapar.” Masalahnya diadu kepada Ikram Benjamin. Apa yang perlu dirisaukan. Lelaki itu pasti mampu menyelesaikan masalah negaranya.

“Hahaha. Alaaa, kesiannya sayang abang. Sayang abang ni nak makan apa? Hm?” Dari tadi bibirnya masih menguntum senyuman.

Sementara itu, Anggun Dahlia sudah berbaring disofa yang tersedia diruang kolam renang. Mahu mengambil angina seketika.

“Emm…Dahlia nak makan kebab daging. Daging lebih.” Dia berbaring sambil memeluk bantal kecil. Bibirnya juga dari tadi tersengih seperti orang angau.

“Amboi, daging lebih ya? Okey, nanti tengah hari abang beli.” Bukan main seleranya. Sedangkan pagi tadi sudah selamat dua pinggan pasta ke dalam perutnya. Ini, baru dua jam berlalu kebab pula yang diinginkan.

“Alaa…Dahlia tak nak yang jual dekat luar. Dahlia nak abang masakkan.” Rasanya kebab yang dijual luar tidak menepati cita rasanya hari ini.

“Pula dah? Hmm. Baiklah, bidadari yang abang sayangi. Jam 12.30 abang sampai rumah ya. Kita main masak-masak kebab daging. Daging lebih.” Bibirnya melepaskan gelak kecil. Ingatkan semudah abc saja kerjanya beli diluar. Rupanya kena juga memasak.

“Yeay! Okey, Dahlia tunggu abang balik. Abang dah boleh sambung buat kerja semula. Dahlia cuma nak bagi tahu itu aje.” Bibirnya menarik sengih.

“Ha, yalah. Duduk dekat rumah elok-elok sikit. Turun naik tangga hati-hati. Bye, sayang abang. Jumpa nanti.”

“Em…bye, abang sayang. Haha.” Tawanya terlepas. Saja mahu bergurau dengan lelaki itu. Kemudian, talian dimatikan.

Sekarang dia perlu menuggu lagi dua jam saja untuk meratah kebab daging. Ah, laparnya!

-----

Seperti yang dijanjikan, jam 12.30 tengah hari Ikram Benjamin sudah terpacak dihadapan pintu rumah.

“Abang! Kenapa lambat? Dahlia dah lapar tau.” Sebaik saja Ikram Benjamin melangkah masuk ke ruang dapur, dia terus saja memegang lengan lelaki itu.

“Sorry sayang. Tadi bukan ke abang janji 12.30 sampai rumah? Kan abang baru sampai. Meh sini. Abang rindu sayang abang yang seorang ni. Buat apa aje dari pagi tadi?” Pipi lembut Anggun Dahlia menjadi habuan ciumannya. Kemudian, dia beralih pula ke dahi dan puncak hidungnya. Rindu. Dia rindukan perempuan itu. Walhal, belum sehari lagi dia keluar bekerja.
“Dahlia buat kerjalah. Habis tu, ingat kerja Dahlia makan tidur sambil goyang kaki aje ke?” Ayatnya sarkastik. Sudah mulalah itu mahu meloyar buruk.

“Ishh! Sejak bila sayang abang ni pandai loyar buruk? Hah?” Pipi Anggun Dahlia dicubit geram. Tetapi belum sempat dicubit, perempuan itu sudah melarikan dirinya ke bangku bertentangannya. Dia duduk disitu sambil tersengih-sengih.

“Cepatlah. Mana kebab daging lebih untuk Dahlia? Cepatlah…cepat. Dahlia lapar.” Dia menongkat dagu sambil memerhati Ikram Benjamin yang sedang mengeluarkan barang-barang yang dibelanjanya tadi. Nasib baik sempat. Itu pun main capai saja.

“Ya…sabar. Kalau nak cepat, apa kata sayang tolong abang? Sayang juga yang nak makan.” Tangannya dicuci bersih. Daging cincang dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam mangkuk kaca.
“Tak nak. Dahlia penat.” Terus saja dia melentokkan kepalanya di permukaan meja.
“Apa juga yang dia penatkan? Alasan aje sayang ni.” Dia tersengih memandang tingkah laku anggun dahlia. Tidak ubah seperti budak-budak.

“Betullah. Dari tadi Dahlia buat kerja. Banyak tau. Sampai sakit tengkuk . Abang bukannya nampak Dahlia buat kerja banyak. Abang ingat Dahlia ni pemalas sangat ke?” Mukanya sudah berubah riak.

“Memanglah. Buktinya sekarang ni. Abang minta tolong sikit pun sayang tak nak tolong. Sedangkan dia yang nak makan nanti.” Keningnya dijungkitkan. Geram rasanya. Gigit baru tahu.

“Alaa…lain kali Dahlia tolong ya.” Sengihnya semakin melebar.

“Janji?” Ikram Benjamin menyimpan senyumnya. Mahu mengusik perempuan itu.

“Janji.” Nampaknya janji telah tercipta. Jika ada yang mengelat selepas ini, tahulah dia nanti.

Share this novel

Oyokisaloma Sham
2020-05-11 22:58:17 

Bila nak update


NovelPlus Premium

The best ads free experience