BAB 1

Family Completed 341

Matanya meliar memandang sekeliling. Rumah yang baru di beli papanya itu kelihatan sedikit usang berbanding rumah mereka yang sebelumnya. Sawang di penjuru sudah boleh dijadikan pintalan. Fasiha duduk diam di situ. Matanya memandang pula sebuah anak patung yang terletak kemas di atas almari. Milik siapa?. Mungkin tuannya terlupa membawa pergi....

Nad, adik kembarnyanya menggenggam jari jemari Fasiha yang baru sahaja habis persekolahan. Sejuk ...

“Nad kenapa?” soal Fasiha . Adiknya itu memang rapat dengannya berbanding ibu bapa mereka yang sentiasa sibuk dengan tugas masing – masing. Pertengkaran kedua ibu bapanya juga menjadi faktor mengapa hubungan anak dan kedua ibu bapa itu sedikit renggang.

Hidayat menghampiri anak – anaknya. Kepuasan terpamer pada wajahnya. Seolah – olah mendapat sebuah banglo idaman yang tiada tolok bandingnya sedangkan pada mata mereka berdua rumah itu sama sahaja seperti rumah – rumah yang lain cuma.... sedikit using dan suram.

“Papa dah lama nak duduk banglo ni. Cantikkan?” Hidayat bangun pula. Dia mengelilingi ruang tamu rumah itu berkali – kali. Terbit rasa pelik di dalam fikiran mereka berdua. Hidayat duduk kembali dan terus terlena. Gigi , mama mereka tersenyum memandang Hidayat yang agak kepenatan. Diusapnya rambut suaminya itu dengan penuh kasih sayang. Nampak janggal pada mata anak – anaknya yang selama ini sering dihidangkan drama pertengkaran tidak kira masa.

Fasiha dan Nad berpandangan sesama sendiri. Selalunya jeritan dan pertengkaran yang akan menjadi makanan halwa telinga mereka tetapi sebaik sahaja menjejaki rumah mereka yang baru ini, kasih sayang seolah – olah menguasai mama dan papa mereka.

Fasiha cuba berfikiran positif...... itu yang dia ajarkan pada Nad agar mereka bahagia di rumah yang baru. Mungkin hubungan kedua ibu bapa mereka sudah pulih... seperti yang mereka inginkan. Di satu sudut rumah banglo itu kegelapan ruangan kosong itu sedikit menyeramkan. Hati Jihan sudah ditarik – tarik oleh tali perasaannya agar terus berlalu dari situ namun mana mungkin dia meninggalkan insan – insan penting di dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience